100 likes | 361 Views
KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM DI ANDALUSIA. Latarbelakang Andalusia. Sebelum kedatangan Islam, Andalusia diperintah oleh kaum Visigoth. Mereka memerintah secara autokratik dan menindas. Situasi Andalusia:
E N D
Latarbelakang Andalusia • Sebelum kedatangan Islam, Andalusia diperintah oleh kaum Visigoth. Mereka memerintah secara autokratik dan menindas. • Situasi Andalusia: • Politik tidak stabil - Penindasan, peyelewengan dan pelbagai jenis keburukan dilakukan oleh pemerintah • Ramai yang buta huruf • Ekonomi tidak berkembang kerana berlaku penindasan • Situasi ini menyebabkan Andalusia sering dilanda huru-hara antara pemerintah dengan rakyat.
Penawanan Andalusia • 91H(710M), gabenor Islam di Utara Afrika, Musa bin Nusair telah menghantar tentera diketuai - Abu Zur’ah Tarif bin Mullaq, menyeberangi selat Selat Gibraltar bersama-sama 400 tentera dan 100 tentera berkuda - meninjau kemungkinan pembukaan Islam di sana • 92H(711M), Musa b Nusair mengutus Tariq bin Ziyad dan 12,000 tentera ke Andalus dan berjaya mendarat di kawasan pantai yang berbukit yang kemudiannya dikenali ‘Jabal Tariq’ (Gibraltar) • Tentera Islam telah bertempur dengan tentera Kristian Visigoth yang dipimpin oleh Roderick di lembah ‘Wadi Lakkah’. Peristiwa ini berlaku pada 93H dan tentera Islam tlh berjaya. • Kejayaan ini mendorong Musa b Nusair untuk turut terlibat dengan siri pembukaan Andalus. Pada Rejab 93H, beliau bersama 18,000 orang berjaya mendarat di suatu kawasan pengunungan di pinggir Laut Mediterranean yang kemudiannya dikenali ‘Jabal Musa’.
Pada 95H, angkatan tentera Islam berjaya menguasai seluruh selatan Andalus. • Kelemahan pentadbiran dan pemerintahan dan kemunduran kebudayaan kaum Visigoth antara faktor yang menyumbang kejayaan tentera Islam menawan Andalus. • Kehadiran pemerintahan Islam telah menjadikan Andalus sebagai pusat kegiatan ekonomi dan pendidikan sehingga mendorong kehadiran masyarakat daripada luar Andalus. • Dalam masa yang singkat agama Islam telah tersebar luas di kalangan penduduk tempatan. Ini mungkin disebabkan sikap toleransi pemerintah Islam terhadap penganut Kristian.
Faktor Perkembangan Ilmu di Andalusia • Gesaan al-Quran dan al-Hadith • Ajaran Islam sememangnya mengesa umatnya sentiasa cinta dan menguasai ilmu pengetahuan. Justeru, pemerintah Islam menggalakan pengembangan ilmu di Andalusia. Semua peringkat umur diberi pendidikan percuma dan sekolah dibina hampir disetiap daerah. • Usaha pemerintah dan sikap masyarakat • Pemerintah Islam Bani Umayyah di Andalusia mengambil inisiatif: • mengumpul gol. intelektual dan membawa masuk buku-buku dan sarjana dari Timur • Membina sekolah, universiti dan perpustakaan di Cordova,Seville, Granada, Toledo dll. Kesannya – lahir ulama / sarjana dalam pelbagai bidang ilmu: fiqh, tafsir, sains dan teknologi. • Kecemerlangan Pemerintah: • Abdul Rahman II – menghargai sarjana • Abdul Rahman III – zaman keemasan ilmu – memantapkan bahasa Arab dan agama Islam • Al-Hakam II – Andalusia menjadi pusat kegiatan intelektual. Menaiktaraf universiti Cordova sebagai universiti terbaik. Mendapatkan salinan penulisan buku di Timur. Pengajian al-Quran dan al-Hadis diperkembang-luas. • Para sarjana sentiasa diberi penghormatan dan masyarakat digalak menimba ilmu.
Kestabilan Andalusia • Kestabilan politik, ekonomi dan sosial menjadi penyumbang perkembangan ilmu pengetahuan. • Sikap pemerintah yang tidak membezakan kedudukan agama dan budaya dalam masyarakat memberi dorongan kepada masyarakat utk mendapatkan ilmu. • Perkembangan Perpustakaan • Perpustakaan menjadi tempat mengumpul bahan dan sumber ilmu. Berperanan penting dalam perkembangan ilmu. • Perpustakaan DiRaja Cordova – yang pertama didirikan di Andulisia oleh Abdul Rahman II. Kemudian diperbesarkan oleh Abdul Rahman III. Memiliki ratusan ribu kitab. • Al-Hakam II – menghantar wakil mencari dan mengumpul buku-buku di seluruh jajahan Islam utk disimpan diperpustakaan. Di zaman beliau terdapat 70 perpustakaan awam dan 1000 institusi pengajian tinggi. • Terdapat perpustakaan persendirian – perpustakaan Ibn. Futai (Cordova), Yusuf b. Ismail (Granada), Aisyah Ahmad Mohd Khadim. • Kerjasama Para Ulama • Semasa pembukaan Andalusia, ulama / sarjana Islam datang bersama tentera. • Mereka datang bersama ilmu dan pengalaman yang kemudian dikembangkan di Andalusia
Faktor Pengaliran Tamadun Islam ke Eropah • Peranan Orang Mozarab • Orang Mozarab = orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam. Mereka juga mempelajari bahasa Arab. Dengan itu, mereka berpeluang membaca karya penulisan orang Islam. • Dengan penguasaan terhadap karya Islam, secara tidak langsung golongan ini telah memindahkan pengaruh ilmu dan tamadun Islam kepada masyarakat Kristian Eropah. • Hubungan diplomatik • Pemerintah Islam telah mengadakan hubungan diplomatik dengan pemerintah negara Eropah seperti England, Perancis, Jerman dan Belanda. • Beberapa kerajaan Eropah telah menghantar pelajar-pelajar termasuk putera2 raja ke Andalusia untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi yang diasaskan oleh orang Islam. • Antara pelajar yang datang menimba ilmu – Elizabeth sepupu Raja Louis (Perancis), Putera Dubant (England), William (Jerman) • Hubungan Perdagangan • Pedagang2 Islam mempunyai hubungan perdagangan dengan negara Kristian dan mengusai jalan perdagangan. Dengan itu, memudahkan pengaruh tamadun dan ilmu Islam mengalir ke benua Eropah.
Aktiviti Penterjemahan • Ilmu-ilmu Yunani yang diterjemah ke bahasa Arab pada zaman pemerintahan Islam di Baghdad telah di bawa masuk ke Andalusia dan seterusnya diterjemah ke bahasa Latin. • Seiring dengan kemasukan pelajar dari Eropah, aktiviti penterjemahan giat dijalankan. • Universiti Toledo adalah antara pusat penterjemahan terkenal • Antara tokoh penterjemah terkenal – Micheal Scott, Danial Morley, Ibrahim Daud al-Israili. • Buku yang diterjemah merangkumi bidang matematik, sains, perubatan, kimia dan astronomi. • Buku-buku karya sarjana Islam yang diterjemah telah memberi manfaat kepada masyarakat Eropah pada era kebangkitan (renaissance)