150 likes | 687 Views
MISA MELAYU TAJUK : “RINGKASAN SEJARAH NEGERI PERAK”. NOR SUZIELAWATI BINTI ARIFFIN (157005). Al marhum Jalilu’llah. Marhum Mangkat Di Pulau Tiga. Marhum Besar (S.Mahmud Shah ). ..Salasilah raja-raja Perak (1756- 1778). Raja Radin. Raja Inu. Raja Bisnu. X ada anak. Raja Budak Bongsu.
E N D
MISA MELAYUTAJUK : “RINGKASAN SEJARAH NEGERI PERAK” NOR SUZIELAWATI BINTI ARIFFIN (157005)
Al marhum Jalilu’llah Marhum Mangkat Di Pulau Tiga Marhum Besar (S.Mahmud Shah) ..Salasilah raja-raja Perak (1756- 1778).. Raja Radin Raja Inu Raja Bisnu X ada anak Raja Budak Bongsu Raja Inu (Sultan Mudzafar Shah) Raja Radin (Sultan Alau’d-din Riayat) Raja Muda Iskandar (S. Iskandar Dzul’Karrnain Raja Bisnu (S. Muhammad Shah) Sultan Mahmud Shah S. Alau’ud-din Mansur Iskandar Muda
PERAK DALAM PEMERINTAHAN SULTAN MUDZAFAR SHAH • Perak terpisah dua sebab huru- hara. • Bercantum semula kerana dibantu oleh Raja Muda Iskandar (putera Sultan Muhammad Shah). Datanglah serangan hebat dari Raja Berkabar, raja Minangkabau bersama anak raja Bugis iaitu Daeng Mattokoh dan Daeng Chelak serta pengikutnya. • Raja Berkabat ialah kesayangan Sultan. Sebab serangan adalah untuk menuntut hak beliau sebagai anak angkat Sultan. Raja Kechil Bongsu dan Bendahara ditugaskan mematahkan serangan tetapi gagal. • Raja Muda Iskandar sendiri turut menentang serangan itu baharulah angakatan Raja Berkabat dapat ditewaskan.
Pada masa perdamaian Sultan Mudzafar dengan Sultan Muhammad Shah. Raja Alam dilarang oleh Raja Muda Iskandar mengikut Sultan berpindah dari K. Kangsar ke Berahman Indera. Raja Alam berasa sakit hati. • Semasa pertempuran Raja Muda Iskandar dengan Raja Berkabat, Raja Alam enggan membantunya. Apabila Sultan mendapat tahu, terus diperintahkan Raja Muda Iskandar menangkap Raja Alam di Pulau Tiga. • Raja Alam bersama seorang pegawai kastam di Tanjong Putus dan beberapa orang Bugis tempatan mengadakan pakatan sulit menderhaka kpd Sultan. Berangkatlah Sultan bersama Raja Muda Iskandar ke Pulau Tiga hendak menangkap Raja Alam tetapi ia berjaya melepaskan diri ke Bukit Lada dan terus ke Sg. Dedap.
Sultan berhubung dengan orang B elanda dan berjaya menangkap Raja Alam dan dibuang ke Melaka. Kemudian, mangkatlah Sultan Muhammad Shah lalu dimakamkan di Pulau Tiga. • Sepeninggalan ayahandanya, Raja Muda mendapat pengaruh besar. Sultan Mudzafar Shah hendak mengahwinkan puterinya Raja Budak Rasul dan akhir tahun ke 3 pertunangan, disatukan puteri Raja Budak Rasul dengan Raja Muda.
PERAK DALAM PEMERINTAHAN SULTAN ISKANDAR DZUL’KARNAIN • Pada hari pertabalan, baginda bukan sahaja mengurniakan pangkat dan darjat kepada orang2 yang patut menerimanya malah turut menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada sesiapa yang mengundurkan diri daripada menziarahi jenazah al-Marhum. Tetapi ramai diberi pengampunan. • Baginda bercita- cita hendak memindahkan ibu kota negeri Perak dari Berahman Indera ke Chempaka Sari kerana tidak suka mendengar nobat yang dibunyikan hampir dengan makam al-marhum. • Setelah pulih hubungan dengan Belanda, baginda memindahkan ibu kota. Chempaka Sari ditukar nama menjadi Pulau Indera Sakti.
Pada suatu hari, baginda menzahirkan keinginan hendak mendirikan sebuah mahligai 7 tingkat, kemuncaknya drpd perak bertatahkan emas dan permata pudi manikam, tingkapnya drpd ijok besi Khersani, dinding diturap dengan nilam kapor yang diselang dengan cermin dan kaca. Sangat ‘ ajaib’ bentuknya. Setelah siap mahligai itu, diadakan majlis doa selamat dan maulud. Keesokan baginda pun berpindah. • Datang utusan Belanda dari Betawi dengan 3 buah kapal diketuai oleh R.E Lybroke. Tujuannya hendak membeli bijih timah dan meminta ditimbang di Tanjong Putus tetapi Sultan tidak setuju. Bijih itu hendaklah ditimbang di Tanjong Bidor. • Baginda menitahkan Syahbandar dan Menteri melaksanakan urusan tersebut. Perjalanan Shahbandar hampir dengan kapal Belanda, kelasi2 kapal mengajak singgah tetapi ditolaknya. Kapitan membedil ke arah Tanjong Bidor dengan niat menakutkan Shahbandar dan Menteri
Kapitan Belanda mendengar perkhabaran kemurkaan Sultan berasa takut lalu dicari helah dengan meminta Dato’ Laksamana menyampaikan kepada Sultan kejadian tembak- menembak adalah menembak monyet tetapi diarahkan kepada Tanjong Bidor. • Selang beberapa lama, baginda suami isteri mudik ke Berahman Indera mengunjungi makam al-marhum ayahandanya. Dan tidak berapa lama, mangkatlah Raja Permaisuri. Tinggallah baginda dengan menanggung percintaan. • Baginda berangkat dengan segala pengiring bermain-main ka laut.
PERAK DALAM PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SHAH • Dalam pemerintahan baginda, Raja Selangor datang mengadap. Raja Selangor dinobatkan dan terus dikurniakan gelaran Sultan Salehu’d-din dan diberi cop mohornya sekali. • Ibu negeri Perak berpindah ke Pasir Pulai. Baginda menamakan Pulau Besar Indera Mulia. • Di Selangor pula, datang pula seorang Raja Bugisdari Riau bernama Raja Haji dan gelarannya Pangeran. Baginda bertalian darah dengan Sultan Selangor. Tujuannya hendak menyerang kedah dengan bantuan Selangor. Angkatan perang singgah di Perak mengadap Sultan Mahmus Shah. Maka dikahwinkan Sultan Selangor dengan sepupu Sultan Perak. Pangeran menyatakan inginnya hendak berkahwin tetapi dimurkai dan diperintahkan berundur dari Perak.
Selepas perkahwinan itu, berangkatlah Sultan Selangor mendapatkan Pangeran lalu terus ke Kedah. Sultan Perak menitahkan Raja Kechil Bongsu mengikut angkatan Sultan Selangor. Akhirnya Kedah dapat dikalahkan (1770). • Sultan Mahmud Shah memerintah Perak selama 8 tahun. Digantikan oleh adinda Raja Muda bergelar Sultan Alau’d-din Mansur Shah Iskandar Muda, seorag Sultan yang memerintah dengan adil dan saksama.