480 likes | 1.23k Views
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 3 Kredit. Pengajar. Encik Mohd Syuja Saedin sejak7302@yahoo.com. Sinopsis Kursus. Konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik di Malaysia. Konsep hubungan etnik drp perspektif Islam. Masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia.
E N D
SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 3 Kredit
Pengajar Encik Mohd Syuja Saedin sejak7302@yahoo.com
Sinopsis Kursus • Konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik di Malaysia. • Konsep hubungan etnik drp perspektif Islam. • Masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia. • Hubungan budaya dan etnik di Malaysia dan Asia.
Objektif Kursus • Pendedahan terhadap pluraliti budaya masyarakat dan kumpulan etnik. • Kefahaman mengenai permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian hubungan etnik. • Kefahaman dan kesedaran tentang konsep Islam Hadhari dan hubungan etnik.
KANDUNGAN • BAB 1 – Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik • BAB 2 – Masyarakat Malaysia dalam Sejarah • BAB 3 – Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia • BAB 4 – Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan etnik di Malaysia • BAB 5 – Cabaran terhadap Hubungan Etnik di Malaysia dan Global
KANDUNGAN • BAB 6 – Pembangunan PolitikdalamKonteksHubunganEtnikdi Malaysia • BAB 7 – Islam HadharidanHubunganEtnik • BAB 8 – HubunganEtnikkearahMasyarakatBerintegrasi
BAB PERTAMA KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
PENGENALAN Hubungan etnik mempunyai konsep asasnya yang tersendiri. Perkara utama ialah tentang definisi dan asal-usul manusia, definisi dan kemunculan etnik, definisi kemunculan dan ciri masyarakat dan konsep kebudayaan, sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan.
MANUSIA Dalam bahasa Melayu, “manusia” berasal dari bahasa Sanskrit. “Manu” membawa maksud berfikiran dan berakal budi (Ismail Yusof, 2003: 37). Kamus Dewan mendefinisikan manusia sebagai insan dan makhluk yang mempunyai akal (T.Iskandar, 1970: 714).
MANUSIA Dalam bahasa Inggeris “human” berasal perkataan Latin “humo” yang membawa erti yang dilahirkan dari tanah. “Human” akhirnya membawa maksud sebagai manusia yang boleh berfikir dan berkreativiti (Collins, 1983: 263).
MANUSIA DALAM AL-QURAN “ins, al-insan, an-nas” dan “al-basyar” digunakan. Ia membawa maksud sebagai sejenis haiwan yang boleh berfikir dan bertutur.
MANUSIA DALAM AL-QURAN Al-Qur’an menjelaskan bahawa perkataan “al-insan” dan “an-nas” berasal dari perkataan “nasiya” yang memberi erti lupa. Inilah salah satu sifat manusia yang ada pada setiap individu iaitu sifat terlalu terlupa. Sifat ini pertama kalinya dimiliki oleh Adam a.s. apabila baginda sendiri terlupa terhadap janjinya dengan Allah SWT iaitu tidak memakan buah khuldi.
ASAL USUL MANUSIA • Pakar sosiologi Barat seperti Charles Darwin (1802-1889) dan Jean Baptiste Come de Lamarck (1749-1829). • Manusia berasal dari monyet. • Teori ini nampaknya begitu berpengaruh di Eropah dalam abad ke-19M, awal abad ke-20M dan kian merosot dalam alaf baru ini.
ASAL USUL MANUSIA • Bukanlah satu perkara yang baru malah telah terlebih dahulu diperkenalkan oleh ahli-ahli falsafah Greek seperti Aristotle dalam abad ke 4, 5 dan 6 S.M. • ii. Teori evolusi mulai luntur dan menjadi lapuk apabila pakar sains Barat sendiri menyanggah tentang kebenaran teori evolusi ini kerana tidak bersifat saintifik dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya.
ASAL USUL MANUSIA • Ia lebih bersifat ideologi bukan fakta apabila berjaya diperalatkan oleh golongan anti agama dan anti ketuhanan seperti Karl Marx • ii.Ayat al-Quran yang bermaksud: “Hai sekalian manusia! • Bertakwalah kepada tuhanmu (Allah) yang telah • menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam) dan • daripadanya pula Allah menciptakan isterinya (Hawa). • daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki • dan perempuan yang banyak” • (Surah al Nisaa 4: 1) • .
ETNIK DEFINISI ETNIK Perkataan etnik berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “ethnic”. Kamus Collins Gem English Dictionary mendefinisikannya sebagai ras (race). Ilmu yang mengkaji berkaitan dengan etnik dikenali sebagai “ethnology”. (Klasifikasi manusia berasaskan faktor sosial dan kebudayaan). Kajian berkaitan hubungan etnik dengan faktor geografi dan kependudukan dikenali sebagai “ethnography” .
KEMUNCULAN ETNIK Klasifikasi Kroeber (1948) membahagikan manusia kepada empat etnik utama: • Caucasoid yang terdiri daripada Nordik, Alpine, Meditterranean, Armenia, Arab, Iran dan India. • (ii) Mongoloid yang terdiri daripada Asiatic Mongoloid, Malayan Mongoloid, American Mongoloid. • (iii) Negroid mengandungi African Negroid, Negrito, Malanesian. • (iv) Etnik-etnik yang tidak dapat diklasifikasikan seperti Bushman, Veddoid, Austroloid, Polenesia dan Ainu.
Klasifikasi etnik berdasarkan kepada pembahagian geografi dipelopori oleh Garn (1961) dan Coon (1962) yang membahagikan manusia kepada beberapa kategori etnik: (i) Amerindian (ii) Micronesia (iii) Malanesian-Papuan (iv) Australian (v) Asiatik (vi) India (vii) European (viii) African
ETNIK DALAM ISLAM Kepelbagaian Etnik adalah Sunnatullah Bermatlamat untuk Berkenalan, Penghormatan dan Perpaduan Orang Yang Paling Baik ialah Yang Bertaqwa (dekat dengan Allah/Tuhan)
MASYARAKAT DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan bermaksud kumpulan manusia yang bergaul, hidup bersama dan hidup bermasyarakat. Dalam bahasa Inggeris dua perkataan yang digunakan iaitu “society” dan “community”. “Society” membawa maksud hidup bersama dengan orang lain. “Community” pula membawa maksud kumpulan individu yang hidup bersama dan mempunyai nilai bersama. (Colins) Dalam bahasa Arab perkataan ”masyarakat” berasal dari akar kata “syaraka, yusyariku, musyarakatan” membawa maksud bersekutu, berkongsi dan sebagainya. Ia membawa maksud hidup bersama dan bermasyarakat.
Perkataan lain yang digunakan dalam bahasa Arab ialah mujtama’” dari akar kata “jama’a, yajami’u, jam’an” yang membawa erti sebagai kumpulan, kehidupan, pergaulan dan masyarakat. (Idris al-Marbawi) Pada keseluruhannya definisi perkataan masyarakat memperlihatkan keseragaman dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab sebagai perkongsian, persatuan, perkumpulan, usahasama dan pergaulan.
Dari segi istilah, masyarakat seperti yang dijelaskan oleh Kuncaraningrat sebagai kelompok terbesar dari makhluk-makhluk manusia yang hidup terjaring dalam satu kebudayaan (Sidi Gazalba, 1986:5). Linton mendefinisikan masyarakat sebagai kelompok manusia yang telah cukup lama hidup dan berkerja-sama sehingga mereka dapat mengorganisasikan diri mereka dan berfikir tentang diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu.
Roucek dan Waren mendefinisikan masyarakat sebagai “satu kumpulan manusia yang berhubungan secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama”. Lyson pula mendefinisikan masyarakat sebagai bentuk-bentuk pergaulan hidup keluarga, suku, etnik, bangsa, jemaah agama, persyarikatan dan sebagainya. Tiga perkara yang ditekankan oleh beliau dalam memberikan definisi masyarakat adalah: i. Sebutan jenis ii. Lingkungan masyarakat iii. Semua kesatuan sosial .
Dua perkara yang ditekankan oleh Drs. Sidi Gazalba ketika memberikan definisi masyarakat dari segi istilah adalah: (i) Interaksi manusia dengan manusia, hidup berkelompok dan di dalam masyarakat yang teratur. (ii) Pemeliharaan interaksi yang teratur dalam kelompok
Lyson pula melihat dari aspek suasana masyarakat, kerana menurut beliau masyarakat dipengaruhi oleh tiga suasana: (i) Pengaruh alam ke atas kehidupan masyarakat (ii) Pengaruh manusia ke atas alam sekitar (iii) Pengaruh manusia ke atas manusia
KEMUNCULAN MASYARAKAT Ahli antropologi, sosiologi dan arkeologi bersetuju bahawa manusia alami proses evolusi. Fiedrichcist mengatakan bahawa masyarakat berkembang melalui lima peringkat iaitu: Analisis berdasarkan kpd kegiatan ekonomi. (i) Berburu dan memancing. (ii) Menternak. (iii) Bertani. (iv) Bertani dan berkejiranan. (v) Bertani, berkejiranan dan berniaga. * (Penggunaan sumber alam, wang tunai & institusi perbankan)
Tweedie membahagikan peringkat perkembangan masyarakat kepada lima tahap: (i) Zaman Batu Lama (Old Stone Age). (ii) Zaman Batu Pertengahan (Middle Stone Age). (iii) Zaman Batu Baru (New Stone Age). (iv) Zaman Gangsa (Bronze Age). (v) Zaman Besi (Iron Age).
(i) Zaman Batu Lama (Old Stone Age). • Negara kita telah diduduki oleh manusia seawal 40 000 tahun lalu • Buktinya penemuan tengkorak budak lelaki di Gua Niah yang berusia lebih kurang 40 000 tahun lalu Zaman Purba Zaman ‘Palaelithic’ (Zaman Batu Awal) • Bermula 500, 000 atau 400,000 tahun yang silam. • Tinggal di dalam gua • Memburu dan memungut hasil hutan • Guna alat-alat batu yang kasar dan ringkas • Kuala Tampan, Gua Niah dan Tingkayu
(ii) Zaman Batu Pertengahan (Middle Stone Age). Zaman ‘Mesolithic’ (Zaman Batu Tengah) • Bermula 25,000 tahun lalu atau 10, 000 hg 4,000 tahun lalu • Masih tinggal di dalam gua tetapi ada yang tinggal di tebing sungai dan tasik • Semakin maju, gunakan api utk memasak dan mula bercucuk tanam • Guna alat-alat batu yang lebih halus buatannya • Pandai membuat tembikar • Gua Cha, Gua Kecil, Guar Kepah, Gua Madai dan Jenderam Hilir
(iii) Zaman Batu Baru (New Stone Age). • Zaman Neolithic’ (Zaman Batu Baru) • Bermula 5000 tahun lalu • Masih guna alat-alat batu tetapi buatannya lebih sempurna • Mula menternak binatang • Mendirikan rumah berdekatan dgn gua • Mula berhubung dengan masyarakat tempat lain • Mengadakan hubungan perdagangan • Mula mencipta dan menggunakan alat perhiasan • Gua Madai, Gua Gamantang, Gua Tengkorak dan Gua Niah
(iv) Zaman Gangsa (Bronze Age). • Bertambah maju dan bertamadun • Menggunakan alat diperbuat drp gangsa seperti dulang, loceng dll
(v) Zaman Besi (Iron Age). • Bermula 1,000 hg 700 s.m. • Penduduk semakin ramai • Membuat petempatan di kawasan lapang terutama berhampiran sungai • Mula menggunakan alat-alat logam termasuk perhiasan yg bermutu tinggi • Kehidupan lebih teratur dan tinggal menetap • Mempunyai adat resam yang tersusun • Sungai Langat, Sungai Muar dan Sungai Tembeling
Al Farabi pula berpendapat masyarakat adalah mereka yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam segala bidang kehidupan. Mereka sentiasa tolong-menolong dan sifat ini akhirnya menjadikan manusia hidup berkelompok. Pada peringkat permulaan kehidupan manusia ini, tiga perkara penting menjadi asas kehidupan mereka iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Keperluan kepada tiga unsur ini menyebabkan sesebuah masyarakat itu akan terbentuk dari empat kumpulan dan inilah yang dijelaskan sebagai masyarakat desa: (i) Petani. (ii) Pembuat rumah. (iii) Penenun kain. (iv) Pembuat kasut.
Tetapi apabila sesebuah masyarakat itu semakin berkembang, empat kumpulan lain diperlukan. lnilah yang dikatakan sebagai masyarakat kota: (i) Tukang kayu. (ii) Tukang besi. (iii) Saudagar. (iv) Peniaga runcit. Ibnu Khaldun mengatakan oleh kerana lemahnya individu manusia, maka ia memerlukan hidup berkelompok agar dapat tolong-menolong dan bergotong-royong dalam menyempurnakan keperluan mereka secara kolektif.
CIRI MASYARAKAT • Brownel menyenaraikan lima ciri masyarakat: • Kelompok-kelompok jiran • (ii) Kelompok itu menyeluruh • (iii) Ia terbendung dalam kelompok berkerjasama • (iv) Mempunyai perasaan kasih • (v) Kelompok yang kecil
KEBUDAYAAN DEFINISI KEBUDAYAAN Kamus al Munjid Fi al Lughah wa al ‘A’lam menjelaskan bahawa perkataan “al thaqafah”. Kamus Collins Gem English Dictionary menjelaskan bahawa perkataan “culture”.
KEBUDAYAAN Kamus Dewan menjelaskan bahawa perkataan kebudayaan berasal dari empat suku kata iaitu “ke, budi, daya” dan “an”. Kesimpulannya, kebudayaan ialah cara hidup dan pencapaian manusia dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang meliputi ilmu pengetahuan, falsafah, teknologi, ekonomi, politik, kesenian, bahasa, kesusasteraan dan sebagainya.
Unsur Budaya • Kebudayaan sejagat • (b) Aktiviti kebudayaan • (c) Kompleks unsur-unsur • (d) Unsur-unsur tret kebudayaan • (e) Faktor pengaruhi kebudayaan • (f) Perubahan kebudayaan • (g) Peminjaman kebudayaan • (h) Sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan
Unsur Budaya a) Kebudayaan Sejagat 1. Herskovits (1948), ada 4 unsur ; • Alatteknologi • Sistemekonomi • Keluarga • Kekuasaanpolitik
Unsur Budaya • a) Kebudayaan Sejagat • 2. Kluckhohn (1953), ada7 unsur ; • Peralatandankelengkapanhidupmanusia. • Mata pencariandansistemekonomi. • Sistemsosial. • Bahasa. • Kesenian. • Pengetahuan. • Agama.
Unsur Budaya • c) Kompleks Unsur-unsur • Sistempemilikantanah, teknikmenanam, membajakdll. • d) Unsur-unsurtretkebudayaan • - Simbol, identitiataucirisesuatubudaya • Cth ; berjabattangan, bajucheongsam, kebayadll.
Unsur Budaya e) Faktorpengaruhikebudayaan i- Persekitaran ii-Bangsadanetnik iii- Psikologi iv- Ekonomi f) PerubahanKebudayaan i- Dalaman – cth ; idea dankonsep. ii- Luaran – cth; pakaiandanbahasa.
Unsur Budaya (g) Peminjaman kebudayaan • Difusi – penyebarandanpemindahanunsur-unsurdarisatukebudayaankedalamkebudayaan lain • Akulturasi – percantumanduakebudayaanataulebih • Asimilasi – penyesuaiansesuatukebudayaandengankebudayaan lain
(h) Sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan • Etnosentrisme – (Superiority Complex) • ‘Xenocentrisme’ – (Inferiority Complex) • Relativisme – nilai budaya adalah berubah-ubah.