150 likes | 529 Views
Bidang 5: Nilai berkaitan dengan Patriotisme. Nilai: Melindungi Hak Kanak-Kanak Definisi: Membela, memberi, naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Hak Asasi Kanak-Kanak. Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak- kanak 1989.
E N D
Bidang 5: Nilai berkaitan dengan Patriotisme Nilai:Melindungi Hak Kanak-Kanak Definisi: Membela, memberi, naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak- kanak 1989 • Ini menandakan kemuncak kerja advokasi selama lebih enam dekad beberapa kumpulan orang tertentu dan konsensus kerajaan- kerajaan dunia. • Konvensyen ini adalah dokumen paling komprehensif yang menetapkan prinsip-prinsip etika dan norma-norma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-kanak. • Kanak-kanak adalah lahir dengan hak asasi semua manusia.
Hak untuk hidup dan berkembang • Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka, termasuk aspek jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan.
Hak kepada kesihatan dan kebajikan asas • Hidup dan berkembang • Taraf kehidupan yang memadai • Taraf kesihatan yang paling tinggi yang dapat dicapai dan perkhidmatan kesihatan yang berkesan
Hak kepada pembelajaran, aktiviti masa lapang dan kebudayaan • Pembelajaran yang dapat mengembangkan sahsiah, kebolehan bakat, mental dan fizikal ke tahap yang paling tinggi, yang menggalakkan rasa hormat kepada keluarga, identiti kebudayaan dan bahasa. • Pembelajaraan yang dapat menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi kehidupan sebagai seorang dewasa yang lengkap dan aktif.
Hak kepada perlindungan khusus • Hak untuk dilindungi dalam keadaan darurat seperti pertempuran bersenjata • Apabila kanak-kanak dalam keadaan berkonflik dengan undang-undang. • Dalam situasi kanak-kanak dieksploitasi seperti dijadikan buruh, penyalahgunaan dadah, eksploitasi atau penderaan seksual, penjualan, perdagangan dan penculikan. • Hak untuk dilindungi dari diskriminasi dalam apa jua bentuk
Hak sivil dan kebebasan • Hak untuk memilki nama dan kewarganegaraan • Kebebasan memberi pandangan, pendapat, suara hati dan agama (dengan menghormati hak-hak dan tanggungjawab ibu bapa dan penjaga). • Hak untuk bergabung dan berkumpul secara aman (dengan menghormati hak-hak dan reputasi orang-orang lain atau bagi perlindungan keamanan kebangsaan atau ketenteraman awam atau kesihatan awam atau moral). • Perlindungan daripada penyeksaan atau perlakuan atau hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan
Hak untuk hidup. • Hak kepada permakanan yang cukup, badan yang sihat dan aktif. • Hak untuk memiliki nama dan kewarganegaraan. • Hak untuk diberi perlindungan terhadap penganiayaan, eksploitasi, pengabaian, keganasan dan bahaya. • Hak untuk melahirkan pandangan dan diberikan pertimbangan sewajarnya menurut umur dan kedewasaan. • Hak menerima maklumat (lisan, bertulis atau bercetak) terutamanya yang bermaksud untuk menggalakkan kesejahteraan sosial, keagamaan dan moral dan kesihatan jasmani dan mental kanak-kanak.
Hak untuk tidak dipisahkan daripada ibu bapa (melainkan difikirkan mustahak demi kesejahteraan kanak-kanak itu). • Hak untuk dijaga (ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu, mengikut kemampuan dan keupayaan mereka). • Hak untuk berehat dan bermain dan mempunyai peluang yang sama bagi aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian. • Hak tidak boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup tanpa kemungkinan dibebaskan