170 likes | 370 Views
PENGENALAN TERHADAP EKONOMI ISLAM. FG97922 YAMAN IDRIS TAKAFUL IKHLAS. PENGENALAN EKONOMI ISLAM. Takrif :
E N D
PENGENALAN TERHADAP EKONOMI ISLAM FG97922 YAMAN IDRIS TAKAFUL IKHLAS
PENGENALAN EKONOMI ISLAM Takrif : Tatacara atau sistem dalam perhubungan sesama manusia yang meliputi semua aspek bagi memenuhi keperluan masing-masing. Ianya berlandaskan Syariat Islamiah untuk kesejahteraan dan keharmonian umat manusia.
PENGENALAN EKONOMI ISLAM Fungsi Sistem Ekonomi Islam ialah: 1. Mengawal sikap manusia - berkat dll. 2. Memperolehi kekayaan untuk kebaikan dunia dan akhirat. 3. Teras kemajuan bersandarkan Syariat.
PENGENALAN EKONOMI ISLAM Prinsip Ekonomi Islam: • Berteraskan keimanan. • Mencari harta menerusi cara yang halal. • Amalkan akhlak yang mulia – qana’ah, tidak monopoli. • Untuk kebaikan semua pihak – zakat, sedeqah. • Wujudkan masyarakat sejahtera.
PENGENALAN EKONOMI ISLAM Sistem ekonomi Islam mempunyai dua jenis hukum dan pengajaran: 1. Perkara yang tetap dan baku. (Tidak ada ruang untuk ijtihad – riba, bakhil, zakat, sembunyi barang untuk keuntungan, monopoli dll). 2. Perkara yang dapat berubah sesuai dengan perkembangan semasa. (Kadar Penetapan harga barang, Takaful, kadar cukai dll)
PENGENALAN EKONOMI ISLAM Hikmah wujudnya perkara yang dapat berubah sesuai dengan keperluan masa ialah: 1. Tanda kasih sayang Allah. (Sabda Rasul – “Apa yg telah Allah halalkan di dalam kitabNya, maka ia adalah halal, manakala apa yg haram maka ia adalah haram. Dan apa yg didiamkan (tidak diperbincangkan) maka ia adalah ‘afwa (keringanan). Terimalah keringanan yang diberikan Allah. Sesungguhnya Allah tidak lupa. Firman Allah : “Dan tidaklah Tuhanmu lupa…(Maryam : 64)
PENGENALAN EKONOMI ISLAM 2. Tanda Islam adalah sesuai untuk semua zaman. (Wujudnya ruang untuk para ulamak mencarihukum bagi perkara-perkara baru yang tidak ada pada zaman dahulu). - Hadis Muaz Bin Jabbal. - Hadis Rasul : “ Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu”
PENGENALAN EKONOMI ISLAM Nilai dalam Ekonomi Islam terbahagi kepada 4 perkara utama: 1. Rabaniyyah (ketuhanan). 2. Akhlaqiayyah (akhlak). 3. Insaniyyah (kemanusiaan). 4. Wasatiyyah (keseimbangan / kesederhanaan)
PENGENALAN EKONOMI ISLAM 1. Rabaniyah (ketuhanan). Kesemua elemen dalam ekonomi Islam adalah ekonomi yang rabbani krn kesemuanya mempunyai matlamat untuk menuju kepada Allah – bersandarkan kpd keizinan Syariat/ berteraskan akidah. Firman Allah : “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepadaNya lah kamu akan dikembalikan” (al-Mulk:15)
PENGENALAN EKONOMI ISLAM 2. Akhlaqiayyah (akhlak). Larangan kepada mazmumah sebagai penggerak ekonomi seperti pelacuran, khinzir, sembunyi barang dll. Firman Allah : “Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri inginkan kesucian krn kamu hendak mencari keuntungan duniawi” (an-Nur:33)
PENGENALAN EKONOMI ISLAM 3. Insaniyyah (kemanusiaan). Bagi mewujudkan kesejahteraan ummah dengan mengiktiraf soal pemilikan, hak dan sebagainya. Firman Allah: “ Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya” (Hud:61)
PENGENALAN EKONOMI ISLAM 4. Wasatiyyah (keseimbangan / kesederhanaan) Sistem ekonomi Islam menjauhi sikap menzalimi mereka yg lemah dan menjauhi paksi untuk membolot kekayaan. Firman Allah :”Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan), supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu” (ar-Rahman :7-9)
PENGENALAN EKONOMI ISLAM Kesimpulan: • Ekonomi Islam adalah cabang dari Syariat Islam. • Prinsip ekonomi Islam adalah jauh berbeza dengan konsep ekonomi sosialis, kapitalis dan sebagainya. • Ekonomi Islam adalah berteraskan kepada sumber perundangan Islam.