260 likes | 604 Views
DIANTARA KITA DAN MEREKA. SIAPAKAH SAHABAT ITU…. Kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak.. Kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak.. Kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula tangkap.. dah dapat tendang.. Kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang.
E N D
SIAPAKAH SAHABAT ITU… Kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak.. Kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak.. Kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula tangkap.. dah dapat tendang.. Kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai Kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul.. Kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak sikit,jual.. ambik kereta baru. Kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. sekejap ade sekejap tak. Kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit baru di jenguk
Kawan tu macam apa ye???? Emmmmmmm…… kawan tu mcm AWAK LA..
KAWAN ADALAH CERMINAN KITA Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya (H.R Abu Daud)
SAHABAT VS SAHABAT Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya perumpamaan sahabat yang baik dan sahabat yang buruk bagaikan pembawa misk (minyak kasturi) dan peniup api. Maka pembawa misk itu ada kalanya memberi kepadamu atau engkau memberi kepadanya atau engkau mendapat bau harum daripadanya. Adapun peniup api maka kalau tidak membakar pakaianmu maka kau akan mendapatkan bau busuk daripadanya.”(Riwayat Bukhari – Muslim)
“syaitan daripada manusia” "Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)
MATLAMAT SYAITAN "Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan penghuni neraka yang menyala." (35:6)
Ia (Iblis) berkata, “Ya Tuhanku, (kalau begitu) berilah penangguhan kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan”. Allah berfirman, “(Baiklah) maka sesungguhnya kamu termasuk yang diberi penangguhan, sampai hari yang telah ditentukan.” Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh karena Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka.” (Q.S. Al-Hijr [15] : 36 – 40)
SAHABAT SYAITAN "Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan(sahabat2) syaitan; sesungguhnya golongan(sahabat) syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!" (58:19)
Sahabat Syaitan Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. Ibrahim (14) :22
MODUS OPERANDI SYAITAN Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan syaitan menghalangi mereka daripada jalan yg benar, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk," (43:36-37).
Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) TEMAN SEJATI
SAHABAT ABADI Pada hari itu sahabat-sahabat karib:Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecualiorang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh) (Az-Zukruuf:67)
”Kelilingi dirimu hanya dengan orang - orang yang akan mengangkat kamu lebih tinggi. ” Oprah Winfrey, presenter dan host Oprah Winfrey Show
BICARA AS-SHAFIE TENTANT SI DIA "Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri."
Munafiq dan persahabatan Anas r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Tanda orang Munafik adalah membenci sahabat Ansar dan tanda orang Mukmin adalah mencintai sahabat Ansar.
Cinta Seorang Sahabat • “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati yang bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Kisah mereka AMIRUL Mukminin Khalifah Sulaiman Abdul Malik adalah sepupu Umar Abdul Aziz. Hubungan mereka sangat erat sehingga khalifah menamakan Umar sebagai pewaris takhtanya. Walaupun kaum kerabat khalifah tidak menyukainya, khalifah tetap meneruskan hasratnya itu kerana Umar amat taat kepada agama. Suatu hari, sewaktu pemerintahannya, Sulaiman mengajak Umar ke kem tentera Bani Umayyah. Sulaiman bertanya kepada Umar: “Apakah yang kamu lihat wahai Umar bin Abdul-Aziz?” Khalifah nampak terlalu bangga ketika melihat kekuatan pasukan yang sudah dilatih.
Namun Umar menjawab tanpa rasa takut: “Aku sedang melihat dunia itu sedang dilahap antara satu sama lain, dan engkau adalah orang yang paling bertanggungjawab dan akan ditanyakan oleh Allah SWT mengenainya.” Khalifah Sulaiman berkata lagi: “Tidakkah kamu takjub dengan kehebatan pemerintahan kita ini? Jawab Umar lagi: “Bahkan yang paling hebat dan membuatku takjub ialah orang yang mengenali Allah SWT kemudian menderhakai-Nya, mengenali syaitan kemudian mengikutinya, mengenali dunia kemudian condong kepadanya.”