250 likes | 444 Views
ERTI MENTA’ATI WALIYYULAMRI. SIRI 28/2007. 5 REJAB 1428H BERSAMAAN 20 JULAI 2007M. PESANAN KHATIB. AHLI JEMAAH SEKALIAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DAN JANGANLAH KITA MATI MELAINKAN DALAM KEADAAN MENYERAH DIRI KEPADA ALLAH(MUSLIM).
E N D
ERTI MENTA’ATI WALIYYULAMRI SIRI 28/2007 5 REJAB 1428H BERSAMAAN 20 JULAI 2007M
PESANAN KHATIB AHLI JEMAAH SEKALIAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA DAN JANGANLAH KITA MATI MELAINKAN DALAM KEADAAN MENYERAH DIRI KEPADA ALLAH(MUSLIM)
TANGGUNGJAWAB SETIAP MUSLIM TAAT PADA WALIYYUL AMRI DAN KERAJAAN. HIDUP BERMASYARAKAT SEBAGAI JAMINAN UNTUK MANUSIA TERUS MELAKAR SEJARAH HIDUPNYA DI DUNIA. HIDUP BERMASYARAKAT TIDAK SEMPURNA TANPA PEMIMPIN. ALLAH MELETAKKAN TANGGUNGJAWAB TAAT PADA WALIYYUL AMRI SELEPAS MENTAATINYA DAN RASULNYA.
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AN NISA’ AYAT 59: MAKSUDNYA:WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH DAN TAATLAH KAMU KEPADA RASUL DAN KEPADA ULILAMRI(ORANG YANG BERKUASA) DARI KALANGAN KAMU.
SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD: SEMBAHLAH AKAN TUHAN KAMU, TUNAIKANLAH SEMBAHYANG LIMA WAKTU YANG DIWAJIBKAN KE ATAS KAMU, BERPUASALAH DI BULAN RAMADHAN DAN TAATILAH WALIYYUL AMRI NESCAYA KAMU MASUK SYURGA TUHAN KAMU.
KETAATAN KEPADA WALIYYUL AMRI LUAS DAN MENYELURUH KECUALI PADA PERKARA MA’SIAT ATAU DERHAKA KEPADA ALLAH.. SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD: “MEMATUHI DAN MENTAATI KEPADA WALIYYUL AMRI ADALAH KEWAJIPAN SETIAP MUSLIM DALAM PERKARA YANG DISUKAINYA ATAU TIDAK,SELAGI TIDAK DISURUH BERBUAT MAKSIAT.MAKA APABILA DISURUH MELAKUKAN MA’SIAT MAKA SURUHAN ITU TIDAK BOLEH DIPATUHI DAN TIDAK BOLEH DITAATI.”
KERAJAAN BERTANGGUNG JAWAB KEKALKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN. • DIAMANAHKAN MENJAGA MASLAHAH KEBAJIKAN SELURUH RAKYAT. • MELINDUNGI MEREKA DARIPADA MUSUH,PENYAKIT,PENDERITAAN, KESENGSARAAN DAN KESUSAHAN. • MENGADAKAN BERBAGAI RANCANGAN,PROJEK DAN PEMBANGUNAN. MENGAPAKAH TAAT KEPADA WALIYYULAMRI DITUNTUT ISLAM?
SEGALA PERANCANGAN TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN KIRANYA TIADA KERJASAMA ANTARA KERAJAAN DAN RAKYAT.. CONTOH : BANGUNAN MASJID DIBINA UNTUK KEMUDAHAN UMMAT ISLAM MENJALANKAN IBADAH UTAMA SEPERTI SOLAT DAN KEGIATAN KEISLAMAN. USAHA KERAJAAN MENJADI SIA-SIA SEKIRANYA KITA TIDAK MENGIMARAHKANNYA DENGAN SOLAT BERJEMAAH PADA SETIAP WAKTU DAN MENJAGA KEHORMATAN DAN KEBERSIHAN..
RANCANGAN DAN USAHA WALIYYUL AMRIHARUS DISAMBUT BAIK OLEH SEMUA PIHAK SEPERTI PEMBINAAN SEKOLAH,PUSAT PENGAJIAN TINGGI,HOSPITAL DAN BANYAK LAGI…….TANPA USAHA TAKKAN ADA KESENANGAN DAN KEMAKMURAN YANG DATANG BERGOLEK.
BUKTIKANLAH KETAATAN DAN KEPATUHAN KEPADA WALIYYULAMRI…… SAMBUT BAIK SEGALA PELUANG,KEMUDAHAN,GALAKKAN DAN BANTUAN . JANGAN BERLAKU CURANG DENGAN TERLIBAT DENGAN RASUAH,PENYELEWENGAN,PENIPUAN DAN PENINDASAN.MAKA SIA-SIA USAHA PIHAK BERKUASA UNTUK MENAIKKAN MARTABAT UMMAT ISLAM..
AWASILAH… • PIHAK TERTENTU YANG CUBA MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI WALIYYUL AMRI.. • BERTINDAK MENGHALANG USAHA PIHAK TERTENTU YANG CUBA MENGERUHKAN SUASANA
SABDA BAGINDA RASULULLAH S.A.W MAKSUDNYA: SESIAPA YANG DATANG KEPADA KAMU DAN MENYURUH KAMU MEMATUHI SESEORANG YANG MAHU MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN JAMAAH KAMU MAKA HENDAKLAH ENGKAU HAPUSKANNYA,SEORANG LELAKI BERTANYA RASULULLAH:WAHAI NABI ALLAH APAKAH PENDAPAT ENGKAU JIKA SEKIRANYA KAMI DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN YANG HANYA MAHUKAN HAK MEREKA TETAPI MENYEKAT KAMI DAIPADA HAK KAMI MAKA APAKAH ENGKAU MASIH MENYURUH KAMI…
..MEMATUHI MEREKA ? RASULULLAH S.A.W TIDAK MENJAWAB SOALAN ITU.SAHABAT YANG BERTANYA ITU MENGULANGINYA.LALU BAGINDA BERSABDA….HENDAKLAH KAMU MENDENGAR DAN MEMATUHI PEMIMPIN –PEMIMPIN KAMU ITU,HANYASANYA MEREKA BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG MEREKA LAKUKAN DAN KAMU JUGA BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG KAMU LAKUKAN.(HADIS)
MAKSUD FIRMAN ALLAH SURAH AL KAHFI AYAT 28: dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;
dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
AAMIN YA RABBAL AALAMINTUHAN YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG-ORANG YANG TAAT, BERILAH TAUFIK KEPADA KAMI DI DALAM MENTAATI MUAMPUNILAH KEPADA MEREKA YANG MEMOHON KEAMPUNAN
PESANAN KHATIB BERTAQWA KEPADA ALLAH SEBAIK-BAIK BEKALAN UNTUK HARI AKHIRAT. IMAN AMAT BERNILAI BAGI SETIAP MANUSIA YANG MESTI DIJAGA DAN DITINGKATKAN. SUBURKAN IMAN DENGAN AMAL SALEH DAN KEBAJIKAN.
CARA MEMELIHARA IMAN….. • BENTENG DENGAN KEYAKINAN DAN KEIKHLASAN. • TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB FARDHU DENGAN SEBAIK MUNGKIN. • DILAPISI DENGAN AMALAN-AMALAN SUNAT. • DAN AKHIRNYA DIKAWAL OLEH AKHLAK.
FIRMAN ALLAH SURAH AL AHZAB AYAT : 56 إِنَّ اللَّهَ وَمَلـئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Maksudnya : “Sesungguhnya Allah danparamalaikatNyasentiasaberselawatkeatasjunjunganNabi, makawahaiorang-orang yang beriman, ucaplahselawatdansalamkeatasNyadengansebaik-baiknya”.
PENGERTIAN DOA Ya Allah, Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Memperkenankan Doa. Ya Allah, Peliharakanlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Peliharakanlah zuriat-zuriatnya serta kaum kerabatnya. Ya Allah, Peliharakanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Dan selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin kami serta seluruh umat Islam di negeri dan negara kami. Ya Allah, Kami memohon hidayah dan petunjuk ke jalan kebenaran dan keredhaanmu.Basahilah lidah kami dengan membaca Al Quran dan Zikrullah.Jadikanlah akhlak junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikutan kami.Engkau rahmatilah para pemimpin kami dalam usaha mereka untuk mengangkat martabat ummat islam dan bangsa.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan orang-orang islam serta kecewakanlan golongan kuffar dan musyhrikin .Berilah kami beroleh dari isteri –isteri dan zuriat keturunan kami perkara – perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang mahu bertaqwa. Ya Allah, Tamatkanlah riwayat hidup kami dengan kebaikan dan jangan tamatkan riwayat hidup kami dengan keburukan.
Ya Allah, Kami bertawakkal kepadamu dan pada kami bertaubat,dan kepada mu kami kembali. Ya Allah, Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat serta jauhkanlah kami dari azab api neraka.
Wahai hamba-hamba ALLAH… Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil ,dan berbuat kebaikan,serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini)supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.