320 likes | 612 Views
MANFAAT DARIPADA PELANCONGAN. SIRI 46/2007. 6 ZULQAEDAH 1428H BERSAMAAN 16 NOVEMBER 2007M. PESANAN KHATIB. BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SETIAP SAAT,KETIKA DAN DI MANA SAHAJA. HIDUP MESTILAH BERDASARKAN SYARIAT ALLAH.
E N D
MANFAAT DARIPADA PELANCONGAN SIRI 46/2007 6 ZULQAEDAH 1428H BERSAMAAN 16 NOVEMBER 2007M
PESANAN KHATIB • BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SETIAP SAAT,KETIKA DAN DI MANA SAHAJA. • HIDUP MESTILAH BERDASARKAN SYARIAT ALLAH. • PATUH DAN LAKSANAKANLAH SURUHANNYA DAN TINGGALKANLAH LARANGANNYA DENGAN PENUH KEBENCIAN. • MOGA TAQWA BERTAMBAH DAN MENINGKAT.
PENGEMBARAAN DAN PELANCONGAN • SESUATU YANG LUMRAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. • UNTUK MENCARI REZKI,MENUNTUT ILMU. • AKTIVITI YANG BOLEH BAWA KEBAIKAN KEPADA MANUSIA.
قُلْ سِيرُواْ فِي الأَرْضِ ثُمَّ انظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ MAKSUDNYA:KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD):MENGEMBARALAH KAMU DIMUKA BUMI,KEMUDIAN PERHATIKANLAH BAGAIMANA AKIBAT BURUK (YANG MENIMPA) ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN (RASUL-RASUL)ITU. FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AL ANAM AYAT 11:
INTISARI AYAT • ALLAH TAALA PERINTAHAGAR KITA MELIHAT APA YANG BERLAKU KEPADA DUNIA DAN KESAN-KESAN YANG MASIH KEKAL AKIBAT DARI PENDERHAKAAN TERHADAP ALLAH TAALA, DISAMPING MELIHAT KESAN-KESAN KEJAYAAN ORANG YANG MENTAATI ALLAH TAALA DAN JUGA MENANAMKAN KEINSAFAN TERHADAP KEGAGALAN SEBAHAGIAN UMMAT MANUSIA.JUGA MENYERU UMMAT ISLAM AGAR MEMPELAJARI PENCAPAIAN UMMAT YANG BERJAYA DALAM KEHIDUPAN YANG MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH.
DI ANTARA MANUSIA YANG MENDAPAT NILAI TINGGI DISISI ALLAH IALAH ORANG YANG MENGEMBARA UNTUK MENUNTUT ILMU SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AT TAUBAH AYAT 111 &112: إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُالتَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
MAKSUDNYA: SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DARI ORANG-ORANG YANG BERIMAN AKAN JIWA MEREKA DAN HARTA BENDA MEREKA DENGAN (BALASAN)BAHAWA MEREKA AKAN BEROLEH SYURGA,DISEBABKAN MEREKA BERJUANG PADA JALAN ALLAH MAKA(DI ANTARA )MEREKA ADA YANG MEMBUNUH DAN TERBUNUH(BALASAN SYURGA YANG DEMIKIAN IALAH)SEBAGAI JANJI YANG BENAR YANG DITETAPKAN OLEH OLEH ALLAH DI DALAM (KITAB-KITAB) TAURAT DAN INJIL SERTA AL QURAN DAN SIAPAKAH LAGI YANG LEBIH MENYEMPURNAKAN JANJINYA DARIPADA ALLAH ? OLEH ITU,BERGEMBIRALAH DENGAN JUALAN YANG KAMU JALANKAN JUAL BELINYA ITU DAN KETAHUILAH BAHAWA JUAL BELI YANG SEPERTI ITU IALAH KEMENANGAN YANG BESAR.MEREKA ITU IALAH ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT YANG BERIBADAT,YANG MEMUJI ALLAH YANG MENGEMBARA (UNTUK MENUNTUT ILMU DAN MENGEMBANGKAN ISLAM YANG RUKU’ YANG SUJUD,YANG MENYURUH BERBUAT KEBAIKAN DAN MELARARANG DARIPADA KEJAHATAN SERTA MENJAGA BATAS-BATAS HUKUM ALLAH DAN GEMBIRAKANLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN YANG BERSIFAT DEMIKIAN.
PENGEMBARAAN ADALAH PROSES MENCELIK MINDA ATAU PEMIKIRAN .FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AL HAJJ AYAT 46: أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لاَ تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
MAKSUDNYA: “OLEH ITU BUKANKAH ADA BAIKNYA MEREKA MENGEMBARA DIMUKA BUMI, SUPAYA DENGAN MELIHAT KESAN-KESAN TERSEBUT MEREKA MENJADI ORANG-ORANG YANG ADA HATI, YANG DENGANNYA MEREKA DAPAT MEMAHAMI ATAU ADA TELINGA YANG DENGANNYA MEREKA DAPAT MENDENGAR ?(TETAPI KALAULAH MEREKA MENGEMBARA PUN TIDAK JUGA BERGUNA)KERANA KEADAAN YANG SEBENARNYA BUKANLAH MATA KEPALA YANG BUTA TETAPI YANG BUTA IALAH MATA HATI YANG ADA DI DALAM DADA”
PELANCONGAN ADALAH PERUSAHAAN • AKTIVITI YANG MENJANJIKAN PULANGAN YANG LUMAYAN. • TIDAK BERCANGGAH DENGAN ISLAM. • MEMBINA KEKUATAN EKONOMI UMMAH. • PIHAK KERAJAAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENJADIKAN NEGERI TERENGGANU SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN YANG TERKENAL DI MATA DUNIA.TAHUN 2008 DIISHTIHAR SEBAGAI TAHUN MELAWAT TERENGGANU.
PRODUK PELANCONGAN YANG MENARIKMINAT PELANCONG DI ANTARANYA: • KRAFTANGAN SPT BATIK,SONGKET,TEMBAGA DAN MAKANAN –MAKANAN TEMPATAN. • PERTANDINGAN BERTARAF DUNIA SPT PERTANDINGAN KAPAL LAYAR (MONSOON CUP) DI PULAU DUYUNG. • PULAU – PULAU INDAH DI PESISIR PANTAI DAN DI TASIK KENYIR.
KEJAYAAN MENARIK PELANCONG KE NEGERI KITA BEERTI MENGAJAK MEREKA BERBELANJA DAN AKAN MENGUNTUNGKAN RAKYAT KITA, OLEH ITU JANGAN LAH KITA HANYA SEKADAR MENUNTUN PELANCONG DATANG DAN PERGI TANPA SATU USAHA YANG AKAN MENGUNTUNGKAN KITA . • KERAJAN SEDIA MEMBERIKAN KHIDMAT NASIHAT DAN MODAL BAGI MEREKA YANG INGIN MENCEBURI DALAM BIDANG INI. SEDARILAH…..
HIASILAH DIRI KITA DENGAN KESANTUNAN BUDI • PELANCONG AKAN TERTAWAN DENGAN SIKAP POSITIF KITA TERHADAP MEREKA. • MEREKA ADALAH TETAMU KITA. • ISLAM MELETAKKAN TETAMU PADA KEDUDUKAN YANG ISTIMEWA.
CONTOH SIKAP NABI IBRAHIM MELAYAN TETAMUNYA DIABADIKAN DALAM FIRMAN ALLAH AYAT 24&25 SURAH AZ ZARIAT: هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلاَمًا قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُّنكَرُونَ MAKSUDNYA:”SUDAHKAH SAMPAI KEPADA MU(WAHAI MUHAMMAD)PERIHAL TETAMU NABI IBRAHIM YANG DIMULIAKAN?KETIKA MEREKA MASUK MENDAPATKANNYA LALU MEMBERI SALAM DENGAN BERKATA:SALAM SEJAHTERA KEPADAMU!DIA MENJAWAB:SALAM SEJAHTERA KEPADA KAMU!(SAMBIL BERKATA DALAM HATI):MEREKA INI ORANG-ORANG YANG TIDAK DI KENAL”
HADIS RASULULLAH S.A.W مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ. وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَه.وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ. MAKSUDNYA:SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT MAKA HENDAKLAH DIA MEMULIAKAN TETAMUNYA. DAN SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT MAKA HENDAKLAH MENYAMBUNGKAN SILATURRAHIM DAN SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT MAKA HENDAKLAH BERKATA PERKARA KEBAIKAN (KALAU TIADA PERKARA BAIK UNTUK DIPERKATAKAN) MAKA HENDAKLAH DIA DIAM.
APAKAH PERANAN KITA? • JADIKANLAH IA UNTUK MERAIH MANFAAT ATAU MENDAPAT IKTIBAR. • MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMAJU DAN MENGUKUHKAN EKONOMI. • MENANAM KESAN POSITIF KEPADA PARA PELANCONG DAN PENGUNJUNG YANG DATANG. • ZAHIRKAN SIFAT TERPUJI YANG DIAJAR ISLAM. • JANGAN KENAKAN MEREKA DENGAN HARGA YANG MELAMPAU. • HULURKAN PERTOLONGAN KEPADA MEREKA JIKA DIPERLUKAN. • ANGGAPLAH MEREKA TIDAK MEMAHAMI BUDAYA AGAMA KITA,KIRANYAN MEREKA SALAH PADA PANDANGAN KITA.
FIRMAN ALLAH TAALA SURAH AL FURQAN AYAT 63: وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلاَمًا MAKSUDNYA:DAN HAMBA-HAMBA (ALLAH) AR RAHMAN (YANG DIREDHAINYA),IALAH MEREKA YANG BERJALAN DI BUMI DENGAN SOPAN SANTUN DAN APABILA ORANG-ORANG YANG BERKELAKUAN KURANG ADAB HADAPKAN KATA-KATA KEPADA MEREKA,MEREKA MENJAWAB DENGAN PERKATAAN YANG SELAMAT DARI PERKATAAN YANG TIDAK DIINGINI.
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AN NISA’ AYAT 94: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَتَبَيَّنُواْ وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ أَلْقَى إِلَيْكُمُ السَّلاَمَ لَسْتَ مُؤْمِنًا تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فَعِندَ اللّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ كَذَلِكَ كُنتُم مِّن قَبْلُ فَمَنَّ اللّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُواْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
MAKSUDNYA: WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,APABILA KAMU PERGI BERPERANG PADA JALAN ALLAH (UNTUK MEMBILA ISLAM) MAKA HENDAKLAH KAMU MENYELIDIK APA JUA PERKARA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA DAN JANGANLAH KAMU TERBURU-BURU MENGATAKAN KEPADA ORANG YANG MENUNJUKKAN KEPADA KAMU SIKAP DAMAI(DENGAN MEMBERI SALAM ATAU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH):ENGKAU BUKAN ORANG YANG BERIMAN” (LALU KAMU MEMBUNUHNYA)DENGAN TUJUAN HENDAK(MENDAPAT HARTA BENDA YANG MERUPAKAN) HARTA BENDA KEHIDUPAN DUNIA (YANG TIDAK KEKAL).(JANGANLAH KAMU GELAP MATA KEPADA DAKI DUNIA ITU) KERANA DI SISI ALLAH ADA DISEDIAKAN LIMPAH KURNIA YANG BANYAK.
DEMIKIANLAH JUAGA KEADAAN KAMU DAHULU (DAPAT DIKETAHUI OLEH WARGA LAIN AKAN KEISLAMAN KAMU DENGAN MEMBERI SALAM ATAU MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH),LALU ALLAH MENGURNIAKAN NIKMATNYA KEPADA KAMU.OLEH ITU SELIDIKILAH (APA-APA JUA TERLEBIH DAHULU DAN JANGANLAH BERTINDAK DENGAN TERBURU-BURU )SESUNGGUHNYA ALLAH SENANTIASA MEMERHATI DENGAN MENDALAM AKAN SEGALA YANG KAMU LAKUKAN.
AAMIN YA RABBAL AALAMINTUHAN YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG-ORANG YANG TAAT, BERILAH TAUFIK KEPADA KAMI DI DALAM MENTAATI MUAMPUNILAH KEPADA MEREKA YANG MEMOHON KEAMPUNAN
PESANAN KHATIB BERTAQWA KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA. BERKATALAH DENGAN PERKATAAN YANG BAIK . ALLAH AKAN MEMPERBAIKI SEGALA AMALAN KAMU DAN DIAMPUNKAN DOSA KAMU. DAN MEREKA YANG TAAT KEPADA ALLAH ADALAH ORANG YANG BERJAYA.
FIRMAN ALLAH SURAH AN NAHL AYAT 125: ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ MAKSUDNYA; “SERULAH KEJALAN TUHANMU(WAHAI MUHAMMAD)DENGAN HIKMAH BIJAKSANA DAN NASIHAT PENGAJARAN YANG BAIK DAN BERBAHASLAH DENGAN MEREKA YANG ENGKAU SERUKAN ITU DENGAN CARA YANG LEBIH BAIK SESUNGGUHNYA TUHANMU DIALAH JUA YANG LEBIH MENGETAHUI AKAN ORANG YANG SESAT DARI JALANNYA DAN DIALAH JUA YANG LEBIH MENGETAHUI AKAN ORANG – ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK”
DAKWAH BIL HAL… • SECARA TIDAK LANGSUNG KITA BERDAKWAH KEPADA MEREKA DENGAN AKHLAK BAIK YANG DITONJOLKAN. • AMANAH,BERSIH,PEMAAF,MESRA,SEDIA MENOLONG DAN BERTIMBANG RASA ADALAH IMEJ KEINDAHAN ISLAM. • KEBERSIHAN DI MASJID,SURAU DAN TEMPAT AWAM. • MENGUBAH MINDA PELANCONG BAHAWA ISLAM DAN ORANG ISLAM KEPADA TANGGAPAN YANG LEBIH POSITIF. • INSYAALLAH MEREKA AKAN TERTARIK DENGAN ISLAM DAN MENGANUTINYA.
FIRMAN ALLAH SURAH AL AHZAB AYAT : 56 إِنَّ اللَّهَ وَمَلـئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Maksudnya : “Sesungguhnya Allah danparamalaikatNyasentiasaberselawatkeatasjunjunganNabi, makawahaiorang-orang yang beriman, ucaplahselawatdansalamkeatasNyadengansebaik-baiknya”.
PENGERTIAN DOA Ya Allah, Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Memperkenankan Doa. Ya Allah, Peliharakanlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibna Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Dan peliharakanlah zuriat-zuriatnya serta kaum kerabatnya. Ya Allah, Peliharakanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Dan selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin kami serta seluruh umat Islam di negeri dan negara kami. Ya Allah, Muliakanlah Islam dan orang-orang islam serta kecewakanlan golongan kuffar dan musyhrikin,sekalipun orang kafir yang mendiami dan jadikanlah ketakutan menyelubungi mereka. Ya Allah, Bukakanlah di antara kami dan antara kaum kami jalan kebenaran dan Engkau jualah sebaik-baik Pemberi Petunjuk.
Ya Allah, Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat serta jauhkanlah kami dari azab api neraka.
Wahai hamba-hamba ALLAH… Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil ,dan berbuat kebaikan,serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini)supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
Maka ingatlah Allah Yang Maha Agung nescaya dia akan mengingatimu dan bersyukurlah di atas nikmat-nikmatnya nescaya dia akan menambahkan lagi nikmat itu kepadamu,dan pohonlah dari kelebihannya,nescaya akan diberikannya kepadamu. Dan sesungguhnya mengingati Allah itu lebih besar (faedah dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
أَقِيْمُوْا ألصَّلآَة.....Marilah dirikan solat…….. “Lurus dan rapatkan saf anda kerana saf yang sama termasuk dalam kesempurnaan solat.”