180 likes | 1.14k Views
BAB 6 ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN. Setelah mengikut kuliah ini, pelajar dapat: Menjelaskan cabaran daripada tamadun Barat dari segi politik, ekonomi dan budaya Menghuraikan justifikasi kepentingan dialog antara tamadun Menjelaskan bagaimana dialog antara tamadun harus dijalankan. Pengenalan
E N D
BAB 6ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN Setelah mengikut kuliah ini, pelajar dapat: Menjelaskan cabaran daripada tamadun Barat dari segi politik, ekonomi dan budaya Menghuraikan justifikasi kepentingan dialog antara tamadun Menjelaskan bagaimana dialog antara tamadun harus dijalankan
Pengenalan • Kesemua tamadun mengajar tentang moral dan kemanusiaan serta keperluan memelihara alam daripada bencana akibat perbuatan manusia.
Dunia Berbilang Tamadun • Masyarakat timur memiliki pengalaman beratus tahun hidup bersama dgn harmoni dan toleransi walaupun berlatarbelakangkan tamadun tamadun yang berbeza. • Tamadun Barat perlu memahami perkara ini yang selama ini bersikap mendominasi.
CABARAN GLOBALISASI Dampak Budaya Kebendaan Barat • Cabaran tamadun Islam dan tamadun Asia masa kini ialah arus globalisasi kebudayaan kebendaan tamadun Barat moden. • Dampak dunia Barat hampir menghilangkan ciri-ciri jatidiri seseorang Islam atau Asia sama ada peringkat individu, budaya dan tamadun • Dunia kini seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat hegemoni yang memperlihatkan identiti tamadun Barat. • Pengaruh Barat ke atas dunia berpunca daripada sejarah penjajahan yg memberi kesan kpd masyarakat Islam dan Asia dari aspek ekonomi, institusi politik dan nilai budaya. • Kesanya, tamadun Barat dijadikan piawai utk menilai pencapaian ketamadunan manusia. Keadaan ini memperkukuhkan dominasi Barat. • Walaupun negara2 Islam dan Asia telah merdeka, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. • Ada negara tidak memiliki kebebasan dalam menentukan halatuju negaranya sebaliknya dikongkong oleh Barat dalam bentuk dominasi yang batu.
Dominasi Politik • Terdapat negara yang dikatakan merdeka tetapi masih terikat dgn telunjuk Barat / negara kuasa besar dalam membuat keputusan politik. • Malah PBB turut didominasi oleh kuasa besar spt AS yang mempunyai kuasa veto bersama Rusia, UK, Peranchis dan China. • PBB merupakan sebuah badan politik dunia terpenting. Namun keputusan-keputusan yang dibuat dipengaruhi oleh AS yang mempunyai kepentingan. Malah AS adakalanya bertindak sendirian dgn membelakangkan Majlis Keselamatan PBB spt pengeboman ke atas Sudan dan Afghanistan (1998) dan Iraq (2003) • Persengketaan wilayah dan negara yg berlaku spt di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Paletin dll, AS telah terlibat secara langsung kerana menganggap selaku ‘polis dunia’. • Ini menunjukkan AS mendominasi kuasa politik dunia disebabkan memiliki kekuatan ketenteraan dan tiada negara pesaing setelah Soviet Union berpecah pd 1991.
Dominasi Ekonomi • Pada zaman penjajahan, penjajah barat mendominasi sumber semulajadi wilayah jajahan. • Kini syarikat2 multinasional dari Barat menguasai perdagangan antarabangsa dgn mendominasi sumber alam, perindustrian, sains dan teknologi dan juga sistem kewangan. • Pola dominasi ekonomi ini disokong oleh institusi spt International Monetary Fund (IMF), World Bank, Wold Trade Organisation (WTO). • Negara-negara membangun dan miskin tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia utk mencapai kepentingan Barat. • Inilah kesan perdagangan bebas dan tanpa sempadan (economic globalisation) yg didominasi Barat.
Dominasi Media • Melalui teknologi komunikasi dan maklumat, Barat mendominasi penyebaran berita antarabangsa. • Media cetak dan elektronik kini sememangnya dikuasai syarikat besar dunia spt CNN, BBC, Bloomberg, Reuters dll. • Mereka yg menentukan bagaimana suatu berita diolah dan disebarkan kepada masyarakat dunia. • Malah sesuatu peristiwa yg berlaku sering dipesongkan atau dimanipulasi atas tujuan atau kepentingan tertentu seperti melebalkan pejuang Islam sebagai pengganas / terrorist bg menjatuhkan maruah orang Islam dan agama Islam.
Dominasi Budaya • Barat khususnya AS sememangnya telah mendominasi budaya dunia terutama dalam dunia hiburan. • Gaya hidup Barat berteraskan hedonisme melalui filem, muzik, nyayian, kartun telah tersebar luas ke seluruh dunia. • Rancangan-rancangan televisyen spt American Idol telah ditiru oleh kebanyakan stesen tv. • Jenama2 Barat spt McDonalds, Levi’s, Pepsi dll menjadi sebahagian gaya hidup global. • Kesemua ini telah mencorakkan jatidiri / identiti masyarakat Islam dan Asia.
TEORI PERTEMBUNGAN TAMADUN • 1989, Francis Fukuyama (The End of History) menyatakan dunia akan menjadi homogen dgn dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan demokrasi Barat. Buktinya, apabila Rusia dan China merupakan simbol blok Timur membuka pintu kpd dunia luar. • 1993, Samuel P. Huntington (The Clash of Civilizations?) mengemukakan teori pertembungan antara tamadun Barat dgn tamadun2 lain sehingga mencorakkan politik dunia. • 1996, Huntington menghuraikan teorinya dgn mendalam dlm buku The Clash of Civilizations and the Remarking of World Order. Beliau mengandaikan: • Selepas perang dingin perbezaan ketara antara masyarakat ialah budaya bukan politik, ideologi atau ekonomi • Konflik yang bakal timbul adalah disebabkan perbezaan antara budaya yg membawa kpd pertembungan antara tamadun • Teras utama kepada isu-isu berkaitan berpunca perbezaan antara pelbagai tamadun. • Ada pandangan yang menolak teori huntington ini dan situasi yang berlaku di dunia kini tiada kaitan dgn pertembungan tamadun. • Walaubagaimana pun, konflik antara Barat dgn Islam dgn pelancaran memerangi keganasan oleh AS seolah2 membenarkan teori Huntington. • Apa yg jelas hubungan Barat dan dunia Islam sememangnya sedang bergolak seolah tiada kesudahan.
Dampak Peristiwa 11 September 2001 • Peristiwa yg dianggap kemuncak konflik antara dunia Islam dgn barat • Beberapa peristiwa serangan ke atas kepentingan barat yg berlaku tlh menimbulkan kecurigaan ke atas umat Islam. • Operasi ketenteraan yg diketuai oleh US ke atas Afghanistan dan Iraq yg kononnya bertujuan memerangi keganasan merupakan pencabulan dan penjajahan baru. • Beberapa sekatan termasuk sekatan ekonomi ke atas negara Islam yg disyaki melindungi pengganas menyebabkan hubungan dunia barat dgn Islam semakin tidak menentu. • Akibat peristiwa 11 Sept., beberapa dialog antara golongan minoriti Islam dan golongan bukan Islam sering diadakan menjadikan Islam semakin difahami. • Namun media2 Barat sering memberikan pandangan yang bersifat prejudis terhadap orang Islam dan agama Islam.
DIALOG TAMADUN SEBAGAI MEKANISME MENGHADAPI CABARAN • Tahun 2001 tlh diisytiharkan sebagai Tahun Dialog oleh PBB spt dicadangkan oleh Mohammad Khatami (Presiden Iran) • Konflik dan permasalahan yg berlaku di peringkat antarabangsa kini menjuruskan ke arah hubungan antara dunia Islam dan barat semakin renggang, manakala peringkat negara spt di Malaysia misalnya wujud rasa curiga antara kaum disebabkan perbezaan tertentu tidak boleh diabaikan dan tentunya perlu ditangani bukan dgn cara keganasan tetapi menerusi dialog. • Manusia perlu sedar setiap agama, budaya dan tamadun mengandungi nilai dan pandangan semesta mengiktiraf kesatuan, keamanan dan kebebasan. Melalui dialog pastinya dapat menentang dominasi oleh pihak tertentu terutama kuasa Barat. • Melalui dialog segala kemelut dalam kalangan manusia dapat diatasi spt isu perpaduan, peperangan, alam sekitar, pergolakan politik dsb.
PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA MENERUSI DIALOG TAMADUN • Dialog dlm masyarakat perlu diadakan bg membina dan mengukuhkan nilai2 sejagat tg dikongsi bersama dlm tamadun Islam dan tamadun Asia. • Semua peringkat perlu berperanan ke arah ini spt IPT, sekolah, pertubuhan-pertubuhan spt agama, budaya, dan belia, media massa. • Dialog perlu dihidupkan dalam realiti hidup masyarakat yg hidup berbilang kaum dan agama serta budaya. • Jika usaha-usaha ke arah dialog tidak dijalankan secara serius kebarangkalian masyarakat akan terdedah kepada konflik yg berterusan.
ISU-ISU DALAM DIALOG TAMADUN • Keganasan dan ketidakadilan • Perebutan kuasa politik dan ekonomi • Kejahilan tentang tamadun lain • Layanan buruk
DIALOG TAMADUNl DIMENSI DALAMAN DAN DIMENSI LUARAN Dialog antara tamadun di Malaysia • Melibatkan golongan etnik yg berlainan budaya. Perkara yg perlu diberi perhatian: • Persefahaman antara kaum yg berasaskan nilai budaya dan tamadun sepunya • Rukun Negara sebagai asas tamadun Malaysia • Mengambilkira kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun • Melalui dialog akan menyuburkan rasa penghargaan, pemahaman dan penerimaan akan hakikat kepelbagaian tamadun, budaya dan agama. Dialog antara Tamadun Barat dgn Tamadun Islam dan Asia • Perkara berikut perlu diambilkira: • Nilai-nilai sepunya • Menghormati realiti dunia berbilang tamadun • Saling kebergantungan • Memahami isu-isu yang memisahkan • Memahami isu keganasan dari semua perspektif