1 / 17

AQIDAH ISLAM

AQIDAH ISLAM. Pengertian Iman kepada qadak dan qadar Perbezaan qadak dan qadar Hikmah beriman kepada qadak dan qadar Manusia menurut Islam Pengertian mukmin dan muslim. OBJEKTIF PENGAJARAN. Dapat memahami pengertian iman kepada Qadak dan Qadar Dapat mengetahui perbezaan qadak dan qadar

cargan
Download Presentation

AQIDAH ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. AQIDAH ISLAM Pengertian Iman kepada qadak dan qadar Perbezaan qadak dan qadar Hikmah beriman kepada qadak dan qadar Manusia menurut Islam Pengertian mukmin dan muslim MODUL AQIDAH KBD

  2. OBJEKTIF PENGAJARAN • Dapat memahami pengertian iman kepada Qadak dan Qadar • Dapat mengetahui perbezaan qadak dan qadar • Dapat menyatakan hakikat penciptaan manusia • Menyatakan hikmah beriman kepada qadak dan qadar MODUL AQIDAH KBD

  3. PENGERTIAN IMAN KEPADA QADAK DAN QADAR • Qadak : ketentuan-ketentuan Alalh yang azali untuk setiap makhluknya • Qadar : keputusan dan ketetapan terhadap sesuatu yang telah ditentukan dalam qadak • Memepercayai dan menyakini bahawa semua yang terjadi sudah ditentukan oleh Allah MODUL AQIDAH KBD

  4. Semua ketentuan Alalh telah ditulis di Lauh Mahfuz dan hanya diketahui oleh Allah • Firman Allah : “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakan perkara itu berlaku. Sesungguhnya yang berlaku itu adalah mudah bagi Allah.” (al-Hadid: 22) • Setiap yang terjadi dan akan terjadi pada semua makhluk tidak menyimapang dari ketentuanNya MODUL AQIDAH KBD

  5. IKHTIAR, QADAK DAN QADAR • Ikhtiar : usaha manusia untuk memperoleh sesuatu yang menguntungkan baginya • Manusia tidak boleh bergantung semata-mata pada takdir meskipun Allah telah menetapkan qadak dan qadarNya • Manusia harus berusaha dan berdoa untuk menentukan nasibnya sendiri • Menyakini bahawa tidak semua ikhtiar akan berhasil seperti yang dihajatkan MODUL AQIDAH KBD

  6. Manusia hanya mampu berusaha Allah yang menentukan • Manusia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang tertulis untuknya • Manusia digalakkan berusaha sesuai dengan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya Firman Allah : “Dan katakanlah: ‘Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui akan apa yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (al-Taubah : 105) MODUL AQIDAH KBD

  7. HIKMAH BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR • Tawaduk ketika memperoleh kebahagiaan atau keberhasilan cita-cita kerana kebahagian dan keberhasilannya sudah disandarkan kepada qadak dan qadar Allah tidak dari hasil ikhtiar dan usahanya sendiri • Tidak mudah berputus asa jika mengalami kegagalan. Manusia perlu sedar bahawa dia hanya berusaha dan Allah yang menentukan. • Mendorong diri untuk bertawakal setelah berusaha MODUL AQIDAH KBD

  8. MANUSIA MENURUT ISLAM • Manusia terdiri dari 2 unsur :Jasmani dan rohani • Kedua unsur tidak dapat dipisahkan • Manusia disempurnakan penciptaannya dengan akal • Akal boleh membezakan yang baik dan buruk • Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian berbanding makhluk yang lain Firman Allah : “Seungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (al-Tiin : 4) MODUL AQIDAH KBD

  9. Dengan akal manusia mampu mengatur dunia dan mempunyai peranan sebagai pemimpin (khalifah) • Dengan kedudukan khalifah, manusia mempunyai tanggungjawab dan kewajipan mentaati aturan-aturan Allah sebagai pengabdian dan ibadah kepadaNya • Ibadah : segala perbuatan baik yang disukai dan diredhai oleh Allah, dilaksanakan kerana iman dan mengharap keredhaanNya MODUL AQIDAH KBD

  10. PENGERTIAN MUKMIN • Mukmin : orang yang mempunyai kepercayaan dan keyakinan tentang kebenaran ajaran-ajaran Nabi Muhammad saw yang bersumber wahyu. Kepercayaan dan keyakinan disebutkan dengan lidah serta dibuktikan dengan amal perbuatan • Orang beriman ialah yang merasa gementar jika mendengar asma (nama) Allah, bertamabh iman jika ayat-ayat Allah dibacakan. Firman Allah : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan utusanNya.” (al-Hujurat : 15) MODUL AQIDAH KBD

  11. PENGERTIAN MUSLIM • Menurut bahasa : berserah diri atau tunduk • Menurut istilah : Orang yang tunduk serta taat terhadap agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dengan melakukan perintahNya dan menjauhi laranganNya MODUL AQIDAH KBD

  12. MODUL AQIDAH KBD

  13. PENGERTIAN MUTTAQI • Menurut bahasa : orang yang bertakwa • Menurut istilah : menegrjakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya • Orang yang bertakwa : orang yang melaksanakan iman dan Islamnya • Ciri orang yang bertakwa: • Percaya kepada yang ghaib • Mendirikan solat • Memberikan sedekah/zakat daripada sebahagian hartanya • Percaya adanya akhirat MODUL AQIDAH KBD

  14. PENGERTIAN MUSYRIK • Menurut bahasa : menyekutukan • Menurut istilah : orang yang menyekutukan Allah menganggap ada Tuhan selain Allah atau menganggap ada sesuatu yang dapat menyamai Allah baik dalam Zat, sifat mahupun dalam perbuatanNya Firman Allah : “Sesungguhnya Allah tidak akan memberi ampunan jika disekutukan, dan membei ampunan selain itu kepada orang yang dikehendaki. Barangsiapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah sesat yang jauh.” (al-Nisa’ : 116) MODUL AQIDAH KBD

  15. PENGERTIAN MUNAFIK DAN KAFIR • Munafik berasal dari kata nifak : berpura-pura • Dalam Islam munafik : orang yang hatinya tidak beriman kepada Allah swt dan tidak percaya terhadap ajaran-ajaran Nabi Muhammad saw tetapi mulutnya menyatakan dirinya sebagai orang yang beriman. • Kafir berasal dari kata kufur : ingkar • Dalam Islam kafir : orang yang mengingkari kebenaran Islam atau tidak mengakui ketuhanan Alalh yang Maha Esa atau tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad saw MODUL AQIDAH KBD

  16. CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK • Bersifat ragu terhadap kebenaran Islam • Enggan melakukan solat • Melakukan solat dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk • Mudah goyang pendiriannya • Bersikap menipu • Berdusta, ingkar janji dan khianat • Suka berkata manis di hadapan orang Islam MODUL AQIDAH KBD

  17. PENGERTIAN FASIK DAN MURTAD • Fasik berasal dari kata “fisq” : berbuat derhaka • Fasik : orang yang berbuat derhaka tetapi di dalam hatinya masih beriman • Murtad berasal dari kata riddah : terkeluar dari Islam • Orang Islam yang keluar dari agama Islam dinamakan murtad MODUL AQIDAH KBD

More Related