1 / 12

Ekonomi Malaysia – Masalah dan Prospek

Ekonomi Malaysia – Masalah dan Prospek. Ekonomi Malaysia akan terus dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dunia. Ini adalah disebabkan Malaysia mengamal sistem ekonomi terbuka.

baylee
Download Presentation

Ekonomi Malaysia – Masalah dan Prospek

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Ekonomi Malaysia – Masalah dan Prospek

  2. Ekonomi Malaysia akan terus dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dunia. Ini adalah disebabkan Malaysia mengamal sistem ekonomi terbuka. • Keadaan ketidakpastian masih di menyelubungi ekonomi dunia. Pengangguran dan kadar faedah yang tinggi masih melanda negara-negara perindustrian. Dalam usaha untuk memperbaiki keadan ekonomi negara-negara negara-negara ini telah mengurangkan permintaan berkesan dari negara-negara membangun. • Di samping itu negara-negara ini melaksanakan berbagai polisi perlindungan terhadap negara-negara membangun dengan bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi mereka.

  3. Dalam keadaan ketidakpastian ini, ramalan-ramalan yg tepat sukar dibuat dan jika dilakukan pun kita tidak boleh terlalu berkeyakinan terhadapnya. Oleh itu timbul persoalan sama ada pemulihan ekonomi yang berlaku ini bersifat sementara, jangka pendek atau jangka panjang. • Kelembapan ekonomi global disebabkan oleh kemorosotan di US yang melebihi jangkaan, kelembapan ekonomi Jepun serta pertumbuhan permintaan domestik dan keyakinan pengguna yang lenah telah menjadi tidak menentu akibat serangan ke atas US pada 11 Sept 2001 dan operasi ketenteraan US dan sekutunya untuk memerangi keganasan. • Implikasi ekonomi dan kewangan berikutan insiden ini telah menjejaskan keyakinan pengguna dan sentimen pelabur. Justuru itu, hal ini telah meningkatkan tahap ketidakpastian tehadap pemulihan awal pertumbuhan ekonomi global.

  4. Pertumbuhan dalam keluaran dunia turun kepada 2.6 %. KDNK benar bagi negara-negar maju turun kepada 1.35 pada tahun 2000 disebabkan oleh kelembapan ekonomi US, kelembapan ekonomi Jepun yang berterusan kelemahan permintan di kawasan Euro dsb. Pada tahun 2001, negara-negara perindustrian baru turut mengalami pertumbuhan yang jauh lebih perlahan iaitu pada 1 % akibat daripada permintaan yang jauh lemah terutama bagi barang elektronik. • Inflasi di kebanyakkan negara maju kekal pada tahap rendah iaitu 2.4 % berikutan keadaan deflasi harga yang ketara di Jepun serta kenaikan harga pengguna yang lebih rendah di US dan Eropah.

  5. Kegawatan Ekonomi 1997/98

  6. Cabaran dan Prospek • Sebelum kegawatan ekonomi melanda negara pada rahun1997/98, Malaysia merupakan salah satu negara drp Rantau Tenggara yang paling pesat membangun. Arah aliran pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berterusan dalam dekad 80an dan 90an menjadikan Malaysia negara yg progresif, dinamik berdaya tahan, makmur dan memiliki sebuah ekonomi yang mampu bersaing menjelang tahun 2020. • Berasaskan ramalan pertumbuhan ekonomi yg kukuh dan berterusan pada kadar 7 % sehingga tahun 2020, dijangkakan KDNK negara bertambah drp RM115000 juta pada tahun 1990 kepada RM 92000 juta pada tahun 2020. Manakala pendapatan per kapita meningkat kepada RM 26000 berbanding RM 618 pada tahun 1990. Jika kadar pertumbuhan ini dapat dikekalkan sehingga tahun2020, perkembangan ekonomi Malaysia adalah yang tertinggi berbanding negara-negara perindustrian.

  7. Pertumbuhan sektor utama seperti pertanian dan perlombongan dalam tempoh 30 tahun akan berkembang dengan kadar yg perlahan. • Sektor pembuatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang pesat menjelang tahun 2020 iaitu pada kadar 40 % berbanding pertumbuhan keluaran sekarang 27 %. Walaupun prestasi sektor pembuatan pada amya adalah memuaskan, tetapi pembangunannya masih bercirikan asas perindustrian yang sempit. Penekananan lebih kpd usaha meningkatkan kandungan teknologi, kecekapan dan adanya pengeluaran produk-produk perlu dikembangkan di sektor-sektor kecil tradisional.

  8. Sektor perkhidmatan moden juga akan juga mengalami perkembangan menggalakan dalam tempoh 30 tahun akan datang walaupun subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka merosot. Sektor ini dijangka meningkat kepada kira-kira 50 % pada tahun 2020. • Keseluruhan sumbangan keluaran sektor utama , perindustrian dan perkhidmatan pada masa akan datang bergantung kpd peningkatan nilai ditambah, kemahiran, pengetahuan dan intensiti aktiviti teknologi yang digunakan. Berdasarkan anggaran sumbangan sektor2 ini dalam ekonomi negara pada tahun 2020 , adalah dijangkakan ekonomi Malaysia akan berada dalam lingkungan ekonomi membangun atau boleh dikategorikan sebagai negara maju, berbanding masa sekarang yang masih berada dalam ekonomi berpendapatan sederhana.

  9. Cabaran Malaysia pada tahun-tahun akan datang adalah bergantung kepada sejauh mana keupayaan negara menyediakan landasan yang kukuh melalui peroses penyerapan teknologi moden di samping mempertingkatkan kemahiran dan pendedahan pekerja kepada teknologi baru. • Prospek ekonomi Malaysia pada tahun-tahun akan datang bergantung kepada bagaimana negara mengurus ekonominya dan langkah-langkah yang akan diambil untuk menghadapi kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia dan pemulihan ekonomi dunia. • Strategi belanjawan dan rangsangan fisikal untuk memperbaiki imbangan pembayaran seperti penjimatan perbelanjaan awam, mengurangkan pinjaman luar, galakan fisikal dan kewangan dan sebagainya perlu diteruskan.

  10. Sektor swasta dijangka memainkan peranan yang lebih besar dalam peroses pembangunan ekonomi akan datang. Dengan pengecilan saiz sektor awam peranan yang lebih adalah diharapkan drp sektor swasta. Dasar penswastaan yang lebih cekap akan menjamin penyertaan yang lebih berkesan drp sektor swasta. Permintaan luar akan banyak bergantung kpd arah aliran dasar fizikal dan kewangan US dan bagaimana tindak balas negara-negara industri terhadap arah aliran tersebut.

  11. Prospek Ekonomi 2005 • Ekonomi dunia bertambah pulih-bertambah kukuh. Pertumbuhan ekonomi dunia dianggarkan 4.6 % dengan dagangan meningkat 6.8 % pada tahun 2004. Amerika dijangka menaikan kadar faedah secara berperingkat untuk mengekang masalah inflasi yang meningkat . Harga minyak yang tinggi dan tidak stabil mewujudkan suasana tidak menentu yang mungkin akan memberi kesan kepada pertumbuhan global.l • Persekitaran luar yg menggalakkan ini adalah di antara faktur yang telah melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara kepada 7.6 % pada suku pertama 2004 dan 8% pada suku kedua. Pertumbuhan tersebut merupakan antara yg tertinggi di rantau ini. Momentum cergas ini dijangka berterusan bagi seluruh tahun 2004. Petumbuhan di anggarkan pada 7 peratus tahun ini, lebih tinggi dari sasaran awal. • Pelaburan swasta telah kembali tangkas dengan pertumbuhan sebanyak 14.8 % dalam tahun 2004 berbanding dengan pertumbuhan negatif pada tahun 2001. Eksport juga berkembang pesat didorong terutamanya oleh permintaan global barangan elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia serta optik dan peralatan saintifik.

  12. Penggunan swasta turut cergas berkembang pada kadar 9.3 %. Ini membuktikan sektor swasta mampu menjadi pemacu utama menjana pertumbuhan ekonomi.Sumber pembiayaan tidak menjadi masalah memandangkan tabungan negara tinggi,iatu sebanyak 34.5 % drp KDNK. • Pada keseluruhannya, pertumbuhan ekonmi domestik adalah berasas luas, diterajui oleh sektor pembuatan 10.5 %, perkhidmatan 6 %, perlombongan 5 % dan pertanian 2.8 %. • Negara terus mencatatkan lebihan jumlah dagangan luar sejak November 1997 selama 81 bulan berturut-turut. Akaun semasa imbangan pembayaran terus mantap dengan lebihan 14.1 % dari KNK. Negara terus menikmati gunatenaga penuh dangan kadar inflasai yang rendah. Kadar pengangguran adlah pada tahap 3.5 %. Sumber : Ucapan Bajet 2005

More Related