650 likes | 1.55k Views
Disediakan oleh : Encik Roslan bin Sahari (BA Hons . Edu . (IT), UNIMAS) roslansahari@yahoo.com 013-8178484 / 016-5897613. MPW1153 PENDIDIKAN MORAL. College of Nursing and Allied Health. BAB 1 : DEFINISI MORAL , ETIKA, NILAI, AKHLAK, ADAB, UNDANG-UNDANG & KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL.
E N D
Disediakanoleh:EncikRoslan bin Sahari (BA Hons. Edu. (IT), UNIMAS) roslansahari@yahoo.com 013-8178484 / 016-5897613 MPW1153PENDIDIKAN MORAL College of Nursing and Allied Health
BAB 1 : DEFINISI MORAL , ETIKA, NILAI, AKHLAK, ADAB, UNDANG-UNDANG & KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL
PENGENALAN MORAL, ETIKA, NILAI, AKHLAK, ADAB & UNDANG-UNDANG
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MORAL, ETIKA, NILAI, AKHLAK, ADAB & UNDANG-UNDANG?
DefinisidanKonsep Moral • MenurutKamusDewan (1986), moral merujukkepadaajaranataupeganganberkenaanbaikburuksesuatuperbuatan (kelakuan, kewajipandanlain-lain), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskanatau yang diukurdarisegibaikburuksesuatuakhlak.
samb… • Moral berasal dari bahasa Latin moralitas yang bererti cara, perwatakan dan tingkah laku yang diterima. • Moral ialahajaran-ajarankumpulan, peraturandanketetapan, samaadalisanataubertulistentangbagaimanamanusiaharushidupdanbertindak agar iamenjadimanusia yang baikdansempurna.
samb… • Konsep moral pula membawa pengertian kesedaran tentang ajaran atau pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.
samb… • Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.
Konsep moral ini merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandaskan standard-standard yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang individu. • Seseorang dikatakan memiliki tingkah laku yang bermoral jika tingkah laku tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan yang diterima. • Ammoral pula bermaksudperkara yang tidakbaikataumanusiamelakukanperkara yang tidakmempunyai moral
Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.
Contoh kedua, Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Nora seorang budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak-agak untuk berbuat demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada guna dia mengambil dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain.
PENGERTIAN KONSEP KEMORALAN • Kemoralanialahsatuinstrumenmasyarakatsecarakeseluruhanuntukmemimpinindividudankumpulankecildalamkehidupanmereka. • Iajugamemerlukanindividuataukumpulankecilmengikutnya. • Kemoralanialahsatuinstitusisosial yang jugamembantudalambimbingankendiriataupenentuankendirisecararasional di kalanganahlimasyarakat.
Rumusan… • ‘Moral’ ada isi atau kandungannya. • Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. • Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling.
Rumusan… • Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik.
Rumusan… • Oleh itu insan bermoral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.
samb… • Aspekkemoralandapatdibahagikankepadatiga: i. KonsepEtika, ii. KonsepNilai, ii. Pengertian moral itusendiri.
DefinisidanKonsepEtika • Perkataan etika berasal dari perkataan Inggeris ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek ethos bermaksud watak atau budaya • Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. • Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .
Contoh: Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.
KonsepdanDefinisiNilai • Raths, Harmin dan Simon(1980) mendefinisi nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. • William A. Scott(1965) menyamakan nilai dengan moral unggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai satu konsep individu tentang perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai suatu kebaikan atau keburukan.
samb… • Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. • Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan manusia. • Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang ada dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemilikan.
Secara amnya, nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. • Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. • Ia merupakan panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan dan menghadkan perlakuan seseorang.
DefinisidanKonsepAkhlak • Menurut Kamus Dewan, akhlakbermaksud budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. • Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.
samb… • Dari segi istilah; segala tingkah laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan,apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang setelah tingkah laku diamalkan sekian lama dan diterima masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup.
Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya ‘Al- Akhlaq’ merumuskan pengertian akhlak sebagai : ”Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat ”
samb… • Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. • Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. • Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.
Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.
samb… • Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi. • Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.
Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi: • memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani • punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah • memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara • memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas • dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyaraka
samb… • Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah orang dewasa. • Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan.
Rumusan... • Akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan. • Akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan cara-cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan keburukan; apakah kriteria yang dapat menilai sesuatu itu sebagai baik dan buruk; dan apakah motif dan nilai di sebalik sesuatu perlakuan tersebut.
Apakah akhlak yang perlu dimiliki? bla… bla…bla…
Faktor-faktor Pembentukan Akhlak Mulia: • Agama • Diri Sendiri • Keluarga • Pendidikan • Persekitaran Apasemuatu…
Renungi kata-kata hikmahberikut.. Laughing at our mistakes can lengthen our own life. Laughing at someone else's can shorten it. Tuhan menciptakan kita 2 biji mata untuk melihat, 2 belah tangan untuk memegang, 2 belah kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping hati kerana Tuhan mengamanahkan kepada kita untuk mencari akhlak mulia.
Syabas ! Anda sudah selesai menghayati tentang empat konsep asas moral...
DefinisidanKonsepAdab • Adab adalah satu istilah bahasa Arab yang bermaksud adat kebiasaan. • Kata ini menunjuk pada suatu kebiasaan, etiket, pola tingkah laku yang dianggap sebagai model. • Dengan kata lain, adabialahsesuatuperkara yang baikatauperlakuan yang baikdilakukanolehseseorang
samb… Pengertian adab secara lebih bermakna dijelaskan sebagai: "Disipilin tubuh jasmani, minda dan roh; disiplin yang meletakkan keupayaan dan potensi fizikal, intelektual dan kerohanian pada kedudukan yang sebenarnya berdasarkan darjat dan tahap-tahapnya yang sewajarnya."