190 likes | 1.05k Views
BAB 9 EKONOMI ISLAM Kandungan Definisi Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan Islam Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam Etika Dalam Ekonomi Islam Institusi Kewangan Islam. Definisi Ekonomi Islam
E N D
BAB 9 EKONOMI ISLAM Kandungan Definisi Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan Islam Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam Etika Dalam Ekonomi Islam Institusi Kewangan Islam
Definisi • Ekonomi Islam • Suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkahlaku manusia dalam soal mengguna dan menguruskan sumber alam untuk kepentingan diri dan masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah • Kewangan Islam • Sistem kewangan Islam (nizam al-mal al-Islami) = sebahagian daripada ekonomi Islam yang melibatkan aktiviti kewangan seperti perancangan dan pelaksanaan polisi pendapatan negara. • Sistem kewangan Islam mestilah: • Berteraskan Islam sepenuhnya, tidak terhad kepada label • Mempunyai ciri-ciri suatu sistem yang canggih dan berdaya maju
Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam • Konsep Tauhid • Setiap manusia mempunyai hak terhadap sumber alam ciptaan Allah. Justeru manusia hendaklah bekerjasama menegakkan kesaksamaan kerana tauhid membawa pengertian persaudaraan • Konsep Penguasaan • Allah sebagai penguasa. Oleh itu, hubungan manusia dengan ekonomi hendaklah berada pada peraturan yang telah ditentukan walaupun manusia mempunyai kebebasan dalam aktiviti ekonomi • Konsep Penyucian Akhlak (Tazkiyah) • Manusia perlu sedar pentingnya penyucian akhlak. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memupuk rasa tanggungjawab sesama manusia melalui ibadah zakat dan sedekah • Hari pembalasan • Menyedari kesan pada hari pembalasan maka kegiatan ekonomi sentiasa berteraskan keadilan dan amanah serta keikhlasan
Manusia sebagai khalifah • Manusia perlu sedar tanggungjawab sebagai khalifah iaitu melaksanakan amanah bagi mencegah ketidakadilan • Kesamaan dan Persaudaraan • Manusia perlu saling hormat menghormati, bekerjasama, tidak mengeksploitasi dsb. kerana kedudukan manusia adalah sama. Hak setiap insan perlu dilindungi • Konsep Hak Milik • Hak milik mutlak adalah Allah. Manusia sebagai pemegang amanah – hak ke atas diri dan orang lain.
Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan Islam • Kebebasan individu • Manusia bebas melakukan atau menyatakan sesuatu dan dengan prinsip ini manusia boleh melaksanakan tanggungjawab menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran • Hak memiliki harta • Setiap individu mempunyai hak memiliki harta, namun kemaslahatan / kepentingan masyarakat perlu dijaga • Ketidaksamaan ekonomi terkawal lazim • Hakikat ketidaksamaan manusia dalam aspek ekonomi memasng berlaku tetapi Islam mengawal supaya jurang tidak melebar • Keadilan dan kesaksamaan sosial • Islam mendokong kesaksamaan yang tidak melihat kekayaan tertumpu kepada golongan tertentu sahaja. Setiap individu diberi peluang yg sama untuk daptakan pekerejaan. • Jaminan sosial • Setiap individu mempunyai hak mendapat mata pencarian. Kerajaan perlu menyediakan keperluan ini.
Edaran kekayaan yang meluas • Islam menganjurkan agar kekayaan diagih dalam kalangan rakyat, bukan pd golongan tertentu • Pengharaman pengumpulan harta tak menentu • Islam melarang mengumpulkan harta daripada sumber yang dilarang • Pengharaman institusi anti-sosial • Iaitu diharamkan judi, riba, pasaran gelap, sorok barang • Kebajikan individu dan sosial • Islam mengiktiraf kebajikan individu dan sosial
Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam • Sumber ekonomi daripada Allah. Manusia sebagai pemegang amanah • Hak milik individu diiktiraf tapi kepentingan masyarakat diutamakan • Mengamalkan prinsip kerjasama • Harta = sumber yang produktif untuk tingkat pengeluaran ekonomi negara • Mengutamakan pemilikan awam – keperluan air, elektrik dsb • Mengamalkan sifat taqwa bagi mengelakkan penindasan, diskriminasi dsb
Etika Dalam Ekonomi Islam • Garis panduan yang perlu dipatuhi: • Pematuhan kontrak (perjanjian) • Setiap peniaga @ usahawan perlu mematuhi perjanjian yang dibuat kerana ia merupakan amanah yang wajib dipatuhi secara jujur. Seperti membayar sewa apabila tiba masanya. • Elakkan penipuan iklan yang mengelirukan • Islam melarang membuat iklan yang boleh mengelirukan pengguna kerana ia merupakan unsur penipuan dalam perniagaan • Timbangan yang tepat • Membuat timbangan yang tidak tepat adalah dilarang dalam Islam dan Allah mengingatkan manusia supaya menyukat dengan tepat pada barangan yang disukat atau ditimbang • Tidak menyorok barang • Tidakan menyorok barang bertujuan untuk mendapatkan untung yang banyak ketika harga barang naik adalah dilarang dalam Islam. Ini adalah perbuatan orang yang bersifat tamak dan bakhil.
Tidak melupuskan keluaran berlebihan • Amalan melupuskan @ memusnahkan barangan yang berlebihan agar harga tidak jatuh adalah satu berbuatan yang ditegah. Sewajarnya mencari jalan untuk megatasinya • Tidak mengamalkan riba • Para peniaga perlu menghindarkan diri daripada amalan riba yang diharamkan oleh Allah kerana ia merupakan satu penindasan dalam perniagaan • Pengambilan pekerja yang berkebolehan • Pengambilan pekerja perlu mengambilkira kebolehan dan kepakaranya supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti. Bukan berdasarkan pilih kasih kerana demikian akan mengundang amalan rasuah dan akan gagal melaksanakan tugas / kerja. • Adil terhadap pekerja • Majikan perlu menjaga kebajikan pekerja seperti membayar gaji dengan setimpal , menyediakan tempat kerja yang baik, tidak pilih kasih
Institusi Kewangan Islam Baitulmal • Perbendaharaan negara • Mula diperkenal pada zaman saidina Umar al-khattab. Tujuan – hapus kemiskinan dan pembangunan (pendidikan, agama, ketenteraan, pertanian dsb) • Sumber: • Zakat • Sumber kekayaan alam • Harta yang tidak jelas penggunaannya – sedekah, wakaf, kifarah, nazar, wasiat • Menerusi peperangan – ghanimah, jizyah dsb • Harta warisan yang tidak dihabiskan oleh waris / tidak berwaris, harta tercicir (luqatah) • Saham yang dijual melalui yayasan/institusi yang ditubuh oleh Baitulmal
Wakaf • Sedekah, pemberian, hadiah dalam bentuk barang / harta milik yang bermanfaat oleh pihak tertentu untuk kegunaan awam • Pemilik tidak mempunyai apa2 lagi kepentingan ke atas hartanya melainkan pahala berterusan dan penerima wakaf sebagai pemegang amanah • Bukan tujuan maksiat • Untuk pembinaan masjid, rumah anak yatim dsb
Perbankan Islam • 1983 - Akta Bank Islam diluluskan • 1983 – BIMB ditubuhkan • 1993 – SPTF ditawarkan oleh bank konvensional • Produk Perbankan Islam • Simpanan (al-Wadi’ah) • Pelaburan • Al-Mudharabah • Al-Musyarakah • Produk lain • Al-Wadi’ah yad Dhamanah • Al-Murabahah • Bai’ Bithaman Ajil • Bai’ Al-Dayn • Al-Ijarah • Al-Ijarah Thumma al-Bai’ • Bai’ Salam • Bai’ al-Istijrar • Al-Qardhul Hasan • Al-kafalah • Al-Wakalah • Al-Hiwalah • Al-Sarf • Al-Rahn • Al-Ujr • Al-Hibah
Takaful • Ialah persetujuan pihak penanggung untuk memberi ganti / pembayaran kepada yang ditanggung kerana kehilangan atau kerugian sesuatu akibat kejadian tidak diduga • Prinsip Takaful • Bantu membantu • Pengorbanan • Jaminan • Keselamatan / perlindungan • Sejarah Takaful di zaman Rasulullah: • Sistem al-Aqilah • Sistem al-Qasamah • Sistem akad Muwalah
Al-Rahnu (pajak gadai) • Definisi • Cagaran yang diserah oleh peminjam kepada pemberi pinjam untuk jangkamasa tertentu • Rukun • Penggadai • Penerima gadaian • Barang gadaian • Tanggungan gadaian (jumlah yang terhutang) • Sighah / kontrak