250 likes | 1.6k Views
ISU-ISU KONTEMPORARI TITAS : KRISIS ALAM SEKITAR . PENDAHULUAN. Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan mahu pun global.
E N D
PENDAHULUAN • Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan mahu pun global. • Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat kompleks dan melibatkan perhubungan di antara banyak faktor. • Sebahagian daripada masalah alam sekitar yang berlaku pada hari ini adalah berkait dengan keputusan yang dibuat di peringkat individu.
PANDANGAN DAN SIKAP MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR • Pandangan dan sikap seseorang mengenai persoalan alam sekitar boleh dilihat dalam tiga kategori yang utama : • Dominasi (Domination) • Kekhalifahan (Stewardship) • Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology)
1. Dominasi (Domination) • Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi keperluan manusia. • Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber atau bahan untuk kehidupan. Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri. • Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk kepada keperluan manusia. • Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah.
2. Kekhalifahan (Stewardship) • Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini. • Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya secara sembarangan. • Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama lain.
3. Romantisisme (Romanticism / Deep Ecology) • Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan kepada setiap bentuk kehidupan. • Spesies hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai suatu entiti yang perlu dihormati haknya. • Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai sebagai suatu yang suci. • Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam merupakan entiti yang sama. • Manusia adalah sebahagian daripada alam.
PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR Tawhid Khalifah & amanah Syariah Keadilan & kesederhanaan
(a) Tawhid • Konsep tawhid merujuk kepada konsep keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat Islam seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam setiap perbuatan, pemikiran dan perasaannya. • Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya. Manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan akan mendapat balasan setimpal di hari akhirat. • Konsep tawhid ini tidak terhad kepada persoalan ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan manusia dan alam sekitar.
Tawhid • Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia hanyalah sebahagian daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi dengan lain-lain spesies yang mendiami bumi ini. • Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Sebaliknya manusia mestilah mengambil kira kesan dan akibat tindakannya terhadap spesies-spesies lain. • Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala tindakannya dan akan dipersoalkan di hari kemudian kelak. • Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, maksudnya, ‘Semua ciptaan Allah s.w.t. adalah seperti satu keluarga; dan Dia paling menyayangi mereka yang paling baik terhadap keluarga-Nya.’
(b) Khalifah dan amanah • Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan mengikut ukuran tertentu dan berada dalam keadaan seimbang dan harmoni. • Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ianya menjadi ‘ayat’ atau ‘tanda’ bagi manusia memahami hakikat kewujudan Allah s.w.t. • Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat 53-54, yang bermaksud: ‘Yang telah menjadikan bagimu bumi sebagai hamparan dan telah menjadikan bagimu bumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan yang bermacam-macam... Makanlah dan gembalakanlah binatang-binatangmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.’
Khalifah dan amanah • Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya dikurniakan Allah s.w.t. dengan akal fikiran berbanding makhluk-makhluk lain. • Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab menjaga keharmonian dan keseimbangan alam dan bukannya mendominasi alam ini. • Amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia ini perlu dijaga kerana pada akhirnya setiap individu akan dipersoalkan tentang tanggungjawabnya. • Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia dalam menentukan kesudahan di hari akhirat. • Surah al-An’am, ayat 165 menyatakan: ‘Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain dengan beberapa darjat supaya Dia boleh menguji kamu apa yang telah dikurniakan-Nya. Tuhan menurunkan azab amat seksanya tetapi sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.’
(c) Syariah • Syariah menggariskan asas etika dan norma serta perundangan untuk menjadi panduan umat Islam. • Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-Quran dan juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. • Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam kehidupan dunia dan juga akhirat. • Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan. • Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia ini, sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat 2, yang bermaksud: ‘Dialah yang menjanjikan adanya mati dan hidup, supaya Dia boleh menguji siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Penyayang.’
(d) Keadilan dan kesederhanaan • Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. • Al-Quran dalam Surah 16, ayat 90 menyatakan bahawa: ‘Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan.’ • Konsep adil dalam alam ini dapat dilihat daripada penciptaan alam semulajadi yang mematuhi ukuran-ukuran tertentu serta sentiasa berada dalam keseimbangan dan keharmonian. • Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan. • Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t. tidak melarang manusia menggunakan sumber semulajadi tetapi penggunaan ini tidaklah sehingga berlebih-lebihan, sebaliknya cukup sekadar memenuhi keperluan.
Keadilan dan kesederhanaan • Misalnya dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada menyatakan: ‘Dan binatang ternakan, diciptakan-Nya untuk kalian daripadanya mendapat pakaian panas dan keperluan (lain-lain) dan sebahagiannya untuk kalian makan’. • Contoh lain tentang kesederhanaan dalam kehidupan seharian ialah ketika berwuduk sebelum menunaikan sembahyang, di mana hanya anggota tubuh tertentu sahaja yang wajib dibasahi dan bukannya seluruh badan. • Selain itu, umat Islam juga digalakkan mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak membazir dalam penggunaan air.
APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM DI DALAM HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR Hubungan manusia dan haiwan Hubungan manusia dan tumbuh-tumbuhan Penggunaan dan pemilikan tanah
Hubungan manusia & haiwan • Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan sikap yang baik walaupun kepada haiwan. • Hadis : ‘Kebaikan yang dibuat oleh seseorang itu terhadap haiwan adalah sama baiknya dengan kebaikan yang dibuatnya terhadap manusia; sementara kejahatan yang dilakukan terhadap haiwan adalah sama jahatnya dengan perbuatan kejam yang dilakukan terhadap manusia.’ • Islam juga membenarkan manusia memelihara dan menternak haiwan untuk dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan kambing), kenderaan tunggangan atau menarik pedati (misalnya unta, kuda dan kaldai) dan juga kegunaan-kegunaan lain yang berpatutan. • Namun, setiap haiwan peliharaan perlu diberikan haknya! • Jika haiwan perlu dibunuh atau disembelih, ianya mestilah dilakukan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kegelisahan dan rasa sakit kepada haiwan itu. • Kisah pada zaman Rasulullah saw : Lelaki dengan anjing & Wanita dengan kucing.
Hubungan manusia & tumbuh-tumbuhan • Hadis Rasulullah s.a.w. : ‘Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’ • Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta juga keperluan untuk manusia bercucuk tanam. • Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat itu bermaksud: ‘Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami telah benar-benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma. Kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan untuk kesenanganmu dan binatang-binatang ternakmu.’
Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan bumi sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan oleh Islam • Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa sekiranya sewaktu hampir kiamat ada di tangan seseorang itu sebatang pokok, maka pokok itu hendaklah ditanam. • Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran bagi mereka yang bercucuk tanam. • Hadis : ‘Sesiapa yang menanam pokok dan menjaganya dengan baik sehingga besar dan mengeluarkan hasil akan mendapat ganjaran di akhirat.’ • Hadis : ‘Jika ada sesiapa yang menanam sebatang pokok dan bercucuk tanam dan manusia serta haiwan atau burung-burung mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai satu kebajikan.’ • Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah menjadi amalan pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Mekah dan Madinah. • Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di waktu peperangan di mana umat Islam dilarang daripada mencabut atau membunuh tumbuhan sekiranya tidak diperlukan.
Penggunaan dan pemilikan tanah • Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu tanah yang sudah dibangunkan (amir), tanah terbiar (mawat), tanah yang dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan secara kekal (hima). • Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk kepada mana-mana kawasan yang telah didiami manusia atau mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian. • Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk tanam, misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan. • Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada secara usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari kerajaan. • Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menghidupkan kembali tanah yang telah mati ini termasuklah menggali telaga, mengairi tanah sekiranya terlalu kering, mengeringkan tanah sekiranya terlalu basah, membersihkan pokok-pokok, bercucuk tanam atau membuat bangunan.
Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada kawasan yang dilindungi yang letaknya di sekitar tanah yang dimajukan. • Tujuan harim adalah untuk melindungi sumber yang ada di kawasan pembangunan berkenaan dan juga menyediakan laluan masuk ke kawasan tersebut. • Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal. • Secara umumnya, harim dan hima mempunyai tujuan yang sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau tidak dibangunkan. • Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh individu atau masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan oleh kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam. • Contoh harim adalah tanah di sekitar perigi persendirian, tebing sungai dan bahu jalan. • Contoh hima pula adalah kawasan hutan simpanan untuk pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar atau sebagai tempat simpanan kuda-kuda yang digunakan semasa peperangan.
Pembahagian tanah tersebut dibuat secara berhati-hati dan mengikut penggunaan yang ditetapkan. • Selain itu persoalan kepentingan bersama untuk masyarakat setempat turut diberi perhatian. • Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan zon hima adalah dibuat secara adil. • Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar perlu dan kawasannya hendaklah tidak terlalu luas sehingga menganggu kegunaan orang ramai. • Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan sesuatu hima, namun ianya tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana kepentingan awam adalah diutamakan.
KRISIS ALAM SEKITAR • Pemanasan Suhu dunia • Krisis tenaga nuklear • Pencemaran udara dan jerebu • Banjir kilat
KESIMPULAN • Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s.w.t. dan menjadi ‘ayat’ dalam memahami hakikat kewujudan dan keagungan Allah s.w.t. • Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai tanda kesyukuran dan demi mendapat keredaan Allah. • Tugas pemeliharaan dan pemuliharaan alam sebenarnya merupakan tanggungjawab setiap manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira batasan agama. • Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai panduan tertentu dalam menyatakan perhubungan mengenai manusia dan alam sekitar. • Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut setiap agama dalam merealisasikan prinsip-prinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian. • Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada hari ini akan menentukan kesejahteraan alam pada masa akan datang.