760 likes | 2.37k Views
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK. KONSEP MASYARAKAT. Definisi Masyarakat “ kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu .” ( Kamus Dewan 2006 ). KENAPA PERLU MEMAHAMI DAN MENGKAJI MASYARAKAT ?. Manusia Hidup Bermasyarakat
E N D
KONSEP MASYARAKAT • Definisi Masyarakat “kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.” (Kamus Dewan 2006)
KENAPA PERLU MEMAHAMI DAN MENGKAJI MASYARAKAT ? • Manusia Hidup Bermasyarakat Manusia tiada pilihan demi kelangsungan hidup
2. Memahami Cara Hidup Bermasyarakat • Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Ini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya.
3. Memahami Budaya Sendiri dan Masyarakat Lain • Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.
4. Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat • Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat.
Ciri-Ciri Masyarakat • Manusia Yang Hidup Berkelompok • Manusia hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.
Melahirkan Kebudayaan • Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.
Mengalami Perubahan • Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.
Berinteraksi • Salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak , internal dan eksternal.
Terdapat Kepimpinan • Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.
Mempunyai Aturan Sosial • Bermaksud susun lapis yang wujud dalam masyarakat.(stratifikasi sosial) • Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu 1. Kelas 2. Status 3. Kasta.
Kelas • kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan
Status • Peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran, pangkat dan jawatan iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya.
Kasta • Kelas sosial yang keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. • Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Vaisya, Ksyatria, Sudradan Pariah
KONSEP ETNIK • Definisi : • Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat rasam, pakaian,makanan,bahasa dan kegiatan ekonomi.
RAS / BANGSA • Definisi : • Sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata. • Cth : warna kulit, mata, rambut dan juga saiz tubuh.
ETNISITI Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. • ETNOSENTRISME Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
RASISME Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.
PREJUDIS Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.
STEREOTAIP Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik. • DISKRIMINASI Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
KONSEP BUDAYA Budaya berasal dari perkataan Jawa: “budaya ” hasil cantuman “ budhi ” dan “daya ”. Perkataan “ budhi ” yang dipinjam dari bahasa sanskrit bererti ‘ kecergasan fikiran dan akal ’ “ daya ” ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna ‘ kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ( budaya ) akan membawa maksud ’ tenagafikiran , usaha rohani atau kuasa yangmenggerakkan jiwa ’.
Sambungan… • Budaya juga diertikan sebagai, ‘ The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within ’. ( Dictionary Of Philosophy, 1996 ).
Samb… • Menurut sumber lain mendefinisikan budaya ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi ( cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya ).(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1997).
Samb… • Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat.
Kesimpulan • Budaya itu dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia, • istilah : cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.
Budaya kebendaan • Merangkumi peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
Seperti kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Budaya bukan kebendaan
Ciri-Ciri Budaya:Dipelajari Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran • a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya. • b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. • c. Umur seseorang. • d. Tahap pendidikan • e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
2. Dikongsi • Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. • Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diamal dan didokong oleh sekumpulan manusia. • Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. • Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
3. Sejagat • Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. • Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. • Budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota
Samb… • Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu: • i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia. • ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. • iii. sistem sosial. • iv. bahasa • v. kesenian • vi. sistem pengetahuan. • vii. agama dan kepercayaan.
4. Diwarisi • Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.
5. Berubah • Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. • Cth : Rumah beratap rumbia/nipah telah digantikan dengan rumah beratap genting.
Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti: • i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. • ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. • iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru. • iv. pertembungan budaya. • v. konflik yang berlaku. • vi. perubahan alam sekitar.
6. Perlambangan • Budaya boleh ditunjukkan dlm bentuk perlambangan. • Cth. : logo, bendera, ukiran, lukisan dll.
7. Pandangan Semesta • Alam sekitar mempengaruhi budaya sesebuah masyarakat.
KONSEP PERPADUAN DAN INTERGRASI • Perpaduan dan Intergrasi adalah berbeza. • Perpaduan : Proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara bagi membentuk identiti / nilai bersama • Intergrasi : Proses mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah.
Segregasi • Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. • Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan, tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam • Sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan Israel.
Akomodasi • Setiap etnik menyedari & menghormati norma dan nilai antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Mereka hidup secara harmoni dan saling menyesuaikan diri antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil • Konsep ini diwakili oleh formula : A + B + C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada etnik , bangsa atau budaya) “
Akulturasi • Satu proses perubahan dan pinjam meminjam unsur kebudayaan kesan perhubungan antara dua kumpulan manusia yang berlainan tradisi. • Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. • Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri.