130 likes | 376 Views
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. AQIDAH ISLAM. 1) BERIMAN AKAN ADANYA ALLAH Ia dapat dibuktikan dengan fitrah, akal, syara ’ dan pancaindera Fitrah atau asal kejadian manusia mempercayai adanya tuhan yang mencipta kecuali ada yang mempengaruhinya. BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T. contoh.
E N D
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM AQIDAH ISLAM
1) BERIMAN AKAN ADANYA ALLAH • Ia dapat dibuktikan dengan fitrah, akal, syara’ dan pancaindera • Fitrah atau asal kejadian manusia mempercayai adanya tuhan yang mencipta kecuali ada yang mempengaruhinya BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T. contoh
Akal pula mempercayai bahawa setiap sesuatu pasti ada penciptanya dan tidak mungkin ada dengan sendirinya atau ia mencipta dirinya sendiri • Dalil syar’i terdapat dalam seluruh kitab agama samawi. Undang-undang kehidupan manusia yang disusun menunjukkan ia daripada Pencipta contoh
Melalui pancaindera pula kita pernah dengar tentang doa dimakbulkan. Sama ada pada zaman kita atau di zaman rasul-rasul terdahulu. • Mukjizat rasul-rasul terdahulu pula adalah untuk memperlihatkan bukti bahawa mereka adalah utusan Allah. Antaranya adalah terbelahnya bulan contoh
2) BERIMAN KEPADA RUBUBIYAH • Rab ertinya dzat yang memiliki hak untuk mencipta, berkuasa danhak untuk memerintah serta tiada selainnya yang mempunyai hak tersebut • Orang musyrik mengakui sifat rububiyah ini tetapi menyembah selain daripada-Nya • Rububiyah Allah bermakna mengakui bahawa Allah ialah tuhan Maha Pencipta, Pentadbir serta Pengatur alam semesta. • Allah ialah Pemberi rezeki, Yang menghidup, Yang mematikan dan berkuasa mengawal segala kebaikkan dan keburukkan. Firman Allah: “Allah ialah Pencipta segala sesuatu.” (al-Zumar : 62)
3) BERIMAN KEPADA ULUHIYYAH • Uluhiyah bererti Allah sahaja yang berhak disembah dan tiada selain-Nya • Sembahan lain hanyalah nama-nama yang diberikan oleh orang-orang terdahulu • Sembahan itu tidak mampu memberi manfaat atau mengelak daripada kemudharatan • Uluhiyyah Allah bermakna mengesakan Allah dalam segala jenis ibadah yang disyariatkan oleh Allah. • Hanya Allah yang berhak disembah dan bukan selainNya. • Ibadah adalah ucapan dan perbuatan yang diniatkan dengan penuh keikhlasan kepada Allah sama ada secara nyata atau tersembunyi demi mencapai keredaanNya serta dikerjakan mengikut cara yang disyariatkan.
Firman Allah : “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.” (al-Fatihah : 5) Berdasarkan ayat ini, Apakah yang dapat kita raih pengajaran berpandukan konsep rububiyyah dan uluhiyyah. PERBINCANGAN Huraikan
4) BERIMAN KEPADA ASMA' & SIFAT • Iaitu dengan beriman dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuk DzatNya seperti dalam al-Quran dan Hadis tanpa mengubah, meniada atau menyamakan dengan nama dan sifat makkluk-Nya • Terdapat golongan yang mengingkari asma’ dan sifat Allah kerana; Menyangka ia menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Ia disangkal kerana; - terdapat nas jelas dalam al-Quran - dua orang yang bercakap tetapi caranya berbeza • Golongan kedua pula menyamakan nama dan sifat dengan makhluk-Nya berdasarkan nas yang disalahfahami Ini disangkal kerana; - bertentangan dengan logik dan nas - Allah menyeru dengan kalimat yang difahami dan caranya hanya Dia yang Maha Mengetahui
Beriman kepada asma’ dan sifat Allah bermakna beriman dengan setiap nama dan sifat Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran dan sunnah. • Berkeyakinan bahawa tidak ada sesuatu apa pun yang menyerupai Allah dala asma’ dan sifatNya. Firman Allah : “(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri berpasang-pasangan (pula), dijadikanNya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia. Dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (al-Syuura : 11)
SYARAT ‘LAA ILAAHA ILLALLAH • Mengetahui makna ‘Laa Ilaaha Illallah’ Firman Allah : “Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Allah.” (Muhammad: 19) • Menanamkan keyakinan Firman Allah : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu.” (al-Hujuraat :15) PENUTUP
Akur bahawa ibadah hanya kepada Allah • Inqiyad (patuh) terhadap suruhan Allah • Shidq (jujur) mengucapkan kalimah syahadah dalam hati • Ikhlas – membersihkan amal dari segala perbuatan syirik • Mahabbah, cinta pada kalimah syahadah