250 likes | 1.02k Views
Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah). Program Berterusan Jarak Jauh FPI, UKM PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (Kuliah 2/Bab 8). OBJEKTIF Bab 8. Mengenali dan mengetahui sistem pentadbiran ‘Abbasi . Mengenal pasti sejarah perkembangan pentadbiran Kerajaan ‘Abbasiyyah.
E N D
Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah) Program Berterusan Jarak Jauh FPI, UKM PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (Kuliah 2/Bab 8)
OBJEKTIF Bab 8 • Mengenali dan mengetahui sistem pentadbiran ‘Abbasi. • Mengenal pasti sejarah perkembangan pentadbiran Kerajaan ‘Abbasiyyah. • Mendalami aspek-aspek kecemerlangan pentadbiran Kerajaan ‘Abbasiyyah. Bab 8 / 2
SISTEM PENTADBIRAN ‘ABBASIYYAH • Khalifah Abu al-‘Abbas al-Saffah isytihar Kerajaan ‘Abbasiyyah ialah sebuah dawlah yang berdaulat. • Kerajaan ini melaksanakan konsep yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Khulafa’ al-Rashidin. • Turut meminta bantuan ulama bagi membantu untuk mentadbir kerajaan. • Ini sesuai dengan kempen yang dilaksanakan dalam gerakan revolusi ‘Abbasiyyah. • Namun slogan ini nyata indah khabar dari rupa. • Khalifah lantik putera mahkota; monarki. Bab 8 / 3
SISTEM PENTADBIRAN ‘ABBASIYYAH • Perbezaan besar: Penghapusan konsep diskriminasi etnik yang diamalkan Kerajaan Umawi sebelum ini. • Berjaya hidupkan Sunnah: Memberi hak sama rata kepada semua golongan tanpa bezakan warna kulit. • Para khalifah juga bersedia untuk berbincang dengan para ulama. • Para ulama boleh menegur segala tindakan kerajaan dengan cara yang lebir responsif. • Gandingan kerajaan-rakyat perlu diperkukuh. • Jika keadilan tidak diberi perhatian, rakyat pasti akan memberontak. Bab 8 / 4
INSTITUSI AL-WIZARAH • Penubuhan al-wizarah merupakan satu perkembangan baru dalam sejarah pemerintahan Islam. • Zaman Umawi: Khalifah bertanggungjawab atas semua perkara secara langsung. • Wazir tidak pernah diwujudkan pada zaman Nabi, Khulafa’ dan Umawi. • Institusi ini berasal dari Parsi. • Dipercayai orang pertama yang menjadi wazir ialah Abu Salamah al-Khallal. • Gelaran rasmi: wazir Al Muhammad. • Al-Wizarah: Jentera kerajaan paling utama. Bab 8 / 5
INSTITUSI AL-WIZARAH • Jabatan ini diketuai oleh Wazir al-Wuzara’ (Perdana Menteri). • Beliau dibantu oleh beberapa orang wazir. • Kedudukan Wazir al-Wuzara’ paling tinggi dan memiliki kuasa paling besar. • Ia merupakan lidah rasmi kerajaan. • Ada kuasa untuk melantik dan memecat gabenor dan qadi (hakim) wilayah. • Khalifah boleh berikan tumpuan kepada aspek lain seperti pembangunan ekonomi dan sosial untuk kemajuan negara. • Urusan pentadbiran dilakukan oleh org lain. Bab 8 / 6
JABATAN AL-HAJIB • Jawatan kedua penting sepelas Wazir al-Wuzara’ (Perdana Menteri). • Tugasnya ialah sebagai setiausaha dan pegawai protokol kepada Khalifah. • Menjadi pengganti Khalifah untuk menyelesaikan masalah rakyat. • Orang yang paling rapat dengan Khalifah. • Jawatan ini wujud semenjak zaman Umawi. • Diwujudkan oleh Khalifah ‘Abd al-Malik b. Marwan. • Ditugaskan untuk melancarkan urusan untuk berjumpa dengan Khalifah. Bab 8 / 7
PENUBUHAN AL-DAWAWIN • Diwan telah muncul semenjak zaman Khulafa’ di bawah pemerintahan ‘Umar b. al-Khattab (r.a.). • ‘Abbasiyyah telah mengembangkan jabatan ini secara lebih meluas. • Antaranya seperti al-Jund, al-Kharaj, al-Rasa’il, al-Sawafi dan al-Sirr. • Terdapat dua diwan yang terpenting dalam zaman ‘Abbasiyyah, iaitu al-Jund dan al-Kharaj. • Jabatan pos (al-barid) misalnya, tidak berfungsi seumpama pejabat pos hari ini. Bab 8 / 9
DIWAN AL-JUND • Dikenali juga sebagai Jabatan Ketenteraan. • Bertanggungjawab dalam semua urusan ketenteraan negara. • Perlu untuk menyediakan keperluan asas untuk tentera. • Memberi latihan dan memilih anggota tentera baru. • Diwan ini diasas oleh ‘Umar b. al-Khattab. • Dimansukhkan pula oleh Mu’awiyah. • Khalifah Hisham b. ‘Abd al-Malik al-Umawi wujudkan semula dengan perubahan. • Khalifah al-Mansur lakukan perubahan lagi. Bab 8 / 9
DIWAN AL-JUND • Objektif diwan ini ialah mempertahankan negara dan ancaman dan serangan orang bukan Islam. • Ketua tentera perlu ingatkan anak buahnya tentang ganjaran dunia dan Akhirat. • Orang awam juga turut berkhidmat dalam tentera. • Mereka dikenali sebagai al-mutawwi‘in; termasuk Arab dan ‘ajam. • Mereka turut diberi ganjaran ibarat gaji. • ‘Abbasiyyah perkemaskan dengan selaraskan bayaran gaji. Bab 8 / 10
DIWAN AL-JUND • Mereka yang berdaftar sahaja boleh meperoleh pelarasan ganji. • Gaji yang dibayar adalah berdasarkan kategori; infantri, berkuda. • Zaman Umawi, diwan ini eksklusif untuk orang Arab sahaja. • ‘Abbasi membenarkan ‘ajam menganggotai diwan ini. • Gaji zaman Umawi lebih tinggi daripada zaman ‘Abbasi. • Ini kerana kemasukan yang ramai dan keadilan yang perlu diberikan. Bab 8 / 11
DIWAN AL-JUND • Untuk tujuan keberkesanan, ‘Abbasiyyah telah menubuhkan satu unit khas bagi matlamat perisikan. • Misal: Khalifah al-Rashid telah hantar perisik diseluruh negara musuh. • Contoh: ‘Abd Allah b. al-Sidi yang dihantar ke Byzantine. • Laporan para perisik ini memudahkan para geografi Muslim untuk melakar peta. • ‘Abbasiyyah berjaya mencipta peralatan perang yang canggih. • Contoh: Manjaniq, peluru, baju kalis api. Bab 8 / 12
DIWAN AL-KHARAJ • Turut dikenali sebagai Jabatan Percukaian. • Mengutip segala hasil cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. • Ia diketuai oleh seorang pegawai yang mempunyai kuasa untuk melantik wakil bagi memungut cukai. • Kadar kharaj tidak sama antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. • Kharaj berperanan untuk memantapkan ekonomi negara. • Diwujudkan semenjak zaman Nabi (s.a.w.). • Mengalami perubahan; Khulafa’ dan Umawi. Bab 8 / 13
KECEMERLANGAN BAGHDAD • Zaman keagungan ‘Abbasiyyah ialah pada masa pemerintahan al-Rashid dan al-Ma’mun. • Antara sumbangan utama kecemerlangan ini ialah kemantapan aspek ketenteraan. • Ini dibantu pula dengan kekentalan aspek perbendaharaan negara. • Jika tiada gabungan kedua-dua aspek ini, sukar untuk ‘Abbasiyyah mengecapi kecemerlangan. • Zaman ini dikenali oleh Barat sebagai the golden age of Islam. Bab 8 / 14
RUMUSAN • Kerajaan ‘Abbasiyyah mengecapi aspek kecemerlangan dalam pentadbiran. • Ini dapat dilihat pada: • Penubuhan Institusi al-Wizarah. • Pengwujudan Jabatan al-Hajib. • Pemantapan al-Dawawin. • Diwan al-Jund dan diwan al-kharaj diberi perhatian kerana ia dapat menjamin pembangunan negara. • Kecemerlangan aspek pentadbiran turut menyumbang kepada kecemerlangan kota Baghdad dan ‘Abbasiyyah sendiri. Bab 8 / 15