1 / 17

Undang - Undang Industri (ZILK6013)

Undang - Undang Industri (ZILK6013). Universiti Kebangsaan Malaysia. Sarjana Pengurusan dan Keselamatan Industri. Ulasan Kes Mahkamah ‘Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial Kuala Lumpur v Philip bin Filex @ Philip bin Sintik’. Prof. Dr. Kamal Halili Hassan Kumpulan 6

kathryn
Download Presentation

Undang - Undang Industri (ZILK6013)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Undang - Undang Industri (ZILK6013) Universiti Kebangsaan Malaysia Sarjana Pengurusan dan Keselamatan Industri Ulasan Kes Mahkamah‘Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial Kuala Lumpur v Philip bin Filex @ Philip bin Sintik’ Prof. Dr. Kamal Halili Hassan Kumpulan 6 Roslan Abdul Ghani GP00054 Jazrim Shah Mohd Zakaria GP00015 Zadri Che Omar GP00049 Mohd Khairiman Zainudin GP00029

  2. Kajian kes 2

  3. Latar belakang kes • Pada 30 November 1996, Philip Bin Felix telah mendapat kemalangan semasa bermain bolasepak mewakili Koperasi Pembangunan Desa, dimana tulang kaki kanannya telah patah • Susulan itu Philip telah membuat tuntutan daripada SOCSO atas kecederaan yang dihadapi • Pada 1 April 1997, SOCSO telah menolak permohonan Philip (responden) dengan alasan perlawanan bola sepak yang disertai responden adalah merupakan aktiviti rekreasi dan tidak berkaitan dengan tugas hakiki responden sebagai pemandu. Maka itu ianya tidak tertakluk dibawah kemalangan/kecederaan pekerjaan akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 “ 3

  4. Latar belakang kes …..sambungan • Responden kemudiannya telah membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Keselamatan Sosial (Social Security Appellate Board) berkenaan tuntutan tersebut, Lembaga telah menyebelahi pihak responden dan berpendapat kecederaan yang dialami oleh responden merupakan satu kecederaan penggajian di dalam makna Seksyen 2(6) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 • Social Security Appellate Board adalah badan yang ditugaskan untuk mengkaji semula keputusan yang telah dibuat oleh SOCSO sekiranya terdapat rayuan dari pihak pekerja yang tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh SOCSO. 4

  5. Latar belakang kes …..sambungan • Pihak SOCSO tidak berpuashati dengan keputusan Lembaga dan mengatakan bahawa pihak Lembaga telah silap dalam membuat penafsiran kepada Akta tersebut. • SOCSO telah membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk rayuan. 5

  6. Kajian Kes Perayu - Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial, Kuala Lumpur Peguambela - Marianne Antoinette Ghani (James Ghani & Co.) Responden - Philip bin Felix @Philip bin Sintik (Responden mewakili dirinya sendiri) Perbicaraan telah dijalankan di Makamah Tinggi Sandakan. 6

  7. Kajian Kes ……Sambungan • Isu yang dibangkitkan dalam rayuan adalah samada kecederaan yang dialami oleh responden merupakan satu kecederaan penggajian di dalam makna seksyen 2 (6) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. • Pihak perayu mengatakan bahawa Lembaga telah tersilap dari segi undang-undang apabila memutuskan bahawa kemalangan tersebut telah berlaku di dalam penggajian respondan sebagai seorang pemandu dan berpihak kepadanya 7

  8. Kajian Kes ……Sambungan • Seksyen berkaitan yang di rujuk adalah : • Section 2 (6) “ Employment injury means a personal injury to an employee caused by accident or an occupational disease arising out of and in the course of his employment in an industry to which this act applies • Section 23 “ For the purpose of this Act, an accident arising in the course of an insured person’s employment shall be presumed, in the absence of evidence to the contrary, also to have arisen out of that employment” 8

  9. Kajian Kes ……Sambungan • Fakta kes • Responden bekerja sebagai pemandu di Koperasi Pembangunan Desa (KPD) • KPD berdaftar di bawah Organisasi Keselamatan Sosial (SOCSO) • KPD telah menganjurkan Karnival Sukan Tahunan di Kota Kinabalu pada 29 November hingga 1 Disember 1996 dimana Responden telah dipilih dan diwajibkan untuk menyertai perlawanan bola sepak tersebut. • Pada 30 November 1996 jam 3 petang Responden telah mengalami patah tulang kaki semasa bermain di dalam perlawanan bolasepak tersebut. 9

  10. Hujah Pihak Perayu • Pihak perayu mengatakan Lembaga telah tersilap dari segi undang undang (Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, s 2(6)) apabila memutuskan bahawa kemalangan tersebut telah berlaku di dalam penggajian responden sebagai seorang pemandu. • Pihak perayu berhujah bahawa kemalangan berlaku bukan membabitkan pekerjaan hakiki responden sebagai pemandu. Dengan itu kemalangan terjadi di luar bidang kerjanya sebagai seorang pemandu. 10

  11. Hujah responden Penyertaan responden di dalam perlawanan bolasepak tersebut bukanlah di bawah kemahuan responden sendiri tetapi sebaliknya di atas arahan majikannya. (KPD). Dengan itu penglibatan responden di dalam perlawanan bola sepak tersebut merupakan sebahagian daripada tugas beliau.

  12. Keputusan mahkamah • Mahkamah mempertahankan keputusan Lembaga dan menolak rayuan dengan kos • Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 diperuntukkan untuk menjaga keselamatan sosial pekerja • Oleh itu Seksyen 2 (6) di dalam Akta tersebut tidak boleh diberikan tafsiran yang terhad dan mengikut perkataan demi perkataan 12

  13. Keputusan mahkamah ….Sambungan Akta s 2(6): “Bencana kerja” ertinya bencana pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau satu penyakit khidmat terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam satu perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai. 13

  14. Keputusan mahkamah ….Sambungan • Mahkamah memutuskan bahawa penyertaan responden dalam perlawanan bolasepak tersebut, yang diwajibkan oleh majikan beliau, adalah suatu kewajipan yang dikenakan ke atas responden sebagai seorang pekerja. • Mahkamah turut memutuskan bahawa kemalangan tersebut masih berada di dalam perlindungan Akta s 2(6) memandangkan responden bukan berbuat demikian di atas risiko sendiri. 14

  15. Pandangan kumpulan • Bersetuju dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada responden • Responden telah bermain bolasepak di atas arahan majikan beliau. Oleh itu ianya merupakan sebahagian daripada tugas. • Berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 Seksyen23, sesuatu kemalangan yang terbabit di dalam masa pekerjaan seseorang berinsuran hendaklah dianggap, jika sekiranya tidak ada apa-apa keterangan yang berlawanan, sebagai telah terbabit daripada pekerjaan itu. Mahkamah telah mengambil masa selama lebih kurang 1 tahun untuk menyelesaikan kes ini. 15

  16. Terima Kasih 16

  17. Q & A

More Related