180 likes | 698 Views
(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH. INTEGRASI TANAMAN DAN TERNAKAN. PENGENALAN.
E N D
(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH INTEGRASI TANAMAN DAN TERNAKAN
PENGENALAN Aktiviti yang melibatkan penanaman lebih dari satu jenis tanaman atau melibatkan integrasi dengan ternakan/perikanan di satu unit kawasan untuk tujuan ekonomi, biologi atau ‘environment’.
FAEDAH • Kepelbagaian aktiviti untuk mengurangkan risiko dan pergantungan kepada getah. • Meningkatkan produktiviti tanah getah dan pendapatan secara mampan. • Meningkatkan pengeluaran komoditi makanan dan industri. • Meningkatkan daya maju kebun-kebun getah bersaiz kecil.
PENDAPATAN SAMPINGAN DARIPADA AKTIVITI INTEGRASI DI BAWAH SISTEM TANAMAN GETAH KONVENSIONAL
R&D DI DALAM INTEGRASI TANAMAN BERASASKAN GETAH • Bermula 1970an – 1980an. • Jenis tanaman seperti tanaman selingan kacang tanah, jagung (segar/bijirin), ubikayu, padi bukit, keladi, tembakau, serai, pegaga, halia, tembikai, kacang soya, nenas, betik, tebu, pisang, rozel dan stevia. • Kawasan selingan 6m-9m (konvensional) 450-500 pokok/hektar. • Jangkamasa aktiviti 2 – 3 tahun selepas tanaman semula. • Mejoriti mengamalkan pertanian saradiri/subsutent farming. • Tidak mampan ( halangan naungan ).
R&D DI DALAM INTEGRASI TANAMAN • 1970an - 1980an Tanaman selingan di bawah naungan. • KOKO • Perlu transmisi cahaya 70-80% peringkat penghasilan. • Getah perlu dikurangkan kepada 200pokok/hektar. • ROTAN • Hidup subur kadar pertumbuhan 1 – 1.5 meter/tahun. • Kesan buruk – merumpun dan mematahkan dahan getah, duri menghalang gerakan penoreh. • SALAK • Hidup subur, kurang berbuah.
INTEGRASI TERNAKAN DI BAWAH TANAMAN GETAH ( KONVENSIONAL ) 1970 – 1980an • TERNAKAN BIRI-BIRI • Teknik ragut-bebas/free grazing. • Kos pengurusan tinggi (buruh). • Tidak mampan : kekurangan forej bila getah membesar ( 2.2-0.4 tan/ha/tahun ). • Kadar stok ( 17-4 ekor/hektar ). • Tujuan utama ternakan adalah sebagai alat biologi untuk mengawal rumpai.
PENYELIDIKAN ‘ON-STATION’ & ‘ON-FARM’ • Tanaman Getah Pepagar dengan tanaman jangka pendek dan panjang. - Koko, cempedak, durian, pastura. - Densiti Getah : 400 – 555 pokok / hektar. • Tanaman Getah Pepagar dengan tanaman-tanaman jangka pendek dan panjang di kebun-kebun kecil getah. - tumbusaran getah - hasil getah - hasil tanaman selingan
AMALAN PERLADANGAN SISTEM TANAMAN GETAH PEPAGAR • Penyediaan kawasan mengikut syor tanaman getah konvensional. • Klon getah yang dipilih ialah klon-klon lateks dan balak yang tumbuh tegak dan berkanopi ringan seperti RRIM 901, RRIM2001, RRIM2009, RRIM2023, RRIM2025, RRIM2026, PB260, PB235, PB 350, PB 366. • Bahan Sulaman – 10% bahan sulaman dari cantuman tunggul teras untuk sulaman sebelum getah berumur 18 bulan. • Baja tambahan – 10% baja tambahan daripada tanaman konvensional diperlukan selepas tahun ketiga. • Amalan agronomi untuk tanaman jangka pendek dan panjang, amalan pembajaan, kawalan rumpai, penyakit dan perosak adalah mengikut syor Jabatan Pertanian dan MARDI. • Jarak antara tanaman selingan dengan barisan getah hendaklah dipisahkan sejauh 9m untuk tanaman saka, 2m untuk separa saka seperti pisang dan betik dan 1 m untuk tanaman jangka pendek. • Jarak dan densiti tanaman campuran bergantung kepada saiz pokok, jenis tanaman dan jangka masa matang.
POTENSI PERTANIAN CAMPURAN • Kesinambungan bekalan lateks dan kayu getah ( sehingga 25 tahun ). • Keupayaan mengusahakan tanaman jangka pendek secara pusingan dan berterusan ( sehingga 10-15 tahun ). • Tanaman pastura dan ternakan haiwan ruminan ( sehingga 25 tahun ). • Tanaman industri untuk pengeluaran makanan dan kayu ( sehingga 25 tahun ). • Dapat mengembalikan minat kepada tanaman getah serta mengurangkan tanah terbiar.