320 likes | 550 Views
BAHAYA PENGARUH DADAH TERHADAP KELANGSUNGAN HIDUP. SIRI 27/2007. 28 JAMADIL AKHIR 1428H BERSAMAAN 13 JULAI 2007M. PESANAN KHATIB. BERTAQWA KEPADA ALLAH SEBAGAI JAMINAN KEJAYAAN DI SISI ALLAH. BERSYUKUR KEPADA ALLAH DI ATAS NIKMAT ISLAM DAN IMAN.
E N D
BAHAYA PENGARUH DADAH TERHADAP KELANGSUNGAN HIDUP SIRI 27/2007 28 JAMADIL AKHIR 1428H BERSAMAAN 13 JULAI 2007M
PESANAN KHATIB • BERTAQWA KEPADA ALLAH SEBAGAI JAMINAN KEJAYAAN DI SISI ALLAH. • BERSYUKUR KEPADA ALLAH DI ATAS NIKMAT ISLAM DAN IMAN. • AMALKAN SURUHANNYA DAN JAUHILAH SEGALA LARANGANNYA. • MOGA DIBERI BARAKAH HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT.
INGATLAH!!!! • JANGAN LUPA ISU SEPANJANG ZAMAN..DADAH MUSUH UTAMA UMMAT ISLAM. • TIGA DEKAD TELAH BERLALU USAHA KERAJAAN MEMBASMI DADAH. • DADAH TETAP MUSUH NOMBOR SATU NEGARA.
DADAH HARAM DALAM ISLAM UMPAMA HARAM ARAK, JUDI, RIBA DAN LAIN-LAIN YANG DITEGAH MESTI DIJAUHI OLEH SELURUH UMMAT ISLAM. D
FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AL MAAIDAH AYAT 90-91: MAKSUDNYA: ”WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN! BAHAWA SESUNGGUHNYA ARAK DAN JUDI DAN PEMUJAAN BERHALA DAN MENGUNDI NASIB DENGAN BATANG – BATANG ANAK PANAH,ADALAH SEMATA – MATA KOTOR (KEJI) DARI PERBUATAN SYAITAN .OLEH ITU HENDAKLAH KAMU MENJAUHINYA SUPAYA KAMU BERJAYA” .
“SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU HANYALAH BERMAKSUD MAHU MENIMBULKAN PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN DI ANTARA KAMU DENGAN SEBAB ARAK DAN JUDI DAN MAHU MEMALINGKAN KAMU DARIPADA MENGINGATI ALLAH DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG.OLEH ITU MAHUKAH KAMU BERHENTI (DARIPADA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG KEJI DAN KOTOR ITU ATAU KAMU MASIH BERDEGIL)?.”
KESAN DARIPADA KETAGIHANDADAHMENYEBABKAN:- • PENAGIH BERTINDAK LUAR KAWALAN. • MENCURI,MEROMPAK,DAN MENCEDERAKAN SESEORANG BAHKAN SANGGUPMEMBUNUH UNTUK MENDAPATKAN DADAH.
MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN PENYALAHGUNAAN DADAH ? • MENYEBABKAN AKAL FIKIRAN ROSAK. • TUBUH BADAN BINASA. • MENYEBABKAN INSTITUSI KELUARGA PORAK PERANDA. • MENYEBABKAN TAMADUN UMMAT MENJADI HANCUR DAN LEMAH.
TAHUN 2007 STATISTIK AGENSI DADAH KEBANSAAN(AADK) 22,811 ORANG DIREKOD 69.48 % BERAGAMA ISLAM 15,825 UMUR 19-39 TAHUN
SEDARLAH…. DATA MENUNJUKKAN BELIA ISLAM MEMEGANG REKOD TERTINGGI TERLIBAT DENGAN DADAH. BELIA SEPATUTNYA MENJADI HARAPAN NEGARA BUKAN BEBAN KEPADA NEGARA AKIBAT ANGKARA DADAH. UMMAT ISLAM HARUS BERGANDING BAHU DALAM MENANGANI ISU DADAH.
PERANAN IBU BAPA • AMBIL TAHU SIAPA KAWAN ANAK-ANAK KITA. • AWASI AKTIVITI ANAK-ANAK DI LUAR RUMAH. • UTAMAKAN AGAMA DALAM MEMBERIKAN KEBEBASAN KEPADA ANAK-ANAK.
FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AT TAHRIM AYAT 6 MAKSUDNYA: WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN! PELIHARALAH DIRI KAMU DARI NERAKA YANG BAHAN BAKARANNYA MANUSIA DAN BATU(BERHALA);NERAKA ITU DIJAGA DAN DIKAWAL OLEH MALAIKAT-MALAIKAT YANG KERAS KASAR(LAYANANNYA),MEREKA TIDAK MENDERHAKA KEPADA ALLAH DALAM SEGALA YANG DIPERINTAHKAN KEPADA MEREKA,DAN MEREKA PULA TETAP MELAKUKAN SEGALA YANG DIPERINTAHKAN.
SELAIN PENEKANAN TERHADAP ANAK SENDIRI ,PERLU JUGA MENGAMBIL TAHU TERHADAP ANAK JIRAN SUPAYA MEREKA BEBAS DARIPADA DADAH. ANTARA TANDA SESEORANG TERLIBAT DENGAN DADAH: • SELALU PONTENG SEKOLAH,TIDAK HADIR BEKERJA,MUTU KERJA MEROSOT,KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI TIDAK TERURUS.
2. TIDAK BERMAYA,SELALU MENGUAP,MENGANTUK,MUDAH MARAH,MERADANG TANPA SEBAB DAN SEMBUNYI BILA MELAKUKAN SESUATU. 3. LARI DARI TANGGUNGJAWAB SEHINGGA KELUARGA TERBIAR. • SUKA MENJAUHI KELUARGA DAN KAWAN RAPAT. • MINTA WANG BERLEBIHAN DAN MENGAMBILNYA TANPA IZIN. • HILANG SELERA MAKAN.
JIKA TERDAPAT TANDA –TANDA TERSEBUT TERUS BERHUBUNG DENGAN AGENSI DADAH KEBANGSAAN YANG SENTIASA BERSEDIA MEMBANTU MASYARAKAT DALAM MENANGANI ISU PENYALAHGUNAAN DADAH. YAKINLAH….. SETIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA.
SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD: “DARI JABIR R.A DARIPADA RASULULLAH S.A.W BAGINDA BERSABDA:BAGI SETIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA MAKA APABILA UBAT ITU SERASI DENGAN PENYAKIT,IA AKAN SEMBUH DENGAN IZIN ALLAH ‘AZZAAWAJAL.
SELAIN ASPEK PENCEGAHAN PERLU JUGA DIAMBIL PERHATIAN TERHADAP BANTUAN RAWATAN DAN BIMBINGAN YANG BERTERUSAN: BANTUAN YANG PERLU DIBERIKAN ANTARANYA IALAH: • ADAKAN PROGRAM KEAGAMAAN,SESI KAUNSELING SECARA INDIVIDU ATAU BERKUMPULAN. • MELIBATKAN BEKAS PENAGIH DENGAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN
SPT GOTONG ROYONG,PENGURUSAN JENAZAH,PENGIMARAHAN MASJID DAN AKTIVITI – AKTIVITI YANG MENDEKATKAN MEREKA DENGAN MASYARAKAT. • SELAIN BANTUAN RAWATAN MEREKA JUGA PERLU KEPADA BANTUAN UNTUK DAPATKAN PEKREJAAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN. • MENASIHATI MEREKA DENGAN CARA HIKMAH SUPAYA SENTIASA MELAKUKAN SURUHAN ALLAH DAN TINGGAL APA YANG DILARANG ALLAH.
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH, MARILAH KITA BERIKAN SOKONGAN DAN DORONGAN KEPADA BEKAS PENAGIH UNTUK MEREKA MEMULAKAN PENGHIDUPAN BARU. TINDAKAN MEMBENCI ,MENCEMUH DAN MEMULAU MEREKA ADALAH SUATU KESILAPAN YANG MESTI DIPERBETULKAN.ANGGAPLAH MEREKA INSAN TERLANJUR DAN DIUJI OLEH ALLAH.
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 135 MAKSUDNYA: “DAN JUGA ORANG –ORANG YANG APABILA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI,ATAU MENGANIYAI DIRI SENDIRI,MEREKA SEGERA INGAT KEPADA ALLAH LALU MEMOHON AMPUN AKAN DOSA MEREKA,DAN SEMEMANGNYA TIDAK ADA YANG MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MELAINKAN ALLAH DAN MEREKA JUGA TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN KEJI YANG MEREKA TELAH LAKUKAN ITU,SEDANG MEREKA MENGETAHUI (AKAN SALAH DAN AKIBATNYA).”
AAMIN YA RABBAL AALAMINTUHAN YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG-ORANG YANG TAAT, BERILAH TAUFIK KEPADA KAMI DI DALAM MENTAATI MUAMPUNILAH KEPADA MEREKA YANG MEMOHON KEAMPUNAN
PESANAN KHATIB Tingkatkan iman dan taqwa kepada Allah. Iman dan taqwa sebagai jaminan dari Allah Taala untuk mendapat keberkatan darinya.
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL A’ARAF AYAT 96 MAKSUDNYA:“DAN (TUHAN BERFIRMAN LAGI):KALAU SEKIRANYA PENDUDUK SESEBUAH NEGERI ITU , BERIMAN DAN BERTAQWA TENTULAH KAMI AKAN MEMBUKAKAN PINTU-PINTU KEBERKATAN KEPADA MEREKA SAMAADA DARI LANGIT ATAU PUN BUMI…
TIDAK DINAFIKAN SEBAHAGIAN PINTU KEBERKATAN TERBUKA UNTUK KITA CONTOHNYA…. - DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BAIK DAN MELAKUKAN AMALAN DENGAN SEMPURNA. TETAPI……KENAPA MASIH LAGI KITA DENGAR KES PEMBUANGAN BAYI,SUMBANG MAHRAM,MASAALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH DAN MASAALAH DADAH DI KALANGAN REMAJA ISLAM???
MARILAH KITA MENGINSAFI DIRI…. SEJAUH MANAKAH KITA TELAH MENJAGA ANAK-ANAK KITA AGAR MEREKA TERSELAMAT DARI ANGKARA DADAH DAN PERKARA YANG DITEGAH OLEH ALLAH TAALA
FIRMAN ALLAH SURAH AL AHZAB AYAT : 56 إِنَّ اللَّهَ وَمَلـئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Maksudnya : “Sesungguhnya Allah danparamalaikatNyasentiasaberselawatkeatasjunjunganNabi, makawahaiorang-orang yang beriman, ucaplahselawatdansalamkeatasNyadengansebaik-baiknya”.
PENGERTIAN DOA Ya Allah, Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Memperkenankan Doa. Ya Allah, Peliharakanlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Peliharakanlah zuriat-zuriatnya serta kaum kerabatnya. Ya Allah, Peliharakanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Dan selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin kami serta seluruh umat Islam di negeri dan negara kami. Ya Allah, Kami memohon hidayah dan petunjuk ke jalan kebenaran dan keredhaanmu.Basahilah lidah kami dengan membaca Al Quran dan Zikrullah.Jadikanlah akhlak junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikutan kami.Engkau rahmatilah para pemimpin kami dalam usaha mereka untuk mengangkat martabat ummat islam dan bangsa.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan orang-orang islam serta kecewakanlan golongan kuffar dan musyhrikin .Berilah kami beroleh dari isteri –isteri dan zuriat keturunan kami perkara – perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang mahu bertaqwa. Ya Allah, Tamatkanlah riwayat hidup kami dengan kebaikan dan jangan tamatkan riwayat hidup kami dengan keburukan.
Ya Allah, Kami bertawakkal kepadamu dan pada kami bertaubat,dan kepada mu kami kembali. Ya Allah, Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat serta jauhkanlah kami dari azab api neraka.
Wahai hamba-hamba ALLAH… Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil ,dan berbuat kebaikan,serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini)supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.