120 likes | 483 Views
BURNOUT. DEFINISI BURNOUT. Keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Ianya terjadi apabila diri diselubungi kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri.
E N D
DEFINISI BURNOUT • Keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. • Ianya terjadi apabila diri diselubungi kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri. • Jika tekanan berterusan, diri akan mula hilang minat dan motivasi dan seterusnya menyebabkan produktiviti diri berkurangan dan meningkatkan perasaan diri yang tidak berdaya, tiada harapan dan marah. • Jika anda mempunyai rasa dan keadaan seperti itu setiap masa, maka anda mempunyai sikap burnout.
Anda Dikatakan Dalam Keadaan Burnout Jika… • Setiap hari adalah hari malang anda. • Bebanan kerja atau kehidupan seharian adalah suatu yang membosankan dan membebankan. • Kepenatan sepanjang masa. • Hari yang dilalui depenuhi dengan kerja yang membosankan dan menyesakkan fikiran. • Anda berasa apa yang anda lakukan tidak memberi kelainan dan tidak dihargai.
SEBAB-SEBAB BURNOUT • Burnout disebabkan oleh: • tekanan kerja yang melampau. • Gaya hidup. • Sifat personaliti diri.
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM BURNOUT • Burnout adalah proses yang berlaku dalam masa yang satu tempoh yang panjang. • Kebanyakannya tidak tahu mereka dalam keadaan murung dan keadaan akan bertambah teruk setiap hari. • Simpton awal kemurungan: • Tanda fizikal diri. • Emosi tidak stabil. • Sifat diri yang tidak diduga.
MENGATASI BURNOUT • Jika anda mengalami masalah burnout, ianya akan bertambah teruk jika ianya tidak diatasi. • Tips untuk mengatasi Burnout adalah: • Memulakan hari dengan senyuman. • Mengamalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan tidur yang cukup. • Merehatkan diri dari kerja dan teknologi. • Mencuba sesuatu atau aktiviti baru yang menyeronokkan. • Belajar cara untuk mengatasi tekanan.
PROSES PEMULIHAN BURNOUT • STAGE 1-MEMPERLAHANKAN AKTIIVITI • Paksa diri untuk memperlahan segala aktiviti dan ambil cuti. • Dapatkan rehat dan pulihkan kembali semangat diri. • STAGE 2- DAPATKAN SOKONGAN • Kongsi masalah pada rakan,orang tersayang dan keluarga bagi melepaskan perasaan yang ada. • STAGE 3-DAPATKAN SEMULA KEYAKINAN DIRI DAN KEUTAMAAN • Pulihkan semula keyakinan diri dengan menetapkan matlamat diri dan harapan. • Membina semula kehidupan yang membuatkan diri bahagia.
MENGATASI BURNOUT DI TEMPAT KERJA • Senaraikan masalah yang dihadapi. • Ambil pendekatan yang proaktif bagi mengatasi masalah. • Berbincang dengan ketua ditempat kerja jika masalah yang dihadapi semakin membebankan dan tiada harapan. • Huraikan aktiviti kerja yang dijalankan. • Minta ketua ditempat kerja mengemaskinikan duti atau kerja dengan mengasingkan kerja yang luar dari bidang anda. • Minta pembaharuan dengan duti kerja yang baru. • Jika anda melakukan kerja yang sama setiap hari,cuba minta sesuatu yang baru ditahap yang berlainan. • Ambil cuti rehat. • Ambil cuti rehat jika masalah semakin membebankan. • Pergi melancong untuk mendapatkan semula tenaga yang hilang.