610 likes | 1.09k Views
KANDUNGAN PROJEK. Pengenalan Objektif Pembangunan Sistem E-Nikah Sebelum dan Selepas Inovasi Faedah-faedah Dari Inovasi Yang Dilaksanakan. E-Nikah Versi 2. 1. PENGENALAN.
E N D
KANDUNGAN PROJEK • Pengenalan • Objektif Pembangunan Sistem E-Nikah • Sebelum dan Selepas Inovasi • Faedah-faedah Dari Inovasi Yang Dilaksanakan. • E-Nikah Versi 2 Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
1. PENGENALAN Pada tahun 1996, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar Electronic Government (EG). Dan seterusnya Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor-MSC) sebagaikomponen penting ke arah Wawasan 2020 telah dilancarkan. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dalam usaha melaksanakan dasar ‘Kerajaan Elektronik’ telah membangunkan Sistem Elektronik Prosedur Pengurusan Keluarga Islam yang dikenali sebagai eNIKAH bagi menjalankan fungsi Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam dengan lebih efisyen. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
PENGENALAN (…samb.) Pelaksanaan sistem ini telah merintis pembaharuan sebagai Jabatan Agama Islam Negeriyang pertama di Malaysia menggunakan pendekatan sistem elektronik dalam pengurusan maklumat keluarga Islam. eNIKAH mula dibangunkan pada November 2005 bagi menyelesaikan masalah berkaitan kaedah penyimpanan rekod Nikah, Cerai dan Ruju’ (NCR). Pembangunan fasa pertama meliputi sembilan (9) modul utama iaitu Pra-Perkahwinan, Kebenaran Kahwin, Pendaftaran Perkahwinan, Pendaftaran Cerai, Pendaftaran Rujuk, Pengeluaran Kad Nikah, Carian & Pengesahan, Laporan & Statistik dan Informasi Keluarga Islam (i-KIS) sebagaimana rajah 1. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
Pendaftaran Perkahwinan Pendaftaran Perceraian iKIS PendaftaranRuju’ Carian Dan Pengesahan e-NIKAH (FasaPertama) Pra-Perkahwinan Laporan Statistik Kad Nikah KebenaranBerkahwin Rajah 1 : Model Pembangunan Fasa 1 (ModuleNIKAH ) ~bermula November 2005 sehinggaDisember 2007~ Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
PENGENALAN (…samb.) • Modul-modul yang dibangunkan menepati kehendak semasa dan digunapakai berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Bil. 6/2002. • Bermula di kaunter Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga (BPUK) selama setahun iaitu dari Januari 2007 hingga Januari 2008. • Seterusnya, mulai Februari 2008 pihak pengurusan jabatan telah memperluaskan perkhidmatan sistem ini ke seluruh pejabat agama jajahan di Negeri Kelantan melalui rangkaian atas talian (online). • Majlis PerasmianPelancaranSistemeNIKAHolehKDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan pada 26 Ogos 2007. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
2. OBJEKTIF PEMBANGUNAN SISTEM eNIKAH • Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan • Penggunaan Kad Nikah Perakuan Nikah Pintar (18kb). • Kertas Sijil mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi (watermark-crest kelantan) bagi kesemua sijil Nikah, Cerai dan Rujuk. • Membantu mengurangkan ruang penyimpanan data (paperless). • Had capaian pengguna pula dihadkan kepada senarai tugas (empat peringkat) dan setiap aktiviti kakitangan bagi setiap rekod (daftar, kemaskini, padam, cetakan sijil, masa, tujuan dan lain-lain) akan direkod secara automatik ke dalam server. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
OBJEKTIF PEMBANGUNAN SISTEM eNIKAH(…samb.) • SistemeNIKAHjugamampumenyelesaikan 18 urusan (9 modul) yang berkaitansoal-soalNikah, ceraidanRujukdankekeluargaansecaraelektronik. Denganitu, ianyadapatmeningkatkankecekapan, penjimatanmasadantenagakerjadalammengendalikankursuspra-perkahwinan, pengeluaransijil, salinan/cabutannikah, ceraidanrujuk, kaunseling, i-KIS, laporandanstatistik. • Dibangunkanbersamaperisian e-JAWI (integrated) bagimemudahkanhurufrumiditukarkepadahurufjawisecaraautomatikuntukdisimpandandicetaksijildan lain-lain dokumenberkaitan. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
OBJEKTIF PEMBANGUNAN SISTEM eNIKAH(…samb.) • Mengurangkan Kos Operasi dan Meningkatkan Pendapatan • Sistem ini juga antara lainnya bertujuan untuk menjimatkan kos operasi dalam jangka masa panjang dan mengurangkan risiko kesilapan yang terjadi akibat kecuaian / kelalaian manusia. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
OBJEKTIF PEMBANGUNAN SISTEM eNIKAH(…samb.) • Menjimatkan Masa • Tempoh operasi/ perkhidmatan bagi satu-satu urusan boleh diselesaikan dengan cepat dan tepat serta boleh dicapai dari mana-mana lokasi menggunakan pelayar web dengan kebenaran. • Memudahkan proses carian data/ maklumat semua pasangan yang berdaftar dengan sistem eNIKAH atau dengan kata lain dapat mengurangkan masa menunggu. • Maklumat Nikah juga adalah terpelihara (turut di simpan di dalam cip kad Nikah (18kb) dan pelayan pengkalan data). Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
OBJEKTIF PEMBANGUNAN SISTEM eNIKAH(…samb.) • Untuk meningkatkan Tahap Kepuasan Pelanggan • Sistem penyampaian dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan. • Penghasilan kad eNIKAH yang bersaiz MyKad memudahkan pengguna menyimpannya dalam dompet untuk dibawa bersama. • Kad eNIKAH juga digunakan sebagai pengesahan awal dokumen rasmi status perkahwinan dan dianggap mesra pengguna, tahan lasak dan menarik. • Pasangan yang telah berkahwin akan dapat membuktikan status perkahwinan mereka dengan kadar segera. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
OBJEKTIF PEMBANGUNAN SISTEM eNIKAH(…samb.) • Mengurangkan Risiko Pemalsuan Dokumen • Risiko kewujudan sindiket pemalsuan dokumen nikah dapat dikurangkan dalam usaha membasmi sindiket pemalsuan dokumen NCR (sifar sindiket). • Sebarang pemalsuan dapat dikesan dan dibuktikan dengan segera. • Ciri-ciri keselamatan pada jenis kertas asli (mempunyai watermark) yang dihasilkan membolehkan dokumen palsu dikesan dengan mudah. (Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan contoh ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada dokumen cerai). • Sistem keselamatan yang terdapat pada cip serta kaedah meng’enkod’ data padanya adalah terjamin. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
OBJEKTIF PEMBANGUNAN SISTEM eNIKAH(…samb.) Gambar 1 : Contoh sijil perceraian palsu Gambar 1 : Contoh sijil perceraian asal Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
OBJEKTIF PEMBANGUNAN SISTEM eNIKAH(…samb.) • Mengurangkan Karenah Birokrasi • Melalui sistem elektronik ini juga, kerenah birokrasi dalam pengurusan Nikah, Cerai dan Ruju’ (NCR) di mana-mana jajahan dapat dikurangkan melalui pemantauan pelaksanaan secara masa nyata (real time) oleh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
OBJEKTIF PEMBANGUNAN SISTEM eNIKAH(…samb.) • Membina Bank Data Keluarga Islam (iKIS) • Melalui pelaksanaan sistem ini, buat pertama kali dalam sejarah pengurusan maklumat Nikah, Cerai dan Rujuk, Bank Data kekeluargaan Islam Negeri Kelantan (BDKIN) dapat dihasilkan sebagai rujukan bagi tujuan-tujuan kursus dakwah, salasilah keluarga dan sebagainya. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
3. SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI Sebelum Selepas Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
Gambar 3 : Contoh Sijil Kursus MBKPI lama 01 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL PRA PERKAHWINAN Sebelum Peserta perlu mendaftar di jajahan berkenaan sahaja. Semua dokumen seperti senarai peserta, senarai kehadiran, sijil dan cabutan ditaip, disimpan dan dicetak secara manual. Ini memerlukan ruang storan yang banyak. Sijil kursus tidak dapat disediakan pada akhir kursus Semua dokumen seperti senarai kehadiran peserta, sijil dan cabutan akan didaftar, disimpan, dicapai untuk dicetak secara atas talian (online). Ini tidak memerlukan ruang yang banyak. Sijil kursus disampaikan pada akhir kursus. 1 Selepas Gambar 4 : Contoh Sijil Kursus MBKPI baru Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
02 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL PRA PERKAHWINAN Sebelum Maklumat berkaitan kursus dan peserta disimpan secara berasingan mengikut kaedah pejabat agama jajahan masing-masing. Peserta kursus hanya boleh mendaftar di pejabat berkenaan sahaja. Maklumat berkaitan kursus dan peserta disimpan secara berpusat (centralised) di dalam pengkalan data (Server JAHEAIK). Pendaftaran boleh dilakukan dimana-mana pejabat agama. Gambar 5 : Ruangan rekod/dokumen disimpan 1 Selepas Gambar 6 : Data peribadi/rekod NCR disimpan di dalam server. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
03 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL PRA PERKAHWINAN Sebelum Semua cabutan sijil yang hilang atau rosak perlu dilakukan di ibu pejabat Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga. Semua cabutan sijil yang hilang atau rosak boleh dilakukan di mana-mana pejabat agama jajahan seluruh Negeri Kelantan. Gambar 7 : Pelanggan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan 1 Selepas Gambar 8 : Kakitangan boleh menyelesaikan urusan dengan pantas. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
01 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL KEBENARAN BERKAHWIN Sebelum Semua maklumat peribadi pemohon perlu ditaip/ dimasukkan semula berdasarkan format yang ditetapkan menggunakan perisian Microsoft Word bagi setiap permohonan sebelum dicetak. Maklumat pemohon akan boleh dicapai secara automatik berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan semasa kursus pra-perkahwinan terdahulu. Gambar 9 : Kakitangan sedang menaip data pemohon menggunakan template (ms-word) sebelum sijil kebenaran dicetak. 2 Selepas Gambar 10 : Kakitangan sedang mengemaskini data peribadi pemohon secara atas talian sebelum disimpan didalam pengkalan data pada server JAHEAIK Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
02 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL KEBENARAN BERKAHWIN Sebelum Setelah dicetak, maklumat pemohon tidak disimpan dan akan diubah apabila terdapat pemohon baru. Dengan ini, maklumat pemohon dan pasangan yang perlu diisi adalah minimum dan menjimatkan masa memproses. Gambar 11 : Contoh sijil kebenaran berkahwin mengikut format lama 2 Selepas Gambar 12 : Contoh sijil kebenaran berkahwin mengikut format baru yang dijana sistem eNIKAH Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
01 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL DAFTAR PERKAHWINAN Sebelum Penulis sijil perlu menulis sijil perakuan nikah (borang 3F) dalam 3 salinan untuk; • Lelaki • Perempuan • Salinan Pejabat Sijil perakuan nikah dan cabutan boleh terus dicapai berdasarkan carian nombor kad pengenalan atau nama pemohon dan dikemaskini sebelum dicetak dalam 3 salinan. Gambar 13 : Kakitangan sedang menulis sijil pada buku 3F (pasangan pemohon) 3 Selepas Gambar 14 : Rekod perkahwinan akan dikemaskini sebelum sijil dicetak Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
02 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL DAFTAR PERKAHWINAN Sebelum Pemohon perlu mengemukakan 3 keping gambar lelaki dan 3 keping gambar perempuan untuk dilekatkan pada buku 3F. Pemohon hanya perlu mengemukakan 1 keping gambar lelaki dan 1 keping gambar perempuan sahaja untuk diimbas sebelum di upload ke pengkalan data. Gambar 15 : Contoh Kandungan buku 3F (salinan pendaftar/pejabat) 3 Selepas Gambar 16: Kakitangan sedang mengimbas gambar pemohon sebelum di upload ke server Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
03 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL DAFTAR PERKAHWINAN Sebelum Sijil pengantin perlu disimpan didalam bilik/laci besi berkunci sehingga dituntut oleh pasangan. Sijil untuk pengantin akan dicetak terus semasa dituntut pengantin atau wakil. Dengan itu, salinan sijil pengantin tidak perlu disimpan secara fizikal untuk suatu tempoh yang panjang. Gambar 17 : Dokumen terpaksa disimpan di “pigeon-hole” berikutan ruang simpanan terhad 3 Selepas Gambar 18 : Sijil pasangan tidak perlu disimpan dan akan dicetak apabila dipohon Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
04 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL DAFTAR PERKAHWINAN Sebelum Tempoh masa menunggu adalah selama 6 bulan. Tempoh masa menunggu adalah selama 1 hingga 30 hari. Gambar 19 : Borang 4 disimpan oleh pemohon lelaki sebelum buku nikah boleh dituntut 3 Selepas Gambar 20 : Aduan/permohonan pelanggan akan dilayan dengan kadar yang segera Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
01 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL DAFTAR PERCERAIAN Sebelum Sijil perakuan perceraian perlu ditulis dalam 3 salinan bagi setiap permohonan ; • Lelaki • Perempuan • Salinan Pejabat Sijil perakuan perceraian boleh terus dicetak dari pengkalan data untuk; • Lelaki • Perempuan • Salinan Pejabat Gambar 21 : Sijil perakuan perceraian lama 4 Selepas Gambar 22 : Sijil perakuan perceraian baru Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
02 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL DAFTAR PERCERAIAN Sebelum Gambar 23 : Data Direkod dalam buku Daftar Perceraian (pejabat) 4 Selepas Gambar 24 : Data direkod dalam Modul Perceraian Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
01 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL DAFTAR RUJUK Sebelum Sijil perakuan ruju’ perlu ditulis dalam 3 salinan bagi setiap permohonan untuk; • Lelaki • Perempuan • Salinan Pejabat Sijil perakuan rujuk boleh dikemaskini dan terus dicetak dari pengkalan data untuk; • Lelaki • Perempuan • Salinan Pejabat Gambar 25 : SijilPerakuanRuju’ lama 5 Selepas Gambar 26 : Sijil Perakuan Ruju’ baru Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
01 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL KAD NIKAH Sebelum Buku Perakuan Nikah mudah koyak, sukar dibawa, dakwat mudah luntur, maklumat nikah perlu ditulis tangan, memerlukan kakitangan yang mahir menulis jawi. Gambar perlu ditampal. Kad Perakuan Nikah Pintar mudah dibawa/ disimpan, telah diperkenalkan dan dikeluarkan untuk kemudahan pasangan membawa bersama-sama setiap masa. Gambar 28 : Buku sijil perkahwinan sukar dibawa setiap masa dan tulisan mudah pudar 6 Selepas Gambar 29 : Kad Nikah Pintar memudahkan pasangan membawa bersama setiap masa ’Portable Card Reader’ Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
02 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL KAD NIKAH Sebelum Gambar 30 : Buku Nikah (3F) perlu ditulis tangan (manual) 6 Selepas Gambar 31 : Kad Nikah Pintar akan dicetak dan di ’enkod’ dalam tempoh masa 5 minit Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
01 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL CARIAN & PENGESAHAN Sebelum Pemohon perlu menunggu dalam tempoh masa 2 minggu bagi membolehkan kakitangan membuat carian secara manual didalam buku daftar berpandukan maklumat yang diberikan oleh pemohon. Pemohon hanya perlu menunggu dalam tempoh masa 1 minit untuk mendapatkan hasil carian dan pengesahan kerana kakitangan hanya perlu memasukkan kriteria carian sama ada nama atau nombor kad pengenalan dalam modul carian sistem eNIKAH. Gambar 32 : Proses carian cabutan/ permohonan Nikah, Cerai dan Ruju’ melibatkan dokumen yang banyak. 7 Selepas Gambar 34 : Proses carian rekod pemohon dapat dilakukan dengan hanya memasukkan nama atau no. K/P pemohon sahaja. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
02 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL CARIAN & PENGESAHAN Sebelum Gambar 33 : Proses carian cabutan/ permohonan Nikah, Cerai dan Ruju’ melibatkan dokumen yang banyak. 7 Selepas Gambar 35 : Proses carian rekod pemohon dapat dilakukan dengan hanya memasukkan nama atau no. pad pengenalan pemohon sahaja. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
01 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL LAPORAN & STATISTIK Sebelum • Semua data perlu dicari dan dikumpul secara manual oleh kakitangan. • Sekiranya laporan yang diperlukan melibatkan lain-lain jajahan dan berbeza format atau perkara, tempoh masa yang lama diperlukan untuk mendapat maklumbalas/ laporan. • Kesahihan maklumat sangat bergantung kepada ketelitian kakitangan terlibat. • Menjana laporan-laporan dan statistik-statistik setiap modul dengan lengkap dan terperinci. • Format laporan dan statistik ini boleh diubah mengikut kriteria carian. 8 Selepas Gambar 36 & 37 : Contoh laporan dan statistik yang dijana oleh sistem eNIKAH. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
01 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASIMODUL iKIS(InformasiKeluarga Islam) Sebelum • Tiada maklumat salasilah keluarga dapat disediakan • Pengumpulan maklumat keluarga Islam (bank data keluarga). • Menghasilkan salasilah keturunan /nenek moyang. • Menjana maklumat individu bagi tujuan merancang kursus-kursus lain, menyalurkan bantuan. 9 Selepas Gambar 38 & 39 : Contoh Bank Data Keluarga Islam Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
4. FAEDAH-FAEDAHDARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN • KREATIVITI • Idea, konsep, susunan dan rekabentuk antaramuka (interface) Sistem eNIKAH Negeri Kelantan merupakan yang pertama di Malaysia dan konsepnya dirangka oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sendiri. • Ia bukan merupakan adaptasi dari mana-mana sistem yang telah wujud sebelum ini. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • REPLICABILITY • Sistem ini telah beroperasi secara berpusat (Server) di Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga menggunakan rangkaian Internet Protokol Virtual Private Network (IPVPN) Classics dan dihubungkan ke semua Pejabat Agama Jajahan di seluruh negeri Kelantan menggunakan IPVPN Value. • Pengurusan dan perlaksanaan dapat diselaraskan ke semua jajahan. • Melibatkan 10 buah jajahan, iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • EFISIEN • Penjimatan Masa • Tempoh operasi/perkhidmatan bagi satu-satu urusan dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat . • Boleh diakses dari mana-mana lokasi menggunakan pelayar web dengan kebenaran. • Memudahkan proses carian data/ maklumat semua pasangan yang berdaftar dengan sistem eNIKAH. • Urusan pendaftaran nikah yang sebelum ini mengambil masa selama enam (6) bulan dapat disingkatkan kepada satu (1) bulan atau kurang. • Maklumat Nikah adalah terpelihara (turut di rekod/simpan di dalam cip kad Nikah Pintar). Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • EFISIEN • Penjimatan Kos • Penyampaian perkhidmatan (system delivery) yang cekap dan berkualiti dapat ditingkatkan. • Dapat menjimatkan kos operasi dalam jangka masa panjang dengan mengurangkan kesilapan. • Format kertas sijil yang digunapakai adalah menggunakan kertas yang sama dan mempunyai watermark. • Manakala setiap transaksi yang memerlukan bayaran tidak akan dicetak tanpa bayaran (no resit). • Sebagai contoh, kos perjalanan kakitangan bagi kursus MBKPI yang sebelum ini mencecah RM 18,000.00 setahun dapat dijimatkan kepada perbelanjaan sifar. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • EFISIEN • Peningkatan Produktiviti • Pada tahun 2004, iaitu sebelum pelaksanaan sistem ini, pendapatan yang dijana hasil urusan nikah, cerai dan rujuk ialah sebanyak RM 2,060,398.00. • Selepas pelaksanaan sistem eNIKAH, pendapatan yang diperolehi dapat dipertingkatkan dengan drastik hasil pengenalan produk baru, kecekapan sistem penyampaian (delivery system) bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan dan peningkatan minat orang awam untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan sebagaimana berikut: Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • EFISIEN • Mudah Digunakan (User-Friendly) • Sistem eNIKAH menggunakan perantaraan Bahasa Malaysia dan antaramuka pengguna (user interface) yang mudah dan mesra pengguna. • Hanya berbekalkan pengetahuan menggunakan komputer yang minima, pengguna telah bersedia untuk mengguna dan mengendali sistem elektronik ini dengan cekap dalam masa yang singkat setelah tunjuk ajar diberikan. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • Signifikan • Sistem eNIKAH ini telah memberikan impak yang besar kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. • Pada tahun 2008 JAHEAIK telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Kelantan. Gambar 43 : Majlis PerasmianPelancaranSistemeNIKAHoleh KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan pada 26 Ogos 2007. • Kad Nikah Pintar merupakan satu imej perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Kelantan. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • Keberkesanan Kos • Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan sebanyak kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dalam membangunkan Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam atau eNIKAH bagi sembilan (9) modul utama mengikut keperluan yang digunapakai dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Bil. 6/2002. • RM 63,000.00 Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • Potensi Pelaksanaan • Penggunaan Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam atau eNIKAH oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dilihat sebagai pembaharuan dalam penyediaan perkhidmatan atas talian (online) serta bersistematik kepada semua peringkat. • Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggunakan MyKAD sebagai Nombor Rujukan Tunggal (MyID) apabila berurusan dengan agensi Kerajaan berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Januari 2009. • Ia juga turut menjadi contoh kepada Jabatan Agama Islam Negeri lain untuk turut serta dalam perkembangan teknologi semasa. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • Potensi Pelaksanaan • Sehingga kini, beberapa Jabatan Agama Islam Negeri seperti Perak (JAIPk), Negeri Sembilan (JHEINS), Pulau pinang (JHEAIPP), Kedah (JHEAIK), Terengganu(JHEAT), Selangor (JAIS) dan pihak ICT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan lawatan bagi meninjau tahap pembangunan dan kepenggunaan sistem eNIKAH dan telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan JAHEAIK. KunjunganPegawaiJabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • Potensi Pelaksanaan • JAHEAIK juga sedia bekerjasama untuk melaksanakan integrasi dengan mana-mana agensi dan berharap supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggunakan Sistem eNIKAH sebagai landasan dalam pelaksanaan pengurusan kekeluargaan Islam secara elektronik dalam pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. KunjunganPegawai Majlis Agama Islam NarathiwatThailand. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • Komitmen Pengurusan Atasan • Fasa Pertama (1) - (November 2005 hingga Disember 2007) • Pengujian setiap modul telah dilaksanakan bermula pada Januari 2007 sehingga Disember 2007. • Kesemua ralat yang dijangka dan tidak dijangka telah dikenalpasti serta dapat diperbetulkan dengan sempurna mengikut keperluan pengguna/sistem. • Meliputi 9 modul (Pra Perkahwinan, Kebenaran Berkahwin, Perkahwinan, Perceraian, Ruju', Kad Nikah, Carian dan Pengesahan (Status Nikah, Cerai dan Ruju’), Laporan dan Statistik, iKIS (Informasi Keluarga Islam). • Pengeluaran Kad Perakuan NIKAH Pintar (Kad eNIKAH). Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • Komitmen Pengurusan Atasan • Fasa Kedua (2) - (Januari 2008 hingga Disember 2009) • Pewujudan perkhidmatan Pelayan (Server) JAHEAIK. • Pewujudan rangkaian JAHEAIK menggunakan Lease line daripada BPTM (SUK) ke JAHEAIK (State*NET), manakala IPVPN Classics bagi Ibu Pejabat dan IPVPN Value bagi setiap Pejabat Agama Jajahan. • Pembangunan Modul Khidmat Nasihat dan Modul eMBKPI (Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam) akan dilaksanakan dalam bentuk portal. • Cadangan pengintegrasian Database sistem e-NIKAH dengan lain-lain sistem seperti e-SYARIAH dan SIMPI. • Penggunaan ‘Online’ sepenuhnya dalam pengurusan Nikah, Cerai dan Ruju’ diperingkat mukim/masjid. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN (…samb.) • Komitmen Pengurusan Atasan • Fasa Ketiga (3) - (Januari 2010 hingga Disember 2011) • Pengintegrasian perkhidmatan sistem e-NIKAH dengan lain-lain sistem semua agensi kerajaan negeri melalui penyelarasan sistem eKERAJAAN. • Pengemaskinian bank data keluarga Islam (BDKIN). • Pengoperasian sistem eNIKAH secara menyeluruh dalam sistem kekeluargaan Islam negeri Kelantan melalui modul iKIS bagi tujuan pembangunan keluarga. • Pengoperasian awam secara Online bagi modul-modul yang dibenarkan dalam sistem e-NIKAH. Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga Islam Negeri Kelantan