270 likes | 438 Views
JASA GURU TETAP DIKENANG (SEMPENA HARI GURU 2007). SIRI 19/2007. TARIKH: 1 J’AWAL 1428H BERSAMAAN 18 MEI 2007M. INTISARI PERMULAAN KHUTBAH 1. BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KURNIAAN ALLAH MENJAUHI PERBUATAN SYIRIK MENTAATI PERINTAH ALLAH SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA. PESANAN.
E N D
JASA GURU TETAP DIKENANG (SEMPENA HARI GURU 2007) SIRI 19/2007 TARIKH: 1 J’AWAL 1428H BERSAMAAN 18 MEI 2007M
INTISARI PERMULAAN KHUTBAH 1 • BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KURNIAAN ALLAH • MENJAUHI PERBUATAN SYIRIK • MENTAATI PERINTAH ALLAH • SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA
PESANAN • BERTAQWALAH KEPADA ALLAH • TUNAIKANLAH HAK-HAK ALLAH • MATILAH DALAM AGAMA ISLAM
MUHASABAH DIRI…. • MENINGKATKAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH DENGAN BERUSAHA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DENGAN SEMPURNA • IANYA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AMAL SOLEH YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH • BAGI MERAIH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
GURU INSAN MULIA… • SATU PENGHORMATAN DAN PENGHARGAAN BAGI SETIAP GURU KERANA KEILMUANNYA, KEMAHIRAN DAN KESUNGGUHANNYA. GURU.. • PERIBADI MULIA • AMANAH • BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENJALANKAN TUGAS MENDIDIK ANAK BANGSA MENJADI INSAN MULIA
SABDA RASULULLAH : “ALLAH TAALA MENGUTUSKAN AKU MEMBAWA PETUNJUK SEUMPAMA HUJAN YANG TURUN KE BUMI, SEBAHAGIANNYA SUBUR DAN MENERIMA AIR DENGAN MENUMBUHKAN TUMBUHAN DAN RUMPUT RAMPAI, DAN SEBAHAGIANNYA PULA TANAH YANG PEJAL YANG BOLEH MENANGGUNG AIR UNTUK MANFAAT MANUSIA DAN HAIWAN, DAN SEBAHAGIANNYA PULA TANAH PASIR YANG MENYERAP AIR DAN TIDAK MENUMBUHKAN TUMBUHAN”
MAFHUM HADIS.. • SEORANG GURU YANG MENCURAHKAN ILMUNYA KEPADA MANUSIA ADALAH SEUMPAMA AIR HUJAN YANG TURUN DAN MENUMBUHKAN TUMBUH-TUMBUHAN • HENDAKLAH KITA BERSEDIA MENERIMA CURAHAN ILMU GURU DENGAN SEBAIKNYA • JIKA TIDAK, KITA AKAN JADI SEPERTI TANAH PASIR YANG TIDAK MENUMBUHKAN TANAMAN • ILMU YANG ADA PADA SETIAP GURU BUKAN SAHAJA UNTUK MANFAAT DIRINYA SENDIRI TETAPI JUGA DIMANFAATKAN KEPADA ORANG LAIN
PERANAN GURU.. • مُعَلِّمْ (PENYAMPAI YANG BENAR) • مُرَبِِِِّىْْ (PENGASUH DAN PENDIDIK ANAK- ANAK DENGAN KASIH SAYANG) • مُؤَدِّبْ (PEMBENTUK ADAB DAN AKHLAK ANAK- ANAK) • مُزَكِّىْ (PENYUCI AKHLAK DAN AKIDAH) • مُثَبِّتْ(PEMBINA KEYAKINAN DAN KEKUATAN DALAMAN ANAK-ANAK) • قُدْْوَةٌ حَسَنَةٌ(CONTOH TERBAIK KEPADA ANAK-ANAK DIDIK) • مُرِْشِدْْ( PEMBIMBING KEARAH KEBENARAN) • مُدَرِّسْ( PENDIDIK )
CIRI-CIRI PENDIDIK • KUAT DALAM PEGANGAN AGAMA • MEMPUNYAI MINAT DAN ILTIZAM YANG TINGGI DAN MANTAP TERHADAP TUGASNYA SEBAGAI PENDIDIK • SENTIASA MENAMBAH DAN MENINGKAT MAKLUMAT SESUAI DENGAN KEPERLUAN DAN PERUBAHAN ZAMAN • BERANI DAN TEGAS DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN SESUATU ILMU
MATLAMAT PALING TINGGI DALAM PROSES PEMBELAJARAN… • MENCARI KEBENARAN.. GURU HENDAKLAH MENYEDARI BAHAWA TUGAS MENDIDIK ANAK BANGSA AMANAH DARI ALLAH YANG TIDAK BOLEH DISIA-SIAKAN DAN AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DIHADAPAN ALLAH
KERJAYA SUATU IBADAH.. • SETIAP GURU HENDAKLAH MENGAMALKAN KONSEP KERJAYA SEBAGAI SUATU IBADAH • TERUTAMA DALAM MELAKSANAKAN PRINSIP-PRINSIP MAQASID SYARIAH (مَقََاصِدُ الشَّرِيْعَةِ) MENJAGA, MEMELIHARA DAN MEMPERKASAKAN AGAMA, AKAL, NYAWA, KETURUNAN DAN HARTA
IMAM AL-GHAZALI DALAM KITAB IHYA’ ULUMUDDIN MENJELASKAN.. • MENGUTAMAKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK DENGAN MEMPELAJARI • AL-QURAN • HADIS-HADIS NABI • KISAH-KISAH PARA SOLIHIIN • HUKUM-HUKUM AGAMA • PENDIDIKAN JASMANI • DENGAN BERGURU BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN SERTA MEMASTIKAN ILMU YANG DIAJAR DAPAT DIFAHAMI DENGAN SEPENUHNYA • MENJADI PENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN MENTAL DAN SYAKSIAH ANAK-ANAK
TERIMA KASIH GURU…KEJAYAAN ANAK-ANAK KITA PADA HARI INI ADALAH HASIL SUMBANGAN YANG DITERIMA DARIPADA GURU-GURU KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH PARA PENDIDIK DALAM MELAKSANAKAN PROSES PENDIDIKAN SEWAJARNYA DISANJUNG TINGGI TANDA MENGENANG JASA DAN BUDI GURU SELAKU INSAN MULIA.. AMALAN MENGAMBIL BERAT, BERTANYA KHABAR, ZIARAH MENZIARAHI
ILMU TERAS KEMAJUAN.. NEGARA AKAN MAJU BILA RAKYATNYA MEMPUNYAI ILMU DAN KEMAHIRAN RAKYAT AKAN BERJAYA DALAM HIDUP JIKA IA MEMPUNYAI ILMU AYUH MARILAH… KITA BERSAMA-SAMA PARA GURU MENGGEMBLENG TENAGA DALAM MENYEMAI BENIH-BENIH KEIMANAN, KETAQWAAN DAN KEINSAFAN KEPADA GENERASISEKARANG DAN AKAN DATANG DENGAN MEMPERBANYAKKAN USAHA DAN PENGORBANAN DEMI MENCAPAI CITA-CITA
KEJAHILAN MEMBAWA KEPADA KEMUNDURAN DAN KESESATAN أعوذ بالله من الشيطان الرجيم هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأمِّيِّينَ رَسُولاً مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُّبِينٍ
MAKSUDNYA.. “DIALAH YANG MENGUTUSKAN DALAM KALANGAN ORANG ARAB YANGUMIYIIIN (TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS) SEORANG RASUL (NABI MUHAMMAD) DARI BANGSA MEREKA SENDIRI, YANG MEMBACAKAN KEPADA MEREKA AYAT-AYAT ALLAH (YANG MEMBUKTIKAN KEESAAN ALLAH DAN KEKUASAANNYA ) DAN MEMBERSIHKAN MEREKA (DARIPADA I’TIQAD YANG SESAT), SERTA MENGAJARKAN MEREKA KITAB ALLAH (AL-QURAN) DAN HIKMAH (PENGETAHUAN). DAN SESUNGGUHNYA MEREKA SEBELUM (KEDATANGAN NABI MUHAMMAD) ITU ADALAH DALAM KESESATAN YANG NYATA”
AAMIN YA RABBAL AALAMIN TUHAN YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG-ORANG YANG TAAT, BERILAH TAUFIK KEPADA KAMI DI DALAM MENTAATI MU AMPUNILAH KEPADA MEREKA YANG MEMOHON KEAMPUNAN
PESANAN • MENINGKATKAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH • MENGERJAKAN SEGALA PERINTAHNYA • MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN/TEGAHAN • SEMOGA BERJAYA MENCAPAI KEBAIKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
HAYATI DAN KENANGI JASA GURU… • TANPA GURU KITA TIDAK MUNGKIN BERJAYA MENCAPAI KEHIDUPAN YANG SELESA TANPA GURU… MUNGKIN TIDAK AKAN LAHIR DIKALANGAN KITA DOKROR-DOKTOR, PEGUAM-PEGUAM, PENSYARAH-PENSYARAH, TOKOH-TOKOH PENDIDIK DAN POLITIK YANG BERJAYA DAN TERSOHOR DIPERINGKAT NASIONAL MAHUPUN ANTARABANGSA
SEBAGAI SEORANG PELAJAR… • KITA HENDAKLAH MENGAMALKAN APA YANG DITERIMA DAN DIPELAJARI DARI GURU DENGAN SEBAIKNYA • SENTIASA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA GURU YANG TELAH BERJASA • MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KEAMPUNAN BAGI GURU SAMA ADA SEWAKTU MEREKA MASIH BERKHIDMAT ATAUPUN MEREKA TELAH BERSARA MALAH SEKALIPUN MEREKA TELAH MENINGGAL DUNIA.. • SEKIRANYA MEREKA TELAH MENINGGAL DUNIA PEMBERIAN PALING BERERTI IALAH DOA BERTERUSAN SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN RAHMAT DENGAN MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA • BAGI MEMBUKTIKAN KASIH KITA YANG TULUS, KITA PERLULAH MENGHAYATI TUNJUK AJARNYA DAN TETAP MENGAMALKANNYA WALAUPUN DIA TELAH TIADA
FIRMAN ALLAH SURAH Al-Ahzab ayat : 56 إِنَّ اللَّهَ وَمَلـئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا MAKSUDNYA : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman, ucaplah selawat dan salam ke atasNya dengan sebaik-baiknya”.
PENGERTIAN DOA Ya Allah, Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Memperkenankan Doa. Ya Allah, Peliharakanlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Ya Allah, Peliharakanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Ibna Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Peliharakanlah zuriat-zuriatnya serta kaum kerabatnya, Selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin kami serta seluruh umat Islam di negeri dan negara kami. Ya Allah, Perteguhkan Iman kami dalam menghadapi segala dugaan, cabaran dan halangan di dalam kehidupan kami di dunia ini. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Kami hamba-hambaMu memohon agar dikekalkan keamanan, kedamaian, di dalam kehidupan kami serta kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi baik kepada kami dan seluruh ahli keluarga.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Berikanlah kepada kami ilmu yang berguna, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa mengingatiMu,engkau rahmatilah kepada semua guru yang telah mendidik kami sehingga kami menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah, Hindarilah negeri dan negara kami daripada segala bahaya dan perkara-perkara yang kami tidak ketahui kedatangannya.
Ya Allah, Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta jauhkanlah kami daripada azab Api Neraka jahannam. Aamin Ya Rabbal A’lamin.