260 likes | 619 Views
Moto ; “Tidakkah aku harus menjadi hamba-Nya yang bersyukur?. Sentiasa syukur nikmat. Nabi Muhamad s.a.w sentisa syukur nikmat, walaupun kecil Contoh “kutip cebisan makanan ““ menjilat jari”. Ayat pertama dalam al-quraan. Bismaillahirahmanirahim Alhamdulillah
E N D
Moto ; “Tidakkah aku harus menjadi hamba-Nya yang bersyukur?
Sentiasa syukur nikmat • Nabi Muhamad s.a.w sentisa syukur nikmat, walaupun kecil • Contoh “kutip cebisan makanan ““ menjilat jari”
Ayat pertama dalam al-quraan • Bismaillahirahmanirahim • Alhamdulillah • Ayat pertama menyuruh manusia bersyukur
Baitul hamdu • Dalam syurga Allah sediakan suatu tempat untuk orang yang banyak bersyukur • Kalimah Alhamdulillah akan memenuhi Mizan
..Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7).
Amalan harian • Terima Kasih! Ucapan paling mudah dan kerap kita lafazkan setiap hari apabila menerima pemberian daripada orang lain
Udara yang kita hirup, air yang kita minum, makanan yang kita makan, adalah sebahagian kecil nikmat anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya.
Tidak Syukur Membawa kepada Kufur • Bersyukur atau berterima kasih kepada Allah adalah kewajipan seorang Mukmin. Malah Allah menjanjikan ganjaran bagi mereka yang mensyukuriNya dan mengancam mereka yang ingkar.
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: • "Siapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Awal Musnad Ahli Kufah: Baki Hadis al-Nu'man bin Basyir r.a.)
Syukur Pelaris Rezeki • Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".(Surah al-Naml 27 : 40)
Nikmat Allah Hendaklah Diperlihatkan • nikmat pemberian Allah hendaklah disebut-sebutkan dan dihebahkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, BUKAN untuk bermengah-mengah
Firman Allah: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (Surah Dhuha 93 : 11)
Peingkat pertama syukur • Mengetahui setiap kurniaan adalah nikmat
Peringkat tinggi syukur • Nikmat yang diberikan untuk digunakan pada jalan yang diredhai Allat s.w.t • Kudrat-bantu yang lemah • Kaya-bantu yang miskin • Berilmu-sebarkan
3 Cara Syukur Kepada Allah • 1) BERSYUKUR DENGAN HATI • 2) BERSYUKUR DENGAN UCAPAN • 3) BERSYUKUR DENGAN PERBUATAN
1) BERSYUKUR DENGAN HATI • Hati hendaklah sentiasa benar dan jujur. Tidak mengingkari nikmat ALLAH. • Kita perlu menginsafi bahawa seluruh nikmat yang kita perolehi dari ALLAH SWT. • Hanya ALLAH SWT yang mampu menganugerahkan nikmat kepada manusia.
2) BERSYUKUR DENGAN UCAPAN • Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mengucapkan SUBHANALLAH maka baginya 10 kebaikan. Barang siapa membaca LAILAHAILLALLAH, maka baginya 20 kebaikan dan barang siapa membaca ALHAMDULILLAH maka baginya 30 kebaikan."
3) BERSYUKUR DENGAN PERBUATAN • Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh anggota tubuh yang harus dimaksimumkan untuk bersyukur. Anggota tubuh itu ialah mata,telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan dan kaki. Seluruh anggota ini diciptakan ALLAH SWT sebagai nikmat-Nya untuk kita. Lidah misalnya hanya untuk mengeluarkan kata-kata yang baik, berzikir dan mengungkapkan nikmat yang kita rasakan.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) • Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.
Syujud syukur • Setiap kali mendapat berita baik • Tak kira tempat dan waktu
(HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi). • Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Tatacara sujud syukur • dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita menggembirakan. • tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur • Dimana sahaja-asalkan bersih
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud : Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.
sekian • Terima kasih