360 likes | 964 Views
Topik 2: DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN FUNGSINYA. Oleh MOHD DARIAH B. IBRAHIM JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN. Objektif. Pada akhir sessi perbincangan, anda diharap dapat: menjelaskan lima domain yang terdapat dalam teknologi instruksional.
E N D
Topik 2:DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN FUNGSINYA Oleh MOHD DARIAH B. IBRAHIM JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Objektif Pada akhir sessi perbincangan, anda diharap dapat: • menjelaskan lima domain yang terdapat dalam teknologi instruksional. • menjelaskan fungsi tiap-tiap domain dan aplikasinya dalam pendidikan dan latihan
DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN 1977 AECT (1979) Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. Dipetik daripada Yusup Hashim,1998
TP sebagai satu proses yang kompleks dan bersepadu, melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan, dan organisasi Untuk menganalisa masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan Penyelesaian kepada masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. Diuruskan oleh: Fungsi Pengurusan Pengajaran. Pengurusan Organisasi. Pengurusan Kakitangan. Diuruskan oleh : Sumber Pembelajaran. Maklumat. Manusia. Alat. Teknik. Tempat. Diuruskan oleh : Fungsi Perkembangan Pengajaran. Penyelidikan,-Teori. Rekabentuk. Penerbitan. Penilaian. Pemilihan. Logistik, Penyebaran. Penggunaan. PELAJAR Pengertian dan Ruang lingkup TP Berdasarkan AECT ( Naim, June1990 )
DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN 1994 • Kata Seels dan Richey (1994) “Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management, and evaluation of processes and resources for learning.” Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun,mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.
DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL (Seels dan Richey, 1994) 3 Penggunaan 2 Pengembangan Teori dan amalan 4 Pengurusan 1 Rekabentuk 5 Penilaian
Teori dan amalan Teori mengandungi konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan. Amalan adalah aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran Domain
Domain Rekabentuk Rekabentuk adalah proses menentukan ciri-ciri dan keperluan pembelajaran. Di samping menentukan komponen sistem pengajaran, rekabentuk juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Tessmer, 1990) Domain
...Domain Rekabentuk Terdapat empat bidang utama: • rekabentuk sistem pengajaran • rekabentuk strategi • rekabentuk mesej • ciri-ciri pelajar Domain
Rekabentuk sistem pengajaran (ISD) Satu tata cara teratur dan terancang untuk… • menganalisis - tentukan apa yang diajar • merekabentuk - tentukan spesifikasi • membina - proses bina dan hasil bahan • melaksana - guna bahan dan kaedah • menilai - tentukan kesan & keupayaan
Rekabentuk strategi Merupakan spesifikasi untuk memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran (Seels dan Richey, 1994) Sebagai penentuan urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran (Leshin, Pollock dan Reigeluth, 1991)
...Rekabentuk strategi …bukan sekadar memilih dan menyusun aktiviti pengajaran malahan mencakupi komponen umum suatu set bahan pengajaran serta prosedur yang akan digunakan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Dick and Carey, 1991) …merupakan perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran secara mikro. (Yusup. 1997)
Rekabentuk mesej Bermaksud cara dan format apa yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar (Grabowski, 1991) Pola-pola simbol yang akan mempengaruhi perilaku kognitif, efektif dan psikomotor (Fleming dan Levie, 1993)
...Rekabentuk mesej Rekabentuk mesej memberi tumpuan kepada: • perkara yang sangat kecil seperti visual, urutan pelajaran, halaman dan rekabentuk skrin komputer yang terdapat pada sesuatu unit pelajaran. • medium - statik, dinamik atau kombinasi • tugasan pembelajaran - pembentukan konsep, sikap, pembinaan kemahiran atau penghafalan.
Ciri-ciri pelajar Latar belakang, pengalaman, kemahiran, pengetahuan dan sikap sedia ada pelajar yang memberi impak terhadap proses pembelajaran. Pengetahuan sedia ada atau peringkat masuk pelajar (entry level) mempengaruhi pencapaian pelajar.
...Ciri-ciri pelajar Ciri-ciri pelajar menggunakan kajian motivasi untuk • mengenalpasti pembolehubah yang boleh digunakan • menunjukkan cara pembolehubah itu digunakan untuk meningkatkan proses pembelajaran.
Domain Pengembangan Juga dikenali sebagai domain pembinaan Proses menterjemahkan spesifikasi rekabentuk kepada bentuk fizikal atau produk. Domain
...Domain Pengembangan Melibatkan proses rekabentuk, bina, guna dan nilai. Terdapat empat kategori bahan: • teknologi cetak • teknologi bahan pandang dengar • teknologi berasaskan komputer • teknologi bersepadu Domain
...Domain Pengembangan teknologi cetak • teks (tulisan) • visual teknologi bahan pandang dengar • pita audio • slaid • filem jalur • transparensi • pita video/filem (visual gerak dan statik) • CDI, VCD, CD-ROM Domain
...Domain Pengembangan teknologi berasaskan komputer • berasaskan mikroprosesor • berbentuk digital teknologi bersepadu • bahan multimedia • hiperteks/hipermedia Domain
Domain Penggunaan Menggunakan proses (kaedah dan model pengajaran), sumber (bahan dan perkakasan media) dan alam sekeliling untuk pembelajaran. Terdapat empat kategori: • penggunaan media dan kaedah (cara sistematik) • penyerapan/penerimaan inovasi • pelaksanaan (menggunakan bahan) • institutianalisasi (penerimaan & pengekalan) Domain
...Domain Penggunaan penggunaan media dan kaedah (cara sistematik) • proses sistematik menggunakan bahan pengajaran penyerapan/penerimaan inovasi • proses penerimaan terhadap sesuatu perubahan Domain
...Domain Penggunaan pelaksanaan • proses menggunakan bahan dalam p&p institutianalisasi • penerimaan & pengekalan Domain
Domain Pengurusan Kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan. Terdapat empat kategori: • pengurusan projek • pengurusan sumber • pengurusan sistem penyampaian • pengurusan maklumat Domain
...Domain Pengurusan Pengurusan projek melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan ke atas • projek rekabentuk • pembinaan bahan pengajaran Pengurusan sumber melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan ke atas • perkhidmatan bantuan sumber • perkhidmatan lain-lain media Domain
...Domain Pengurusan Pengurusan sistem penyampaian melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan ke atas: • kaedah • media Pengurusan maklumat melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan ke atas: • pengumpulan • pemindahan • pemprosesan Domain
Domain Penilaian Proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan program pendidikan Empat kategori: • penilaian analisis masalah (peperiksaan dll) • penilaian rujukan kriteria (penguasaan unit pelajaran) • penilaian formatif (mengesan bagi penambahbaikan) • penilaian sumatif (buat keputusan penggunaan) Domain
...Domain Penilaian Contoh aplikasi penilaian: • penilaian pencapaian pelajar • penilaian penggunaan media • penilaian rekabentuk dan pembinaan bahan • penilaian program atau projek media Domain
Kepentingan domain Menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional. (Seels and Richey, 1994) Kurikulum memberi tumpuan kepada apa yang hendak diajar, instruksional pula memberi tumpuan kepada bagaimana hendak mengajar. (Snelbecker, 1974)
...Kepentingan domain Untuk menghasilkan pengajaran/latihan dan bahan pengajaran yang sistematik dan berkesan. Bahan pengajaran yang direkabentuk dan dibina perlu dinilai, diguna dan diurus supaya dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. (Yusup, 2002, hal. 260)
...Kepentingan domain Dalam bidang latihan industri, dapat meningkatkan prestasi pekerja dan produktiviti. Dalam bidang ketenteraan, dapat meningkatkan kemahiran anggota tentera menggunakan teknologi canggih. (Yusup, 2002, hal. 260)
PERANAN TEKNOLOGI PENGAJARAN 2 PERSOALAN (Abdul Rahim Mohd Saad, 1996) • Kesesuaian isi kandungan program pendidikan dan latihan masa kini. • Kesesuaian kaedah p&p yang sedia ada berbanding dengan teknologi masa kini.
PERANAN TEKNOLOGI PENGAJARAN Peranan : • Mengubah peringkat membuat keputusan • Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran • Mengubah pengalaman pembelajaran