530 likes | 890 Views
BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. SISTEM PENILAIAN KOKURIKULUM . Pendahuluan.
E N D
BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SISTEM PENILAIAN KOKURIKULUM
Pendahuluan Penilaian aktiviti kokurikulum murid-murid boleh merangsang mereka untuk bergiat lebih aktif dalam bidang ini. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan markah dalam kokurikulum kerana penilaian yang dibuat adalah setara dan mengambil kira pelbagai aspek. Bagi murid-murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
Objektif • Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah; • Membantu Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi pengajian tinggi; • Menggalak dan meningkatkan penglibatan murid-murid yang lebih menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.
SISTEM PENILAIAN KOKURIKULUM Aspek yang dinilai:A Kehadiran 50%B Jawatan disandang 10%C Penglibatan 20%D Pencapaian 20%
A. Kehadiran 50% 1. Markah tertinggi 50% 2. Jumlah kehadiran yang minimum: Badan beruniform – 18X, persatuan/kelab 12X kelab sukan/permainan 12X. 3. Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit (sijil sakit ), menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.
4. Pemarkahannya adalah seperti berikut: Jika jumlah kehadiran murid = a Jumlah perjumpaan setahun = b Ketidakhadiran diluluskan = c ( cuti sakit, wakil sekolah dll ) Markah kehadiran = a x 50 b-c
B. Jawatan disandang 10% • Pasukan Badan beruniform
Contoh Aktiviti Badan beruniform
Contoh Aktiviti Kelab / Persatuan
Contoh Aktiviti Kelab Sukan / Persatuan
Mengambil contoh murid X gred yang diperolehi bagi setiap aktiviti Adalah seperti berikut:
Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid bertujuan membantu pengurusan sekolah • perjawatan peringkat sekolah pengawas, pengawas perpustakaan, imam dsb. • -perjawatan peringkat rumah sukan seperti ketua rumah, ketua bilik/ asrama dsb • -perjawatan peringkat kelas seperti ketua kelas/ darjah dsb.
Gred Keseluruhan – gred yang diperolehi oleh seseorang murid dalam 2 daripada 3 bidang kokurikulum beserta markah bonus. • Diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua bidang kokurikulum dan mendapatkan purata bagi kedua-dua bidang tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus. • Berdasarkan markah pelajar X contoh gred keseluruhan adalah seperti berikut: • Jumlah markah badan beruniform = 79 • Jumlah markah kelab / persatuan = 68 • Jumlah markah Kelab sukan/permainan = 68 GRED KESELURUHAN
-Markah purata bagi 2 terbaik = (79 + 68) 2 = 73.5 -Markah Bonus = 10 ( K.Murid) - Markah keseluruhan 73.5 + 10= 83.5 - Gred keseluruhan = A
PELAKSANAAN • Semua sekolah di setiap negeri diminta menggunakan format & borang yang sama untuk membuat penilaian. • Penilaian hendaklah dibuat setiap hujung tahun / selewat-lewatnya bulan Januari tahun yang berikutnya kerana masih ada aktiviti kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan Disember • Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di tahun 4 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 6, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Penilaian Kokurikulum yang seragam.
4.Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru-guru dan dipengerusikan oleh guru besar / pengetua. 5. Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan oleh guru besar / pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum. 6. Penilaian kokurikulum dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahan murid. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contoh, prestasi GPA dan CGPA murid X dalam bidang kokurikulum sepanjang tempoh persekolahannya sehingga tingkatan 5:
Contoh pengiraan CGPA • Tingkatan II = ( 69 + 82 ) = 75.7 • 2 • Tingkatan IV = ( 69 + 82 + 83 + 89 ) = 80.4 • 4 • 7. Untuk mendapatkan markah 10% markah akhir hendaklah dibahagikan dengan 100 dan didarabkan dengan 10. Contoh • - Tingkatan V = 80.6 X 10 = 8.06 • 100
8. Bagi murid tahun 6 penilaian kokurikulum adalah berdasarkan pencapaian terbaik dari tahun 4 hingga tahun 6 & ia diambil kira sebagai kelayakan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh / Maktab Rendah Sains Mara. • 9. Kes-kes terpencil • Murid Pendidikan Khas Murid Kurang Upaya Pesakit kroni Sekolah dikawasan pendalaman Sekolah kurang murid ( SKM ) • 10. Kes-kes khas • Murid yang terlibat dalam aktiviti sukan prestasi tinggi hendaklah dinilai mengikut kriteria seperti murid biasa.
PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAGI MURID TINGKATAN ENAM Murid Tingkatan 6 yang telah tamat pengajian dan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) boleh memilih markah prestasi PLKN yang diperolehi untuk dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini murid tersebut mempunyai empat pilihan daripada tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika prestasi murid didapati tinggi dari PLKN markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan.
GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH • Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/ kemudahan berikut • Perancangan yg jelas. Tempat menyimpan Buku Rekod Kehadiran & Penilaian. Buku Panduan Penilaian Kokurikulum. Rancangan mingguan dan tahunan kokurikulum Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum KPM. • 2. Gambar murid dilekatkan pada Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod Penilaian. • 3. Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod Penilaian Kokurikulum
4. Bekerjasama dengan Setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian murid. 5. Mengadakan taklimat kepada setiausaha peperiksaan, guru penasihat/ pemimpin dan guru kelas. 6. Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian Sekolah 7. Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai ketiga-tiga bidang kokurikulum. 8. Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat / pemimpin. 9. Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi. 10. PPD/ JPN melakukan pemantauan secara berkala.
CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM 1 Perancangan Strategik Kokurikulum Sekolah Minggu 1 2 Agihan tugas guru penasihat /pemimpin mengikut kepakaran Nisbah guru murid dlm kokurikulum 40-60 murid 2 guru Pendaftaran setiap murid dlm 3 elemen Badan beruniform Kelab / persatuan Kelab Sukan/Permainan Jumlah murid bagi setiap unit 40 - 60 3 Taklimat pengisian data kpd s/u peperiksaan bulan Mei 4 Merancang aktiviti mengikut perancangan sekolah Takwim & Rancangan Pel. Mingguan
5 Merekod kehadiran murid dalam Buku Rekod KehadiranKokurikulum ( RKK1 ) & ditandatangani oleh guru penasihat setiap kali perjumpaan Guru penasihat/pemimpin melengkapkan borang rumusan Aktiviti Kokurikulum dengan merujuk Rekod Kehadiran Kokurikulum 6 7 Guru kelas melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum setelah memperolehi Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum daripada guru penasihat/pemimpin Jawatankuasa ini terdiri drp: Pengerusi : Pengetua S/U : PK Kokurikulum AJK : 3 org yg dilantik Buku Panduan Kokurikulum ditandatangani oleh PK Kokurikulum/ Pengetua / G.Besar dan Ibu/bapa/penjaga 8 Jawatankuasa Penilai Markah Kokurikulum mengesahkan markah kokurikulum murid
9 Keputusan Penilaian Kokurikulum dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk dicatatkan dalam sijil UPSR/PMR/SPM/STPM 15 Oktober Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod Penilaian akan berpindah mengikut murid 10 Keputusan Penilaian Kokurikulum dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk dicatatkan dalam sijil UPSR/PMR/SPM/STPM
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KITA daripada NORDIN BIN MOHD RADZI JABATAN PELAJARAN SELANGOR