290 likes | 667 Views
Disebalik runtuhan bangunan. Apa jua pekerjaan…. Situasi peperangan…. Di kota metropolitan…(London). Kanak-kanak dan dewasa…. Peperangan dan cuaca bukan halangan…. Di tengah-tengah padang pasir. Di stesen keretapi…. Di gedung…. Di udara….
E N D
Kewajipan solat tetap dituntut oleh Allah walau di mana kita berada, walau apa jua keadaan kita…Ingatlah ! Tiada alasan untuk tinggalkan solat, kecuali seseorang itu hilang akal pada waktu itu atau pitam, koma dan mabuk…
Namun …jika selepas itu keadaannya pulih, maka wajib diqada /ganti…
Apa Maksud Solat Ketika Sakit? Kenapa manusia perlu Solat Ketika Sakit?
Maksud Solat Ketika Sakit • Menunaikan Ibadat Solat Mengikut Keupayaan Disebabkan Kesakitan Yang Menghalang Daripada Menunaikan Secara Biasa.
Kaifiat Solat Ketika sakit SECARA DUDUK • Duduk dalam keadaan iftirash , iaitu seperti duduk antara dua sujud atau keadaan yang termampu • Rukuk, hendaklah ditundukkan kepala iaitu dahi berada setentang dengan tempat sujud atau bersetentang dengan hadapan lutut. • Sujud dilakukan seperti biasa.
Kaifiat Solat Ketika sakit SECARA MENGIRING • Berada dalam keadaan berbaring , sambil mengiring di atas rusuk sebelah kanan. • Muka dan dada, hendaklah menghadap kiblat. • Rukuk dan Sujud hanya dilakukan menerusi isyarat kepala.
Kaifiat Solat Ketika sakit SECARA MENELENTANG • Berada dalam keadaan berbaring , sambil menelentang. • Kaki, hendaklah menghala kiblat. • Kedudukan kepala, ditinggikan sedikit agar muka dapat menghadap kiblat. • Rukuk dan Sujud hanya dilakukan melalui isyarat kepala.
Kaifiat Solat Ketika sakit SECARA ISYARAT KELOPAK MATA • Berada dalam keadaan berbaring , sambil menelentang. • Kaki, hendaklah menghala kiblat. • Rukuk hanya dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata. • Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata.
Kaifiat Solat Ketika sakit SECARA INGAT DI DALAM HATI • Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati pergerakan mengikut tertib rukun.
Hikmah Rukhsah Solat Ketika Sakit • Menunjukkan bahawa Islam agama yang mudah. • Supaya umat Islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam sebarang keadaan. • Membuktikan Allah sayang hambaNya.
Sebab Diwajibkan Solat Walau Ketika Sakit • Solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam. • Solat dapat mencegah seseorang daripada kemungkaran. • Solat sebagai penawar kepada sakit. • Mengharapkan pertolongan Allah ketika senang dan susah. • Supaya hidup dan mati dalam iman.
Rukhsah Solat Ketika sakit Keadaan Solat • Dilakukan mengikut keupayaan pesakit samada secara duduk, berbaring, mengiring, menelentang, isyarat mata atau isyarat hati Tempoh Pelaksanaan • Dalam keadaan sakit.
Rukhsah Solat Ketika Musafir Keadaan Solat • Boleh dilakukan secara jamak, qasar atau kedua-duanya sekali. Harus juga dilakukan secara sempurna. Tempoh Pelaksanaan • Semasa berada dalam musafir.
Mengapa ramai umat Islam meninggalkan solat ? Sedangkan kemudahan tempat solat telah disediakan di mana-mana…..