760 likes | 3.34k Views
Perusahaan Awam Dan Penswastaan. Perusahaan Awam. Definisi perusahaan awam
E N D
Perusahaan Awam Definisi perusahaan awam “ Badan yg bersifat perindustrian,pertanian dan perdagangan yang dimiliki dan di kawal oleh kerajaan pusat atau wilayah atau kerajaan negeri. Badan-badan ini menjual barang-barang dan perkhidmatan atau kedua-duanya sekali dan dijangka membiayai keseluruhan atau sebahagian drp operasinya dengan hasil dan kegiatan sendiri” A.H. Hanson
Definisi Perusahaan Awam “ Any commercial ,financing, industrial,agricultural or promotional undertaking – owned by a public authority either wholly or through majority shareholding- which is engaged in a production and sales of goods and services and whose affairs are capable of being recorded in balance sheets and profit-loss accounts. Such undertaking may have diverse legal and corporate forms such as departmental undertakings, public corporations statutory agencies established by acts of parliament or joint stock companies registered under the company law “ Mesyuarat pegawi-pegawai kanan dari negara-negara sedang membangun di London 1979
Ciri-ciri Perusahaan Awam • Mempunyai bidang aktiviti yang berbagai-bagai spt perindustian, pertanian, perdagangan dan perniagaan. • Dimiliki dan dikawal atau dikuasai oleh kerajaan • Operasi badan ini samada sepenuh atau sebahagianya dibiayai oleh hasil drp operasi badan itu sendiri • Menghasilkan dan menjual barangan atau perkhidmatan • Mempunyai bentuk organisasi yg berbagai spt perbadanan awam, jabatan dan syarikat
Sebab-sebab Penubuhan Perusahaan Awam 1) Keperluan kerajaan dalam menyediakan inisiatif2 pembangunan. Inisiatif-inisiatif mungkin diberi dalam bentuk -penyediaan inisiatif untuk pelaburan dan promosi aktiviti industri, baik secara penyertaan langsung pelaburan atau bantuan kewangan kpd perusahaan swasta - penyediaan inisiatif ke atas pembangunan infrastruktur dan aktiviti dan aktiviti asas spt diamalkan di El Salvador • Kewujudan prioriti-prioriti pembangunan yg khusus yg mungkin tidak akan dapat di kenal pasti jika ia diserahkan sepenuhnya kpd perusahaan swasta • Kerajaan mungkin berkemahuan untuk mewujudkan simpanan dengan cepat supaya perusahaan awam yg tidak menumpukan motif keuntungan akan segera dapat mencapai tujuan ini.
Sebab Penubuhan Perusahaan Awam • Mewujudkan keseimbangan agihan pendapatan di antara rakyat supaya kekayaan negara dapat dinikmati secara adil dan saksama . • Sebagai ejen pembangunan di kawasan-kawaan kurang maju supaya pembangunan ekonomi tidak tertumpu kpd satu-satu kawasan tertentu sahaja. • Mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dan sebagai alat pencepat peroses pembangunan. Ini kerana dirasakan bahawa prestasi ekonomi dan pertumbuhan ekonomi NSM masih berada pada tingkat yang agak lembap
Penubuhan perusahaan awam adalah juga untuk menyelamatkan perusahaan swasta yg mengalami kerugian drp berlaku penutupan yg boleh menimbulkan pengangguran Oleh sebab perusahaan awam hanya memainkan peranan setakat mana yang boleh disesuaikan dengan matlamat pembangunan. Peranan ini lebih bersifat sementara dan apabila sampai satu peringkat perusahaan swasta boleh mengusahakan aktiviti-aktiviti tersebut dengan jayanya maka ia akan diserahkan kembali kpd perusahaan swasta
Dengan wujudnya perusahaan awam , masalah pengangguran bolehlah dikurangkan. Badan ini bukanlah bermotifkan keuntungan semata-mata dan ianya boleh menyerapkan tambahan tenaga buruh yang ada. • Badan ini boleh juga memainkan peranan mengurangkan atau mengatasi masalah kemiskinan terutamanya di kalangan penduduk luar bandar dan juga pembangunan ekonomi di antara kawasan.Kerajaan telah menubuhkan agensi-agensi wilayah spt KETENGAH, KESEDAR, KEJORA, MADA, JENGKA dan sebagainya bertujuan memajukan sektor luar bandar yang ketinggalan dari segi pembangunan. • Bagi menggalakkan kaum bumiputra bergiat dengan lebih aktif dalam kegiatan ekonomi dan tidak ketinggalan dari menikmati faedah dari arus pembangunan ekonomi, kerajaan telah menubuhkan perusahaan awam spt UDA, MIDF dsb
Sejarah Perkembangan Perusahaan Awam di Malaysia Boleh dibahagikan kpd empat peringkat • Jangka masa sebelum kemerdekaan • Selepas kemerdekaan sehingga tahun 1969 • Jangka masa pelaksanaan DEB • Jangka masa era penswastaan
Jangka Masa Sebelum Kemerdekaan • Pada peringkat ini perusahaan awam lebih berfungsi untuk menyediakan kemudahan-kemudahan perkhidmatan, keselamatan sosial dan kesihatan. • Ketidakseimbangan ekonomi kurang diberi perhatian oleh penjajah kerana keutamaan mereka adalah kpd pertumbuhan ekonomi. Kemudahan- kemudahan infrastruktur yang dibina adalah untuk memenuhi keperluan syarikat – syarikat mereka. • Sehingga tahun 1957, terdapat 23 buah perusahaan awam, tetapi hanya RIDA dan FELDA sahaja yang memberi perhatian terhadap isu-isu ketidakseimbangan ekonomi
Selepas Kemerdekaan Sehingga Tahun 1969 • Peranan perusahaan awam sebagai agensi yang menyediakan kemudahan asas kepada rakyat berterusan dalam Racangan Pembangunan Ekonomi Pertama (RPE1) 1956-60 dan RPE2 1961-65. • RIDA dibubarkan kerana ianya gagal mencapai matlamat meningkatkan taraf ekonomi kaum bumiputra dan digantikan dengan MARA. MARA ditubuhkan untuk memaju, mendorong dan memudahkan pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan kaum bumiputera bagi mempercepatkan penyertaan mereka dalam bidang perniagaan dan perindustrian. • Antara 1957-1968, sebanyak 38 perusahaan awam baru ditubuhkan termasuklah LUTH, Lembaga Pelabuhan Kelang,PORLA,dan FAMA. • Kebanyakkan perusahaan awam yg ditubuhkan adalah dlm bentuk jabatan kerajan dengan fungsi-fungsinya menyediakan infrastruktur, memberi kemudahan kredit, menyediakan perkhidmatan pengembangan, membekalkan input pertanian dan mengawal pasaran keluaran pertanian.
Era DEB • Badan-badan seperti PERNAS, FIMA, UDA dsb telah aktif dalam bidang-bidang perniagaan dan perindustrian baik secara usahama mahupun secara usaha persendirian • PKEN diwujudkan di semua negeri dengan perananya lebih kpd menggalak, mewujudkan dan menjalankan pembangunan negeri masing-masing. • Sektor perusahaan awam ini telah berjaya dijadikan jentera pelaksanaan dasar awam, bukan sahaja dalam memajukan pembangunan sosioekonomi negeri tetapi secara khusus telah berjaya membantu dalam mencapai matlamat DEB. • Di antara tahun 1969, sebanyak 60 perusahaan awam baru telah dutubuhkan berbanding hanya 38 pada masa lepas merdeka sehingga 1968
Era Penswastaan • Peranan perusahaan awam berkurang pada era ini • Beberapa perusahaan awam telah diswastakan dan dilepaskan kepada milikan individu atau syarikat persendirian, walaupun begitu pihak kerajaan masih memiliki sejumlah ekuiti yg besar dalamagensi ini.
Bentuk Perusahaan Awam Tiga bentuk perusahaan awam • Jabatan Kerajan Badan yg menguruskan segala urusan yg berkait dengan penetapan dasar, peraturan kewangan juga pengambilan kakitangan adalah tertakluk kpd semua peraturan kerajaan b) Perbadanan Awam Juga dikenali sebagai badan-badan berkanun. Merupakan bentuk organisasi komersil yang bebas, ditubuhkan dengan kehendak kerajaan di luar drp rangka kerja jabatan2 kerajaan dan undang2 syarikat sebaliknya di bawah undang2 yg khusus yg menetapkan tujuan-tujuan badan ini, struktur pentadbirannya, kegiatan2, tanggungjawab dan dsb. Secara umum mempunyai sifat-sifat berkut:- - Penubuhanya adalah di bawah undang-undang khusus - Entiti sendiri dari segi undang2 iaitu boleh mendakwa dan didakwa - Peruntukan untuk menyediakan modal atau untuk menuntut kerugian adalah tanggungan sendiri - Kebanyakkan kakitangan bukan terdiri drp pegawai kerajaan. Syarat2 perkhidmatan ditentukan oleh perbadanan sendiri Contoh: UDA,PKEN, MARA
Bentuk Perusahaan 3) Syarikat Kerajaan Penubuhannya adalah mengikut undang-undang syarikat. Kerajaan memegang sekurang-kurangnya 51% ekuiti modal. Badan ini tidak perlu menimbangkan perkhidmatan sosial tetapi sebaliknya lebih tertumpu kpd memperolehi keuntungan untuk syarikat. Contoh : PERNAS, MAS, FIMA dsb Banyak negara menubuhkan syarikat kerajaan berasaskan kpd beberapa faktur, termasuklah :- a) Senang dibentuk berbanding dengan perusahaan lain b) Kerajaan boleh mengubah nisbah milikan ekuiti melalui pembelian saham mengikut keperluan keadaan c) Boleh berfungsi di bawah undang-undang sepertidikenakan ke atas sektor swasta
Lain –Lain Bentuk Di samping tiga bentuk di atas, kerajaan juga boleh bekerjasama dengan perusahaan swasta dalam pelbagai bidang ekonomi dalam bentuk usahama. Ini merupakan perkembangan baru dalam pembentukan perusahaan awam, khususnya dikalangan NSM. Asas penubuhanya ialah untuk:- a) memberi inisiatif dan galakkan kpd pelabur-pelabur swasta melalui penglibatkan kewangan dlm sesuatu projek b) mendapatkan bahagian hak milik perusahaan swasta yg memerlukan bantuan c) menggalakan penyertaan swasta melalui tawaran saham saham dan ekuiti yg lebih menarik Umumnya perusahaan awam ini merupakan perusahaan swasta yg di dalamnya terdapat campuran drp usaha kerajaan sama ada dalam bentuk saham (milikan), kewangan (pinjaman ) dan galakkan (inisiatif) lain dan ia bebas bergerak seperti perusahaan lain.
Kategori Perusahaan Awam di Malaysia Di dalam konteks negara Malysia, perusahaan awam boleh dikategorikan kpd :- a) Perusahaan awam yg terlibat dalam bidang pertanian dan pembangunan wilayah spt FELDA, FELCRA, MARDEC, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR b) Perindustrian dan perdagangan, spt PERNAS, MARA dan UDA c) Kewangan spt Bank Pertanian, BSN, dsb d) Kemudahan utiliti dan keperluan perkhidmatan spt LLN dan KTM (kedua-dua telah diswastakan menjadi TNB dan KTMB) e) Perbadanan yg bertujuan memajukan ekonomi negeri2 dalam berbagai bidang ekonomi khususnya perindustrian, contohnya PKEN di setiap negeri
Masalah Bilangan perusahaan awam yang banyak telah menimbulkan berbagai masalah spt berlakunya kesamaran objektif ( unclear objectives) yang boleh melibatkan pertindihan fungsi dlm banyak aktitiviti.Ianya mewujudkan masalah penyelarasan, konflik kepentingan dan persaingan untuk menggunakan sumber-sumber yg terhad.
1.Masalah kekaburan objektif Perusahaan awam ditubuhkan dengan matlamat yg luas dan diserahkan kepada perbadanan-perbadanan itu sendiri untuk menentukannya. Terpulanglah kpd perbadanan berkenaan untuk menentukan corak kegiatan yg perlu dijalankan walaupun pada prinsipnya telah ditentukan lapangan kegiatanya.Tambah pula wujud pula konflik di antara objektif kewangan dan sosial pada dan di antara badan-badan tersebut. 2. Masalah pertindihan fungsi (overlapping and duplication) Pertindihan fungsi tidak akan memberikan kecekapan kpd perusahaan awam tetapi menyebabkan badan-badan tersebut menjadi tidak efektif. Sekiranya bilangan banyak perusahaan awam mempuyai peranan yg hampir serupa , potensi konflik antara satu sama lain adalah begitu ketara sekali.
3.Masalah koordinasi Aspek ini menjadi serious dgn perkembangan perusahaan awam yg cepat. Dalam konteks ini, koordinasi mempunyai berbagai makna. Pada peringkat atas, koordinasi bernmaksud bahawa perusahaan awam tertakluk kpd arahan-arahan rancangan ekonomi negara yg diputuskan oleh kerajan atau agensi perancangan lain. Di peringkat kementerian, koordinasi bermaksud perumusan dan pelaksanaan objektif-objektif untuk keseluruhan ekonomi. Ia terletak di bawah pengawasan kementerian2 tertentu spt kementerian perdangangan dan pertanian dan lain-lain. Masalah koordinasi menjadi rumit kerana terdapatnya perbadanan yang terlibat dalam , contohnya pertanian, tidak diletakkan di bawah kementerian pertanian. Dalam hal ini adalah sukar bagi kementerian berkenaan untuk menyelaraskan kegiatan-kegaitan perbadanan yg sedemikian rupa.
4. Masalah hubungan menteri, lembaga, dan pengurus Apa yg wujud tentang hubungan di antara tiga pihak ini ialah masalah ketidakjelasan kuasa yg akan meninggalkan kesan negatif kpd operasi perusahaan awam. Hakikat ini memperlihatkan bahawa setiap perusahaan awam tertakluk kpd lebih drp satu hala pihak berkuasa. Masalah yg timbul ialah apabila seringkali terdapat kes-kes di mana menteri terpaksa mempertimbangkan kesan-kesan politik terhadap sesuatu projek dan ini mungkin melemahkan kecekapan projek tersebut .
5. Masalah berkaitan dengan kakitangan perusahaan awam. Kadangkala perusahaan awam menghadapi kekurangan tenaga pengurusan mahir yg mampu untuk menggerakkan perbadanan awam berasaskan motif keuntungan tanpa menjejaskan keperluan atau objektif sosial yg telah ditetapkan. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meminjamkan kakitangan awam untuk mengendalikan perbadanan awam tetapi cara ini bukanlah satu cara penyelesaian yang mutlak kerana ianya akan menimbulkan masalah kpd perbadanan berkenaan .
6. Masalah-masalah lain - persaingan drp sektor swasta - kelambatan menjelaskan hutang - perbadanan tidak dapat memperolehi keuntungan maksima kerana harga dikawal oleh kerajaan. - peyelewengan dan salah guna kuasa boleh menggagalkan sesuatu perusahan awam.
Keberkesanan Perusahaan Awam • Oleh sebab penubuhan perusahaan awam bukan semata-mata bermotifkan keuntungan tetapi juga bermotifkan sosial maka kejayaan perusahaan ini tidak boleh diukur dari segi pencapaian keuntungan sahaja. • Penilaian seharusnya dibuat berdasarkan sama ada ianya telah mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan oleh kerajaan • Untuk badan-badan kewangan , keuntungan boleh dijadikan pengukur oleh sebab penubuhan badan-badan ini adalah lebih kpd motif kewangan. Contoh spt Bank Pertanian, Bank Bumiputra dsb
Selain badan-badan kewangan , terdapat berbagai perusahaan lain yg setanding dengan perusahaan swasta, umpamanya FELDA dan syarikat MAS, dan MISC yang kerap mendapat keuntungan • Terdapat perusahaan awam yg mengalami kerugian disebabkan kekurangan kakitangan pengurus dan kakitangan yang layak dan pengalaman, kekurangan modal, persaingan hebat drp swasta, terlalu berorientasikan objektif sosial dan ketidakcekapan pentadbiran dan penyelewangan. • Penilaian kejayaan perusahaan awam boleh dikaitkan dengan DEB.Perusahaan awam dipertanggungjawab untuk mengerak, memudah, membantu dan melibatkan diri secara langsung dalam mencapai matlamat DEB, maka pencapaiannya merupakan kejayaan perusahaan awam itu sendiri.
PENSWASTAAN • Penswastaan secara amya bermaksud penjualan perusahaan milik negara atau milikan awam kepada sektor swasta yang akhirnya menyebabkan ekuiti perusahaan dikuasai oleh sektor swasta. • Boleh dianggap sebagai kebalikan(opposite) kpd dasar memiliknegarakan(nationalisation) perusahaan swasta. • Perusahaan awam yg ditubuhkan adalah ditadbir/diuruskan oleh kerajaan untuk sementara sahaja dan sampai ke satu peringkat ianya akan dilepaskan ke tangan pihak swasta.
Pelepasan ini juga perlu oleh kerana kebanyakkan perusahaan awam lebih kerap mengalami kerugian dan memberikan bebanan kpd kerajaan. Sekiranya ianya diambil alih oleh pihak swasta ia bukan sahaja akan melepaskan beban perbelanjaan kerajaan tetapi juga boleh menjadi lebih cekap dan berupaya mencipta keuntungan.Ini boleh menjadi punca hasil kerajaan melalui pengenaan dan pungutan cukai
Kerajaan telah menggariskan lima objektif penswastaan seperti terdapat dalam Garis Panduan Mengenai Penswastaan yang telah dikeluarkan oleh EPU pada tahun 1985 • Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan • Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran aktiviti ekonomi • Menggalakan pertumbuhan ekonomi • Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi • Membantu pencapaian matlamat dasar pembangunan nasional
Kaedah Penswastaan • Penswastaan telah dilaksanakan melalui beberapa kaedah seperti berikut • Jualan ekuiti • Jualan aset • Pajakan • Pajakan dan jualan aset • Kontrak pengurusan • Bina-kendali-pindah • Bina-kendali • Pengambilalihan pengurusan • Diperbadankan (pengkorporatkan)
Pelan Induk Penswastaan • Bagi memudahkan pelaksanaan program penswastaan, kerajaan telah melancarkan Pelan induk penswastaan pada tahun 1991.Pelan ini mengandungi perkara-perkara berikut :- • Rangka kerja untuk penswastan • Prosedur untuk melaksanakan penswastaan • Menetapkan keutamaan • Menetapkan maklumat hasil • Langkah-langkah yang perlu untuk mengekalkan program penswastaan
Bersama dengan PIPs dan Pelan Tindakan Penswastaan (PTP) telah dirangka bagi menumpukan usaha kpd bidang yang diberikan keutamaan yg selaras dengan dasar dan strategi pembangunan ekonomi negara. • Dalam PTP, 27 buah projek telah dikenalpasti untuk diswastakan dalam tahun 1992 dan 28 buah projek pada tahun 1993. Pada tahun 1992, projek yg telah diperbadankan termasuk Jabatan Perkhidmatan Pos, Jabatan Penerbangan Awam, IJN, dan KTM • Pada tahun 1993-94, sejumlah 53 buah entiti dan projek dikenalpasti untuk diswastakan dan 64 buah entiti disusun semula untuk diswastakan pada tahun 1993. Projek-projek berkenaan termasuklah Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan, BERNAMA, BSN, Projek Pelupusan Najis Negara dan HICOM. Pada tahun 1994, sejumlah 40 entiti dan projek telah diikenalpasti untuk disusun semula manakala 52 projek dan entiti akan diswastakan.
Untuk tempoh 1996-2000 , kerajaan telah melaksanakan penswastaan beberapa projek besar yang meliputi 98 projek, mengandungi 51 projek baru dan 47 projek sedia ada.
Prestasi Penswastaan Mengurangkan beban kewangan kerajaan - penjimatan perbelanjaan kerajaan - hasil yang diterima Dalam RMK7 dapat jimatkan RM51.59 bilion dan memperolehi pendapatan sebanyak RM 45 bilion melalui penjualan ekuiti dan aset Meningkatkan kecekapan dan produktiviti Perubahan dalam kecakapan berpunca dari pertumbuhan ekonomi, perubahan dalam keadaan permintaan,perubahan dalam struktur pasaran( yg bergantung pada persaingan) serta perubahan dalam kecekapan dalaman syarikat ( berikutan perubahan pemilikan dan pengurusan). Dalam membuat penilaian terhadap kecekapan, faktur yg keempat adalah lebih diutamakan
Manafaat kepada kakitangan Oleh sebab entiti yg diswastsakan mengamalkan skim saraan berasaskan prestasi pencapaian, maka dengan peningkatan prestasi entiti yg diswastakan ia akan memberi banyak ganjaran kpd kakitangannya dalam bentuk bonus dan kenaikan gaji, selain tawaran pembelian saham syarikat. Pertumbuhan Ekonomi Penswastaan telah mempecepatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan yg lebih besar yang membawa kpd perkembangan sektor korporat. Pertumbuhan juga adalah berpunca drp peningkatan kecekapan yg di alami oleh entiti yg diswastakan.
Penyertaan Bumiputra Penswastaan telah diguna sebagai pendekatan untuk mempertingkatkan penglibatan bumiputra dalam ekonomi. Dalam beberapa entiti yang telah diswastakan pegangan ekuiti bumiptera telah melebihi 51 % dan ada di antaranya mencapai 100%. Pemindahan teknologi Penswastaan telah membolehkan rakyat Malaysia mendapatakn teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan dan penyediaan khidmat perunding.