140 likes | 381 Views
L6: Konsep Penawaran untuk Rekreasi dan Pelancongan. Konsep Penawaran untuk RLP. Kenapa Konsep Penawaran penting di dalam rekreasi? Cth: Pengurus RLP ingin membaikpulih kemudahan untuk mengadakan program LPR. Perbandingan hasil yg akan diperolehi dengan kos membaikpulih perlu dibuat
E N D
Konsep Penawaran untuk RLP • Kenapa Konsep Penawaran penting di dalam rekreasi? Cth: Pengurus RLP ingin membaikpulih kemudahan untuk mengadakan program LPR. Perbandingan hasil yg akan diperolehi dengan kos membaikpulih perlu dibuat • Pengurus RLP (private or public) perlu membuat keputusan; tindakan yg perlu di ambil apabila melibatkan kos dan hasil.
Konsep Penawaran untuk RLP • Hukum Pn • Hubungan langsung antara harga (P)/khidmat RLP dengan kuantiti barang (Q)/khidmat berkenaan dengan pengeluaran, cateris paribus • Keluk Penawaran • Bercerun positif • Mengambarkan hubungan langsung antara harga dan kuantiti yang ditawar. • Pengeluar/pengusaha RLP memerlukan harga yang lebih tinggi untuk menambahkan penawaran, terutama kerana kos per unit (production cost) akan bertambah apabila pengusaha menambah kuantiti pengeluaran dengan cepat
Konsep Penawaran untuk RLP • Penentu-penentu Pn • Perubahan yg menyebabkan keluk Pn beralih ke kanan atau ke kiri • Penentu utama penawaran RLP ialah kos pengeluaran • Penentu-penentu lain (other variables) ialah: • Kewujudan tabung awam (public funds) • Kualiti lokasi RLP • Bilangan pengeluaran • Teknologi • Harga input (pekerja, tenaga etc) • Cuaca
Konsep Penawaran untuk RLP • Faktor-faktor yang mempengaruhi penyesuaian Pn: • Keuntungan • Kekebasan masuk dan keluar • Jangkamasa pendek dan panjang
Konsep Penawaran untuk RLP Keanjalan Penawaran keanjalan mengikut harga Anggaran Pn barangan/produk RLP boleh dibuat melalui perubahan di dalam Pm dengan menggunakan model keanjalan (elasticity) iaitu % peubahan kuantiti RLP yang ditawarkan apabila harga berubah 1%
Konsep Penawaran untuk RLP • Formula • % perubahan dlm Q yg ditawarkan/ % perubahan dlm harga • Contoh; bila harga bilik (penginapan di TM resort meningkat dari RM160 ke RM180; penawaran bilik meningkat dari 3200 ke 3600 (jum bilik yg ditawarkan setahun). • ∆Q =(400/3200)*100 = 12.5 • ∆P = (20/160)*100 = 12.5 • Keanjalan penawaran =12.5/12.5 = 1
Konsep Penawaran untuk RLP • Faktor-Faktor yang mempengaruhi Penyesuaian Pn: • Keuntungan • Kebebasan Keluar dan masuk pasaran • Jangkamasa pendek atau panjang
Konsep Penawaran untuk RLP • Faktor Keuntungan • Kadar pulangan kepada pelaburan pada keuntungan normal • Keuntungan normal;Tingkat keuntungan yg diperlukan untuk mendapat pelaburan atau sumber-sumber untuk meneruskan perniagaan • Keuntungan ekonomi/lebihan; pulangan melebihi keuntungan normal • Iaitu keupayaan untuk mendapat untung lebihan yang akan menarik pelaburan untuk memasuki industri RLP atau aktiviti perniagaan RLP
Konsep Penawaran untuk RLP • Faktor Kebebasan Keluar dan Masuk Pasaran • Kebebasan keluar dan masuk bermakna sesebuah firma (cth; agensi pelancongan) boleh masuk dan keluar industri RLP tanpa sebarang halangan/hukuman. kalau terdapat kebebasan masuk, firma akan memasuki industri kalau peluang untuk mendapat keuntungan lebih cerah. • Dengan bertambah bilangan firma, keuntungan akan berkurangan hingga menjadi untung normal. • Kebebasan keluar menjadi keperluan ntuk memastikan keteguhan industri, membantu industri untuk membuat ubahsuaian dengan mengurangkan persaingan supaya harga boleh dinaikan sehingga cukup untuk mendapat keuntungan normal
Konsep Penawaran untuk RLP • Faktor jangka masa pendek dan panjang • Masa untuk membuat ubahsuaian • Dalam JMP, oleh kerana pelaburan ke atas kapasiti dan cara pengeluaran telah dibuat, maka perubahan lebih susah dilakukan kerana terdapat input yg tidak boleh diubah (kos tetap); • Pn menegak dan harga tidak mempengaruhi Pn. • Dalam JMP, firma/agensi RLP boleh membuat semua perubahan berdasarkan kepada pasaran, tidak ada halangan pada tahap penggunaan sumber, firma boleh menggunakan kombinasi input yg paling cekap untuk pengeluaran output • Keluk Pn menjadi lebih rata dan harga mengambarkan kos penawaran (dalm persaingan sempurna)
Konsep Penawaran untuk RLP • Perubahan dalam Pm dan Pn akan mempengaruhi harga dan kuantit di dalam pasaran • Kesan ke atas harga dan kuantiti bergantung ke atas keanjalan keluk Pm dan Pn • Di dalam industri RLP faktor ‘musim’ sering menyebabkan variasi di dalam harga untuk produk RLP seperti kemudahan penginapan, bahan mentah • Perubahan ini walaubagaimanapun, berlaku kerana perubahan dalam Pm dan Pn yg mempunyai corak perubahan yg tetap. • Namun kesan perubahan boleh dipuratakan dlm tahun yg terjadi • Dengan kajian variasi di dlm harga dan juga output, penyebab perubahan ini, sama ada perubahan dlm Pm dan Pn, boleh dipastikan. • Contoh?
Konsep Penawaran untuk RLP • Kemudahan Penginapan • Maklumat awal dan pengalaman, Pm terhadap kemudahan penginapan meningkat pada musim cuti. • Maka harga penginapan akan lebih tinggi • Dlm kes ini kita dapati harga dan kuantiti beralih ke arah yg sama ( keluk Pm dan Pn) • Kesimpulan, perubahan dlm harga dan kuantiti ini dipengaruhi dengan lebih besar oleh peralihan dalam Pm. • Kesimpulan ini boleh diterima kerana kuantiti kemudahan penginapan (bilangan bilik) tidak boleh diubah dengan banyak dlm masa setahun