320 likes | 922 Views
ISU JIHAD DAN KEGANASAN. Salah faham Barat. Islam sering dilabelkan sebagai pengganas. Islam-phobia. Media tidak memperbesarkan keganasan yang dilakukan oleh masyarakat bukan Islam terhadap muslim, seperti Israel, Bosnia, Rusia, China, Thailand dll.
E N D
Salah faham Barat • Islam sering dilabelkan sebagai pengganas. • Islam-phobia. • Media tidak memperbesarkan keganasan yang dilakukan oleh masyarakat bukan Islam terhadap muslim, seperti Israel, Bosnia, Rusia, China, Thailand dll. • Keganasan di kalangan masyarakat bukan Islam sesama mereka sendiri, seperti di Ireland, Amerika Latin dll.
Pengganas • Ku Klux Khan • Aun shin • LTTE (Gerila Tamil Sri Lanka) • FARC (Revolutionary Armed Forces of Colombia) • IRA
MAKSUD JIHAD • Terdapat dua perkataan yang lahir daripada sumber yang sama dengan al-Jihad iaitu al-Ijtihad dan al-Mujahadah. Perkataan al-Jihad, al-Ijtihad dan al-Mujahadah memberi maksud mengerahkan keupayaan secara maksimum (bersungguh-sungguh) dan berakar umbi daripada huruf yang sama iaitu Jahada.
Al-Jihad • Kalimah al-Jihad umpamanya, menurut penggunaannya lebih tertumpu kepada pengerahan upaya kekuatan yang berbentuk lahiriyyah atau fizikal seperti dengan kekuatan anggota tubuh badan dan harta benda dalam usaha menegakkan agama Allah.
“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha pengampun lagi Maha mengasihani” • “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”
Al-Ijtihad • Manakala perkataan al-Ijtihad pula menurut terminologi, penggunaannya seringkali didapati dalam disiplin ilmu Usul al-Fiqh. Hakikat ini menjelaskan bahawa maksud al-ijtihad ialah bersungguh-sungguh mengerahkan kemampuan intelek (aqliyyah) dalam usaha mendapatkan suatu ketetapan hukum
hadis • “Apabila seseorang hakim berijtihad (bersungguh-sungguh mengerahkan keupayaan intelek) lalu menepati hasil ijtihadnya itu dengan kebenaran maka ia memperolehi dua ganjaran, sekiranya ijtihadnya itu salah maka ia memperolehi satu ganjaran”
Mujahadah • Sementara perkataan al-Mujahadah pula dari sudut penggunaannya lebih tertumpu kepada aspek kerohaniaan dan seringkali diguna pakai dalam disiplin ilmu tasawuf. Al-Mujahadah juga bermaksud bersungguh-sungguh mengerahkan kemampuan atau keupayaan. Cuma ia lebih menumpukan kepada pengerahan keupayaan jiwa nurani agar dapat mengalahkan godaan nafsu syahwat dan syaitan
Bertolak daripada huraian tersebut maka difahami bahawa perkatan al-Jihad, al-Ijtihad dan juga al-Mujahadah memberi maksud bersungguh-sungguh mengerahkan keupayaan dan kemampuan secara maksimum mungkin dari seorang individu. Cuma penggunaannya adalah menurut disiplin ilmu yang berlainan. Al-Jihad lebih kebiasaannya digunakan dalam disiplin ilmu fiqh, sementara al-Ijtihad dalam disiplin ilmu usul al-Fiqh manakala al-Mujahadah pula dalam disiplin ilmu tasawuf
Al-Jihad dan al-Qital • Sama ada perkataan al-Jihad atau al-Qital yang bermaksud perang, selalunya disandarkan dengan kalimah fi sabilillah dalam kebanyakan ayat dalam al-Quran • “Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan jangan kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”
Maksud perkataan al-Qital lebih khusus penggunaannya daripada al-Jihad kerana perkataan al-Qital lebih tertumpu kepada peperangan yang menggunakan senjata serta menyebabkan berlakunya pembunuhan antara satu sama lain. • \Manakala kalimah al-Jihad pula selalunya digunakan secara umum yang bermaksud mengerahkan keupayaan sama ada dari aspek harta benda, tenaga dan pemikiran untuk meletakkan agama Allah s.w.t. pada tempat yang sewajarnya
Definisi al-Jihad • Mencurahkan segala tenaga dan keupayaan dalam memerangi orang-orang kafir dan menahan serangan mereka dengan jiwa, harta dan lidah • Istilah-istilah tersebut seperti al-Siyar, al-Ribat, al-Ghazwah, al-Sariyyah dan seumpamanya
hadis • Rasulullah s.a.w. apabila melantik seorang panglima angkatan perang yang besar atau yang kecil, Baginda secara khusus akan berpesan kepadanya untuk bertakwa kepada Allah dan berlaku baik kepada para tentera Islam yang bersamanya. Kemudian Baginda bersabda: Perangilah dengan nama Allah, di jalan Allah dan perangilah orang kafir kepada Allah, berperanglah dan jangan mengambil harta rampasan perang sebelum ia dibahagi-bahagikan, jangan sekali-kali kamu melakukan khianat, jangan melampaui batas dan jangan sekali-kali mencincang musuh
hadis • Berangkatlah dengan nama Allah dan kerana Allah dan di atas agama Rasulullah, dan janganlah kamu membunuh orang tua yang sudah tidak berupaya, kanak-kanak, anak kecil dan wanita. Dan janganlah kamu mengambil harta rampasan perang sebelum ia dibahagi-bahagikan, himpunlah ia terlebih dahulu, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik
HUKUM JIHAD • jihad atau kewajipan al-qital tidak menunjukkan Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan, malah ia sebagai suatu bentuk pengawalan kehidupan manusia. Islam merupakan suatu sistem kehidupan yang diturunkan Allah s.w.t. kepada manusia bagi menjamin keadilan serta kesamarataan di antara manusia apabila ia benar-benar dilaksanakan dalam kehidupan
untuk menjaga supaya keadilan dan kesamarataan sesama manusia maka Allah mewajibkan jihad untuk mempertahankan agamanya daripada orang-orang yang angkuh dan sombong serta menolak kebenaran
Al-Quran • “Diwajibkan ke atas kamu berperang pada hal berperang itu sesuatu yang kamu benci, boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik kepada mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”
Keadaan menyebabkan kefarduan jihad • Apabila negara Islam diserang oleh musuh • Apabila pemerintah atau imam memerintahkannya
Beberapa hadis • ”Seorang mukmin kepada mukmin yang lain adalah ibarat sebuah bangunan, sebahagiannya menguatkan / mengukuhkan sebahagian yang lain” • ”Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah ia termasuk golongan mereka”
hadis • ”Orang-orang Islam seumpama satu tubuh, jika matanya sakit maka terasa sakit seluruh tubuhnya dan jika kepalanya sakit maka terasa sakit seluruh tubuhnya”
Al-Quran • ”Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal ditempat kamu , apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat, padahal kehidupan dunai untuk dibandingkan dengan kehidupan akhirat amatlah sedikit”
Akhlak para pejuang 1. Keikhlasan niat • “Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah, manakala orang-orang kafir pula berperang pada jalan taghut, justeru itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah”
“Sesungguhnya manusia yang pertama dihitung ke atasnya pada hari qiamat nanti ialah yang mati syahid, maka dia dibawa (mengadap Allah) dan Allah memperkenalkan kepadanya segala nikmatNya lalu dia mengenalinya. Kemudian Allah berfirman: Maka apakah yang telah engkau lakukan terhadapnya (nikmat-nikmat tersebut)?. Dia menjawab “Aku berperang pada jalan Mu (Allah) sehingga aku mati syahid”. Allah berfirman “Engkau berdusta, akan tetapi engkau berperang supaya diperkatakan “ Dia seorang yang berani maka sesungguhnya engkau telah diperkatakan (sebagaimana engkau mahu). Kemudian diperintahkan paraMalaikat kepadanya) maka diseret di atas mukanya sehingga dilemparkan ke dalam neraka”
2. Tidak memerangi orang-orang awam • ”Dan perangilah kerana agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas/menceroboh, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas / menceroboh”
hadis • ”Berangkatlah kamu dengan nama Allah dan kerana Allah dan atas agama Allah dan janganlah kamu membunuh orang tua yang sudah tidak berupaya, kanak-kanak kecil dan wanita dan janganlah kamu mengambilharta rampasan perang sebelum ia dibahagi-bahagikan, himpunkanlah ia terlebih dahulu dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik “
3. Dilarang menghina / mengaibkan mayat • Rasulullah s.a.w. apabila melantik seorang panglima angkatan tentera yang besar atau kecil, Baginda secara khusus akan berpesan kepadanya agar bertaqwa kepada Allah dan berlaku baik kepada tentera muslimin yang turut serta bersamanya. Kemudian Baginda bersabda “Perangilah dengan nama Allah, di jalan Allah, perangilah orang-orang kafir dengan Allah, berperanglah dan jangan mengambil harta rampasan perang sebelum ia dibahagi-bahagikan, jangan melampaui batas, jangan mengkhianati, jangan mencincang musuh
4. Tidak merosakkan harta benda musuh kecuali jika perlu • Harta benda yang dimiliki oleh manusia merupakan hak individu yang tidak boleh diusik atau diganggu gugat oleh individu lain. Kehormatan tersebut bukan sahaja berlaku dalam suasana aman, malah dalam suasana genting seperti peperangan sekalipun Islam masih menitikberatkan konsep keamanan dan kesejahteraan manusia. • Dalam melakukan jihad peperangan umpamanya, mujahid atau tentera muslim ditegah daripada melakukan kerosakan ke atas pokok-pokok, harta benda, bangunan dan sebagainya
5. Memberi perlindungan kepada pihak musuh yang menyerah kalah • Dan jika seseorang daripada kaum musyrikin meminta perlindungan kepadamu maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat kebenaran Islam), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh keamanan, perintah yang tersebut itu ialah kerana mereka merupakan kaum-kaum yang tidak mengetahui
6. Berbuat baik kepada tawanan perang • Dibebaskan tanpa bayaran tebusan • Dibebaskan dengan bayaran tebusan • Dihukum bunuh
7. Hukum ghanimah (Harta rampasan perang) • Bahkan tidak, demi diriku yang berada dalam gengamanNya, sesungguhnya selimut yang diambilnya pada hari Khaibar daripada harta rampasan perang sebelum ia dibahagi-bahagikan menjadi api yang membakarnya. Mendengarkan yang demikian, maka seorang sahabat datang kepada Baginda dengan membawa seutas tali kasut lalu bekata: ‘aku mengambil ini’ Rasulullah s.a.w. menjawab : ‘seutas atau dua utas tali kasut daripada api’