270 likes | 481 Views
NILAI KEADILAN POLITIK ISLAM. DEFINISI POLITIK ISLAM. Perkataan Arab - Khilafah - Imamah - Imarah - Siasah. Bahasa - mengurus pimpinan ummah dan mengambil berat terhadap urusan mereka Istilah - mentadbir negara atau hal ehwal negara atau usaha untuk mendapatkan kuasa memerintah.
E N D
DEFINISI POLITIK ISLAM Perkataan Arab - Khilafah - Imamah - Imarah - Siasah
Bahasa - mengurus pimpinan ummah dan mengambil berat terhadap urusan mereka Istilah - mentadbir negara atau hal ehwal negara atau usaha untuk mendapatkan kuasa memerintah
5 UNSUR POLITIK AKIDAH
ASAS-ASAS DAN CIRI-CIRI POLITIK ISLAM AKIDAH(TAUHID) RISALAH AS-SYARIAH AL-KHILAFAH AS-SYURA KEBEBASAN DAN PERSAMAAN
AKIDAH(TAUHID) : AL-HAKIMIYYAH AL-ILAHIYYAH Akidah Islamiyyah – tunjang politik Islam Al-Quran – Allah Maha Pencipta dan Penguasa Mutlak bagi alam semesta.
MengakuiTuhanPemeliharaalam Menghakimidanmengadiliadalahmilik-Nya HAK-HAK ALLAH Hukum Allah adalahsesuatu yang hakdansempurna
BAGAIMANA INGIN MEWUJUDKAN KONSEP TAUHID SEPERTI INI??? SEGALA SURUHAN/LARANGAN MENJADI PERATURAN ASASI NEGARA AL-QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA PEMERINTAHAN
RISALAH • Risalah – kerasulan/pengutusan para rasul • Tugas para rasul: - menyampaikan syariat agama dan peraturan Allah - menyampaikan mesej yang sama(agama tauhid untuk didaulatkan) - nabi dan rasul adalah model kepada manusia - memandu manusia agar terus berada dalam keredhaan Tuhan
DUA PERKARA ASAS YANG DITINGGALKAN OLEH NABI AL-QURAN AS-SUNNAH • Penjelasan tentang undang-undang Allah • Asas-asas dan prinsip-prinsip yangmesti didirikan di atasnya segala kehidupan manusia -Segala yang lahir daripada Nabi Muhammad; sama ada ucapan, perbuatan atau takrir - Penjelasan, huraian atau penafsiran terhadap Al-Quran
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENYAMBUNG KEADILAN UNDANG-UNDANG ISLAM? PARA ULAMA WAJIB DITAATI SELAGI MEREKA TIDAK MEMERINTAH DALAM KEMAKSIATAN PARA ULAMA PERLU MEMASTIKAN BAHAWA HUKUM DAN PERATURAN ALLAH SENTIASA DIDAULATKAN
AS-SYARIAH ALLAH sahaja Pemilik Agong segala kerajaan. ALLAH sahaja Penguasa mutlak. Segala peraturan dan hukuman terdapat dalam kitab Allah, Al-Quran. Tafsiran dan huraian terdapat dalam Al-Hadith. Al-Quran dan Al-Hadith dijadikan panduan hukum utama umat Islam.
Proses pengadilan kepada furu’ (perkara-perkara ranting) • Furu’ ialah perkara-perkara baru yang tidak dijelaskan oleh Al-Quran dan Al-Hadith. • Hal ini akan menjadi urusan Ijtihadi. • Perkara ini diizinkan Islam untuk diadili mengikut rayu’. • Rayu’ ialah budi bicara @pertimbangan fikiran oleh ahli mujtahidin dan ulama Islam. • Berdasarkan prinsip dan peraturan yang digariskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Terhasillah 2 sumber asas yang disepakati oleh semua ulama Islam iaitu Al-Ijma’ dan Al-Qiyas. Maka sumber perundangan Islam adalah Al-Quran, Al-Hadith, Al-Ijma’ dan Al-Qiyas. Peraturan yang lahir dari sumber ini dipanggil Syariah Islamiah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian Kami (Allah) jadikan kamu berada di atas satu syarat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (Al-Jasiah : 18)
AL-KHILAFAH • Aqidah Islamiyah menuntut penganutnya meyakini bahawa hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa dan Pemilik Mutlak segalanya. • Tauhid mengajak manusia menyucikan diri daripada unsur syirik atau menyekutukan tuhan dalam apa jua aspek. • Manusia dikehendaki menyerah segala kekuasaan legislasif dan kedaulatan hukum tertinggi kepada Allah sahaja.
Adapun manusia sifatnya sama disisi Allah, tiada seorang pun terlepas daripada hukum tuhan. Muslim perlu menganggap bahawa khilafah hanyalah mewakili tuhan di muka bumi. Dia hanya pemegang amanah tuhan dalam memastikan segala peraturan dan suruhan agama berjalan dalam kehidupan manusia.
Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian Kami (Allah) jadikan kamu pengganti-pengganti mereka di muka bumi sesudah mereka, supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat.” (Yunus : 14)
AS-SYURA BAHASA Syawara- memperlihatkan, mengeluarkan, meminta pendapat, berdialog dan sebagainya. ISTILAH Bermaksud menganalisis pelbagai pendapat dan pandangan yang dikemukakan mengenai masalah yang baru timbul. Analisis ini dilakukan oleh sekumpulan ahli cendiakawan tertentu sehingga mendapat satu penyelesaian yang paling baik kepada masalah tersebut menerusi konkusi yang baik.
Islam mengambil berat tentang prinsip syura ini sehingga dinamakan salah satu surah di dalam Al-Quran dengan As-Syura’. Antara sebab utama as-syura ini ialah untuk menunjukkan bahawa islam bersifat rahmat dan bertoleransi ke atas manusia.
PRINSIP • Islam sangat menghormati kebebasan berfikir dan bersuara. Perkara-perkara yang melibatkan urusan harian kehidupan manusia mestilah dilaksanakan berdasarkan prinsip permesyuaratan dan permuafakatan.
2. Islam menentang dasar kekerasan atau kuku besi sebaliknya menyanjung ketinggian ilmu dan penyelesaian secara hikmah. 3. Sistem syura ini mestilah tidak melibatkan perkara-perkara akidah seperti firman Allah dalam surah an-Nisa’:83,
“dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri diantara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat)mengetahui dari mereka(Rasul dan Ulil Amri).”
KEBEBASAN DAN PERSAMAAN Kebebasan Kebebasan adalah satu nilai yang tinggi dalam kehidupan manusia. Kebebasan atau kemerdekaan merpakan nyawa, roh dan semangat kepada kehidupan.
Bentuk-bentuk kebebasan yang dibawa oleh islam. • Kebebasan rohani • Kebebasan beragama dan berakidah • Kebebasan daripada penghambaan sesama manusia • Pembebasan daripada penghambaan kepada nilai dan norma masyrakat • Kebebasan mendapat dan memiliki serta menguruskan hak • Kebebasan berpolitik, bersuara dan memberi pendapat
2. Persamaan • Dari sudut persamaan, islam menganggap manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling mulia dan mereka adalah sama di sisi tuhan. • Semua manusia berketurunan adam yang berasal dari tanah. • Matlamat kehidupan manusia adalah sama iaitu untuk menjadi khalifah Allah agar agama islam dapat ditegakkan di dunia ini.
Al-Quran sering memperingatkan manusia tentang hakikat kejadian manusia . Seperti firman Allah dalam Al-Quran(surah Al-Alaq:2) “bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikannya, ia telah mencipta manusia dari seketul darah”