290 likes | 818 Views
SEKTOR PERTANIAN. Kepentingan Sektor Pertanian Sumbangan kepada KDNK (%) 1970 1980 1990 2000 2005 Pertanian 30.8 22.9 18.7 8.7 7.0 Perlombongan 6.3 10.1 5.7 6.6 5.5 Pembuatan 13.4 19.6 27.0 33.4 35.8
E N D
SEKTOR PERTANIAN Kepentingan Sektor Pertanian Sumbangan kepada KDNK (%) 1970 1980 1990 2000 2005 Pertanian 30.8 22.9 18.7 8.7 7.0 Perlombongan 6.3 10.1 5.7 6.6 5.5 Pembuatan 13.4 19.6 27.0 33.4 35.8 Perkhidmatan 41.9 40.1 42.3 52.6 59.5
Sumbangan kepada Gunatenaga 1980 1990 2000 2005 Pertanian 37.2 27.8 15.2 12.0 Perlombong 1.3 0.6 0.4 0.4 Pembuatan 15.5 19.5 27.6 29.5 Perkhidmat 39.5 45.7 48.2 50.0
Sumbangan Eksport Pertanian daripada Jumlah Eksport Tahun Peratus 1970 60.2 1980 42.8 1990 22.3 2000 4.0 2005 3.4
OBJEKTIF UTAMA SEKTOR PERTANIAN • Lima kepentingan nasional perlu dipenuhi iaitu: • Meningkatkan sekuriti makanan • Meningkatkan eksport & mengurangkan import • Meningkatkan produktiviti • Meningkatkan pelaburan sektor swasta • Memulihara & menggunakan sumber asli secara mampan
TAHAP SARA DIRI (SSL) & SEKURITI MAKANAN • Sekuriti Makanan: • Bekalan makanan yang mencukupi • Accessibility – harga yang munasabah • Berkhasiat & selamat untuk dimakan
Pada masa ini,SSL bagi bahan utama adalah: • Padi 73.0% • Buah-buahan 99.3% • Sayur-sayuran 75.0% • Lembu 20.8% • Kambing 6.4% • Daging ayam 126.6% • Perikanan 89.0%
MENINGKATKAN EKSPORT & MENGURANGKAN IMPORT • Eksport & Import bagi Sektor Makanan Tahun Eksport Import Defisit (RM bil) (RM bil) (RM bil) 1999 6.2 10.8 -4.6 2000 6.4 11.4 -5.0 2001 6.5 12.3 -5.8
Dengan peningkatan defisit antara nilai eksport dan nilai import sektor makanan, pembaharuan perlu dibuat dan ini menjadi fokus utama Kementerian Pertanian pada masa ini melalui : TRANFORMASI SEKTOR PENGELUARAN MAKANAN
TRANSFORMASI SEKTOR PENGELUARAN MAKANAN • Mengubah Sektor Pengeluaran Makanan kepada Sektor yang Moden,Dinamik dan Berdaya Saing • Misi : Meningkatkan produktiviti
Kaedah • Tranformasi Petani Tradisional • Pemindahan Teknologi yang Berkesan • Meningkatkan pelaburan Sektor Swasta • Mencapai Tahap Sara Diri (SSL) yang ditetapkan • Memperkenalkan Produk-produk Baru yang mempunyai Nilai Tambah yang Tinggi
Ciri-Ciri Baru Program / Projek • Berskala besar & mekanisasi • Penyertaan meluas sektor swasta • Berintensifkan pengentahuan & teknologi • Pendekatan berasaskan produk • Meningkatkan perkhidmatan sokongan (R&D,pmasaran dan kewangan) • Pembangunan sumber manusia • Pembangunan agro-tourism
Kreteria bagi Projek-Projek Keutamaan • Berdaya saing & commercial viability • Mampu mengurangkan import & meningkatkan eksport • Sekuriti makanan • Tidak menyebabkan ketidakstabilan harga makanan • Menarik minat penyertaan swasta • Meningkatkan penggunaan K-economy & E-economy dalam pertanian berteknologi baru • Kurang berintensifkan buruh • Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian (sustainability)
Tranformasi Petani Tradisional • Cabaran utama: Saiz Tanah Pertanian yang kecil & Bilangan Petani yang ramai • Contoh Projek yg telah dijalankan: Projek Kelompok, Dusun Nukleus, Projek 10 tan Kelapa • Matlamat utama: Meningkatkan Produktiviti
Projek Kelompok • Tanah petani akan diintegrasikan menjadi saiz estet • Commercial look, pengurusan berpandukan pelan bisness, pengurusan berpusat dan dibuat pemantauan prestasi melalui inventori • Infrastruktur ladang yang lengkap (jalan ladang,sistem peparitan dan pengairan) • Sistem penanaman yang mengikut syor jarak tanaman berorentasikan barisan dan membolehkan mekanisasi
Pemindahan Teknologi • Proses pemodenan untuk meningkatkan produktiviti dengan membawa teknologi kepada para petani melalui projek-projek tertentu • Projek-projek dijalankan melalui Usahasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengzonkan kawasan untuk pengeluaran makanan;Menjalankan aktiviti mereka berpandukan business plan; Kementerian membekalkan teknologi,kewangan,pengurusan &sokongan pemasaran
Meningkatkan Pelaburan Sektor Swasta • Aktiviti yang dijalankan • Mengadakan seminar pelaburan • Insentif Baru dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967 • Business Council • Business Development Centre • Funding • Insuran tanaman
Penumpuan Kepada Komoditi Baru • Produk baru yang telah dikenalpasti dapat meningkatkan lagi daya saing adalah • Tuna • Ikan Akuarium • Herba • Florikultur • Akuakultur (tilapia,kerapu,siakap dll) • Makanan halal
Memulihara & Menggunakan Sumber Asli Secara Mampan • Menjadi prinsip utama dalam membangunkan sektor pertanian • Langkah-langkah yang diambil • Amalan-amalan yang baik dan mesra alam • Langkah pemuliharaan tanah dan air • Pemuliharaan dan penggunaan sumber ikan secara mampan • Mengekal dan mengurus kepelbagaian biologi dan perundangan akan diperkenalkan
Kesimpulan • Melalui usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pertanian ini diharap mampu memenuhi hasrat Kerajaan menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu penggerak ekonomi utama negara seterusnya meningkatkan pendapatan golongan sasaran iaitu petani,penternak dan nelayan
SEKTOR PERTANIAN • Dasar Pertanian Negara ( DPN ) • DPN merupakan satu dasar jangka panjang kerajaan yang telah digubal pada tahun 1984 yang merangkumi garis panduan untuk pembangunan sektor pertanian sehingga ke tahun 2010. • Objektif umum DPN ialah untuk memaksimakan pendapatan daripada pertanian melalui penggunaan sumber negara secara cekap.
Aspek penting dalam penggubalan DPN mulai tahun 1984 ialah peranan kerajaan dalam perbelanjaan sektor awam dan penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas ekonomi dan sosial perlu dikurangkan,selaras dengan ini DPN menggariskan beberapa dasar dan insentif untuk menggalakan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan sektor pertanian.
Dasar Pertanian Negara Ketiga ( DPN 3 ) 1998 - 2010 • Objektif DPN3 ialah memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimal dalam sektor pertanian. Ini termasuk memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada pendapatan negara (KDNK),pendapatan eksport dan memaksimumkan pendapatan petani.
Objektif khusus 1. Untuk meningkatkan sekuriti makanan 2. Untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian 3. Untuk mengeratkan lagi rantaian dengan sektor lain 4. Untuk mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru bagi sektor pertanian 5. Untuk memulihara dan menggunakan sumber semulajadi secara mampan.
Teras Dasar dan Pendekatan Strategik DPN3 bertujuan untuk menyediakan suasana yang boleh mengekalkan dan meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian dan menjadikannya lebih berdaya saing diperingkat global.
Teras dasar DPN3 adalah 1. Memenuhi keperluan makanan negara 2. Meningkatkan daya saing dan daya untung dalam pertanian 3. Meningkatkan pembangunan bersepadu sektor kecil makanan dan tanaman industri 4. Mengukuhkan asas ekonomi yang perlu 5. Menerima pakai dasar pembangunan mampan.