420 likes | 2.02k Views
PH3313 Kajian Ajaran Sesat. Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia. Pendahuluan. Ajaran Sesat wujud di merata tempat dalam pelbagai agama Umat Islam mula mengenali ajaran sesat setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Penafian Kewajipan zakat Dakwaan menjadi nabi Pendewaan ke atas S. Ali k.r.w.
E N D
PH3313 Kajian Ajaran Sesat Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia
Pendahuluan • Ajaran Sesat wujud di merata tempat dalam pelbagai agama • Umat Islam mula mengenali ajaran sesat setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. • Penafian Kewajipan zakat • Dakwaan menjadi nabi • Pendewaan ke atas S. Ali k.r.w. • Dakwaan berkaitan al-Qur’an • Kes-kes sedemikian terus berlaku di dalam dunia Islam
Definisi Ajaran Sesat • Mengikut takrifan yang diberikan oleh JAKIM, ajaran sesat ialah “sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan al-Qur’an dan Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah
Ciri-ciri Definisi • Ajaran atau amalan berkaitan agama Islam dan bertentangan • Pembawanya orang Islam atau bukan Islam • Bertentangan dengan al-Quran dan hadis (qiyas dan ijma`) • Bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah atau empat mazhab
Sejarah Ajaran sesat di Malaysia • Sejarahnya mempunyai hubungan dengan Indonesia (Pasai, Aceh, Jawa) • Bagaimanapun masih tidak wujud satu dokumentasi yang lengkap mengenainya • Kemunculan kitab Bahr al-Lahut yang diduga ramai sarjana sebagai kitab tasawuf paling awal di Nusantara yang mengandungi ajaran Nur Muhammad/ Syiah
Samb. • Pada abad ke 18, dikatakan wujud ajaran yang berasaskan Martabat Tujuh di Mengkarak. • Ia dihubungkan dengan seorang yang dikenali sebagai Datuk Mengkarak. • Kemungkinan nama itu bukan nama sebenar • Kemungkinan beliau bukan orang tempatan (Minagkabau)
Samb. • Pengajaran Datuk Mengkarak ini didedahkan oleh Tuk Shihabuddin b. Zainal Abidin (l.1728) • Beliau menyebutkan bahawa Datuk Mengkarak telah mengajar Martabat Tujuh yang beliau tolak melalui Syair Rejam: • Tujuh haribulan rejamnya naga, naga di laut bercula tujuh, siapa memakai ilmu Martabat Tujuh, itulah orang dimurkai Tuhan. • Martabat tujuh suatu andaian, nabi dan wali empunya pakaian, di dalam hati tampak tampan, tiada tahu pengajaran Syaritan.
Samb. • Sejarah ajaran sesat pada abad ke 20 di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Mohamad bin Shafie (c.1876). • Dikenali dengan nama popularnya Mohamad Matahari, beliau berasal dari Madura, Jawa Timur. • Ajaran ini bermula di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang sekitar 1900. • Setelah beliau mati, ia digantikan oleh anaknya, Syed Ghazali Jamalullail @ Syed Ali dan meneruskan ajarannya di Balik Pulau. (Mengarang Hidayat al-Anwar). • Setelah itu, beliau diganti oleh anaknya, Syed Ahmad yang pernah menjadi Ketua kampung Seronok.
Samb. • Setelahitu, ajaranTaslimberkembangkenegeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. • Pada 1950an, dikelantantersebarajaran SUBUD yang jugaberasaldari Indonesia disampingajaranMartabatTujuh. • MenurutBahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) JabatanPerdanaMenteri, seperti yang disiarkandidalamBeritaHarianbertarikh 3 Oktober 1990, terdapatsebanyakempatpuluhempatkumpulan yang dikenalpastisebagaimengamalkanajaransalahdenganbilanganpengikutsekitar 330 hingga450 setiapkumpulan
PerkembanganAjaranSesatdi Malaysia • Padatahun 1997 pula, BahagianPenyelidikan, JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaporkanajaransesat yang terkumpulsehinggatahun 1997 ialah 60 ajaran, yang meliputiberbagai-bagaibentukiaituamalantasawuf. Penggabungandenganaktivitipersilatandanpenggabungandenganamalanperbomohansertaamalankhurafat yang lain. • Jumlahajaransesat yang dapatdikesansehingga 1999 ialahsebanyak 98 ajaran. Daripadajumlahtersebut, CawanganAkidah, BahagianPenyelidikan JAKIM telahmenyiarkan lima puluhenamkumpulan yang diwartakansebagaiajaransesat.
Perkembangan Ajaran Sesat • Pada 18 Julai 2000 Encik Mustafa Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM telah menjelaskan bahawa pihak JAKIM, sehingga tarikh tersebut telah mengesan sebanyak 125 kumpulan yang menjalankan kegiatan ajaran sesat di seluruh negara. • Berdasarkan maklumat-maklumat tersebut, jelas bahawa kegiatan penyebaran ajaran sesat semakin berkembang dari semasa ke semasa. Pertambahan tersebut memberikan suatu gambaran yang kurang menyenangkan kerana masyarakat Islam kelihatannya semakin terdedah dengan kegiatan-kegiatan berunsur negatif seperti itu.
Bentuk-bentuk Ajaran Sesat • Bentuk Ajaran • Direka oleh penganjurnya • Bentuk kumpulan/tarekat • Mempunyai sistem khusus • Bentuk kepercayaan / amalan kultus • Melibatkan kuasa sakti atau jin
Faktor-faktor Perkembangan Ajaran Sesat • Faktor Diri • Sikap oportunis pembawa ajaran sesat dan pembawakannya • Kejahilan individu • Kecetekan atau kurang maklumat (cth. setia) • Mudah percaya (cth. kagum) • Sifat Tamak – ekonomi • Nafsu • Bergantung Penuh kepada Akal
Faktor Perkembangan Ajaran Sesat • Faktor Luaran • Tasawuf falsafi (wujudiah) • Batiniah • Amalan Perbomohan • Pengaruh Orientalisme • Pengaruh Kebatinan (Aliran atau kebatinan) • Buku-buku
Cara-cara Penyusupan Ajaran Sesat • Melalui Kelas-kelas Agama • Melalu Kumpulan tarekat • Melalui Kepercayaan dan Tradisi • Melalui Buku-buku/Catatan • Melalui Hubungan Interpersonal • Melalui Amalan Perbomohan
Aspek/Fokus Ajaran Sesat • Wujudnya aspek persamaan antara pelbagai kumpulan ajaran sesat di Malaysia memberikan petunjuk bahawa ajaran sesat hanyalah merupakan wabak penyakit sosial yang mempunyai gejala dan kesan yang sama. Irama dan lagu yang sama tetapi penyanyi yang berbeza • Setiap kumpulan atau ajaran itu memperkatakan aspek-aspek yang merangkumi: • ketuhanan, kenabian, kewalian, jalan pengetahuan dan hal-hal ghaib, kejadian manusia dan amalan ibadat dengan menggunakan pendekatan dan sokongan ayat-ayat al-Quran dan hadis dengan penafsiran yang salah.
Ciri-ciri Ajaran Sesat • Percaya kepada kuasa ghaib selain Allah yang tahu mengenai perkara ghaib dan mempunyai kemapuan yang luar biasa • Pengajaran dilakukan secara senyap/sembunyi. Wujud sumpah • Meletakkan guru ke tahap yang tinggi seperti wali, wakil nabi • Mengaku mendapat wahyu
Memandang rendah guru-guru lain • Tidak boleh mengkritik guru walaupun melakukan yang haram • Mendakwa guru memegang kunci syurga • Mendakwa guru boleh menebus dosa dengan wang • Mendakwa semua agama adalah sama
Ciri-ciri Ajaran Sesat • Mendakwa mempunyai mukjizat • Menjalankan nikah batin • Mengaku Allah berada di dalam diri manusia • Mendakwa semua manusia adalah muhammad dan muhammad adalah tuhan keran daripada nur tuhan
Samb. • Menolak kewajipan syariat spt. Puasa, solat • Menolak taklif syarak bila mencapai hakikat • Mengubah ayat/maksud al-Quran • Menolak zahir ayat kerana mehu mengambil batinnya
Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan • 1. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar • 2. Kumpulan Ikhwan/al-Mas • 3. Ajaran Mohd Nordin Putih 4. Ajaran Nasrun S.T.Qahar5. Ajaran Roslan Katimun 6. Ajaran Wali Sembilan • 7. Ajaran Khatijah binti Ali @ Puan Tijah • 8. Ajaran Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin • 9. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari • 10. Al-Arqam
Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan • 11. Golongan Anti Hadis • 12. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su) • 13. Syiah • 14. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang • 15. Ajaran Hj.Kadar Ahmad • 16. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana • 17. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat • 18. Tarikat Mufaridiah • 19. Ajaran Hassan Anak Rimau
Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan • 20. Tarikat Aurad Ismailiah • 21. Ajaran Martabat Tujuh • 22. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya • 23. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol • 24. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh) • 25. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit • 26. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani • 27. Ajaran Mohd Nor Seman • 28. Nasrul Haq
Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan • 29. Ajaran Ayah Pin • 30. Ajaran Bahai31. Al-Ma`unah32 Ajaran Azhar Wahab 33. Ajaran Hj.Banuar • 34. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri) • 35. Budi Suci • 36. Al-Watan • 37. Budi Suci Sejati
Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan • 38. Jawa Faradin • 39. Silat Sunda Pukulan Ghaib • 40. Tusuk Hikmat • 41. Ilmu Kebatinan • 42. Potong Maya • 43. Naluri • 44. Kaula • 45. Haqqullah Syahadah • 46. Rampai • 47. Wali Suci
Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan • 48. Kalimat Sakti • 49. Silat Pukulan Jarak Jauh • 50. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat • 51. Zikir Sha`ban Islam Haq • 52. Asal Wujud Garis Laksamana • 53. Al-Ma`zat • 54. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi • 55. Ilmu Kebatinan • 56. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
Ajaran-ajaran Sesat Yang Lain • Ajaran Wak hambali • Tarekat Kabulani • Ajaran Pendawa Lima • Ajaran Saleh Salim • Ajaran Tarikatul Ikhwan • Tarekat Nurul Zaman Imam Mahdi • Ajaran Crypto • Ajaran Haji Kahar • Ajaran Empat Sahabat • Tarekat Ahmad Syaziliyah(Selubung Hijau)
Ajaran Sesat di Malaysia • Ajaran Abu darsan • Ajaran Tabarani • Ajaran Subud • Ajaran Ilmu Bungkus • Ajaran Agama Sarasakh • Ajaran Ilmu Sejati • Ajaran tauhid Makrifat • Ajaran Jalan Tujuh Martabat • Tarekat Khalidiyah
Ajaran Sesat di Malaysia • Tarekat Anwar Asadullah • Ajaran Ilmu Rohaniah • Surat Wasiat Sheikh Ahmad/Surat Berantai • Tarekat Sakratul Maut • Ajaran Muhammad Ya • Tarekat Aurad Ismailiah • Ajaran Cerang Meliling • Ajaran Tok Ayah
Mengapa Masih Sesat? • i. Keperluan Memahami Psikologi Orang Yang Terlibat Dengan Ajaran Sesat • ii. Penangganan Terhadap Perkara-perkara Yang Kontroversi