1 / 51

Manusia & Masyarakat selepas zaman Khulafa’ al-Rasyidin

Manusia & Masyarakat selepas zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Masyarakat Islam zaman Bani Umaiyah. Masyarakat dibentuk oleh 4 golongan : 1- Pemerintah 2- Mawali 3- Zimmi 4- Hamba. Golongan pemerintah terdiri dari 2 keluarga:

kaitlyn
Download Presentation

Manusia & Masyarakat selepas zaman Khulafa’ al-Rasyidin

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Manusia & Masyarakat selepas zaman Khulafa’ al-Rasyidin

  2. Masyarakat Islam zaman Bani Umaiyah • Masyarakat dibentuk oleh 4 golongan : 1- Pemerintah 2- Mawali 3- Zimmi 4- Hamba

  3. Golongan pemerintah terdiri dari 2 keluarga: Pertama : Keluarga Abu Sufyan : memerintah selama 23 tahun dengan 3 orang Khalifah : 1- Muawiyah bin Abi Sufyan (41–60 H): mendapat pengiktirafan masyarakat kerana kejayaan beliau menyempurnakan tanggungjawab.

  4. 2- Yazid bin Muawiyah (60-64H) 3- Muawiyah bin Yazid (64-68H)

  5. Kedua : Keluarga Marwan bin Hakam – sebanyak 11 khalifah dan terbahagi kepada 2 kumpulan. • Kumpulan 1- terdiri dari 7 khalifah : bermula dari Marwan bin Hakam hingga Hisham bin Abd Malik (64-125H). Zaman kegemilangannya adalah di bawah khalifah Abd Malik bin Marwan, dimana Islam telah sampai ke timur hingga China dan ke barat hingga Sepanyol.

  6. Jaguh dalam pemerintahan kumpulan pertama adalah khalifah Umar bin Abd Aziz. • Dizaman beliau masyarakat menikmati keadilan dan kemakmuran, kerana beliau telah mengembalikan ciri-ciri kepimpinan khulafa al-Rasyidin. • Usaha beliau telah disia-siakan oleh khalifah-khalifah yang datang selepasnya hingga mengakibatkan kelemahan dan kejatuhan empayar Bani Umaiyah

  7. Kumpulan 2 - terdiri dari 4 khalifah : - al-Walid bin Yazid, Yazid bin al-Walid, Ibrahim bin al-Walid, Marwan bin Muhammad - dizaman kumpulan 2 adalah merupakan zaman kelemahan pemerintahan Bani Ummayyah - Perpecahan masyarakat kepada puak-puak sangat ketara, antaranya : Khawarij, Syiah, Murjiah, Mu’tazilah dan sebagainya.

  8. Corak kehidupan : - Sebahagian besar khalifah-khalifah Bani Umaiyah terikut-ikut dengan corak kehidupan pemerintah kerajaan Byzantine (Rom) – kemewahan yang berlebihan dan hiburan. - Hanya segelintir terutama khalifah Umar bin Abd Aziz yang hidup dengan cara yang sederhana mengikut corak kehidupan pemerintahan khulafa al-Rasyidin.

  9. Keadaan Masyarakat : - berpecah belah akibat perbezaan ideologi sehingga membawa kepada penentangan antara satu sama lain, terutamanya antara golongan pemerintah dan pemberontak - Dizaman khalifah Abd Malik bin Marwan, gerakan kaum khawarij terbahagi 2 puak : 1- Azariqah di Basrah : Nafi’ bin Azraq 2- Najdiyah di Yamamah : Najdah bin ‘Amir.

  10. Pegangan puak Azariqah : - melakukan dosa besar seperti berzina, derhaka kepada ibu bapa, membunuh dihukum kafir - mengkafirkan sebahagian sahabat

  11. wajib menentang Bani Umaiyah kerana dikira pemerintah yang zalim, dan harus merampas harta benda orang yang mengingkari mereka • - menghalalkan darah orang yang tidak menyokong perjuangan mereka (isti’rad)

  12. Pegangan puak Najdiyah : - Orang yang melakukan dosa besar tidak dihukum kafir, tetapi hanya bertaraf munafik • Puak Najdiyah lebih banyak bergiat dalam bidang politik dan ketenteraan. Pengasasnya Najdah bin ‘Amir disifatkan sebagai seorang pemimpin tentera dan ahli politik. Berbeza dengan puak Azariqah yang hanya hidup cara kaum badwi.

  13. Kaum Syiah : - penentang pemerintah Bani Umaiyah semenjak zaman Mu’awiyah bin Abu Sufyan - diketuai oleh Sulaiman bin Surad al-Khuza’ie dizaman Yazid bin Muawiyah selepas kematian Husain bin Ali di Karbala

  14. Perjuangannya disambung oleh Mukhtar - Terdapat beberapa perbezaan antara perjuangan Mukhtar dengan pemimpin puak Syiah sebelumnya. Antaranya beliau memperjuangkan hak Muhammad bin al-Hanafiah

  15. Kaum Mawali (bukan Arab) : • Terdapat 2 pandangan mengenai pendirian Bani Umaiyah terhadap kaum Mawali : 1- Orientalis : - kerajaan Bani Umaiyah berlandaskan kepada semangat ‘asabiyah’ Arab dalam semua bidang, dan kaum Mawali dizalimi - diskriminasi berlaku dalam pelbagai aspek : politik, ekonomi, kehakiman, sosial dan ketenteraan

  16. 2- Ahli sejarah Islam : - kaum Mawali juga menikmati pelbagai kemudahan dan mempunyai peranan penting dalam bidang pentadbiran dan politik samaada di peringkat pusat atau daerah - hakikat ini dapat dilihat dalam perincian fakta-fakta sejarah

  17. Jabatan kewangan / cukai (Diwan al-Kharaj) : 1- Maimun bin Mihran di Mesapotamia : dizaman Umar bin Abd Aziz hingga zaman Yazid bin Abd Malik 2- Ubaidullah bin al-Baraaj di wilayah Iraq : dizaman Mu’awiayah bin Abu Sufyan

  18. Setiausaha kerajaan : Abd Hamid bin Yahya di Damsyik : dizaman Marwan bin Muhammad

  19. Jabatan urusetia (Diwan al-Khatm) : 1- Junah : dizaman Abd Malik 2- Syuaib al-Sabi : dizaman al-Walid bin Abd Malik 3- Umar bin Harith : dizaman Yazid bin al-Walid

  20. Jabatan Perhubungan Awam (Diwan al-Rasail): - Rusydin , Salim dan Laith bin Abu Ruqaiyah • Pengurus istana : - Abu Mukhriq : dizaman Muawiyah bin Abu Sufyan - Khalid bin Daiyan : dizaman al-Walid bin Abd Malik

  21. Hajib istana : - Rabah : dizaman Muawiyah • Gabenor Wilayah : - terdapat sebilangan dari kaum Mawali yang menjadi gabenor wilayah di zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

  22. Masyarakat Islam zaman Abbasiyah: - Semangat ‘ashabiyah’ Arab berkurangan dan hampir terkikis - Tampuk pemerintahan dipengaruhi oleh bangsa bukan Arab, dan terdapat dikalangan khalifah yang beristerikan bukan Arab - Perkahwinan campur pelbagai kaum menyebabkan pegawai-pegawai kanan kerajaan kurang semangat nasionalisme Arab

  23. Kedudukan wanita dan kehidupan sosial : - Pada peringkat awal pemerintahan Abbasiyah, terdapat wanita-wanita yang berperanan dalam urusan pentadbiran antara mereka : a) al-Khayzurum : isteri khalifah al-Mahdi b) Zubaidah : isteri khalifah Harun al-Rasyid - Terdapat juga wanita-wanita yang berketerampilan dalam bidang intelektual

  24. - Diakhir pemerintahan Abbasiyah, taraf kedudukan wanita menjadi rendah kesan daripada kehidupan materialistik dan tersebar luasnya sistem gundik - Bilangan hamba meningkat, dan ramai hamba wanita dijadikan penyanyi, penari dan gundik.

  25. Minuman keras menjadi perkara biasa -Pelbagai jenis sukan disemarakkan antaranya : permainan catur, memburu, berlumba kuda, polo, dan melontar lembing.

  26. Masyarakat Islam di Eropah : - Masyarakat Islam Andalus (Sepanyol) mewakili masyarakat Islam Eropah - Semenjak dari zaman pemerintahan Bani Umaiyah, majoriti penduduk Andalus adalah orang Islam.

  27. Penduduk Andalus terdiri dari pelbagai kaum antaranya : 1- Barbar : Terdiri dari zuriat pembuka-pembuka Andalus. Mereka adalah pekerja-pekerja buruh dan masyarakat petani

  28. 2- Arab : Golongan yang memerintah dan berpengaruh dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban. 3- Muwalladun : Penduduk tempatan yang beragama Islam

  29. 4- Mozarab : Penduduk yang beragama Kristian. Golongan biasa di antara mereka bertutur loghat Rom, sedang golongan yang terpelajar bertutur dan menulis dalam bahasa Arab. Mereka terpesona dan terpengaruh dengan undang-undang dan peradaban Islam

  30. Pada abad ke 10H, perbezaan antara orang Arab dan Muwalladun sudah tidak dapat dikenali lagi • T.W Arnold menyatakan : ‘ Motif yang menyebabkan ramai orang Sepanyol menganut Islam ialah berkaitan dengan hal ehwal yang wujud pada waktu itu. Hal-hal itu termasuk ajaran, budaya dan tamadun Islam. Mereka berbangga dengan agama baru mereka ’

  31. Alvar (sarajana Kristian) menulis pada tahun 854M: ‘ Pemuda-pemuda kita beragama Kristian dengan segak dan fasih bercakap, dan dengan pakaian dan kenderaan yang cantik serta sopan santun dan terpelajar. Mereka fasih berbahasa Arab dan berminat serta asyik berbincang mengenai buku-buku Chaldeans (Islam) dan …….

  32. …….. mereka memuji-muji dengan bahasa-bahasa yang indah sehingga buku-buku ini menjadi popular dan mereka lansung tidak tahu tentang keindahan sastera gereja (Kristian), malahan mereka memandang rendah terhadapnya…..

  33. ….sayang ! Orang Kristian sangat jahil tentang undang-undang mereka sendiri. Orang Latin tidak mengindahkan bahasa mereka sendiri. Satu dalam seribu sukar dicari orang yang boleh menulis syair ’.

  34. Masyarakat Islam di India : - Islam mula menjejak kaki di pantai India pada zaman Umar bin al-Khattab, dan berjaya menapak di kawasan pinggiran pada zaman Uthman bin ‘Affan

  35. Dizaman al-Walid bin Abd Malik, Muhammad bin al-Qasim berjaya membawa Islam ke kawasan tengah India, diiringi oleh bala tentera yang dianggarkan berjumlah 50 ribu, sebilangan besar dari mereka merupakan penduduk tempatan yang beragama Islam

  36. Muhammad bin al-Qasim telah memasuki daerah Daibul, Multan dan lembah Indus. Di lembah Indus kedatangan beliau disambut baik oleh ramai penduduk tempatan. Mereka berharap kehadirannya dapat membebaskan mereka dari kezaliman dan penindasan raja-raja Hindu pada zaman itu.

  37. Beliau kemudian diperintahkan pulang oleh khalifah Bani Umaiyah yang meneyebabkan perkembangan Islam terbantut seketika • Penyebaran Islam selepas itu diteruskan oleh kerajaan Ghaznawi. Pada ketika itu kawasan Punjab telah menjadi daerah Islam.

  38. Dalam pemerintahan Ghaznawi, daerah-daerah seperti Kalinjar, Lahore, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer telah dibuka kemudian diserahkan kepada penduduk tempatan untuk mentadbirnya dengan syarat-syarat tertentu. • Mukherjee dalam bukunya ‘History of India’ mendakwa bahawa pemerintah Ghaznawi telah menindas masyarakat Hindu.

  39. dakwaan ini bertentangan dengan beberapa fakta sejarah antaranya : - di zaman Mas’ud : Tilak (general beragama Hindu) sebagai pemerintah wilayah Punjab. - separuh daripada tentera berkuda Mas’ud terdiri daripada masyarakat Hindu

  40. Kerajaan Ghaznawi tidak dapat bertahan lama dan kemudiannya diganti oleh kerajaan Ghori. • Antara pemimpin yang terkenal dalam pemerintahan kerajaan Ghori adalah Muhammad al-Ghori (1168-1206M). Beliau telah mengembalikan semula daerah-daerah yang terlepas diakhir zaman Ghaznawi ke dalam sistem pentadbiran Islam.

  41. kemangkatan beliau disusuli dengan kemunduran dinasti Ghor yang telah berpecah dan diambil alih oleh kesultanan Delhi.

  42. Kesultanan Delhi terdiri dari beberapa dinasti : 1 - Dinasti Mamluk (Tughluk) : kaum Turki 2 - Dinasti Khilji – kaum Turki dan Afghan 3 - Dinasti Lodi – kaum Afghan 4 - Dinasti Suri – kaum Afghan 5 - Dinasti Syeid – kaum Arab

  43. Dinasti Mamluk : - zaman kegemilangan adalah dizaman : 1- Qutbuddin Aibek (1206-1210M), masyarakat menikmati kemakmuran kerana sikap pemurahnya sehingga beliau digelar Laksh-baksh (pemberi ratusan ribu)

  44. 2- Ghiyasuddin Balban (1266-1286M) - menurut Barani (sejarawan), beliau telah berjaya menukar budaya masyarakat golongan liar (perompak) kepada golongan petani yang rajin.

  45. Dinasti Khilji - antara pemimpin yang terkenal : 1- ‘Alauddin Khilji (1296-1316M) 2- Akbar (1556-1605H) : pemerintah ke 3 kerajaan Moghul 3- Aurangzeb (1658-1707M)

  46. Zaman pemerintahan Akbar : - mengamal dasar liberal dan toleransi sehingga kepada prinsip-prinsip agama - asingkan ehwal politik dari agama

  47. - melarang poligami tetapi menggalakkan perkahwinan campur tanpa mengira batasan agama - gantikan kalendar Islam dengan kalendar Hindu dan Parsi

  48. Zaman pemerintahan Akbar : - melarang solat jemaah dan menjadikan hari Ahad sebagai hari ibadat - melarang binaan masjid atau memperbaikinya

  49. - mencipta agama baru pada tahun 1582H yang diberi nama Din Ilahi (gabungan agama Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster) dan menganggap beliau sebagai wakil Tuhan

  50. Zaman pemerintahan Aurangzeb : - mengembalikan kedaulatan Islam - menggalakkan solat jemaah dan membenarkan poligami

More Related