230 likes | 558 Views
KULIAH 13. DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR. RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA Perancangan pembangunan Malaysia dibahagikan kepada: Rancangan Malaya 1 (1956 – 1960) Rancangan Malaya 2 (1961 – 1965) Rancangan Malaysia 1 (1966 – 1970) Rancangan Malaysia 2 (1971 – 1975)
E N D
KULIAH 13 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA Perancangan pembangunan Malaysia dibahagikan kepada: • Rancangan Malaya 1 (1956 – 1960) • Rancangan Malaya 2 (1961 – 1965) • Rancangan Malaysia 1 (1966 – 1970) • Rancangan Malaysia 2 (1971 – 1975) • Rancangan Malaysia 3 (1976 – 1980) • Rancangan Malaysia 4 (1981 – 1985) • Rancangan Malaysia 5 (1986 - 1990) • Rancangan Malaysia 6 (1991 – 1995) • Rancangan Malaysia 7 (1996 – 2000) • Rancangan Malaysia 8 (2001 – 2005) • Rancangan Malaysia 9 (2006 – 2010) • Rancangan Malaysia 10 (2011 – 2015)
Dasar Ekonomi Baru - RM1, RM2, RM3 & RM4 (1971-1990) • Rancangan Pembangunan Malaysia – RM5 & RM6 (1991 – 2000) • Dasar Wawasan Negara (2001 – 2010) • Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971 – 1990) • Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (1996 – 2000) • Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (2001 – 2010)
DASAR EKONOMI BARU • Disusun melalui strategi serampan dua mata: • Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum • Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL • Strategi asal DEB iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat adalah dikekalkan dan dimensi-dimensi baru telah diperkenalkan, di antaranya: • Penegsan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan dan mengurangkan kemiskinan relatif; • Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Peridustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; • Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan • Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
MODEL BARU EKONOMI (2010) • Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi; • Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing; • Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing; • Memperkukuhkan sektor awam; • Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran; • Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan; • Meningkatkan sumber pertumbuhan; • Memastikan pertumbuhan yang mapan.
RANCANGAN MALAYSIA 1 • Menekankan rancangan pembangunan luar bandar, infrastruktur dan khidmat sosial • Agar pertubuhan ekonomi dapat dinikmati bersama oleh golongan miskin • Penubuhan MIDA, MARA, PERNAS dll. • RANCANGAN MALAYSIA 2 • Membetulkan kegagalan RM 1 iaitu ketidakseimbangan sosial-ekonomi di antara kaum dan kawasan. • RANCANGAN MALAYSIA 3 • Menekankan aspek-aspek pembangunan wilayah, keselamatan dan alam sekitar.
RANCANGAN MALAYSIA 4 • Ekonomi dunia mengalami pertubuhan yang lembap (kemelesatan ekonomi) • Dasar-dasar telah diperkenalkan untuk menghadapi kemelesatan tersebut • Penekanan aspek-aspek seperti pertanian dan perindustrian. • RACANGAN MALAYSIA 5 • Meningkatkan sektor swasta, pertanian, pembangunan dan perindustrian, bidang penyelidikan dan pembangunan. • RANCANGAN MALAYSIA 6 • Meningkatkan pengunaan teknologi baru, meningkatkan sumber pembangunan manusia, mempelbagaikan asas industri dan menggurangkan ketidakseimbangan struktur.
RANCANGAN MALAYSIA 7 • Penekanan semula kepada konsep pembangunan seimbang • Memperkenalkan strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh produktiviti bagi meningkatkan daya tahan negara. • RANCANGAN MALAYSIA 8 • Tiga teras utama: • Mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi berasaskan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran; • Mempercepatkan perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan; • Memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama.
RANCANGAN MALAYSIA 9 • Lima teras utama: • Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi • Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ • Menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif • Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup • Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan
RANCANGAN MALAYSIA KE 10 TERAS* Mencarta pembangunan ke arah negara berpendapatan tinggi* Sasaran pertumbuhan 6 peratus* Pendapatan perkapita dijangka meningkat kepada RM38,845 (US$12,139) pada 2015* Membentuk ekonomi yang diteraju sektor swasta* Menyokong pertumbuhan yang diteraju oleh inovasi* Pekerjaan sepenuhnya* Penstrukturan subsidi
DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA • Pelan Induk Perindustrian I • Tiga matlamat utama: • Menjadikan sektor perkilangan sebagai pertumbuhan perindustrian negara • Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara • Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan • Pelan Induk Perindustrian II • Menekankan usaha-usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri
DASAR PERTANIAN MALAYSIA • Objektif: • Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) 1998-2010 • Objektif: • Meningkatkan sekuriti makanan • Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian • Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor pertanian • Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain • Memelihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mapan.
DPN3 telah memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baharu: • Pendekatan perhutani • Memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah • Pendekatan berasaskan produk • Produk dan pasaran utama dikenal pasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna.
DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA • Tujuan: • Mewujudkan kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan swasta untuk mencapai faedah bersama. • Menghapuskan sifat ‘permusuhan’ antara kedua-dua sektor, perkongsian maklumat dan saling faham memahami prosedue dan matlamat kedua belah. • Meningkatkan hasil negara.
Perlaksanaan: • Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh pihak kerajaan dan sektor swasta • Semua kakitangan dan swasta merupakan pemilik saham dan pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan syarikat, iaitu Malaysia • Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan sektor swasta ditubuhkan untuk membincangkan strategi dan masalah yang timbul.
DASAR PENSWASTAAN • Objektif: • Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan • Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja • Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan keberkesanan negara • Pembahagian sumber dan kecekapan • Mempercepat pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru
DASAR HALACARA BARU DALAM PEMBANGUNAN • Tujuan – meningkatkan mutu dan daya pengeluaran pertanian, meninggikan pendapatan petani dan pekerja di desa serta memudahkan penyampaian perkhidmatan dan lain-lain pasaran. • Melibatkan 3 aspek: • Kemajuan pertanian dengan mengadakan cara pengurusan perladangan bagi kebun kecil dan bendang • Perwujudan industri kampung dan perusahaan kecil atau lain-lain kegiatan ekonomi bukan pertanian • Pengelompokan dan penyusunan semula kampung-kampung secara teratur untuk membibitkan pusat pertumbuhan baharu.
Strategi perlaksanaan • Program pertanian berkelompok • Pengumpulan kampung berdekatan untuk dijadikan bandar kecil • Pemberian latihan kepada pengurus ladang atau estet
Wawasan 2020 • Matlamatnya ialah pembentukan sebuah negara malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. • Tumpuan – pembangunan menyuluruh – dari
Di kemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahatir Mohammad dalam kertas kerja ‘Malaysia melangkah ke hadapan’ di Majlis Pelancaran Penubuhan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Feb. 1991. • Mempunyai 9 cabaran.
CABARAN I • Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu CABARAN 2 • Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri. CABARAN 3 • Membangunkan masyarakat demokrasi yang matang CABARAN 4 • Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaan.
CABARAN 5 • Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran CABARAN 6 • Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif CABARAN 7 • Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang CABARAN 8 • Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya CABARAN 9 • Mewujudkan masyarakat yang makmur