1 / 14

SESI BERCERITA

SESI BERCERITA. PENDIDIKAN NASIONAL. TAJUK CERITA. SULTAN DENGAN. TIGA ORANG PENCURI.

efia
Download Presentation

SESI BERCERITA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SESI BERCERITA PENDIDIKAN NASIONAL

  2. TAJUK CERITA SULTAN DENGAN TIGA ORANG PENCURI

  3. Sultan Aminul Rashid telah menjadi raja setelah kematian ayahandanya. Baginda adalah sultan yang paling muda memerintah negeri Pura Angsana. Oleh kerana baginda kurang pandai memerintah negeri, baginda telah melantik empat menteri untuk menolong baginda. “Beta mahu kamu semua mengajar beta memerintah negeri ini dengan adil”, titah Sultan Aminul Rashid kepada keempat-empat menterinya. “Beta tidak mahu rakyat beta susah dan menderita. Beta beri kamu masa selama tiga hari,”kata baginda lagi.

  4. Keempat-empat menteri itu tidak tahu caranya untuk mengajar sultan. Selama ini, mereka tidak pernah menolong sultan memerintah negeri. Perkara itu telah membuatkan mereka menjadi pening. “Bagaimana kita hendak mengajar tuanku?” tanya Datuk Bendahara. Akhirnya, tempoh tiga hari pun tamat. Sultan Aminul Rashid telah memanggil para menteri dan bertanya tentang cara memerintah negeri. Menteri-menteri itu hanya melihat antara satu sama lain. Mereka tidak tahu untuk menjawab soalan itu. Kemudian, Datuk Bendahara berkata yang beliau dan para menteri tidak tahu caranya untuk menolong sultan. Sultan berasa hampa dengan sikap para menterinya.

  5. Setelah lama berfikir, sultan merancang untuk masuk ke dalam negeri dengan menyamar sebagai rakyat biasa. Baginda mahu mengetahui kehidupan rakyatnya. Sebelum berangkat, baginda telah berpesan kepada para menterinya untuk menjaga istana semasa pemergian baginda. Beberapa hari kemudian, baginda sampai ke sebuah kampung bernama Kampung Halia. Di sana, baginda berkawan dengan tiga orang adik-beradik. Mereka bernama Along, Angah dan Alang.

  6. Ketiga-tiga beradik itu tidak tahu orang yang berada di hadapan mereka ialah Sultan Aminul Rashid. Setelah beberapa hari berkawan, seorang daripada pemuda itu membuat satu rancangan. “Apa kata jika kita rompak rumah Datuk Bendahara?” cadang Along. “Aku mahu tahu kepandaian kamu bertiga supaya rancangan kita berjaya,”sampuk sultan. “Aku boleh memukul orang,” kata Alang. “Aku pula pandai memukau orang,” kata Angah pula. “Ha…aku pula sangat pandai dalam semua yang kamu katakan itu!” kata Along. Sultan Aminul Rashid mengikut sahaja dengan rancangan mereka.

  7. Ketika berada di luar rumah Datuk Bendahara, sultan berasa hairan apabila ternampak menteri-menterinya sedang berkumpul di situ. Setelah Angah memukau mereka, pencuri-pencuri itu pun masuk ke dalam rumah itu dan mula mengumpulkan barang-barang berharga. Semasa sultan membongkar barang-barang di dalam rumah Datuk Bendahara, baginda ternampak sehelai nota yang ditulis Datuk Bendahara. Sultan Aminul Rashid berfikir sebentar. Baginda tidak menyangka menteri-menterinya berniat jahat kepada baginda.

  8. Setelah membahagi-bahagikan barangan curi, baginda memberikan bulu ayam kepada ketiga-tiga beradik itu untuk dipakai di kepala mereka. Baginda juga turut memakainya. Setelah itu, mereka berpisah. Baginda terus bergegas pulang ke istana. Pada keesokan harinya, baginda berjumpa menteri-menterinya. Datuk Bendahara dan para menteri berasa terkejut. “Apa khabar negeri beta?” tanya sultan. “Semuanya dalam keadaan baik, tuanku,” balas Datuk Bendahara. “Bohong! Beta tahu ada tiga pencuri di dalam negeri ini. Kumpulkan semua rakyat!”titah baginda.

  9. Menteri-menteri berasa hairan dan tidak tahu sebab baginda mengumpulkan semua rakyatnya. Setelah semua rakyat berkumpul, baginda telah menunjukkan ke arah tiga orang pencuri yang memakai bulu ayam di kepala mereka. “Itu dia tiga orang pencuri! Tangkap mereka!”titah sultan. “Kami sebenarnya berempat. Tidak adillah jika kami bertiga sahaja ditangkap,” kata Along. Baginda pun mengeluarkan bulu ayam lalu diletakkan di tengkoloknya. Semua orang berasa hairan. Datuk Bendahara sedar bahawa baginda adalah pencuri keempat. Ketiga-tiga pencuri itu terkejut apabila mengetahui sahabat mereka yang keempat ialah Sultan Aminul Rashid.

  10. “Tangkap Datuk Bendahara kerana dia berniat jahat kepada beta!” titah sultan. “Apa buktinya?” soal Datuk Bendahara. Sultan mengeluarkan nota yang ditulis oleh Datuk Bendahara. “Ampunkan patik tuanku. Sebenarnya, patik hanya ingin membantu tuanku supaya bertanggungjawab terhadap negeri Pura Angsana,”kata Datuk Bendahara. Setelah berfikir, barulah sultan sedar akan kebenaran kata-kata Datuk Bendahara. Sultan pun mengampunkan Datuk Bendahara dan para menterinya. Para menteri diberikan tugas semula. Manakala ketiga-tiga beradik pencuri itu dilantik menjadi pengawal istana.

  11. Nilai moral • Kadangkala sesuatu yang tidak kita ketahui akan membuatkan kita berasa serba kekurangan. • Contohnya seperti watak-watak - Sultan Aminul Rashid - Empat menteri

  12. Mesej Pendidikan Nasional Mesej 1: Singapura adalah tanahair kita; di sini tempat kita. Mesej 4: Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap Singapura. Mesej 5: Kita sendiri yang mesti mempertahankan Singapura.

  13. Sekian

  14. Rujukan Tajuk: Sultan dengan 3 orang pencuri Penulis: Zarina Ismail Pencetak: Goodwill Publications (Siri Pujangga Sari)

More Related