190 likes | 558 Views
MGM3211Pasaran Pengguna dan gelagat pembeli. Sejak kemasukan dalam tahun 80’an McD telah mengalami kejayaan yang besar dikebanyakan pasaran Asia dengan patuh kepada QCSV(Kualiti, kebersihan, perkhidmatan, nilai). Sy mendapat munafaat daripada mendengar pelanggan.
E N D
MGM3211Pasaran Pengguna dan gelagat pembeli Sejak kemasukan dalam tahun 80’an McD telah mengalami kejayaan yang besar dikebanyakan pasaran Asia dengan patuh kepada QCSV(Kualiti, kebersihan, perkhidmatan, nilai). Sy mendapat munafaat daripada mendengar pelanggan.
Gelagat membeli: tabiat membeli pelanggan akhir i.e. individu dan isi rumah bagi kegunaan sendiri. • Pasar pengguna: Individu dan isi rumah yg membeli atau memiliki brgan dan perkhidmatan utk kegunaan sendiri. • Pasaran pengguna terdiri drp. 6.2 billion orang. • Di Asia pengguna berbeza-beza dgn ketaranya disegi usia, pendapatan, paras pendidikan, dan citarasa.
Model gelagat pengguna(Bagaimana pengguna membuat keputusan membeli setiap hari). • Model ini membantu menjawab persoalan apa yg dibeli pengguna, dimana mereka membeli, bila mereka membeli, dan mengapa ia dibeli? • Mempelajari apa, dimana, bila dan berapa banyak yg dibeli adalah lebih mudah berbanding dgn persoalan “mengapa” ia dibeli? • Persoalan berkisar kepada “Bagaimana pengguna bertindak kepada berbagai usaha yg digunakan oleh syarikat?”
ModelRangsangan(Stimulus) gelagat pembeli menunjukkan ia terjadi akibat drp 4P produk, perletakan harga, penempatan, dan promosi dan lain-lain rangsangan spt. Persekitaran ekonomi, teknoloji, politik, dan budaya berpusat didalam kotak hitam yg menghasilkan tindakan. • Ciri-ciri pembeli mempengaruhi bagaimana mereka menanggapi dan bertindak keatas rangsangan. • Proses keputusan pembeli menjejaskan gelagat pembeli.
Ciri-ciri gelagat pengguna yang menjejaskan belian: Pengaruh besar drp ciri2 budaya, sosial, peribadi, dan saikologikal – kebanyakannya tidak boleh dikawal oleh pemasar tetapi perlu diketahui. • Faktor budaya – menerapkan pengaruh meluas dan mendalam katas gelagatpengguna. Harus diketahui juga peranan budaya pecahan(sub-culture), dan kelas sosial. Budaya adalah kelompok asas nilai, tanggapan, kehendak, dan gelagat yg dipelajari drp ahli masyarakat keluarga dan institusi2 lain misalnya kanak2 Asia belajar dan terdedah kpd nilai:- kejayaan dan pencapaian, kegiatan dan penglibatan, kecekapan dan kesesuaian, kemajuan, keselesaan kebendaan, individualisme, kebebasan, kemanusian, keremajaan, sihat dan cergas.
Budaya lebih kecil atau pecahan budaya – kumpulan manusia dgn sistem nilai dikongsi berasaskan pengalaman hidup dan keadaan yg serupa spt kumpulan satu rumpun bangsa, agama, warganegara, atau mereka dari wilayah yg sama. Mereka ini membentuk pasaran penting dan produk2 kerap direkas khusus untuk mereka e.g. Peniaga dipekan berbanding dgn dikampung, muda berbanding dgn yang tua. • Kelas sosial – bahagian masyarakat yg berkongsi nilai, minat, dan gelagat yg serupa dan ia tidak ditentukan oleh satu faktor tetapi percampuran pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kekayaan, dan lain2 angkubah.
Pemasar berminat mengetahui kerana manusia didaalm kelas yg sama mempamerkan gelagat termasuk tabiat membeli yg serupa. Ini terbukti dalam pemilihan pakaian, hiasan rumah, kegiatan riadah, dan kereta.
Faktor sosial – merangkumi kumpulan kecil, keluarga, dan peranan serta status sosial. • Gelagat manusia dipengaruhi oleh banyak kumpulan kecil. • Pemimpin pendapat – seseorang yg kumpulannya dirujuk kerana memilki kemahiran, pengetahuan, keperibadian, atau lain2 ciri2 yg mampu diterapkan kpd org lain.
Faktor peribadi – dipengaruhi oleh ciri2 peribadi spt usia pembeli, dan peringkat kitaran hayat, pekerjaan, kedudukan ekonomi, gaya hidup, keperibadian, dan konsep kendiri. • Nilai SRI dan typology gaya hidup VALSvalues and life style(mengkelaskan manusia mengikut kecenderungan penggunaan melalui bagaimana mereka membelanjakan masa dan wang).
Faktor saikologikal- Pilihan pembeli dipengaruhi oleh faktor saikologikal spt. Motivasi, tanggapan, pembelajaran, keprcayaan dan sikap. • Motif(pemacu) keperluan yg mengarah manusia mencari kepuasan. • Tanggapan: proses dimana manusia memilih, menyusun, dan mentafsir maklumat kpd gambaran bermakna mengenai dunia. • Pembelajaran: perubahan keatas gelagat individu berpunca drp pengalaman. • Kepercayaan: didasarkan drp pengetahuan sebenar, pendapat, atau anutan. • Sikap: penilaian, perasaan dan kecenderungan terhadap objek atau idea yg konsisten secara suka atau benci.
Jenis-jenis gelagat keputusan membeli: • Bergantung kpd apa yg dibeli • Keputusan lebih kompleks melibatkan peserta membeli banyak dan banyak penjelasan/tandatanya yg harus dijawab. • Gelagat membeli yg kompleks – berlaku apabila belian dan tanggapan memberi perbezaan yang ketara dikalangan jenama. • Gelagat membeli disonan – apabila pembeli membeli brgan yg mahal, jarang2, atau berisiko tetapi sedikit kelainan dikalangan jenama. Selepas dibeli pengguna akan mengalami disonan(ketidakselesaan lepas jualan).
Gelagat tabiat membeli – pembelian yg melibatkan penglibatan yg sedikit drp pengguna dan perbezaan jenama yang sedikit. • Gelagat membeli carian-pelbagai – penglibatan yg rendah drp pengguna tetapi beza jenama yg ditanggapi adalah sedikit.
Proses keputusan membeli: (1)mengenalpasti keperluan (2) carian maklumat (3) menilai alternatif (4) keputusan membeli (5)gelagat selepas membeli
Proses keputusan membeli bagi produk baru • Produk baru – brgan, perkhid, atau idea yg ditanggapi pelanggan berpotensi sebagai baru. • Proses penyesuaian – proses minda dimana individu lalui drp pertama kali mendengar mengnai inovasi ke penyesuaian akhir.
Peringkat didalam proses penyesuaian:- • 1. Kesedaran • 2. Minat • 3. Penilaian • 4. Percubaan • 5. Penyesuaian
Perbezaan inovatif dikalangan individu • 5 jenis penyesuai(adopter):- • 1. Innovator • 2. Penyesuai awal • 3. Majoriti awal • 4.Majoriti lewat • 5. Laggard
Pengaruh ciri2 produk keatas kadar penyesuaian:- • 1.faedah relatif • 2. kesamaan(compatibility) • 3. rumit(complexity) • 4. keupayaan membahagi(divisibility) • 5. Boleh dihubungkan(communicability) • Diperingkat antarabangsa: Waspada kpd perbezaan adat dan gelagat dari sebuah negara dengan negara lain kerana ini akan membolehkan pemasar memutuskan darjah penyesuaian atau penyeragaman.