1 / 20

ANJAKAN PARADIGMA UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP MENGGUNAKAN KONSEP 1 MALAYSIA / ESQ & NLP

ANJAKAN PARADIGMA UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP MENGGUNAKAN KONSEP 1 MALAYSIA / ESQ & NLP. PENGENALAN.

hang
Download Presentation

ANJAKAN PARADIGMA UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP MENGGUNAKAN KONSEP 1 MALAYSIA / ESQ & NLP

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ANJAKAN PARADIGMA UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP MENGGUNAKAN KONSEP 1 MALAYSIA / ESQ & NLP

  2. PENGENALAN • Setiap individu telah dianugerahkan dengan pelbagai kebolehan dan keunggulan tersendiri. Untuk mendapat manfaat sepenuhnya dari nikmat yang dianugerahkan oleh Tuhan, seseorang perlu sedar akan potensi yang ada pada dirinya dan menggunakannya dengan bijak. • Untuk menghasilkan perubahan yang berterusan, perubahan perlu dilakukan terhadap cara berfikir atau paradigma yang ada. Di samping itu, nilai-nilai murni juga penting untuk dijadikan pedoman kepada tindakan yang dibuat.

  3. PENGENALAN • Pengurusan yang mantap dan kemahiran kepimpinan yang efektif pula merupakan penyokong kepada keseluruhan aktiviti ke arah kecemerlangan. Berbekalkan kekuatan dalaman (rohani) yang kukuh, seseorang individu akan dapat menghasilkan kecemerlangan dan kesejahteraan hidup bukan sahaja untuk dirinya, bahkan untuk orang di kelilingnya. • Modul ini telah disusun oleh pihak Hasani Management berdasarkan prinsip 1Malaysia, ESQ & NLP untuk mengoptimumkan potensi dan kekuatan yang ada pada pekerja untuk menjadikan mereka individu/pemimpin yang bermotivasi, berkemahiran dan dinamik dalam usaha untuk membentuk masyarakat yang progresif dan dinamik ke arah mencapai negara maju.

  4. OBJEKTIF KURSUS Selepas menjalani program latihan ini, para peserta akan dapat: Mengenal potensi diri dari semua sudut (rohani, emosi, sosial, mental). 2. Mengetahui kaedah membentuk motivasi dan kecemerlangan diri. 3. Menghayati dan mengaplikasikan nilai murni 1Malaysia seperti Integriti, Kesetiaan dan Budaya Berprestasi Tinggi semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab.

  5. KANDUNGAN KURSUS MODUL 1: MENGENAL POTENSI DIRI • Fahami ‘prinsip’ atau ‘hukum’ yang wujud dalam alam • semesta dan bagaimana anda boleh gunakan prinsip • tersebut untuk merealisasikan potensi yang ada pada • diri anda. • Ketahui rahsia dan amalan orang yang berjaya dan • sedar bahawa anda juga merupakan arkitek untuk • kehidupan anda.

  6. KANDUNGAN KURSUS MODUL 2: MINDA DAN PERUBAHAN PARADIGMA • Fahami bahawa setiap perubahan yang diingini • perlu dimulakan secara dalaman dahulu; iaitu • dengan mengubah pemikiran anda. • Selidiki apa yang menghalang anda dari mencapai • apa yang dikehendaki dan laksanakan 4 langkah • mudah untuk mengubah program anda. • Pelajari teknik-teknik mudah untuk meningkatkan • motivasi anda.

  7. KANDUNGAN KURSUS MODUL 3: BUDAYA BERPRESTASI TINGGI DAN KETEPATAN • Ketahui penyakit yang boleh menghalang • penambahbaikan. • Fahami konsep KAIZEN dan pelajari kaedah dan • sikap yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi di • tempat kerja. • Ketahui soalan yang boleh ditanya untuk memastikan • tugas yang dibuat berada di tahap yang cemerlang.

  8. KANDUNGAN KURSUS MODUL 4: BUDAYA ILMU DAN INOVASI • Fahami perubahan dan cabaran yang wujud • dalam era ilmu masa kini dan pentingnya usaha • untuk mengikuti perubahan yang ada. • Pelajari kaedah dan tabiat yang boleh diamalkan • agar anda sentiasa dalam keadaan ‘belajar’. • Ketahui kaedah untuk mencetuskan idea yang • kreatif dan inovatif dengan menggunakan kuasa • minda bawah sedar anda.

  9. KANDUNGAN KURSUS MODUL 5: PENGUASAAN PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI AL-FALAH • Kepentingan Pelan Kewangan yang canggih • Konsep pengurusan wang dan harta. • Penyediaan dan kefahaman Penyata Kewangan. • Pengurusan pengaliran tunai – Perancangan dan • analisa • Pengurusan Liabiliti – Perancangan dan Analisa

  10. KANDUNGAN KURSUS MODUL 6: PENGUASAAN PENGURUSAN HUTANG • Strategi Pengurangan Hutang. • Hutang Sewa-beli kereta. • Hutang Hartanah – Pelunasan. • Hutang Kad Kredit. • Strategi Penghapusan Hutang – Perancangan • Akhirat

  11. KANDUNGAN KURSUS MODUL 7: BUDAYA INTEGRITI DAN KEBIJAKSANAAN • Fahami dan hayati kesan integriti dalam kehidupan • seseorang. • Ketahui faktor yang menghalang seseorang daripada • mempunyai integriti, dan pelajari kaedah untuk membentuk • sifat murni dalam perhubungan dengan orang lain. • Fahami kaedah untuk menangani suatu masalah dengan • penuh berhemah dan teliti agar mencapai keadaan ‘menang- • menang’ untuk semua. • Memupuk kesedaran dan pengetahuan dalam mengurus • atau merancang kewangan persendirian, keluarga dan • komuniti masyarakat dengan berkonsepkan Al-Falah dan • nilai-nilai Islam di mana ianya dapat membentuk budaya • integriti di kalangan masyarakat berbilang bangsa.

  12. KANDUNGAN KURSUS Modul 8: Budaya Ketabahan dan Kesetiaan • Hayati paradigma yang dimiliki oleh orang yang • berjaya dalam mengharungi cabaran dan halangan yang • mendatang. • Fahami bagaimana ketakutan terbentuk dan pelajari • teknik-teknik mudah untuk mengatasi ketakutan anda. • Bentuk sifat dan sikap yang akan memaksimumkan potensi • kejayaan anda. Pelajari kaedah untuk membentuk sifat • kepimpinan dan kesetiaan dalam organisasi

  13. ATURCARA KURSUS Hari Pertama 08:30am - 09:00am Pendaftaran & Taklimat 09:00am - 10:30am Modul 1: Mengenal Potensi Diri 10:30am - 11:00am Minum Pagi 11:00am - 01:00pm Modul 2: Minda dan Perubahan Paradigma 01:00pm - 02:15pm Makan Tengahari & Solat Zohor 02:15pm - 03:45pm Modul 3: Budaya Berprestasi Tinggi dan Ketepatan 03:45pm - 04:00pm Minum Petang 04:00pm - 05:00pm Modul 4: Budaya Ilmu dan Inovasi 07.00pm - 08.00pmMakan Malam dan Solat Maghrib 08.00pm - 10.00pm Modul 5: Penguasaan Pengurusan Kewangan Peribadi Al-Falah 10.00pm - 10.15pm Jamuan Ringan & Bersurai

  14. ATURCARA KURSUS Hari Kedua 08.30am - 09.30am Modul 6 : Penguasaan Pengurusan Hutang 09:30am - 10:30am Modul 7: Budaya Integriti dan Kebijaksanaan 10:30am - 11:00am Minum Pagi 11:00am - 01:00pm Modul 8: Budaya Ketabahan dan Kesetiaan 01:00pm - 02:15pm Makan Tengahari dan Solat Zohor 02:15pm - 03:45pm Rangka Tindakan 03:45pm - 04:00pm Minum Petang 04:00pm - 05:00pm Penilaian Kursus 05.00pm - 05.30pm Penyampaian Sijil & Penutup

  15. METADOLOGI KURSUS • Kaedah pembelajaran yang digunakan dalam kursus ini bersifat ‘Experiential Learning’ yang akan melibatkan : • Syarahan, • Perbincangan, • Main peranan dan • Latihan amali secaraindividu/berpasangan/berkumpulan • untuk memahami prinsip/teknik yang dipelajari.

  16. PROFAIL JURULATIH UNGKU AZLAN SHAH BIN UNGKU CHULAN Certified NLP Trainer (NFNLP), NLP Master Practitioner (NFNLP)MSc. HRD (UPM), B.App.Sc. (Curtin), B.Arch. Hons (UiTM), Dip. Dakwah & Usuluddin (KDH). Beliau bekerja di dalam bidang arkitek selama 1 tahun, kemudian beliau telah mendapat peluang bekerja dengan Pakar Motivasi iaitu Dato 'Dr Mohd. Fadzilah Kamsah. Selama beberapa tahun, Azlan memutuskan untuk membuka syarikat beliau sendiri. Dengan pengalaman sebagai Pengamal NLP serta jurulatih profesional, dia memulakan sendiri perniagaan untuk mencipta keputusan dalam perniagaan dan menginspirasi orang untuk menjadi yang terbaik pada jua yang mereka lakukan

  17. PROFAIL JURULATIH UNGKU AZLAN SHAH BIN UNGKU CHULAN Azlan merupakan seorang yang profesional dan sangat terlatih, di mana beliau telah mengembangkan dan melakukan lebih dari 500 program khususnya dalam bidang keunggulan peribadi, kemahiran belajar, membentuk pasukan, hubungan manusia, jualan dan kepimpinan. Semua program ini menggabungkan Neuro Linguistic Programming (NLP), alat-alat praktikal dan pengalaman belajar yang memberangsangkan. Beliau dikurniakan dua Ijazah; satu daripada Curtin University of Technology, Australia, dalam bidang Sains Gunaan dan yang kedua dalam bidang Akitek dari Universiti Teknologi MARA. Beliau juga memiliki Master di bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia di mana ia lulus dengan CGPA 3,97. Selain itu beliau juga merupakan pengamal Master of Neuro Linguistic Programming (NLP) dari Persekutuan Kebangsaan Neuro Linguistic Psikologi, Amerika Syarikat dan Certified NLP Trainer

  18. PROFAIL JURULATIH UNGKU AZLAN SHAH BIN UNGKU CHULAN Beliau suka membantu pelanggan mengembangkan perniagaan mereka dengan cara yang berterusan. Beliau percaya dengan menggunakan media perniagaan untuk memperbaiki kehidupan pelanggannya akan dapat membezakan diri dengan orang lain dalam komuniti masyarakat kita dan global. Azlan sekarang menetap di Bangi bersama isteri dan dua orang anaknya.

  19. PROFAIL JURULATIH A.W.VENDARGON Beliau merupakan Certified Financial Planner (CFP), Islamic Financial Planner (IFP), Registered Financial Planner (RFP) dan Pakar Perunding bagi Latihan dan Konsultasi. Beliau terlatih dalam bidang pengurusan kewangan dan perakaunan. Beliau telah bekerja dalam bidang pengurusan kewangan dengan syarikat besar selama lebih dari 10 tahun. Beliau telah berkecimpung dalam bidang latihan dan menjadi jurucakap dalam bidang insuran sejak tahun 1996 lagi. Beliau telah terlibat dalam bidang insurans ,unit trust, syarikat pemasaran multi-level dan organisasi syarikat untuk memberi motivasi kepada ahli pasukan mereka

  20. PROFAIL JURULATIH A.W.VENDARGON Selain menjadi jurulatih perunding, minat beliau untuk mengajar telah berkembang, beliau telah menjadi tenaga pengajar di bahagian perakaunan dan pengurusan, bayaran, kewangan, CFP, RFP IFP dan sebagainya. Beliau juga pernah menjadi speaker dalam rancangan di ASTRO Vizhuthugal yang menyentuh mengenai cara menangani masalah kewangan secara bijak dan teratur Selain itu, beliau juga menawarkan perkhidmatan perundingan bagi bidang pengurusan perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana dengan perspektif bagaimana untuk meningkatkan kemajuan perniagaan dan mengawal sistem kewangan mereka. Selain itu beliau juga membantu peserta untuk mencari jalan bagi mencetuskan potensi perniagaan mereka, disamping memberi pendedahan dan langkah-langkah penglibatan mereka pada pelan tindakan yang mengubah potensi menjadi hasil yang nyata.

More Related