220 likes | 527 Views
TAKLIMAT KEPADA AHLI MAJLIS PENYELENGGARAAN PRASARANA JABATAN KEJURUTERAAN 29 APRIL 2008. KANDUNGAN 1 Pengenalan 2 Fungsi Jabatan 3 Bidang Tugas Bahagian di Jabatan Kejuruteraan 4 Kerja – Kerja Penyelenggaraan 5 Peruntukan Yang Disediakan
E N D
TAKLIMAT KEPADA AHLI MAJLIS PENYELENGGARAAN PRASARANA JABATAN KEJURUTERAAN 29 APRIL 2008
KANDUNGAN 1 Pengenalan 2 Fungsi Jabatan 3 Bidang Tugas Bahagian di Jabatan Kejuruteraan 4 Kerja – Kerja Penyelenggaraan 5 Peruntukan Yang Disediakan 6 Pembahagian Tugas Penyelenggaraan Parit
1 PENGENALAN Jabatan Kejuruteraan adalah salah sebuah Jabatan di dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai yang bertanggungjawab di dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan awam dalam usaha memastikan pencapaian pembangunan terus dinikmati oleh rakyat di Seberang Perai.
2 FUNGSI JABATAN Selaras dengan pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan juga Akta Pengangkutan Jalan 1987, fungsi utama jabatan adalah seperti berikut :- a Kawalan dan pengawasan sistem lalu lintas b Kawalan kerja tanah c Melaksanakan dan menyelenggara projek-projek Majlis d Menyelenggara jalan-jalan dan struktur parit taman perumahan di seluruh kawasan Seberang Perai. e Menyelenggara parit-parit monson
Bagi menjayakan visi dan misi majlis Jabatan • Kejuruteraan mempunyai 7 bahagian seperti berikut:- • a.Bahagian Pentadbiran • b. Bahagian Ulasan Pelan Pembangunan • c. Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan • d.Bahagian Jalan, Lalulintas dan Pengangkutan • e.Bahagian Perparitan • f.Bahagian Kawalan Kerja Tanah dan Geoteknik • g.Bahagian Mekanikal dan Elektrikal
Setiap bahagian berfungsi mengikut bidang kepakarannya. Bahagian-bahagian tersebut memainkan peranan dengan melaksanakan fungsi utama Jabatan iaitu meliputi penyelenggaraan infrastruktur, seperti parit & jalan dan melaksanakan projek-projek Majlis. Jabatan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang kerja tanah Majlis bagi memastikan peraturan diikuti dan tidak mencemarkan alam sekitar. Selain daripada itu, Jabatan Kejuruteraan bertanggungjawab membantu Jabatan Perancang Bandar merancang pembangunan infrastruktur dan lalulintas. Disamping itu, Jabatan Kejuruteraan juga memberi ulasan teknikal dan mengeluarkan surat sokongan Sijil Layak Menduduki.
Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Melaksanakan projek-projek utama Majlis :- a) Membina pasar awam b) Membina kompleks penjaja c) Membina parit-parit konkrit d) Membina komplek sukan e) Membina tempat letak kereta awam Melaksanakan projek-projek kecil Majlis :- a) Membina pondok-pondok bas b) Membuat tambahan kepada bangunan Majlis c) Mengubahsuai ruang pejabat Majlis Menyelenggara semua harta benda Majlis
Bahagian Jalan, Lalu Lintas & Pengangkutan 1Mengawal tempat letak kenderaan supaya kenderaan boleh diletak dengan teratur dan tidak menjejaskan lalu lintas. 2 Pengawasan sistem lalu lintas termasuk jalan sehala dan had laju. 3 Mengimplimentasi hasil kajian lalu lintas.
Samb … Bahagian Jalan, Lalu Lintas & Pengangkutan 4. Pengawasan dan penyelenggaraan ke atas sistem lalu isyarat 5. Mengkaji tahap keupayaan dan kesesuaian perkhidmatan pengangkutan awam 6. Membantu Jawatankuasa Pengangkutan Awam Negeri Pulau Pinang membentuk polisi dan strategi bagi mewujudkan rangkaian pengangkutan awam yang lebih kemas,selamat dan selesa 7. Menaikan taraf dan menyelenggara jalan Taman Perumahan.
Bahagian Perparitan 1 Melaksanakan kajian sistem pemaritan dan banjir. 2 Mengumpul data-data, maklumat mengenai pemaritan sediada, masalah dan cadangan penyelesaiannya. 3 Menyelenggara parit-parit monson dan kolam “detention” 4 Memastikan pembangunan baru diselaraskan dengan sistem pemaritan pusat. 5 Menyediakan maklumat cadangan pembinaan parit-parit baru. 7 Menaik taraf/membina rumah pam kawalan banjir. 8 Bekerjasama dengan Jabatan Perparitan dan Saliran mengenai penyediaan pelan induk perparitan.
Bahagian Kawalan Kerja Tanah & Geoteknikal 1 Memproses pelan-pelan kerja tanah 2 Penguatkuasaan dan kawalan kerja tanah 3 Kawalan Geoteknik dan Cerun
Bahagian Mekanikal & Elektrikal 1 Menyediakan spesifikasi untuk pembelian kenderaan atau peralatan teknikal. 2 Penyelenggaraan lampu jalan, taman dan lampu perayaan. 3 Penyelenggaraan kenderaan, mesin dan alat jentera Majlis. 4Penyelenggaraan Rumah Pam kawalan banjir. 5 Penyelenggaraan alat hawa dingin, lift dan sistem pencegah kebakaran. 6 Penyelenggaraan Elektrik dan Mekanikal untuk Stadium, Dewan, Komplek Sukan, Komplek Makan dan Pasar Awam.
JUMLAH TAMAN DAN JALAN YANG DISELENGGARAKAN OLEH MAJLIS
Senarai Rumah Pam Kawalan Banjir • Rumah Pam Perai A, Kawasan Industri, Perai. • Rumah Pam Perai B, Kawasan Industri, Perai. • Rumah Pam Taman Chai Leng, SPT. • Rumah Pam Taman Wira, Teluk Air Tawar, SPU • Rumah Pam Taman Sentul, Juru, SPT. • Rumah Pam Taman Sentul Jaya, Juru, SPT. • Rumah Pam Taman Mangga, Juru, SPT. • Rumah Pam Taman Sri Rambai (SR1-SR4)
PERUNTUKAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PERBELANJAAN PENYELENGGARAAN JALAN TAMAN PERUMAHAN
PERUNTUKAN PERBELANJAAN PENYELENGGARAAAN SISTEM PERPARITAN
PEMBAHAGIAN TUGAS PENYELENGGARAAN PARIT DI SELURUH KAWASAN SEBERANG PERAI
SEKIAN TERIMA KASIH