360 likes | 3.63k Views
BAB 13. GELAGAT KOS. GELAGAT KOS. Apa yang anda perlu tahu : 1. Kos berubah 2. Kos tetap 3. Kos bercampur. KOS BERUBAH. Adalah kos yg berubah mengikut tingkat pengeluaran. Ia mempunyai hubungan langsung dengan tingkat pengeluaran.
E N D
BAB 13 GELAGAT KOS
GELAGAT KOS Apa yang anda perlu tahu : 1. Kos berubah 2. Kos tetap 3. Kos bercampur
KOS BERUBAH • Adalah kos yg berubah mengikut tingkat pengeluaran. Ia mempunyai hubungan langsungdengan tingkat pengeluaran. • Jika tingkat pengeluaran bertambah, jumlah kos berubah akan bertambah. • Kos berubah seunit tidak berubah dengan perubahan tingkat keluaran. • Contoh: Bahan mentah langsung, buruh langsung.
HUBUNGAN ANTARA KOS BERUBAH DENGAN TINGKAT KELUARAN Jumlah kos (RM) Kos berubah 5,000 500 Tingkat keluaran unit 100 1,000
KOS TETAP • Kos yg tidak berubahwalaupun tingkat pengeluaran berubah. • Kos tetap seunit akan berkurang dengan pertambahan dlm tingkat pengeluaran • Contoh : Belanja susutnilai mesin, Gaji Pengurus kilang.
HUBUNGAN KOS TETAP DENGAN TINGKAT PENGELUARAN Jumlah kos (RM) Kos tetap Tingkat keluaran (unit)
KOS BERCAMPUR • Kos Bercampur mempunyai kedua-dua gelagatkos iaitu kos tetap dan kos berubah. • Terdapat kos tetap pengeluaran dan kos berubah pengeluaran. • Kos bercampur berubah secara jumlah keseluruhan kos tetapi tidak berubah mengikut tingkat aktiviti pengeluaran. • Cth : Bil telefon. Ujidiri : Edaran : soalan 1(a) &(b)
HUBUNGAN ANTARA KOS BERCAMPUR DENGAN TINGKAT PENGELUARAN Jumlah kos (RM) Jumlah Kos Bercampur Komponen Kos Berubah Kos tetap Komponen Kos Tetap Tingkat pengeluaran (unit)
ANALISIS GELAGAT KOS Tujuan dan kepentingan: • mengenalpasti gelagat kos. • mengasingkan elemen kos berubah dan elemen kos tetap. • membuat anggaran kos.
ANALISIS GELAGAT KOS Kaedah analisis gelagat kos :- 1. Kaedah tinggi rendah 2. Kaedah graf 3. Kaedah regresi Pada peringkat matrikulasi, anda akan diperkenalkan dengan kaedah tinggi rendah sahaja.
FUNGSI KOS Jumlah kos = Kos Tetap + Kos Berubah Y = a + bx Kos berubah seunit Unit aktiviti
KAEDAH TINGGI RENDAH • Data kos aktiviti tertinggi dan aktiviti terendah digunakan bagi menentukan kos berubah seunit dan jumlah kos berubah.
CONTOH: Data pengeluaran Sykt. Toriton bagi tahun 2005 adalah seperti berikut :- BulanOutput Jum.kos Jan 16,000 RM 14,000 Feb 16,300 RM 14,500 Mac 16,500 RM 14,700 April 16,900 RM 14,800 Ogos 18,000 RM 15,000 Sept 16,600 RM 14,750 Okt 16,800 RM 14,850 Nov 17,810 RM 14,900 Dis 17,850 RM 14,950 Aktiviti tertinggi pada bulan Ogos. Aktiviti terendah pada bulan Julai.
Mengira kos berubah seunit. Fungsi kos : Y = a + bx b = kos berubah seunit. b = kos Aktiviti tertinggi – kos Aktiviti terendah Aktiviti tertinggi – Aktiviti terendah
Mengira kos berubah seunit. b = Kos berubah seunit. b = RM15,000 - RM14,000 18,000 unit - 16,000 unit = RM1,000 2,000 unit = RM0.50 seunit. Kos berubah seunit ialah RM0.50.
Mengira jumlah Kos Tetap. Fungsi kos : Y = a + bx, di mana ; a = Kos tetap, b = RM0.50. • Kos tetap pada aktiviti pengeluaran 16,000 unit, atau x = 16,000. Y = a + bx RM14,000 = a + RM0.50(16,000) RM14,000 = a + RM8,000 a = RM14,000 – RM8,000 a = RM6,000. Kos tetap = RM6,000.
Mengira jumlah Kos Tetap. • Kos tetap pada aktiviti pengeluaran 18,000 unit, atau x = 18,000 unit. Y = a + bx RM15,000 = a + RM0.50(18,000) = a + RM9,000 a = RM15,000 - RM9,000 a = RM6,000. Kos Tetap = RM6,000. Nota : Kos tetap adalah sama pada semua tingkat aktiviti pengeluaran iaitu RM6,000.
RUMUSAN • KONSEP & GELAGAT KB, KT, KC. • ANGGARAN KOS GUNA KAEDAH TINGGI RENDAH.