150 likes | 398 Views
KULIAH 3. PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR. Malaysia terbentuk pada 1963 Terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura
E N D
KULIAH 3 PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
Malaysia terbentuk pada 1963 • Terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura • Pada 27 Mei 1961, di Singapura Tunku Abdul Rahman menyuarakan hasrat menubuhkan Malaysia, kesudian menerima masuk Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei.
SEBAB-SEBAB: • Bebas melalui percantuman • Percantuman akan menjamin proses kemerdekaan yang lebih cepat bagi negeri-negeri lain (Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan Brunei) • Kesimbangan Kaum • Percantuman T.M dengan Singapura tidak dipersetujui kerana akan menyebabkan ketidakseimbangan kaum. Kaum Cina akan melebihi kaum Melayu. • Jika Brunei, Borneo Utara dan Sarawak turut serta maka majoriti penduduk Melayu dapat dikekalkan. • Ancaman Komunis • Ancaman komunis makin meluas di Asia Tenggara termasuk di Singapura, Borneo Utara, Sarawak & Brunei. • Negeri-negeri ini dapat berkerjasama menjaga keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara. • Kedudukan politik di Singapura terancam, Lee Kuan Yew makin hilang populariti – partinya (PAP) kalah dalam 2 pilihanraya pada tahun 1961. • Jika komunis menguasai Singapura maka kedudukan T.M juga terancam.
Kemajuan Ekonomi • Semua negeri boleh diurus secara berpusat dari segi ekonominya. • Semua negeri mempunyai sumber ekonominya dan keistimewaannya • Menguatkan pakatan negeri-negeri serantau • Mengukukuhkan kedudukan negeri-negeri ini diperingkat antarabangsa terutamanya hubungan dengan negara-negara lain.
REAKSI AWAL TERHADAP GAGASAN • SINGAPURA • Lee Kuan Yew dan partinya PAP bersetuju, tetapi partinya mendapat tentangan dan telah menjadi semakin lemah. • BRUNEI • Sultan Brunei Sultan Omar Ali Sarifuddin bersetuju. • Mendapat tentangan daripada A.M Azahari, pemimpin Parti Rakyat Brunei yang hendak mengabungkan Brunei dengan Borneo Utara dan Sarawak dibawah nama Kalimantan Utara. • Tentangan telah menyebabkan berlakunya revolusi senjata. • Tentangan Azahari dan pengikutnya dapat dikalahkan oleh Sultan dengan bantuan British.
BORNEO UTARA DAN SARAWAK • Majoriti rakyat bersetuju, akan mencapai kemerdekaan dan selamat dari ancaman komunis. • Tetapi rakyat takut berlaku diskriminasi: • Politik – kuasa politik tertumpu di Kuala Lumpur • Masyarakat bukan Melayu bimbang mengenai kedudukan agama dan bahasa dan layanan yang akan mereka dapat. • Masyarakat Cina bimbang mengenai kedudukan ekonomi terutama saingan dengan Singapura.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU • Tiada tentangan sekiranya bergabung dengan Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura dan bukan Singapura sahaja. • Tentangan diterima dari parti Islam Setanah Melayu (PAS) • BRITISH • Pada amnya setuju. • Bimbang • Penguasaan Singapura dan T.M terhadap Borneo • Pengkalan British di Singapura
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PENUBUHAN MALAYSIA • Lawatan Muhibbah ke Borneo Utara dan Sarawak (Jun 1961) • Menerangkan mengenai penubuhan Malaysia dan mengurangkan kebimbangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. • Lawatan Tunku ke Brunei (Julai 1961) • Menerangkan dengan terperinci mengenai penubuhan Malaysia • Satu jawatankuasa dibentuk untuk menentukan pendirian rakyat Brunei. • Rundingan Singapura (Ogos 1961) • Mesyuarat rasmi diadakah, dipersetujui: • Singapura akan mendapat autonomi dalam hal pendidikan dan tenaga buruh
Rundingan dengan British mengenai kepentingan Negeri-Negeri Borneo (Nov. 1961) • Dipersetujui: • Pungutan suara di kalangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak. • Pangkalan British di Singapura dikekalkan. • Jawatan Perundingan Perpaduan (pertengahan 1961) • Ditubuhkan di Singapura – pengerusi – Donald Stephan dari Sabah. • Tujuan – memberi keterangan mengenai penubuhan Malaysia kerana banyak pandangan politik yang berbeza cth. Dari Pertubuhan Persatuan Parliamen Komanwel. • Dipersetujui: suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak • Kedudukan istimewa Bumiputera Borneo Utara & Sarawak dikekalkan • Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya Cobbold • Anggota: Lord Cobbold dan 4 ahi lain (2 British dan 2 rakyat T.M) • Tujuan: mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai pertubuhan Malaysia • Keputusan: 70% hingga 80% rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju • Jawatankuasa Antara Kerajaan (Ogos 1962) • Tujuan: merangka Perlembagaan Malaysia • Anggot: ahli-ahli dari semua negeri yang akan menganggotai Malaysia. • 5 buah jawatankuasa kecil ditubuhkan • Sabah telah menghantar memorandum yang mengandungi 20 perkara untuk melindungi hak penduduk Sabah. Juga dipersetujui oleh Sarawak dan diluluskan.
Kempen referendum dan referendum Singapura • Referendum di Singapura diadakan untuk meninjau pandangan rakyat negara tersebut. • Keputusan: rakyat Singapura bersetuju • Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu • Terdapat tentangan dari Indonesia dan Filipina maka T.M, Indonesia dan Filipina telah menubuhkan MAPHILINDO dan bersetuju meminta Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu meninjau kemabli pandangan rakyat Sabah dan Sarawak • PBBB mendapati sebahagian besar rakyat bersetuju.
MALAYSIA TANPA BRUNEI • Sultan Brunei telah membuat tuntutan bahawa: • Brunei diberi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parliamen • Dibenarkan terus menguasai hasil minyak • Memegang autonomi kewangan pada peringkat awal • Mengekalkan semua pelaburannya • Mengekalkan kadar percukaian yang rendah • Meneruskan program pendidikan dan kabajikannya • Keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamain • Kekananan (seniority) baginda dalam Majlis Raja-Raja dikira dari tarikh baginda menjadi Sultan dan bukan tarikh kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.
Tuntutan yang ke2 dan ke8 tidak dipersetujui. • Sebab lain – A.M Azahari telah melancarkan pemberontakan, maka T.M bimbang kemasukan Brunei akan menimbulkan pelbagai masalah politik.
MALAYSIA MENGHADAPI TENTANGAN LUAR • Filipina • Menuntut Kerajaan British menyerahkan Borneo Utara kepada Filipina kerana mendakwa Borneo Utara adalah kepunyaannya – British tidak bersetuju. • Menuntut sekali lagi dari kerajaan Malaysia tetapi tidak dipersetujui. • Indonesia • Telah menyuarakan rasa tidak minat untuk menyertai Malaysia pada peringkat awal • Berpendapat gagasan Malaysia berunsur penjajah dan telah menyokong Parti Rakyat Brunei. • Telah mengumumkan dasar Konfrontasi – berlaku pertentangan tentera Indonesia di sempadan Sabah dan Sarawak. • Pada 1965 Suharto mengambil alih dari Sukarno. Rundingan damai diantara kedua negara diadakan – Perjanjian Damai ditandatangani.
SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA • Masyarakat Melayu dan Cina T.M mengalami konflik dengan masyarakat Cina Singapura, terutamanya PAP dengan Perikatan. • Masalah berlanjutan. Berlaku juga masalah perkauman. • Singapura berpisah dengan Malaysia pada 7 Ogos 1965 dan pada 9 Ogos 1965 membentuk Republik Singapura.