780 likes | 1.94k Views
JABATAN PERANCANG BANDAR & PENGINDAHAN. Jabatan Perancang Bandar dan Pengindahan merupakan salah satu daripada 11 jabatan yang terdapat di Majlis Perbandaran Seberang Perai.
E N D
JABATAN PERANCANG BANDAR & PENGINDAHAN Jabatan Perancang Bandar dan Pengindahan merupakan salah satu daripada 11 jabatan yang terdapat di Majlis Perbandaran Seberang Perai. Jabatan ini telah ditubuhkan sejak tahun 1977 yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan kawalan pengunaan tanah dan bangunan di seluruh kawasan pentadbiran MPSP berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 yang mula digunapakai sejak 1985 . kini jabatan ini mempunyai 6 bahagian utama dengan jumlah kakitangan keseluruhan seramai 238 orang
VISI ,MISI JABATAN PERANCANG BANDAR DAN PENGINDAHAN VISI Mewujudkan pembangunan yang seimbang dan berdaya maju melalui perancangan dan pengindahan yang komprehensif MISI Memastikan perancangan yang seimbang melalui pembangunan mampan, mesra alam, berindentiti dan menarik selaras dengan kehendak Akta.
OBJEKTIF JABATAN MENGIKUT MS ISO 9001:2000 • Memastikan setiap permohonan kebenaran merancang yang diterima dirujuk kepada jabatan teknikal berkaitan dalam tempoh 10 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima • Memastikan setiap permohonan kebenaran merancang yang telah mematuhi syarat-syarat diberi keputusan dalam tempoh 10 minggu dari tarikh permohonan tersebut diterima • Memastikan setiap permohonan untuk pecahan, penyerahan dan pemberian milik semula tanah serta cantuman tanah yang mengikuti kelulusan pelan susunatur diberi perakuan kelulusan dalam tempoh 12 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima • Memastikan setiap permohonan pelan landskap diberi kelulusan dalam tempoh 10 minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima • Memastikan ulasan-ulasan kepada jabatan teknikal diberi dalam tempoh 2 minggu dari tarikh surat diterima oleh jabatan • Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan landskap dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan
STRUKTUR ORGANISASI JABATAN • Bahagian Kawalan Pembangunan. • Bahagian Penguatkuasaan. • Bahagian Pengindahan. • Bahagian Rancangan Pemajuan. • Bahagian Kemiskinan Bandar , Warisan & Pelancongan. • 6. Bahagian Pentadbiran. PENGARAH PERANCANG BANDAR KAWALAN PEMBANGUNAN RANCANGAN PEMAJUAN PENGUATKUASAAN PENGINDAHAN PENTADBIRAN KEMISKINAN BANDAR, WARISAN & PELANCONGAN
BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN • TUGAS UTAMA : • Memproses permohonan kebenaran merancang • Memproses permohonan pelan pecahan sempadan/bahagian/ • cantuman/penyerahan/pemberian milik semula tanah • Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan pelan bangunan • dan pelan kerja tanah • Memberi ulasan kepada permohonan yang dirujuk oleh PTD/PTG • mengenai ubah syarat tanah, pengambilan balik tanah,TOL dll. • Melakukan pemeriksaan tapak serta memberi ulasan OC • Memproses permohonan penamaan taman/tempat dan jalan • Menjadi urusetia kepada mesyuarat Jawatankuasa Perancangan • dan Bangunan serta Jawatankuasa Mendengar Bantahan • 8. Memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal perancangan kepada pertayaan orang awam
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN • TUGAS UTAMA : • Memproses permohonan tukar guna kediaman kepada • perniagaan/tadika/taska • Memberi ulasan kepada permohonan lesen perniagaan/industri dan MIDA • Melakukan siasatan tapak dan mengambil tindakan penguatkuasaan kepada premis/ binaan/pemajuan tanpa kebenaran merancang atau melanggari syarat kelulusan kebenaran merancang • Memberi maklumbalas dan mengambil tindakan susulan terhadap aduan awam yang diterima • Menyediakan laporan/kertas pendakwaankepada Jabatan Undang-Undang 8
BAHAGIAN PENGINDAHAN ( LANDSKAP) • TUGAS UTAMA : • Memproses permohonan pelan landskap • Mengadakan dan merancang projek-projek pengindahan • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap peralatan permainan kanak-kanak, padang awam/kawasan lapang • Menyelenggara pokok-pokok hiasan dan rumput di tepi jalan protokol • Mengadakan program-program pengindahan • Memberi khidmat dan membekalkan pokok berpasu kepada majlis-majlis rasmi • Memberi khidmat nasihat kepada pertayaan awam mengenai hal-hal pengindahan 10
BAHAGIAN RANCANGAN PEMAJUAN • TUGAS UTAMA : • Menyelaras penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan • Tempatan • Membekalkan maklumat-maklumat yang berkaitan kepada pasukan pengkaji ( pakar runding) dalam penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan • Menyelaras mesyuarat teknikal dengan pasukan pengkaji • Memantau dan menyemak laporan-laporan kajian yang disediakan oleh pakar runding • Mengumpul dan menyediakan data-data/maklumat kedalam sistem ‘GIS’ 9
BAHAGIAN KEMISKINAN BANDAR, WARISAN & PELANCONGAN • TUGAS UTAMA : • 1. Mengumpul maklumat penduduk miskin di kawasan MPSP • 2. Merekod dan menyelenggara data-data • 3. Merancang dan mendapatkan peruntukan daripada KPKT • 4. Membantu KPKT menyalurkan bantuan kepada penduduk miskin dan miskin tegar • 5. Mengadakan bancian/siasatan dari masa kesemasa • 6. Mengenalpasti tempat-tempat yang mempunyai nilai warisan • 7. Mengenalpasti tempat-tempat /produk untuk pelancongan • 8. Membantu mengadakan taklimat dan publisitimengenai tempat –tempat warisan dan pelancongan
BAHAGIAN PENTADBIRAN • TUGAS UTAMA : • Mengawalselia fail-fail permohonan dan fail-fail lain di jabatan • Menyediakan dokumen dan surat –menyurat yang berkaitan dengan permohonan kebenaran merancang, pelan landskap dan lain-lain yang berkaitan • Menyediakan bil-bil bayaran proses pelan • Menyediakan dokumen pembayaran kepada kontraktor berkaitan kerja-kerja pengindahan dan penyelenggaraan • Mengawalselia barang dan alatan pejabat 11
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG • Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan , MPSP telah menguatkuasakan Sek. 19(1) Akta 172 sebagai salah satu alat bagi mengawal pembangunan diseluruh kawasan Seberang Perai • Antara pemajuan yang tertakluk kepada kebenaran merancang ialah : • Untuk mendirikan,membina atau menjalankan sesuatu • pemajuan di atas tanah selain dari yang dinyatakan di SEK.19(2)a-g • Untuk memecah, membahagi dan menyatukan sempadan tanah • Untuk membuat perubahan yang matan dalam penggunaan bangunan ( change of use) • 4. Melakukan kerja-kerja tambahan atau perubahan ke atas sesuatu bangunan 12
JENIS PEMAJUAN YANG DIKECUALIKAN KEBENARAN MERANCANG • Mengikut sek.19(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 • Kerja-kerja penyenggaraan,pembaikan atau apa-apa perubahan lain yang hanya menyentuh bahagian dalam sesuatu bangunan yang tidak melibatkan : • Apa-apa perubahan penggunaan bangunan atau tanah • Menyentuh secara matan rupa disebelah luar bangunan • Apa-apa tambahan luas lantai atau ketinggian bangunan • Apa-apa tambahan atau perubahan kepada bangunan yang melibatkan susunan parit, kebersihan dan ketegohan bangunan • Pelanggaran syarat seperti yang ditentukan di dalam Rancangan Tempatan
Sambungan….. • 2. Sebarang kerja-kerja yang dilakukan oleh mana-mana pihakberkuasa bagi tujuan memasang,memeriksa,memperbaiki parit, pembentung,sesalur paip,kabel,jalan dan lain-lain kerja penyelenggaraan • Apa-apa korekan termasuk korekan telaga untuk tujuan pertanian • Penggunaan tanah atau bangunan sementara tidak lebih 1 bulan atau sesuatu tempoh yang dibenarkan oleh PBT bagi tujuan pangung wayang atau petunjukan sementara atau bergerak, taman hiburan,pesta ria atau tempat pameran sementara, upacara istiadat,kebesaran sementara yang bercorak keagamaan,sosial dll. • Membina bangunan sementara untuk pekerja di dalam sesuatu tapak projek yang telah diberi kelulusan kebenaran merancang • Mengguna mana-mana tanah atau bangunan di dalam pekarangan tempat tinggal bagi maksud yang berdampingan dengannya seperti pondok rehat dll • Melakukan berubahan matan kepada penggunaan tanah atau bangunan yang ditetapkan oleh PBN yang baginya kebenaran merancang tidak perlu
DOKUMEN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG Selaras dengan Sek.21(1) sesuatu permohonan kebenaran merancang terhadap sesuatu cadangan pemajuan yang dikemukakan kepada MPSP hendaklah mengandungi butir-butir dan dokumen seperti berikut : 1. Borang A yang lengkap – 2 salinan 2. Salinan suratan hakmilik(geran) setiap lot – 3 salinan 3. Pelan susunatur – 30 salinan 4. Pelan Ukur Keliling – 6 salinan 5. Surat kuasa (PA)- jika perlu 6. Pelan Akuan ( CP Plan) – 2 salinan 7. Salinan resit bayaran cukai tanah terkini – 2 salinan 8. Laporan Cadangan Pemajuan – 15 salinan 9. Bayaran proses pelan ( plan fees)
CARTA PROSES PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG MS ISO 9001 : 2000 6.1 Penerimaan Permohonan - Borang PKM1A (Permohonan baru) - Borang PKM1B (Penerimaan pelan tunai syarat/ tangguh) PERINGKAT 1 (10 HARI) 6.2 Semakan Penerimaan - Borang PKM2 (Tidak Lengkap) PENERIMAAN PERMOHONAN 6.1 (b) PINDAAN 6.1 (c) LUPUT 6.1 (d) BATAL 6.1 (a) PKM BARU 6.3 Merekod Dan Membuka Fail - Borang PKM3 (Akujanji) 6.4 Rujuk Jabatan Teknikal - Borang PKM4 (Rujuk Jabatan Teknikal) Tidak Pelan tunai syarat 6.2 6.5 Semakan Teknikal * Ulasan Jabatan Teknikal * Notis Lot Sempadan * Ada Bantahan atau tidak * Semakan Semula Bayaran Pelan Ya Pelan pindaan/ Luput 6.3 6.4 6.6 Semak Bantahan 6.7 Jawatankuasa Bantahan - Borang PKM5 (Brif Bantahan) 6.5 PERINGKAT 2 Ada 6.8 Tunai Syarat - Borang PKM6 (Dokumen Tunai Syarat) SEMAKAN TEKNIKAL DAN TUNAI SYARAT 6.7 6.6 Tiada 6.9 Pematuhan Syarat - Borang PKM7 (Syarat Dipatuhi) - Borang PKM8 (Syarat Tidak Dipatuhi) - Borang PKM 9 (Pembatalan) 6.8 Tidak tunai/ Lanjutan/ Batal 6.9 6.10 Penyediaan Brif dan Dokumen Keputusan - Borang PKM10 (Brif Jawatankuasa) - Borang PKM11 (Brif JKP) - Borang PKM12 (Kelulusan YDP-Pelan Pindaan tidak Ketara/Pelan Luput) Ya 6.10 PERINGKAT 3 (10 MINGGU) JKP Pindaan / Luput 6.11 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Dan Bangunan 6.11 6.12 Tangguh 6.12 Mesyuarat Jawatankuasa Ad-Hoc JKP KEPUTUSAN PERMOHONAN Tangguh 6.13 Keputusan Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan - Borang PKM13 (Keputusan Tangguh) 6.13 Tangguh Lulus / Tolak 6.16 6.14 6.14 Keputusan Jawatankuasa Ad-Hoc JKP 6.17 Lulus 6.15 6.15 Kelulusan YDP/SUP Tangguh 6.16 Keputusan YDP 6.18 Lulus 6.17 Mesyuarat Majlis Penuh Lulus / Tolak 6.18 Keputusan Mesyuarat Majlis Penuh 6.19 6.19 Penyediaan Dokumen Keputusan - Borang PKM14 (Semakan Kontrak) - Borang PKM15(A) (Lulus) - Borang PKM15(B) (Tolak)
TEMPOH KEBENARAN MERANCANG DIBERI Setiap Kelulusan Kebenaran Merancang Diberi Hanya Sah Laku Selama 1 Tahun Sahaja Jika Tiada Sebarang Pemajuan Dilakukan Dalam Tempoh Tersebut, Maka Pemohon Dikehendaki Mengemukakan Permohonan Untuk Melanjutkan Tempoh Kebenaran Merancang Tersebut Dengan Membayar 10 % Daripada Bayaran Proses Pelan Yang Asal Kebenaran Berlanjutan Tarikh Kebenaran Merancang Itu Hanya Diberi 2 Kali Sahaja. Jika Selepas Tempoh Tersebut Tamat Pemohon Perlu Mengemukakan Permohonan Baru Yang Akan Diproses Semula
RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN KEBENARAN MERANCANG. Seksyen 23(1) sesuatu rayuan terhadap keputusan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) yang dibuat di bawah seksyen 22(3) boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu disampaikan kepada pemohon sekiranya ; (a) Seseorang pemohon kebenaran merancang yang terkilan dengan keputusan PBPT yang enggan memberi kebenaran merancang atau dengan sesuatu syarat yang dikenakan oleh PBPT dalam memberi kebenaran merancang dan (b) Seseorang yang telah membuat bantahan menurut seksyen 21(6) dan yang terkilan dengan keputusan PBPT berhubung dengan bantahannya.
CARTA ALIRAN PROSES RAYUAN KE LEMBAGA RAYUAN. PEMOHON Sek.21(6) TUAN TANAH LOT BERJIRAN MPSP Ada bantahan MPSP MESYUARAT J/K MENDENGAR BANTAHAN Seksyen 21(7) KEPUTUSAN LULUS DNG. SYARAT/TOLAK Sek.22(3) Sekiranya tidak berpuashati LEMBAGA RAYUAN Sek.36 Sekiranya tidak berpuashati Seksyen 23(1)
TANGGUNGJAWAB JABATAN TERHADAP KES LEMBAGA RAYUAN. • Menyediakan dokumen–dokumen berkaitan kes yang dirayu kepada pendaftar seberapa segera • Meneliti kes perayu • Mengahadiri perbicaraan sebagai responden • Memberi hujah-hujah • Mengambil tindakan terhadap sebarang arahan daripada Lembaga Rayuan • Memohon kepada pendaftar mengeluarkan sapina kepada saksi-saksi sekiranya diperlukan oleh MPSP.
PERKARA PENTING KEPADA MPSP DALAM MENGHADAPI LEMBAGA RAYUAN. • Sepanjang menghadapi Lembaga Rayuan sejak tahun 1991 hingga sekarang terdapat beberapa perkara penting yang telah dibangkitkan oleh Lembaga Rayuan sebagai panduan kepada MPSP antaranya ialah : • Untuk setiap perbicaraan Lembaga Rayuan , Majlis adalah digalakkan diwakili oleh Pengarah Perancang Bandar dan Pegawai Undang-Undang . Ini adalah disebabkan kebanyakan kes akan mempersoalkan dari aspek prosidur kebenaran merancang , akta-akta, garis panduan dan kaedah-kaedah yang digunapakai • Pihak Majlis hendaklah “ transparent” di dalam menggunapakai garispanduan dan kaedah-kaedahnya. Dalam hal ini pihak Majlis perlu dari masa kesemasa memberitahu kepada pemaju atau orang awam tentang piawaian-piawaian dan garispanduan yang digunapakai oleh majlis di dalam meluluskan permohonan kebenaran merancang • Pihak Majlis juga hendaklah memastikan segala kaedah, dasar dan garispanduan yang digunapakai mendapat kelulusan daripada Majlis Penuh atau pihak Berkuasa Negeri. Kaedah-kedah yang diperakukan oleh pihak Berkuasa Negeri juga haruslah diwartakan • Dalam menimbangkan sesuatu permohonan kebenaran merancang Majlis juga haruslah bersikap profesional . Alasan-alasan penolakan kebenaran merancang juga perlulah mempunyai justifiaksi yang kukuh supaya tidak mudah dicabar
JUMLAH HASIL BAYARAN MEMPROSES PELAN. JUMLAH HASIL BAYARAN MEMPROSES PELAN DARI TAHUN 2004 - 2006
ISU DAN MASALAH BERKAITAN PENGAWALAN PERANCANGAN DI MPSP. • Terdapat banyak bangunan yang tiada kelulusan kebenaran merancang diberi kelulusan permit sementara oleh MPSP. Ini menimbulkan masalah untuk tindakan penguatkuasaan oleh pihak jabatan. • 2. Kes-kes tanah First Grade di dalam zoning pertanian • 3. Terdapat kerja-kerja penambunan tanah dan pembinaan bangunan yang telah diberikan kelulusan permit bangunan oleh MPSP di atas lot-lot pertanian yang belum mendapat kelulusan ubah syarat tanah/pengeluaran warta taliar daripada Pihak Berkuasa Negeri.
ISU-ISU SAMBUNGAN….. 4 Pembangunan yang dijalankan oleh pemaju mengikut Fasa ini akan menimbulkan masalah untuk mengenakan syarat seperti rumah kos rendah dan lain-lain kemudahan. 5 Pengiraan kawasan lapang kering mengikut konsep MASMA yang mana pihak pemaju/akitek memaklumkan bahawa di dalam SPEAD Meeting kiraan diambilkira adalah 100% tetapi bagi kiraan Jabatan adalah mengikut piawaian perancangan 30% sahaja yang boleh diambilkira. 6 Penyediaan 10% kawasan lapang bagi unit pembangunan yang kecil . 7. Jabatan tiada mempunyai satu `guide line’ berkaitan dengan penyediaan penjenisan rumah. Pihak pemaju lebih berminat menyediakan rumah 2-3 tingkat sahaja tanpa menyediakan rumah 1 tingkat golongan sederhana.
KERTAS KERJA TUKAR GUNA BANGUNAN KEDIAMAN KEPADA TASKA / TADIKAoleh:Jabatan Perancangan BandarMajlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
PENGENALAN “ Tiada seorang pun yg boleh memula, mengusaha, atau menjalankan apa-apa pemajuan lain daripada yang menurut kebenaran merancang yg diberi kepadanya di bawah Seksyen 22 berkenaan dengan pemajuan atau syarat-syarat kebenaran merancang itu diberi.” Akta Perancangan Bandar & Desa 1976, Seksyen 20
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN PERANCANGAN • OBJEKTIF BAHAGIAN Untuk membimbing dan memastikan pembangunan-pembangunan ke kawasan-kawasan yang sesuai dan pada masa yang sama menghalang pembangunan yang bertentangan dengan perancangan di sesuatu kawasan berdasarkan Rancangan Struktur Seberang Perai dan Perancangan Tempatan Daerah yang disediakan mengikut kehendak-kehendak Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 ( Akta 172 dan Akta 1129 ) Untuk memastikan kemudahan rekreasi, lanskap dan pengindahan disediakan dan diselenggarakan dengan sempurna dan teratur.
Unit penguatkuasaan ini ialah melaksanakan mengikut Akta 172 dan mengawasi pelaksanaan rancangan struktur dan rancangan pelan tempatan. UNIT PENGUATKUASAAN • Mengawal pembangunan melalui kesesuaian perancangan semasa dalam hal tukarguna bangunan kediaman • Memantau aspek perancangan kawasan dan aktiviti perindustrian yg selari dan berkesan berdasarkan Rancangan Pemajuan dan Peruntukan Perundangan FUNGSI BAHAGIAN TUKAR KEGUNAAN & ULASAN TEKNIKAL • Mengawal pembangunan melalui kesesuaian perancangan semasa dalam hal tukarguna bangunan kediaman • Memantau aspek perancangan kawasan dan aktiviti perindustrian yg selari dan berkesan berdasarkan Rancangan Pemajuan dan Peruntukan Perundangan PERLESENAN
Seb. Perai Utara Seb. Perai Tengah Seb. Perai Selatan DASAR MAJLIS DALAM PERMOHONAN KEB. MERANCANG (TUKAR GUNA BANGUNAN KEDIAMAN) • Garis Panduan Tukar guna kediaman kepada Taska / Tadika. • Lot tepi bagi rumah jenis teres; • Rumah berkembar & Rumah sesebuah • Pelan Dasar Majlis Untuk Tukar guna Kediaman Kepada Perniagaan
STATISTIK NOTIS TUKAR GUNA 2002 – JUN 2005 (TUKAR GUNA BANGUNAN KEDIAMAN) STATISTIK NOTIS TUKAR GUNA YANG DIKELUARKAN MENGIKUT JENIS 2003 – JUL 2006
Notis • Tiada keseragaman notis dan tidak mengikut Akta 172 yang telah dipinda ( pertambahan amaun dan hukuman) atas kesalahan yg dibuat. • Warta Kerajaan yang digunakan adalah warta yang diluluskan pada tahun 1990.
BAHAGIAN PENGINDAHAN JABATAN PERANCANG BANDAR & PENGINDAHAN SELAMAT DATANG KE TAKLIMAT PENGURUSANLANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
VISI JABATAN MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG DAN BERDAYA MAJU MELALUI PERANCANGAN DAN PENGINDAHAN YANG KOMPREHENSIF. MISI JABATAN MEMASTIKAN PERANCANGAN YANG SEIMBANG MELALUI PEMBANGUNAN MAMPAN, MESRA ALAM, BERIDENTITI DAN MENARIK SELARAS DENGAN KEPERLUAN AKTA.
C A R T A O R G A N I S A S IBAHAGIAN PENGINDAHANJABATAN PERANCANG BANDAR DAN PENGINDAHANMAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI PEN. PENGARAH PERANCANG BANDAR (ARKITEK LANDSKAP) MOHD RIDZAL BIN ABDUL UNIT PROJEK / PENYELENGGARAAN UNIT PENTADBIRAN UNIT PELAN LANDSKAP PEMBANTU TADBIR KANAN (Kosong) PELUKIS PELAN KANAN Hj. Md. Radzi PEMBANTU PERKEBUNAN KANAN Lawrence Cheong PEMBANTU TADBIR Nor Azlina Bt. Mohd Said PELUKIS PELAN Abdul Wahab B. Che Hud PEMBANTU TADBIR Faridah Bt. Abu Hassan TAPAK SEMAIAN PROJEK PEMBANTU TADBIR Sukri B. Hashim PEMANDU Nasir B. Ishak TAPAK SEMAIAN UTARA TAPAK SEMAIAN TENGAH TAPAK SEMAIAN SELATAN PEN. PEGAWAI PERTANIAN Ismail B. Shamsudin PEN. PEGAWAI PERTANIAN Ramlah Bt. Zakaria PEMBANTU TEKNIK (LANDSKAP) Norisah Bt. Nayan PEMBANTU PERTANIAN (Kosong) PEMBANTU PERTANIAN Mohd Hafiz B. Md. Noor PEMBANTU PERTANIAN Suhaimi B. Ahmad JURUTEKNIK Zulhisham B. Abdullah JURUTEKNIK PERANCANG Azley Azzuddy B. Abu Bakar JURUTEKNIK PERANCANG Safian B. Mashor MANDOR ( 4 orang ) MANDOR ( 1 Orang ) MANDOR ( 1 Orang ) PELUKIS PELAN Rokiah Bt. Nyak Harun PELUKIS PELAN Samsudin B. Hussain PEKERJA AM ( 106 orang ) PEKERJA AM ( 42 orang ) PEKERJA AM ( 44 orang )
Pengurusan Landskap Jabatan bertanggungjawab terhadap kerja-kerja Landskap terhad kepada Pembangunan dan Penyelenggaraan:- • Taman Awam • Taman Rekreasi • Taman Kanak-kanak • Pengindahan Kawasan Bandar • Pengindahan Jalan-jalan Utama • Pengindahan Kawasan Jalan-jalan Utama Perindustrian
Landskap Bandar Dasar Landskap Bandar:- • Memberi penekanan terhadap identiti setempat. • Kawasan menarik sediada dikekalkan dan dipertingkatkan pengindahan dengan ciri-ciri bandar sediada. • Landskap sebagai elemen dalam mengintegrasikan aktiviti dan fungsi bandar. • Menghasilkan landskap bandar yang bersifat kondusif dan mesra pengguna.
Landskap Pinggir Dasar Landskap Pinggir:- • Pembangunan yang harmoni yang dapat megekal dan memelihara ciri-ciri indah dan keunikkan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat. • Mengoptimakan potensi sumberjaya landskap pinggir dengan meningkatkan taraf sosio ekonomi tempatan.
Dalam melaksanakan tanggungjawab keatas kerja pembangunan dan penyelenggaraan landskap, Jabatan telah membahagikan kepada 2 kaedah, iaitu:- • Menggunakan pekerja sendiri, • Mengeluarkan kontrak kerja-kerja yang ingin dilaksanakan.
Secara amnya, pekerja-pekerja Majlis hanya menyelenggara projek-projek pengindahan sediada yang telah dibina bagi kawasan-kawasan pengindahan:- • Taman-taman perumahan di seluruh Seberang Perai. • Projek-projek yang telah tamat tempoh perlaksanaan kontrak oleh kontraktor. • Membaiki untuk tempoh segera peralatan-peralatan permainan kanak-kanak yang rosak. • Cantasan pokok-pokok pinggiran jalan yang perlu tindakan segera.
Pembangunan Dan Penyelenggaraan Kerja Secara Kontrak • Kontraktor dilantik mengikut prosedur tertentu untuk melaksanakan, mengawasi dan memastikan kerja-kerja yang dikehendaki disusunatur mengikut spesifikasi kerja yang ditetakpan oleh Jabatan. • Lawatan ke tapak kerja dilakukan oleh pegawai Jabatan dari masa ke semasa bagi memastikan penjadualan yang ditetapkan dipatuhi. • Satu laporan prestasi kerja bergambar akan disediakan oleh pihak kontraktor ke atas perlaksanaan kerja yang telah dilaksanakan. (samb…)
Jadual kerja pembangunan / penyelenggaraan disediakan oleh pihak kontraktor berpandukan penjadualan yang ditetapkan di dalam Borang Sebutharga / Tender seperti di ‘Lampiran A’. • Penetapan jadual kerja adalah seperti di ‘Lampiran B’ dan bayaran adalah berdasarkan kepuasan pegawai ke atas perlaksanaan kerja dan membayar hanya ke atas kerja-kerja yang diadakan oleh pihak kontraktor di dalamsesuatu bulan tersebut sahaja seperti di ‘Lampiran C’.
Pengindahan Taman Awam Taman Anjung Bagan
Pengindahan Taman Kanak-kanak Penyediaan Alat Permainan “Intergated”
Pengindahan Kawasan Bandar Pengunaan Pokok Bunga “Annual”