50 likes | 295 Views
MAKLUM BALAS, PENEGUHAN DAN MOTIVASI INTRINSIK. Disediakan oleh: ABDUL LATIF AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor. Prinsip-Prinsip Peneguhan.
E N D
MAKLUM BALAS, PENEGUHAN DANMOTIVASI INTRINSIK Disediakan oleh: ABDUL LATIF AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.
Prinsip-Prinsip Peneguhan Peneguhan adalah satu proses pengukuhan tingkah laku yg disebabkan oleh kesan yg segera terhasil selepas berlakunya tingkah laku tersebut. Peneguhan terbahagi kpd dua iaitu: (a) Peneguhan Positif Sesuatu perlakuan akan disusuli oleh suatu pertambahan rangsangan yg positif yg akan meningkatkan lagi kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Tingkah laku akan menghasilkan stimulus yg positif dan hasilnya, kekerapan tingkah laku akan terus meningkat. (b) Peneguhan Negatif Sesuatu perlakuan akan disusuli dgn penghapusan rangsangan yg negatif akan meningkatkan lagi kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Tingkah laku ditingkatkan bagi menghalang rangsangan yg negatif. Hasilnya, kekerapan tingkah laku akan terus meningkat. Bagi memastikan keberkesanan peneguhan, sebaiknya peneguhan hadir sebaik sahaja perlakuan dibuat.
Hukuman dan Dendaan Hukuman ialah kesan langsung yang diterima membuatkan sesuatu tingkah laku menjadi lemah. Sesuatu rangsangan dilihat sebagai penghukum apabila ia mengurangkan kekerapan sesuatu tingkah laku.. Premack principle Seseorang individu dikehendaki melakukan perkara yang tidak disukainya sekiranya dia melakukan kesalahan. Kaedah time-out Sekiranya seseorang melakukan kesalahan, dia akan dikenakan hukuman dalam satu jangka waktu yang ditetapkan. Kaedah response cost Seseorang yg diberi mata ganjaran kerana penglibatannya dalam sesuatu aktiviti akan ditarik mata ganjaran sedikit demi sedikit sekiranya dia melakukan kesalahan.
Modifikasi Tingkah Laku Modifikasi tingkah laku adalah cabang psikologi yang berfokus terhadap analisis dan proses modifikasi tingkah laku manusia. Fokus modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku, bukannya mengubah ciri-ciri atau trait individu. Tingkah laku excesses; tingkah laku yang tidak diingini dan perlu dikurangkan frekuensi, jangka masa dan kekuatannya spt merokok, Tingkah laku defisit; tingkah laku yang ingin ditingkatkan frekuensi, jangka masa dan kekuatannya spt belajar dan latihan. Peneguhan, hukuman , dendaan dan penghapusanamat diperlukan kerana ia menjadi motivasi kepada individu yang ingin berubah untuk mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku.