110 likes | 539 Views
Topik 5 (part 2). Kitaran Perniagaan Benar dan Keynesian Baru. DASAR MAKROEKONOMI DALAM MODEL KITARAN PERNIAGAAN BENAR. Apakah peranan dasar makroekonomi dalam model ini? Dasar kewangan (monetari)
E N D
Topik 5 (part 2) Kitaran Perniagaan Benar dan Keynesian Baru
DASAR MAKROEKONOMI DALAM MODEL KITARAN PERNIAGAAN BENAR Apakah peranan dasar makroekonomi dalam model ini? Dasar kewangan (monetari) • Mengikut model ini faktor-faktor benar lebih penting berbanding dengan faktor kewangan dalam menentukan turun naik output dan gunatenaga. • Peranan wang adalah untuk menentukan tingkat harga, (seperti juga model klasikal). • Oleh itu perubahan kuantiti wang dan perubahan tingkat harga adalah berkadaran. • Dasar kewangan perlu memberi perhatian untuk mengawal tingkat harga.
DASAR MAKROEKONOMI DALAM MODEL KITARAN PERNIAGAAN BENAR • Dasar yang paling baik adalah yang menghasilkan pertumbuhan penawaran wang yang perlahan, • Yang seterusnya akan menstabilkan tingkat harga, • Ini bermakna kadar inflasi adalah rendah. • Dasar kewangan mengikut model RBC tidak akan memberi kesan kepada tingkat output dan gunatenaga.
DASAR MAKROEKONOMI DALAM MODEL KITARAN PERNIAGAAN BENAR DASAR FISKAL • Dalam model ini dasar fiskal akan mempengaruhi tingkat output dan gunatenaga. • Pengaruh ini bukan dari permintaan agregat nominal seperti di dalam model Keynesian, tetapi datang dari sebelah penawaran. • Umpamanya, perubahan kadar cukai ke atas pendapatan buruh atau ke atas pulangan dari modal akan mengubah perlakuan individu. • Pertambahan kadar cukai ke atas pendapatan buruh, akan meningkatkan masa rehat, mengurangkan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan.
DASAR MAKROEKONOMI DALAM MODEL KITARAN PERNIAGAAN BENAR • Cukai sekali gus (pukal)/ lump sum tax, akan mengubah gelagat individu mengenai kekayaan • Tugas dasar fiskal dalam model RBC adalah untuk mengurangkan herotan dari cukai yang dikenakan. • Tetapi dalam masa yang sama menyediakan perkhidmatan awam yang diperlukan. • Untuk mengurangkan herotan cukai, kerajaan boleh juga mengamalkan dasar kewangan , iaitu mengecap wang. • Bila sebahagian dari keperluan kewangan dibiayai melalui ,mengecap wang, cukai dapat dikurangkan, dan herotan cukai dikurangkan.
DASAR MAKROEKONOMI DALAM MODEL KITARAN PERNIAGAAN BENAR • Mengecap wang ini dipanggil ‘seignorage’ • Ada keburukan seignorage ini – kadar pertumbuhan wang pantas, bermakna kadar inflasi akan meningkat. • Mengikut model RBC, dasar fiskal dan dasar kewangan boleh digabungkan bagi mengurangkan kos inflasi dan juga herotan cukai. • Ini berbeza dari pendapat Keynesian yang mengutamakan dasar fiskal dan kewangan optimal untuk tujuan penstabilan ekonomi.
KRITIKAN KE ATAS MODEL KRITARAN PERNIAGAAN BENAR. Kritikan utama terhadap model RBC adalah- model RBC gagal memberikan penjelasan/bukti kukuh mengenai turun naik aktiviti ekonomi. (economic fluctuations). Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah: • Adakah kejutan teknologi cukup kuat/memadai bagi menghasilkan kitaran perniagaan? • Adakah individu akan dengan suka rela mengubah pekerjaan apabila kemungkinan pengeluaran berubah atau bila cita rasa berubah?
KEPENTINGAN KEJUTAN TEKNOLOGI • Isu ini berkaitan dengan persoalan pertama yg dibangkitkan iaitu magnitud kesan perubahan teknologi. • Kebanyakan kejutan teknologi adalah khusus kepada industri tertentu. • Pada satu masa mungkin sebuah industri mengalami kejutan negatif, tetapi ada industri mengalami kejutan positif. • Kejutan semasa kelembapan mendapati kejatuhan output benar 10% kurang dari output potensi. • Kejatuhan yang besar ini tidak mungkin dapat diterangkan oleh kejutan teknologi. • Pengkritik model ini percaya kejutan lain adalah sama penting dengan kejutan teknologi.
KEPENTINGAN KEJUTAN TEKNOLOGI • Contohnya, kelembapan dalam tahun 1970an adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak yang diimport oleh negara-negara maju. • Kelembapan di tahun 1980an di Amerika Syarikat pula dikatakan disebabkan oleh kekurangan permintaan agregat, yang berpunca dari dasar kewangan yang menguncup
MENGUBAH PEKERJAAN DENGAN SUKA RELA • Menurut model RBC, perubahan gunatenaga berlaku apabila agen ekonomi bertindakbalas terhadap perubahan keadaan ekonomi. • kejutan positif akan memberi galakan kepada individu untuk lebih produktif dengan bekerja lebih tekun , terdapat pertambahan input buruh maka, ouput akan bertambah. • Oleh itu kesan yang sebaliknya akan didapati sekiranya kejutan negatif berlaku - individu dengan suka rela berhenti kerja kerana output turun. • Ini bermakna buruh akan bertindak balas dengan perubahan upah benarnya. • Dalam dua-dua kes- perubahan gunatenaga berlaku secara sukarela iaitu pengangguran adalah sukarela (voluntary unemployment) • Model ini dikritik kerana bagi mendapat tindak balas begini, keluk penawaran buruh adalah sangat landai, hampir-hampir mendatar.
MENGUBAH PEKERJAAN DENGAN SUKA RELA • Sedangkan bukti empirikal menunjukkan dalam kitaran perniagaan, didapati perubahan gunatenaga adalah besar, dan perubahan upah benar adalah kecil. • Ini bermakna keluk penawaran buruh adalah curam. • Penerangan Keynesian dapat menerangkan bukti empirikal ini, dan membuat kesimpulan bahawa pengangguran adalah bukan suka rela.