241 likes | 1.03k Views
BAHAGIAN ADAB. ADAB BERJIRAN Muka surat : 226 - 231. PENGERTIAN BERJIRAN. Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap penjuru. DALIL. Sabda Rasulullah SAW :
E N D
BAHAGIAN ADAB ADAB BERJIRAN Muka surat : 226 - 231
PENGERTIAN BERJIRAN • Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap penjuru.
DALIL • Sabda Rasulullah SAW : • مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ (متفق عليه) • “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”
HAK DAN KEWAJIPAN SESEORANG MUSLIM TERHADAP JIRAN • JENIS : Jiran muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan. • HAK : 1. Sebagai seorang muslim. 2. Sebagai seorang kerabat. 3. Sebagai seorang jiran.
… Sambungan …. HAK DAN KEWAJIPAN SESEORANG MUSLIM TERHADAP JIRAN • JENIS : Jiran muslim yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan. • HAK : 1. Hak sebagai seorang muslim. 2. Hak sebagai seorang jiran. • JENIS : Jiran bukan Islam. • HAK : Hak sebagai seorang jiran sahaja.
HIKMAT MEMELIHARA ADAB BERJIRAN • Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian. • Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah. • Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti. • Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan. • Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat.
IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN • Kehidupan tidak tenang. • Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat. • Terpinggir daripada masyarakat. • Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan. • Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir.
PENGHAYATAN • Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu. • Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran. • Memberikan sumbangan baik kepada jiran. • Mempunyai semangat rela berkorban dan perihatin terhadap jiran.
PENILAIAN / LATIHAN • Nyatakan pengertian jiran dalam Islam. • Jelaskan jenis-jenis jiran dan hak-haknya. • Apakah kesan jika kita menjaga adab-adab berjiran?