1 / 17

Peringkat Pemerolehan Bahasa (B1) 1. Terdapat 4 peringkat pemerolehan bahasa:

MINGGU 1. Peringkat Pemerolehan Bahasa (B1) 1. Terdapat 4 peringkat pemerolehan bahasa: Peringkat 1 = Vokalisasi (Bebelan) Peringkat 2 = Holofrasa (1 kata) Peringkat 3 = Telegrafik (2 dan 3 kata) Peringkat 4 = Perkembangan ayat-ayat kompleks. Peringkat 1: Vokalisasi

jersey
Download Presentation

Peringkat Pemerolehan Bahasa (B1) 1. Terdapat 4 peringkat pemerolehan bahasa:

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 1 Peringkat Pemerolehan Bahasa (B1) 1. Terdapat 4 peringkat pemerolehan bahasa: Peringkat 1 = Vokalisasi (Bebelan) Peringkat 2 = Holofrasa (1 kata) Peringkat 3 = Telegrafik (2 dan 3 kata) Peringkat 4 = Perkembangan ayat-ayat kompleks

  2. Peringkat 1: Vokalisasi Kanak-kanak mengeluarkan berbagai-bagai bunyi dalam mulutnya. Bunyi-bunyi ini membolehkan bayi melatih dan mengawal alat-alat artikulasinya. Bayi dapat melatih menyelaraskan pernafasannya dengan pembikinan bunyi-bunyi. Bebelan  bisu dan pekak Vokalisasi lanjutan (vokal dan konsonan) (bisu dan pekak tidak mengalami peringkat ini) Bayi yang pekak tidak meneruskan perkembangan bahasanya ke peringkat vokalisasi lanjutan (mirip kepada bahasa). Vokalisasi melibatkan penggunaan bahasa, terutamanya suku kata vokal dan konsonan vokal. Contohnya: /a/, /u/ dan /ma/

  3. Pengulangan bunyi-bunyi ini memberi kualiti bunyi-bunyi yang serupa dengan bahasa. Peringkat ini berlaku sekitar bayi berumur 10/11 bulan. Perolehan lingkungan bahasa pertama terdiri daripada peringkat yang berikut: * Di peringkat awal, bayi menghasilkan bunyi-bunyi bukan bahasa untuk melatih dan mengawal alat artikulasi, juga menyelaraskan dengan pembikinan bunyi-bunyi. * Di peringkat selanjutnya, bayi dapat kenal pasti bunyi-bunyi suku kata vokal, konsonan vokal dan pola intonasi bahasanya, terutama pola intonasi ayat pernyataan, pertanyaan dan seruan.

  4. Peringkat 2: Holofrasa Bagi kanak-kanak normal kata pertama muncul ketika kanak-kanak berumur 4 bulan dan ada juga muncul sewaktu 18 bulan. Fakta * Secara purata kanak-kanak menuturkan kata pertama di sekitar 10 bulan. * Ketidaksamarataan wujud (Perkembangan fizikal) * Penggunaan kata tunggal tanpa sebarang sintak untuk menamakan objek, meminta sesuatu, menegaskan dan melahirkan situasi yang rumit.

  5. Kegunaan Kata Tunggal • Kata tunggal yang boleh digunakan untuk tujuan yang berlainan. 1. Suku kata boleh digunakan untuk menamakan satu objek Contoh: / mama /  (mama) ibu / nana /  (banana) 2. Kata yang sama boleh digunakan untuk meminta sesuatu. Contoh: /mama/  I want my mama /nana/  I want a banana 3. Kata tunggal boleh juga digunakan untuk menegaskan tindakan (seperti dalam ucapan) Contoh: ‘Hi’  hendak meninggalkan sesuatu tempat 4. Kata tunggal juga digunakan untuk melahirkan situasi yang rumit: Contoh: dalam situasi si ayah meletakkan 1 potongan buah pic ke atas permukaan senduk. /pic/ + /daddy/ + /spoon/

  6. Peringkat 3: Telegrafik (Pertuturan 2/3 kata) Ketika 18 bulan (1 tahun 6 bulan) kanak-kanak menghasilkan pertuturan 2 dan 3 kata. Kanak-kanak pandai menggunakan bahasa untuk:  meminta sesuatu  memberi amaran  menolak  cakap besar/megah  bertanya  menjawab  memberitahu

  7. 3. Kanak-kanak juga melahirkan idea seperti:  kuantiti (more)  milik (my)  nafian (no sleep)  lokasi (banana table)  attribut @ sifat semulajadi yang ada pada seseorang/ benda (red, big)

  8. Beberapa Pertuturan Dua-Tiga Kata dan Tujuan

  9. Telegrafik

  10. Kata-kata Fungsi dan Infleksi Selepas memperoleh pertuturan 2 dan 3 kata barulah kanak-kanak belajar kata-kata fungsi seperti sendi nama dan kata kerja bantu. Kata Jamak dan Kata milik Kata jamak dan kata milik dipelajari sebelum kata ganti diri orang ke-3. Kata jamak dan kata milik membawa lebih banyak makna dan maklumat kepada kanak-kanak itu (termasuk situasi, fizikal, objek-objek yang terdapat di sekitar kanak-kanak)

  11. Masa Sekarang Sebelum Kala Lampau Bagi ayat yang merujuk masa sekarang kanak-kanak akan mendengar pertuturan yang melibatkan objek, peristiwa dan situasi. Bagi ayat yang merujuk kala lampau, kanak-kanak terpaksa mengingat peristiwa yang berlaku pada masa lampau. Contoh : 1) bunyi ‘pernah berkokok’ 2) bunyi ‘sedang berkokok’

  12. Peringkat 4: Perkembangan Ayat-ayat Kompleks Pertuturan kanak-kanak menjadi lebih panjang. Struktur-struktur ayat yang mudah berkembang menjadi ayat-ayat yang kompleks. Kanak-kanak mula menggunakan ayat-ayat negatif/nafian, soalan-soalan, klausa-klausa relatif dan struktur-struktur yang kompleks. Mengikut Bellugi dan Klima (1973), ayat nafi/-ve berkembang dalam masa yang utama, iaitu: Masa 1: “no money”, “Not a teddy bear”; “no play that”; “No fall”; “No singing song”; “No the sun shining”

  13. Masa 1 ‘No money’; ‘Not a teddy bear’; ‘No play that’; ‘No fall’; ‘No singing song’; ‘No the sun shining’. Pada Masa 1, penanda negatif (Neg) ‘no’ atau ‘not’ diletakkan di depan sesuatu pertuturan dengan jawapan yang mengiakan (U). Pertuturan berbentuk negatif + jawapan yang mengiakan (Neg + U). Kanak-kanak Perancis misalnya, meletakkan ‘non’ atau ‘pas’ sebelum jawapan yang mengiakan kanak-kanak Jepun meletakkan penanda negatif ‘nai’ selepas jawapan yang mengiakan U (U + Neg)

  14. Masa 2: ‘I don’t want it’; ‘I don’t know his name’; ‘We can’t talk’; ‘You can’t dance’; ‘Book say no’; ‘He no bite you’; ‘I no want envelope’; ‘There no squirrels’ Pada Masa 2, kata bantu ‘do’ muncul secara kombinasi dengan penanda negatif (don’t). Pertuturan masih belum lancar dan ayat larangan negatif yang tidak sempurna seperti ‘Touch the snow no’ dibentuk Ini sama dengan Masa 1 (‘No play that’, ‘No fall’).

  15. Masa 3: ‘Paul can’t have one’; ‘This can’t stick’; ‘I did’nt did it’; ‘You did’nt caught me’; ‘Donna won’t let go’; ‘I am not a doctor’; ‘This not ice-cream’; ‘Paul not tired’; ‘I not hurt him’; ‘Don’t touch the fish’; ‘Don’t kick my box’ Kanak-kanak pada masa ini telah mendapat idea bagaimana ‘do’ harus disisipkan dalam ayat ‘You did’nt caught me’, ‘Don’t touch the fish’, ‘Don’t kick my box’, dan bila ‘do’ tidak sepatutnya disisipkan dalam ayat ‘I am not a doctor’, ‘Donno won’t let go’

  16. Kanak-kanak masih melakukan kesilapan-kesilapan tetapi telah mendapat kepercayaan asas bahawa ‘do’ tidak ditambah apabila ada satu modal (can, will): This can’t stick, Donna won’t let go atau bila ‘be’ ialah kata kerja (‘I am not a doctor’) Selepas Masa 3 ini maka dalam masa beberapa bulan sahaja kebanyakan masalah pengguna nafian akan berakhir.

More Related