620 likes | 1.24k Views
Bab 2. PENGUKURAN DAN STRUKTUR PENDAPATAN NEGARA. OBJEKTIF. Akaun Pendapatan Negara : Hubungan diantara pembolehubah makroekonomi seperti Jumlah Keluaran, Pendapatan & Perbelanjaan Keluaran Negara Kasar (KNK) Tabungan & Kekayaan KNK Benar , Indeks Harga dan Inflasi Kadar Faedah.
E N D
Bab 2 PENGUKURAN DAN STRUKTUR PENDAPATAN NEGARA
OBJEKTIF • Akaun Pendapatan Negara : Hubungan diantara pembolehubah makroekonomi seperti Jumlah Keluaran, Pendapatan & Perbelanjaan • Keluaran Negara Kasar (KNK) • Tabungan & Kekayaan • KNK Benar , Indeks Harga dan Inflasi • Kadar Faedah
PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA • Merupakan rangka kerja yang digunakan untuk mengukur kegiatan ekonomi secara menyeluruh. • Analisis ini bertujuan untuk menentukan tingkat harga umum, gunatenaga, kadar faedah dan pembolehhubah yang lain.
KEPENTINGAN KEUNTUNGAN PENDAPATAN NEGARA • Mengukur prestasi ekonomi. • Mengesan masalah ekonomi. • Memperbaiki masalah ekonomi melalui perlaksanaan dasar-dasar ekonomi. • Menilai keberkesanan dasar-dasar ekonomi kerajaan. • Mengukur taraf hidup rakyat (KNK sebenar per kapita). • Membanding taraf hidup antara negara.
Tiga Kaedah Mengukur Pendapatan Negara • Kaedah Keluaran (Product Approach) : Jumlah nilai ditambah pada setiap peringkat proses pengeluaran bagi setiap sektor. • Kaedah Pendapatan (Income Approach): Jumlah semua jenis pendapatan yang diperolehi oleh pengeluar atau faktor-faktor pengeluaran. • Kaedah Perbelanjaaan (Expenditure Approach): Jumlah nilai perbelanjaan atas barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh semua pengguna isirumah, firma dan kerajaan.
CONTOH • Perniagaan Jus membuktikan kesemua kaedah diatas memberikan jumlah yang sama OrangeInc Transactions Upah/gaji pekerja 15000 Jumlah cukai 5000 Keuntungan dari hasil jualan 35000 Jualan kepada orang awam 10000 Jualan kepada JuiceInc 25000 JuiceInc Transactions Upah/gaji pekerja 10000 Jumlah cukai 2000 Jumlah belian dari OrangeInc 25000 Keuntungan dr hasil jualan kepada orang awam 40000 OrangeInc Keuntungan sebelum cukai 35000-15000 = 20000 Keuntungan selepas cukai 20000- 5000 = 15000 JuiceInc Keuntungan sebelum cukai 40000-25000 – 10000= 5000 Keuntungan selepas cukai 5000 - 2000= 3000
KAEDAH KELUARAN • Nilai pasaran semua keluaran dalam sesebuah negara. Ia hanya meliputi harga barang akhir (final goods) dan tidak termasuk nilai barang perantaraan (intermediate goods). • Mengunakan konsep Nilai ditambah (value added):- Nilai ditambah (value added) adalah kenaikan nilai sesuatu barang setelah melalui proses pengeluaran. • Nilai ditambah = nilai output – nilai barang perantaraan. Nilai-nilai ditambah pada setiap proses pengeluaran bagi setiap sektor ekonomi dalam satu jangka masa tertentu dijumlahkan = jumlah keluaran negara.
CONTOH KAEDAH KELUARAN Jumlah keluaran OrangeInc 35000 Jumlah keluaran JuiceInc 40000 75000 Nilai ditambah OrangeInc 35000 Nilai ditambah JuiceInc 40000-25000 =15000 50000 • Pendapatan Negara menurut kaedah keluaran (jumlah nilai ditambah) adalah 50000
KAEDAH PENDAPATAN • Menjumlahkan kesemua pendapatan dalam bentuk upah pekerja dan keuntungan pengusaha.
CONTOH KAEDAH PENDAPATAN Pendapatan JuiceInc 5000Pendapatan OrangeInc 20000Jumlah upah 25000 50000alternatif – jumlah pendapatan selepas cukaiPendapatan JuiceInc 3000Pendapatan OrangeInc 15000Jumlah upah 25000Jumlah cukai 7000 50000
KAEDAH PERBELANJAAN • Jumlah perbelanjaan oleh pengguna akhir (ultimate users) ke atas barang-barang keluaran ekonomi. • Contoh Kaedah Perbelanjaan • Jumlah perbelanjaan isirumahkeatas keluaran OrangeInc 10000 Keatas keluaran JuiceInc +40000 50000
IDENTITI PENTING DLM PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA • Sebarang output yang dikeluarkan (kaedah keluaran) dibeli oleh pengguna (kaedah perbelanjaan) dan ia akan menghasilkan pendapatan kepada seseorang (kaedah pendapatan). Maka, • Jumlah keluaran =jumlah pendapatan=jumlah perbelanjaan O=Y=E
KELUARAN DALAM NEGARA KASAR(KDNK) A. Pengukuran KDNK mengikut kaedah keluaran i. KDNK (GDP) adalah nilai pasaran kesemua barang dan perkhidmatan baru yang dikeluarkan dalam sesebuah ekonomi mengikut tempoh masa tertentu (tahunan). ii. Nilai pasaran membolehkan kita menjumlahkan semua barangan yang terdapat dalam pelbagai bentuk dengan menilai ia mengikut harga pasaran. a. Masalah : barang yang tidak dipasarkan • Contohnya, hasil keluaran isirumah, nilai kualiti persekitaran dan hasil semulajadi yang pupus.
b. Memerlukan penilaian aktiviti ekonomi bawahtanah (underground economy). c. Perkhidmatan Kerajaan (tidak dijual dipasaran) dinilai pada tahap kos pengeluaran. iii. Barangan Baru (newly produced): • Mengambil kira hanya barang yang dikeluarkan pada tahun tertentu dan mengabaikan nilai barangan keluaran tahun sebelumnya.
Barangan & Perkhidmatan Akhir (final goods and services) a. Barang perantaraan tidak diambilkira. b. Barang modal (capital goods) digunakan dalam proses pengeluaran barangan lain adalah barang akhir kerana ia tidak digunakan dlm tempoh masa yang sama semasa ia dikeluarkan. c. Pelaburan inventori (Inventory investment)-inventori barangan akhir yang tidak dijual, barangan dalam proses dan barang mentah yang berubah dlm tempoh tertentu adalah juga dikira sebagai barang akhir. d. Menjumlahkan nilai ditambah secara automatik mengasingkan(exclude) barang pengantara.
Keluaran Negara Kasar (KNK@GNP) berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK@GDP) a. KNK(GNP) = output dikeluarkan oleh faktor pengeluaran domestik (samada beroperasi secara domestik atau di luar negara KDNK b. KDNK(GDP) = output dikeluarkan didalam negara (termasuk keluaran dari faktor pengeluaran milik asing yang beroperasi didalam ekonomi tersebut) • Nota: • KNK adalah konsep yang lebih sesuai untuk pengiraan dalam pendapatan negara. • KDNK lebih relevan untuk mengukur keluaran ekonomi terbuka.
c. KDNKhp = KNKhp - bayaran pendapatan faktor bersih keluar negara (NFP-net factor payment from abroad) d. Bayaran Pendapatan Faktor Bersih ke Luar Negara (PFBLN@NFP) adalah Pendapatan Faktor Pengeluaran Dari Luar Negara (+) Pendapatan Faktor Pengeluaran ke Luar Negara # Contoh Keuntungan syarikat milik US (KFC, McDonalds,etc) adalah sebahagian dari KNK US tetapi bukan KDNK US manakala ia adalah KDNK Malaysia dan bukan KNK Malaysia. e. Perbezaan di antara KDNK dan KNK adalah ketara untuk negara yang mempunyai ramai penduduk yang bekerja diluar negara.
B. Pengukuran KDNK mengikut kaedah perbelanjaan 1. Mengukur jumlah perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam sesebuah ekonomi dalam tempoh masa yang tertentu. 2. Empat kategori utama Perbelanjaan : perbelanjaan penggunaan isirumah – consumption (C), pelaburan - investment (I), perbelanjaan kerajaan – government purchases (G), ekspot bersih – (net exports-NX)
Identiti Pendapatan-Perbelanjaan :Y = C + I + G + NX 4. Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah (C): perbelanjaan keatas barang akhir (termasuk barang keluaran luar negara). a. merangkumi hampir 2/3 dari KDNK (GDP) b. Tiga kategori: i. Barang tahan lama-consumer durables (kereta, set TV, barang perabot, alat elektrik). ii. Barang tidak tahan lama-nondurable goods (makanan, pakaian, petrol). iii. Perkhidmatan – services (pelajaran, penjagaan kesihatan, perkhidmatan, kewangan, pengangkutan).
5. Pelaburan Kasar (gross investment – I) • Dikenali sebagai pembentukan modal sektor swasta. Iaitu perbelanjaan firma untuk membeli barang modal bagi meningkatkan pengeluaran barang & perkhidmatan di masa hadapan. • Tiga jenis pelaburan: a. Perbelanjaan untuk membina rumah kediaman. b. Perbelanjaan atas barang modal dan peralatan pengeluaran. c. Perubahan dalam nilai inventori pada tahun akhir.
6. Perbelanjaan Kerajaan (G) • Kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan tempatan berbelanja untuk perkhidmatan dan kepentingan masyarakat. • Dua kategori Perbelanjaan Kerajaan (G): a. Perbelanjaan penggunaan awam/kerajaan-gaji kakitangan, peralatan pejabat, dan sebagainya. b. Pelaburan kerajaan untuk membangunkan infrastruktur lebuhraya, lapangan terbang, jambatan, sistem pengairan, dan sebagainya. # Bayaran tidak melibatkan pertukaran barangan seperti: • Bayaran pindahan seperti biasiswa, subsidi dan bantuan • Kewangan • Bayaran keatas faedah (interest) pinjaman kerajaan TIDAK dikategorikan sebagai Perbelanjaan Kerajaan (G) kerana tidak melibatkan pembelian barang dan perkhidmatan.
7. Eksport Bersih (X-M) • Eksport: Barang yang dihasilkan oleh negara ini yang dibeli oleh orang asing. • Import : Barang yang dihasilkan oleh orang asing yang dibeli oleh orang tempatan. • Import ditolak dari KDNK, kerana ia adalah barang dari luar negara, dan ia bersama-sama dengan pengunaan, pelaburan, dan pebelanjaan kerajaan.
MENGUKUR KDNK MENGIKUT KAEDAH PENDAPATAN i. Ia menjumlahkan kesemua pendapatan yang dihasilkan oleh pengeluaran output (termasuk keuntungan dan cukai yang dibayar kepada kerajaan) a. Jenis Pendapatan 1. Upah dan gaji buruh (+) 2. Bunga bersih (+) (i) Bunga kasar (+) (ii) Bunga atas pinjaman pengguna (-) (iii) Bunga atas pinjaman negara (-) 3. Keuntungan pengusaha (+) (i) Dividen (ii) Keuntungan tidak dibahagikan (iii) Cukai pendapatan perusahaan) 4. Pendapatan/hasil sewa (+) 5. Pendapatan perusahaan persendirian (+)
KELUARAN NEGARA BERSIH • Kemerosotan nilai barang modal berlaku kerana ia sentiasa digunakan. Ia dikenali sebagai susut nilai (Depreciation). • Susut nilai dialami dalam tempoh setahun ditolak dari KNKhp. • Oleh itu KNBhp : jumlah nilai pasar semua barangan akhir dan perkhidmatan dikeluarkan oleh faktor pengeluaran sesebuah negara dalam satu tahun selepas ditolak susut nilai. • KNBhp = KNKhp – susut nilai • KNBkf = KNBhp– cukai tak langsung + subsidi • KNBkf adalah jumlah nilai pendapatan diperolehi oleh faktor pengeluaran dlm satu tahun hasil pengeluaran mereka di dalam dan luar negara. Ia dikenali sebagai Pendapatan Negara.
Pendapatan Sektor Swasta & Sektor Awam • Pendapatan boleh guna swasta = pendapatan sektor swasta = hasil pendapatan domestik (KDNK) dan pendapatan bersih luar negara + bayaran dari sektor awam (bayaran pindahan, bunga keatas pinjaman kerajaan) – bayaran cukai kepad kerajaan(Private Disposable Income = Y + NFP + TR + INT – T). b. Pendapatan bersih kerajaan = cukai- bayaran pindahan –bayaran bunga (T - TR – INT). c. Pendapatan sektor swasta + pendapatan bersih kerajaan = KDNK + bayaran faktor keluar negara = KNK (Private disposable income + government's net income= GDP + NFP = GNP).
Kekayaan dan tabungan • Kekayaan • Kekayaan isirumah = aset isirumah tolak liabiliti • Kekayaan negara = Kesemua harta isi rumah, firma dan harta kerajaan didalam ekonomi sesebuah negara. • kadar tabungan yang dilakukan oleh seseorang individu, firma perniagaan dan kerajaan akan menentukan tahap kekayaan sesebuah negara.
Kekayaan dan tabungan Mengukur tabungan agregat • Tabungan = pendapatan semasa – perbelanjaan semasa • Kadar Tabungan = jumlah tabungan/ pendapatan semasa • Tabungan Persendirian = pendapatan boleh guna persendirian – perbelanjaan penggunaan • Spvt = (Y + NFP - T + TR + INT) – C
Kekayaan dan tabungan • Mengukur tabungan agregat • Tabungan kerajaan = pendapatan bersih kerajaan-perbelanjaan kerajaan Sgovt= (T – TR – INT) – G • Tabungan kerajaan = lebihan belanjawan kerajaan = Penerimaan kerajaan– Perbelanjaan kerajaan • Penerimaan kerajaan= hasil cukai(T) • Perbelanjaan kerajaan = perbelanjan kerajaan (G) + pemindahan (TR) + bayaran kadar faedah ke atas hutang kerajaan (INT) • Defisit belanjawan kerajaan = – Sgovt • Kesimpulan: Pengiraan pelaburan kerajaan sama seperti pengiraan perbelanjaan kerajaan dan bukannya pelaburan
Kekayaan dan tabungan • Mengukur tabungan agregat • Tabungan negara • Tabungan negara = tabungan persendirian + tabungan negara • S = Spvt + Sgovt = [Y + NFP – T + TR + INT – C] + [T – TR – INT – G] =Y+NFP – C – G= GNP – C – G Spvt = simpanan swasta Sgovt = simpanan kerajaan
Kekayaan dan tabungan • Penggunaan tabungan persendirian S = I + (NX + NFP) S = I + CA Bermula daripada S= Y + NFP – C – G dan Y = C + I + G + NX CA = NX + NFP = Imbangan akaun semasa
Kekayaan dan tabungan • Penggunaan tabungan persendirian • Spvt = I + (–Sgovt) + CA • (guna S = Spvt + Sgovt) • Tabungan digunakan dalam 3 cara iaitu • Pelaburan (I) • Belanjawan defisit kerajaan (-Sgovt) • Imbangan akaun semasa (CA)
Kekayaan dan simpanan • Tiga elemen tersebut menerangkan tentang kegunaan tabungan swasta(Spvt): • Pelaburan (I) -Tabungan ini akan digunakan oleh pelabur sebagai dana pelaburan baru, seperti barang modal. • Belanjawan defisit kerajaan (-Sgovt) - Tabungan ini akan digunakan oleh kerajaan sebagai sumber kewangan (hutang negara) dalam mengurus atau pembangunan, cth KWSP • Imbangan akaun semasa (CA)- Rakan dagang boleh mendapat pinjaman untuk menjalankan aktiviti perdagangan,
Kekayaan dan tabungan • Hubungkait antara kekayaan dan tabungan. • Bekalan dan aliran. • Pembolehubah aliran: Mengukur masa per unit (GDP, Pendapatan, Tabungan & Pelaburan). • Pembolehubah Bekalan: Mengukur pada masa itu (kuantiti duit, harga rumah, stok modal). • Pembolehubah aliran biasanya sama dengan kadar tukaran pembolehubah bekalan. • Kekayaan dan tabungan sama seperti bekalan dan aliran.(kekayaan adalah bekalan, tabungan adalah aliran).
Kekayaan dan tabungan • Hubungkait antara kekayaan dan tabungan. • Kekayaan negara: Aset fizikal tempatan + aset bersih negara asing. • Aset fizikal sesebuah negara tempatan ( modal dagangan dan tanah). • Aset bersih negara di negara asing= aset di negara asing (stok yang ada, bon, dan harta benda yang dimiliki oleh penduduk tempatan yang berada di negara asing). • Kekayaan bergantung kepada Kestabilan ekonomi sesebuah negara.
Kekayaan dan tabungan • Hubungkait kekayaan dan tabungan • Kekayaan negara : Aset fizikal negara + Aset bersih asing • Perubahan dalam kekayaan negara • perubahan dalam harga aset yang ada dan tangungan (perubahan pada aset kewangan, atau kejatuhan harga dalam barang modal) -Tabungan negara (S= I + CA) meningkatkan kekayaan • Perbandingan antara Tabungan & Pelaburan U.S dengan negara lain - U.S negara yang sedikit tabungan, manakala Jepun negara yang banyak simpanan - U.S melabur melebihi tabungan, menyebabkan berlaku perbelanjaan yang melebihi pendapatan keseimbangan akaun (Negative current-account balance)
Kekayaan dan tabungan • Aplikasi: Kekayaan VS Tabungan • Kadar tabungan perseorangan telah bertambah kurang setiap tahun
Kekayaan dan tabungan • Aplikasi: kekayaan VS tabungan • Kita mungkin tidak perlu risau akan pengurangan kadar tabungan perseorangan disebabkan: a) Tabungan perseorangan merujuk kepada simpanan. b) Dijangkakan, kadar tabungan perseorangan akan meningkat pada masa hadapan (Rajah 2.2).
Rajah 2.2 Kadar Tabungan Perseorangan yang dilaporkan oleh Kerajaan pada musim yang berlainan (1995-2006)
Kekayaan dan tabungan • Aplikasi: Kekayaan VS Tabungan: • Kita tidak perlu risau tentang penurunan purata simpanan seseorang sebab: • Purata simpanan seseorang tidak mengambil kira modal keuntungan, iaitu apabila kekayaaan seseorang meningkat, purata simpanan menurun. (Rajah 2.3)
Rajah 2.3 Perubahan tahunan dalam nilai bersih dibahagikan dengan pendapatan peribadi (1953-2006)
GDP BENAR, INDEKS HARGA DAN INFLASI GDP BENAR (Real GDP) • Pembolehubah Nominal adalah dalam sebutan harga semasa. Sukar untuk membandingkan keluaran pada dua tempoh masa yang berbeza. • Sebutan nilai nominal tidak mencerminkan samada perubahan akibat perubahan harga atau kuantiti yang sebenar. Kenaikan KDNK mungkin disebabkan inflasi. • Pembolehubah (Real variables): perubahan kadar harga diubahsuai utk mencerminkan perubahan kuantiti.
KDNK Nominal adalah nilai keluaran output sesebuah ekonomi yang dikira mengikut harga pasaran semasa. • KDNK Benar adalah nilai keluaran output sesebuah ekonomi selepas pengubahsuaian pada perubahan tingkat harga umum. Ia mengukur nilai output berdasarkan harga pada tahun asas. KDNK Nominal=KDNK Benar pada tahun asas
Indeks Harga (Price Index) • Termasuk barangan yang mana indeks harga mengukur purata tingkat harga satu set barangan dan perkhidmatan yang tertentu relatif kepada purata tingkat harga pada tahun asas tertentu. Pendeflasi GDP = GDP nominal GDP Benar
Contoh: GDP Nominal 66,000 GDP Benar 62,000 Pendeflasi GDP = 66,000/62,000=1.065 (Tingkat harga purata 6.5>pada tahun 2 berbanding pada tahun 1) # Pada tahun asas GDP Nominal = GDP benar maka P=1