180 likes | 660 Views
SKP 2204 HUBUNGAN ETNIK. Program PJJ. Pengajar. Dr. Adlina bt. Ab. Halim Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia E-mail : adlina@putra.upm.edu.my Tel. pej. : 03-8946 7077. Bab 1 – Hubungan Etnik di Msia secara umum.
E N D
SKP 2204HUBUNGAN ETNIK Program PJJ
Pengajar Dr. Adlina bt. Ab. Halim Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia E-mail : adlina@putra.upm.edu.my Tel. pej. : 03-8946 7077
Bab 1 – Hubungan Etnik di Msia secara umum • KEPENTINGAN HUB. ETNIK YG HARMONIS • Akan membawa kestabilan politik & ekonomi. • Perlu usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. • Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969; • Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. • Langkah konkrit perlu diambil bagi mengeratkan perpaduan nasional & keharmonian antara kaum. • Perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya sebilangan besar rakyat miskin. • Rakyat harus bertoleransi & saling hormat menghormati.
JPNIN DEB Rukun Negara Usaha Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan Nasional Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Integrasi Antara Wilayah Gabungan Parti Politik
Bab 2 – Konsep asas Hubungan etnik Hasil pembelajaran: 1. Menjelaskan kepentingan memahami konsep- konsep asas hubungan etnik • konsep masyarakat, • etnik, etnisiti, etnosentrisme, • ras, rasisme, • prejudis, stereotaip, diskriminasi, • konsep budaya, perpaduan, integrasi, asimilasi dan amalgamasi.
Konsep Masyarakat • Kamus Dewan – “kumpulan manusia yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn aturan & cara tertentu”. • Individu, keluarga & kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. • Setiap masyarakat mempunyai budaya sendiri. Manusia yg mencipta budaya & mewariskannya.
ETNISITI ETNIK ETNOSENTRISME KONSEP MASYARAKAT RAS STEREOTAIP PREJUDIS RASISME DISKRIMINASI
Etnik, etnisiti & etnosentrisme • Etnik - Sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam; adat resam, pakaian, bahasa & kegiatan ekonomi. Etnik dikelaskan melalui perbezaan budaya • Etnisiti - rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu yg menyatukan anggotanya dgn satu sejarah, nilai, sikap & tingkahlaku yg sama. • Etnosentrisme - kepercayaan @ rasa bangga yg wujud dlm kelangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah jauh lebih hebat drp kelompok lain
Ras & rasisme • Etnisiti - rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu dimana wujud satu kebudayaan@subbudaya jelas yg menyatukan anggotanya dgn satu sejarah, nilai, sikap & tingkahlaku yg sama. • Etnosentrisme - kepercayaan @ rasa bangga yg wujud dlm kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya & etnisiti mereka adalah jauh lebih hebat drp kelompok lain & jg suatu perspektif dlm melihat kelompok etnik lain.
Prejudis & diskriminasi • Prejudis - pandangan negatif mengenai kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang hasil drp maklumat yg tidak jelas/tepat.Ia tidak diluahkan secara terbuka. • Prejudis antara etnik berlaku apabila sebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain. Di salurkan antara generasi melalui proses sosialisasi. • Pandangan, pemikiran & kepercayaan negatif oleh seseorang@sekelompok etnik terhadap anggota kelompok lain & akan pengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif. • Berlaku dlm byk bentuk :- mengelakkan diri drp individu/etnik tertentu, pembuangan kerja, serangan fizikal atau jg penghapusan etnik
Stereotaip • Kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. • Fahaman streotaip sebabkan sesuatu etnik memandang rendah terhadap etnik lain yg - membataskan interaksi & wujudkan semangat perkauman. • Contoh:- pandangan streotaip masyarakat Barat terhadap masyarakat Islam.
Konsep Perpaduan & Integrasi • Perpaduan – satu proses yg menyatu-padukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dpt membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. • Integrasi – satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah dr segi kebudayaan, sosial & lokasi dlm seseb uah unit politik.
Segregasi Akomodasi AkulturasiAsimilasi Amalgamasi Proses Integrasi Integrasi rendah Integrasi tinggi
Konsep segregasi • Pemisahan@ pengasingan antara 1 kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain dlm sesebuah negara. • Berlaku dlm bbrp keadaan – tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan, kemudahan awam. • Boleh wujud dgn didasari undang-undang :- Dasar Aparteid.
Konsep Akomodasi • Proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. • Diwakili formula A+B+C = A+B+C • Keadaan ini diamalkan di Malaysia - setiap etnik bebas mengamalkan budaya mereka dgn harmoni.
Konsep Akulturasi • Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dlm kalangan individu @ kelompok dr sesuatu kebudayaan lain yg berbeza. • Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dgn suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dgn unsur dr suatu kebudayaan asing yg berbeza sehingga ia diterima & diolah dlm kebudayaan sendiri. • Ia tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat menerima.
Konsep Asimilasi • Satu proses percantuman & penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dgn kebudayaan & identiti yg sama. • Diwakili formula A+B+C = A • Proses asimilasi berlaku apabila wujud interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bg suatu tempoh yg lama.
Konsep Amalgamasi • Satu proses yg terjadi apabila budaya @ ras bercampur utk membentuk jenis budaya & ras baru :- melalui perkahwinan campur. • Diwakili formula A+B+C = D • D mewakili generasi baru/budaya baru tanpa menuruti budaya asal.