E N D
BAB 4 UNJURAN ORTOGRAFIK
ii. Satah Unjuran • Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan, seperti dalam rajah berikut
iii.Objek ( benda yang dilukis ) • Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti rajah berikut
JENIS - JENIS PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK Pelan • Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek. Pandangan dari arah ini dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek, seperti rajah di bawah
Hadapan • Arah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhaan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu, seperti dalam rajah berikut. Pemilihan arah ini juga mengambilkira arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan bahagian – bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.
Sisi • Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi objek itu. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi, seperti dalam rajah di sebelah