180 likes | 566 Views
AQIDAH ISLAM. Pengertian Iman kepada hari akhirat Mengenali nama-nama yang digunakan selain hari akhirat Tanda-tanda hari akhirat Hikmah beriman dengan hari akhirat. OBJEKTIF PENGAJARAN. Dapat memahami pengertian iman kepada hari akhirat
E N D
AQIDAH ISLAM Pengertian Iman kepada hari akhirat Mengenali nama-nama yang digunakan selain hari akhirat Tanda-tanda hari akhirat Hikmah beriman dengan hari akhirat MODUL AQIDAH KBD
OBJEKTIF PENGAJARAN • Dapat memahami pengertian iman kepada hari akhirat • Dapat menyebut nama-nama yang digunakan selain hari akhirat • Dapat menyatakan tanda-tanda hari akhirat • Menyatakan hikmah beriman kepada hari akhirat MODUL AQIDAH KBD
PENGERTIAN IMAN KEPADA HARI AKHIRAT • Mempercayai dengan keyakinan bahawa akan berlaku hari akhirat – saat binasanya alam semesta • Bermula dari tiupan sangkakala pertama – yang menghancurkan segala yang di langit dan di bumi • Hari yang dibangkit semua manusia dari kubur – dihisab – dihitung segala amal semasa hidup MODUL AQIDAH KBD
Hari penghabisan alam yang sedia ada diganti dengan alam yang baru • Banyak ayat al-Quran yang menceritakan tentang hari akhirat • Beriman dengannya akan mendorong kita untuk sentiasa beramal soleh dan bertakwa kepadaNya Firman Allah : “Orang-orang yang beriman kepadanya ada kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (al-Quran) dan mereka selalu memelihara solat mereka.” (al-An’aam : 92) MODUL AQIDAH KBD
Nama yang digunakan selain hari akhirat • Yaumul qiyamah (hari kiamat) • Yaumuddin (hari perhitungan) • Yaumul hisab (hari perhitungan) • Yaumul zilzalah (hari kegoncangan) • Yaumul nusyur (hari kebangkitan/dihalau) • Yaumul ba’tsi (hari pembangkitan) • Yaumul jaza’ (hari balasan) • Yaumul fashal (hari keputusan) • Yaumul khulud (hari kekal) • Yaumul wa’id (hari ancaman) • Yaumul hasarah (hari penyesalan) MODUL AQIDAH KBD
FITNAH KUBUR • Berkeyakinan bahawa kematian itu adalah benar dan pasti berlaku Firman Allah: “Katakanlah: Malaikat maut yang diwakilkan untuk (mencabut nyawa) kamu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmu kamu akan dikembalikan.” (al-Sajdah: 11) CONTOH? MODUL AQIDAH KBD
Ajal berlaku tidak dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat sekalipun Firman Allah: “Maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya sesaat mahupun memajukannya” (al-A’raaf : 34) CONTOH? MODUL AQIDAH KBD
Pertanyaan 2 malaikat pasti berlaku • Nikmat dan seksa kubur pasti akan dirasai oleh setiap orang • Nikmat atau seksa bergantung kepada iman, amal dan keikhlasan manusia ketika di dunia • Akal manusia tidak dapat menjangkau keadaan sebenar • Ia termasuk perkara ghaib yang tidak mampu dijangkau oleh pancaindera manusia MODUL AQIDAH KBD
Sabda Rasulullah SAW: “ Bahawa seseorang apabila telah diletakkan di dalam kuburnya, maka datanglah 2 orang malaikat, lalu keduanya bertanya: “Siapakah yang engkau sembah?” Apabila ia mukmin maka ia kan menjawab: “Aku menyembah Allah”. Dan selanjutnya bertanya: “Siapakah Nabimu?” Terus dujawab: “Nabiku ialah Nabi Muhammad SAW. “Maka kepadanya dikatakan lihatlah tempatmu di neraka telah diganti oleh Allah dengan tempat di syurga. Lalu ia melihat 2 tempat itu sekaligus. Orang munafik dan kafir, ketika ditanya seperti di atas, mereka menjawab: “Aku tidak tahu, aku hanya mengatakan sebagaimana orang lain mengatakannya. Lalu orang itu dipukul dengan besi sehingga berteriak, suaranya akan di dengar oleh makhluk yang ada di sekelilingnya selain dari jin dan manusia.” (HR Bukhari dan Muslim) MODUL AQIDAH KBD
TANDA-TANDA HARI KIAMAT • Tanda-tanda kecil diantaranya ialah: • Hamba wanita melahirkan anak tuannya • Penyerahan urusan-urusan kepada yang bukan ahlinya • Sedikit ilmu dan munculnya kejahilan manusia • Pembunuhan banyak berlaku • Zina berleluasa • Kaum lelaki memakai sutera • Mempercayai orang-orang yang suka mengkhianati orang lain • Muncul orang-orang bodoh yang ikut berbicara dalam urusan umum masyarakat • Ucapana salam hanya kepada yang dikenali sahaja • Bunuh-membunuh tanpa tujuan yang jelas MODUL AQIDAH KBD
10 tanda besar hari kiamat ialah: • Keluarnya asap tebal • Kemunculan Dajjal • Kemunculan binatang melata di bumi • Terbitnya matahari dari tempat terbenamnya • Turunnya Isa Bin Maryam • Keluarnya Yakjuj dan Makjuj • Berlaku 3 gempa bumi di timur • Di barat • Di semenanjung tanah arab • Keluar api dar Yaman yang akan mengusir manusia ke padang Mahsyar MODUL AQIDAH KBD
HARI KEBANGKITAN • Segala makhluk akan dibangkitkan kembali dari kubur setelah ditiupkan sangkala kedua Firman Allah: “Kemudian sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat.” (al-Mukminun : 15-16) MODUL AQIDAH KBD
MAHSYAR DAN MIZAN • Mahsyar ialah tempat berkumpulnya manusia yang dibangkitkan dari kubur untuk menerima hisab Sabda Rasulullah: “Manusia akan didatangkan berduyun-duyun ke padang mahsyar di hari kiamat dalam 3 golongan; golongan yang datang dengan berjalan kaki, golongan yang datang dengan menunggang kenderaan, dan golongan yang datang berjalan dengan mengunakan muka mereka. (HR Ahmad) MODUL AQIDAH KBD
Mizan ialah neraca timbangan amalan-amalan manusia • Ia bertujuan penelitian dan pemeriksaan yang rapi serta membuktikan kebijaksanaan dan keadilan Allah • Perkara pertama yang dihitung berkaitan hak Allah ialah solat • Perkara pertama yang dihitung berkaitan hak manusia ialah urusan darah Sabda Rasulullah: “Perkara pertama yang dihitung dari seseorang hamba Allah pada hari kiamat ialah solat” (HR al-Tirmizi) MODUL AQIDAH KBD
AL-SHIRATH • Al-Shirath ialah jambatan yang terletak di atas neraka dan semua orang akan melaluinya untuk menuju ke syurga • Mereka akan melintasinya dengan pelabagai cara mengikut akidah dan amal mereka di dunia • Mukmin taat dalam melaluinya dengan selamat • Orang kafir dan munafik akan jatuh di dalamnya Sabda Rasulullah:“Sesungguhnya jambatan (di akhirat) itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.” (HR Bukhari dan Muslim) MODUL AQIDAH KBD
SYURGA & NERAKA • Syurga – tempat kesenangan dan kenikmatan • Neraka – tempat azab, kesusahan dan kesakitan Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang kafir dari golongan Ahli Kitaab dan orang-orang musyrik akan ditempatkan di dalam neraka jahanam, mereka kekal di dalamnya, mereka itulah sejahat-jahat makhluk.” (al-Bayyinah: 6) MODUL AQIDAH KBD
HIKMAH IMAN KEPADA HARI AKHIRAT • Dapat mengimbangkan usaha dunia dan akhirat • Harapan memperoleh keadilan yang hakiki • Mencegah orang berbuat maksiat CONTOH? MODUL AQIDAH KBD